29 June 2014

Presiden PAS terima kunjungan PM, pemimpin PR

1 Ramadhan 1435. [MOD] -



KUALA LUMPUR: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang yang berehat di Institut Jantung Negara (IJN) menerima kunjungan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tengah hari ini.

Pada sebelah petang pula, beliau yang juga Ahli Parlimen Marang menerima kunjungan Ketua PArlimen DAP, Lim Kit Siang dan bekas Exco Kerajaan Terengganu, Datuk Wan Abdul Muttalib Embong.



Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim juga menziarahi beliau.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah melawat Tuan Guru semalam.

Menurut Setiausaha Politiknya, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, Tuan Guru terpaksa berehat hari ini kerana menerima ramai tetamu.

Sehubungan itu, beliau meminta mereka yang ingin menziarahi Presiden PAS hari ini supaya berbuat demikian esok.

Tuan Guru Abdul Hadi menerusi facebook pada 27 Jun lalu memaklumkan bahawa cadangan awal untuk balik ke Terengganu semalam terpaksa ditangguhkan kepada satu tarikh yang akan diberitahu kelak.

Sehubungan itu, beliau memohon kemaafan di atas segala kekhilafan yang berlaku.

Sehari sebelum itu, beliau memaklumkan akan pulang ke Terengganu pada Sabtu dan dijangka tiba di Masjid Rusila sekitar jam 3.00 petang. – HARAKAHDAILY 



No comments: