29 Jun 2014

Ramadhan bulan jihad, merakyatkan perjuangan

1 Ramadhan 1435. [MOD] -
SATIFUL BAHRI MAMAT | .
BADAN Perhubungan PAS Negeri Terengganu (BPPNT) mendoakan agar seluruh umat Islam dipanjangkan usia dan sempat dengan kedatangan Ramadhan pada setiap tahun untuk mengecapi ‘barakah’ serta nikmat kurniaan Tuhan yang melimpah-ruah yang diberikan oleh Allah kepada umat Nabi Muhammad SAW.

Sesungguhnya Ramadhan yang datang menjadi tetamu yang membawa rahmat dan keampunan dan kami mengucapkan setinggi-tinggi kesyukuran kerana pada tahun ini, sekali lagi Allah memilih kita untuk mengecapinya.

Semoga rahmat melingkari kehidupan kita di dunia serta melimpahi kita hingga ke akhirat. Segala noda dan dosa kita diampuni dan dibersihkan, umpama kain yang putih atau umpama bayi yang baru dilahirkan.

Presiden PAS terima kunjungan PM, pemimpin PR

1 Ramadhan 1435. [MOD] -



KUALA LUMPUR: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang yang berehat di Institut Jantung Negara (IJN) menerima kunjungan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tengah hari ini.

Pada sebelah petang pula, beliau yang juga Ahli Parlimen Marang menerima kunjungan Ketua PArlimen DAP, Lim Kit Siang dan bekas Exco Kerajaan Terengganu, Datuk Wan Abdul Muttalib Embong.