14 Julai 2021

Menteri Kabinet sebulat suara sokong Muhyiddin sebagai PM

KUALA LUMPUR: Seluruh Ahli Jemaah Menteri sebulat suara kekal memberi sokongan penuh kepada kepimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri Malaysia.

Ahli-ahli Jemaah Menteri dalam satu kenyataan memaklumkan, keputusan itu dicapai dalam mesyuarat kabinet hari ini.

PPN: Negeri beralih Fasa Dua tidak akan kembali ke Fasa Satu

 PUTRAJAYA, 14 Julai -- Menteri Kewangan merangkap Menteri Penyelaras Pelan Pemulihan Negara (PPN) Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz (kanan) beramah mesra dengan seorang peniaga ketika melawat kiosk pada program Tinjauan Mesra ke Kiosk D'Harmoni@9 dan Medan selera Presint 9 hari ini. 
--fotoBERNAMA (2021) HAK CIPTA TERPELIHARA

PUTRAJAYA: Negeri yang beransur pulih daripada Fasa Satu Kawalan Pergerakan dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN) ke Fasa Dua tidak akan 'berpatah balik' ke Fasa Satu, kata Menteri Penyelaras PPN, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

RCI ditubuh siasat Tabung Haji

Menara TH di Jalan Tun Razak
Menara TH di Jalan Tun Razak

KUALA LUMPUR: Kabinet bersetuju menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat isu berbangkit mengenai pengurusan dan operasi Lembaga Tabung Haji (TH).

Penubuhan RCI di bawah Akta Suruhanjaya Siasatan 1950 (Akta 119) diputuskan dalam mesyuarat Jemaah Menteri hari ini.