04 September 2010

Kes Sivakumar cabar keputusan SPR - 23 Nov

25 Ramadhan 1431H.

Mahkamah Tinggi menetapkan 23 Nov ini untuk mendengar permohonan speaker dewan undangan negeri (DUN) Perak yang disingkirkan, V Sivakumar dan enam lagi untuk semakan kehakiman berhubung keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk tidak mengadakan pilihan raya kecil bagi tiga kerusi DUN di negeri itu.

Permohonan itu akan didengar di hadapan Hakim Datuk Aziah Ali.

Penolong kanan pendaftar Mahkamah Tinggi Mohamad Izwan Mohamed Noh menetapkan tarikh itu di dalam kamar hari ini selepas mengadakan pertemuan dengan peguam Razlan Hadri Zulkifli yang mewakili Sivakumar dan enam yang lain dan Peguam Kanan Persekutuan Munahyza Mustafa yang mewakili SPR dan tiga responden lain.

Pada 22 Oktober tahun lalu, tujuh pemohon diberi kebenaran untuk semakan kehakiman bagi mengenepikan keputusan SPR yang tidak mengisytiharkan pilihan raya kecil bagi tiga kerusi DUN di Behrang, Changkat Jering dan Jelapang berikutan wakil rakyat kerusi berkenaan menjadi ADUN bebas.

Mereka adalah Sivakumar, Chen Fook Chye, Tai Sing Ng dan A Sivanesan serta tiga pengundi iaitu Ahmad Sabry Wahab (Behrang), Abdul Latif Ariffin (Changkat Jering) dan Foo Hon Wai (Jelapang).

Dalam permohonan semakan kehakiman itu mereka menamakan SPR dan tiga wakil rakyat; Jamaluddin Mohd Radzi (Behrang), Mohd Osman Mohd Jailu (Changkat Jering) dan Datuk Hee Yit Foong (Jelapang) selaku responden.

Mereka mahu mahkamah mengeluarkan surat perintah memaksa SPR mengisytiharkan kerusi itu kosong berikutan berikutan peletakan jawatan wakil rakyat itu dan satu perintah injunksi untuk menghalang ketiga-tiga mereka bertindak, menjalankan dan melaksanakan tanggungjawab, fungsi dan tugas-tugas sebagai ADUN.

Mereka juga turut memohon writ bersifat "quo warranto" dikeluarkan kepada ketiga-tiga ADUN itu dengan memerintahkan kesemua mereka memberikan tunjuk sebab bagaimana kesemua mereka masih ADUN kawasan masing-masing dan bertindak menjalankan tanggungjawab, fungsi dan tugas sebagai wakil rakyat.

Jamaluddin dan Osman memenangi kerusi DUN atas tiket Parti Keadilan Rakyat manakala Hee atas tiket DAP pada pilihan raya umum 2008.

Mereka kemudiannya meninggalkan parti masing-masing dan memberi sokongan kepada Barisan Nasional sehingga mendorong kejatuhan kerajaan negeri Pakatan Rakyat pimpinan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.

Manipulasi isu agama dedah kejahilan Umno

25 Ramadhan 1431H.

BESUT, 3 Sept: Meski pun Barisan Nasional (BN), khususnya Umno begitu beriya-iya menjatuhkan imej dan kredibiliti PAS menerusi manipulasi isu-isu berkaitan agama dan sentimen Melayu kebelakangan ini, kegelojohannya berbuat demikian sebaliknya lebih mendedahkan kejahilan parti itu terhadap ilmu Islam sebenarnya.

Di masa sama, kebijaksanaan dan keikhlasan PAS menerangkan kedudukan sesuatu isu berlandaskan ilmu Islam yang sebenar akhirnya berjaya menambat hati rakyat negara ini menjadikan parti itu sebagai alternatif kepada Umno/BN.

“Rakyat seluruh negara menunggu dengan penuh harapan agar PAS menerajui dan mendidik mereka dengan ilmu Islam, yang sentiasa membawa sinar kebenaran yang tak boleh dipertikaikan,” tegas Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub.

Beliau menyatakan demikian di dalam ceramahnya di Dewan Haji Salleh, Alor Lintah, dekat sini malam tadi.

Turut berucap di majlis ceramah itu ialah Setiausaha Politik kepada Presiden PAS, Dr Ahmad Shamsuri Mokhtar.

Menurutnya, para pemimpin PAS telah menunjukkan kematangan dan kebijaksanaan yang amat mengagumkan masyarakat, terutama kalangan bukan Islam, dalam menangani beberapa isu berkaitan Islam dan Melayu kebelakangan ini.

“Kita tidak mudah melatah, bukan macam para pemimpin Umno yang bagaikan hilang akal, dibantu surat-suratkhabar yang dikuasai mereka memainkan isu-isu agama secara ekstrem dan mengapikan isu perkauman yang sempit secara tidak bertanggungjawab,” katanya.

Salahuddin yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian merujuk manipulasi yang terlampau oleh para pemimpin Umno dan media kroninya dalam isu-isu terkini berkaitan agama.

Paling baru ialah isu seorang khatib mendoakan kesejahteraan untuk Ketua Menteri Pulau Pinang dan isu dua wakil rakyat bukan Islam memasuki surau dan masjid di Selangor.

Beliau mempersoalkan apa rasionalnya Umno terlalu memainkan isu berkenaan, sedangkan ia bukan sesuatu yang tidak pernah berlaku sebelum ini. Beliau membawakan contoh dan bukti bahawa perkara sama telah dilakukan oleh para pemimpin bukan Islam dari komponen BN sendiri.

“Sebaik saja berita ini tersiar, pagi-pagi esoknya seorang bekas wakil rakyat BN di Johor telefon saya. Dia kata, ‘YB, this is too much (ini sudah melampau). Saya dulu pun masuk masjid, buat ucapan dalam masjid di kawasan saya. Umno tak kisah pun,” Salahuddin menceritakan luahan kecewa bekas wakil rakyat BN itu.

Beliau merujuk isu Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching yang memasuki Surau al-Huda di Kajang, yang dijadikan bahan utama media arus perdana baru-baru ini. Isu itu dimanipulasi sepenuhnya oleh para pemimpin BN dan media kroninya, bukan sahaja di atas dakwaan penghinaan terhadap Islam, malah turut dijadikan bahan menyerang pendirian PAS berhubung isu agama.

Salehuddin turut menyebut pendedahan media siber mengenai tindakan seorang wakil rakyat bukan Islam di Parlimen Pontian yang juga memasuki masjid beberapa hari selepas itu.

“Adun Pulai Sebatang, seorang pemimpin MCA, masuk ke masjid rasmikan program tadarus dan khatam al-Quran. Kenapa Umno tak kecoh?” soalnya.

Beliau turut menarik perhatian hadirin kepada keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan pada Mac lalu yang menetapkan bahawa orang bukan Islam dibolehkan memasuki masjid dan surau, termasuk ruang solat.

“Sebab itu rakyat yang rasional jadi keliru (dengan reaksi terlampau para pemimpin Umno). Rakyat tertanya-tanya kenapa Umno seolah-olah orang hilang akal dalam isu ini, kenapa tak rujuk Majlis Fatwa?” soalnya lagi.

Baginya, tabiat buruk Umno itu menyebabkan parti itu semakin ditolak rakyat. PAS pula beliau yakin sedang bergerak dengan serius untuk mengambil tempat Umno dalam memperjuangkan nasib rakyat, terutama bangsa Melayu dan agama Islam.

Hadir sama Ketua Dewan Ulamak PAS Terengganu, Datuk Husain Awang dan Yang Dipertua PAS Kawasan Besut, Ustaz Wan Azhar Wan Ahmad.

Harakahdaily/-

Wanita di Bawah Naungan Islam : Untuk Siapa Perhiasaan Tersembunyi Itu Boleh Dibuka?

25 Ramadhan 1413H.
oleh : Said Abdul Aziz al-Jandul

Setelah kita ketahui bahwa Al-Qur’an memberikan keringanan kepada perempuan muslimah untuk membuka wajah dan kedua tangannya saja terhadap laki-laki asing (bukan mahram), Al-Qur’an melarang perempuan muslimah membuka perhiasan yang tersembunyi (di hadapan laki-laki asing) seperti dada, leher, kedua kaki, kedua lengan tangan. Dan Al-Qur’an memberikan pengecualian kepada sepuluh kelompok manusia, berikut ini akan kami sebutkan sesuai dengan urutan Al-Qur’an, yaitu:

*Suami mereka sendiri. Suami boleh melihat apa saja yang ia kehendaki dari istrinya, demikian pula istri boleh melihat apa saja yang ia suka dari suaminya. Hadits mengatakan, “Jagalah auratmu kecuali dari istrimu.”

*Ayah kandung mereka sendiri, termasuk dalam kategori ayah adalah datuk baik dari pihak ayah atau pun dari pihak ibu.

*Bapak mertua (ayah suami).

*Anak mereka, termasuk dalam kategori anak adalah anak cucu atau keturunan laki-laki dan perempuan.

*Anak suami (anak tiri), kerana ketika perempuan menikah dengan sang ayah, maka ia berobah status menjadi ibu mereka.

*Saudara-saudara lelaki mereka, baik saudara seibu dan sebapak, atau sebapak saja, atau seibu saja.

*Anak laki-laki dari saudara laki-laki (keponakan), kerana ayah si anak dengan bapa saudara si anak itu terdapat hubungan mahram abadi.

*Anak laki-laki dari saudara perempuan, kerana ayah si anak dengan emak saudara si anak itu terdapat hubungan mahram abadi.

*Sesama kaum perempuan. Maksudnya adalah perempuan-perempuan yang mempunyai hubungan dengannya, baik nasab ataupun agama.

*Hamba sahaya laki-laki ataupun perempuan yang dimilikinya.

*Laki-laki atau pembatu yang tidak mempunyai nafsu syahwat terhadap perempuan.

*Anak-anak kecil, yaitu mereka yang tidak mengerti aurat perempuan. Atau dalam ungkapan lain, anak-anak yang belum mempunyai kecenderungan seks (syahwat) kepada perempuan.

DOSA-DOSA YANG DIANGGAP BIASA : MEWARNA RAMBUT DENGAN WARNA HITAM

25 Ramadhan 1431H.
oleh : Syaikh Muhammad bin Shalih al-Munajjid

52. MEWARNA RAMBUT DENGAN WARNA HITAM

Hukum mewarna rambut dengan warna hitam adalah haram. Inilah pendapat yang kuat berdasarkan sabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam,

يَكُوْنُ قَوْمٌ يَخْضَبُوْنَ فِيْ آخِرِ الزَّمَانِ بِالسَّوَادِ كَحَوَاصِلِ الْحَمَامِ لاَ يَرِيْحُوْنَ رَائِحَةَ الْجَنَّةِ.

“Kelak pada akhir zaman akan ada kaum yang mewarna (rambutnya) dengan (bahan) hitam seperti tembolok burung merpati, mereka tidak akan mencium wanginya Surga.”( Hadits riwayat Abu Dawud,4/419;Shahihul Jami’,8153 (Hadits ini juga diriwayatkan oleh An Nasa’i dengan sanad shahih, Ibnu Baz).)

Perbuatan ini terutama banyak dilakukan orang-orang yang sudah tumbuh uban. Mereka mewarna rambut yang sudah putih itu dengan bahan penghitam rambut, sehingga orang tidak tahu kalau dia telah ubanan. Itu berarti berpenampilan dengan sesuatu yang palsu. Dengan demikian, ia telah menipu segenap hamba Allah.

Tidak diragukan lagi, perbuatan tersebut mengakibatkan banyak kesan yang buruk. Misalnya dalam tingkah laku, bahkan mungkin ia akan merasa sombong dan bangga diri kerana merasa lebih muda dari usia yang sebenarnya.

Berzeda halnya dengan mewarna rambut dengan warna selain hitam. Dalam suatu riwayat disebutkan, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam mewarna ubannya dengan daun pacar (inai) atau semacamnya dengan warna kekuning-kuningan atau kemerah-merahan atau agak dekat ke warna coklat.

Pada hari penaklukan kota Makkah, Abu Quhafah dibawa menghadap kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam sedang kepala dan jenggotnya semuanya telah memutih, lalu Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda,

غَيِّرُوا هَذَا بِشَيْءٍ وَاجْتَنِبُوا السَّوَادَ.

“Ubahlah ini (Yang benar; uban ini , Ibnu Baz.) dengan sesuatu dan hindarilah warna hitam.”( Hadits riwayat Muslim, 3/1663.)

Hukum untuk wanita juga sama. Mereka tidak boleh mewarna rambutnya yang telah memutih dengan bahan hitam.

MDBG Lelong Lembu


25 Ramadhan 1431H.
V. Sivakumar.

Bayaran Menuntut Balik Haiwan Tidak Munasabah

Majlis Daerah telah menangkap 2 ekor lembu dan ekor kerbau pada 28 Ogos 2010. Haiwan-haiwan ini ditangkap kerana kesalahan peruntukan undang-undang yang berkaitan Sek 3(10) Undang-undang Kecil Haiwan Merayau MDKB 1984. Pemilik kerbau tidak datang untuk menuntut haiwan peliharaannya.

Dua ekor lembu ditangkap pada jam 3.30 pagi di kawasan lebuh raya dekat Batu Gajah. Butir-butir kesalahan ialah membiarkan haiwan peliharaan tanpa kawalan di kawasan lebuh raya. Untuk kesalahan tersebut, kompaun sebanyak RM 250 telah dikenakan oleh Majlis Daerah Batu Gajah.

Tambahan pula, pihak Majlis Daerah Batu Gajah mengenakan bayaran menuntut balik haiwan yang disita berdasarkan Undang-undang Kecil 4 kepada Undang-undang Kecil Haiwan Merayau (MDKB) 1984.

Dalam kes tangkapan ini, bayaran yang dikenakan untuk mendapatkan balik haiwan ialah RM2000 seekor. Oleh itu, RM 4000 dikenakan terhadap seekor lembu jantan dan seekor lembu betina yang disita oleh Majlis Daerah Batu Gajah pada 28 Ogos 2010.
Oleh yang demikian, pemilik lembu-lembu itu dikehendaki membayar RM 250 kompaun dan RM 4000 untuk bayaran menuntut balik haiwan yang disita. Dengan itu, jumlah besar yang patut dibayar untuk mendapatkan semula lembu-lembu itu ialah RM4250.

Jumlah itu adalah terlalu besar untuk dibayar oleh pemilik lembu tersebut. Dalam kata lain, undang-undang tersebut tidak memberi peluang kepada pemilik lembu untuk mendapatkan lembu peliharaannya. Harga pasaran lembu jantan yang ditangkap ialah RM 800 manakala harga pasaran lembu betina yang ditangkap pula lebih kurang RM650 sahaja. Nilai sebenar kedua-dua lembu yang ditangkap itu ialah lebih kurang RM1450 sahaja. Tetapi jumlah yang perlu dibayar untuk mendapatkan kembali lembu-lembu itu jauh lebih besar daripada nilai sebenar. Pemilik terpaksa menbayar lebihan sebanyak RM2800. Dari segi logiknya, tidak munasabah untuk pemilik tersebut untuk menuntut lembu-lembu itu.

Jika lembu-lembu tersebut tidak dituntut oleh pemilik dalam tempoh yang diberikan, maka ia akan dilelong kepada orang awam. Dalam kes ini, lelongan awam telah dibuat oleh Majlis Daerah Batu Gajah pada 3 September 2010 di bangunan lama MBKB. Lelongan dimulakan dengan harga RM1500 seekor, tetapi tidak ada mana-mana pihak berminat untuk membeli lembu-lembu tersebut dengan harga yang begitu tinggi. Akhirnya Majlis Daerah Batu Gajah tidak berjaya menjual lembu-lembu yang ditangkap olehnya dalam lelongan awam.

Menurut V.Sivakumar, ADUN kawasan Tronoh, ‘Sudah tentu orang tidak akan membeli sesuatu dengan harga yang lebih tinggi daripada harga pasaran dalam lelongan awam kecuali untuk barang-barang antik. Pihak Majlis Daerah Batu Gajah harus sedar tentang perkara ini dan meminda Undang-undang Kecil Haiwan Merayau (MDKB) 1984 supaya ia boleh diguna pakai dan relevan’

Perkara ini membuktikan kecacatan dalam Undang-undang kecil tersebut. Oleh itu, Ahli-ahli Majlis Batu Gajah seharusnya membuat pemindaan undang-undang dengan segera. Aduan juga diterima bahawa MBI hanya mengenakan kompaun sebanyak RM250 sahaja, begitu juga dengan beberapa Majlis Daerah yang lain.

Menurut V.Sivakumar lagi, tindakan harus diambil terhadap mereka yang bersalah, tetapi hukumannya mesti logik dan relevan. Sebagai contoh :-

1) Tangkapan pertama – kompaun RM 250
2) Tangkapan kedua – kompaun + bayaran menuntut balik RM 500
3) Tangkapan ketiga – kompaun + bayaran menuntut balik RM750
4) Tangkapan keempat – terus dilelong

V.Sivakumar juga mengakui bahawa masalah lembu dan kerbau adalah amat ketara di kawasannya. Beliau menegaskan supaya satu sistem yang lebih ketara dan berkesan dilaksanakan oleh pihak Majlis Daerah Batu Gajah dalam membendung masalah ini. Pihak kerajaan negeri juga perlu prihatin dengan penternak-penternak lembu dan kerbau ini. Lebih banyak kemudahan dan padang ragut disediakan untuk mengatasi masalah ini. Tempatkan penternakan lembu dan kerbau dilokasi yang sesuai supaya masalah haiwan berkeliaran tanpa kawalan dapat diatasi. Ini akan menyelesaikan masalah orang awam secara umum dan masalah penternak secara khusus.

PENGINTIP - TIADA MAAF BAGI MU

25 Ramadhan 1431H.
Oleh: WFAUZDIN NS

TIADA maaf bagi mu. Sepatutnya itulah jawapan kepada `sang pengintip' di Pejabat MB Selangor. Sebagaimana yang dimaklumkan oleh SU Politik MB Selangor bahawa Kerajaan Negeri telah mengenal pasti siapa `Sang Pengintip' upahan tersebut dan siasatan dalaman masih diteruskan.

Jika punyai bukti kukuh, Sang Pengintip durjana tersebut wajib dikenakan tindakan undang-undang tanpa mengira siapa beliau. Tidak perlu lagi MB Selangor menunjukkan sifat belas ihsan yang melampau terhadap pengkhianat kerajaan itu.

Kita juga menanti pendedahan oleh Pejabat MB Selangor kerana kita ingin tahu siapakah manusia yang kepingin sangat untuk menjadi seperti ejen CIA atau SB itu.

Mengapa di zaman Anak toyo dahulu tidak terdengar cerita begini? Ini adalah kerana puak-puak mereka tiada lagi modal untuk menjatuhkan Kerajaan PR Selangor. Serangan mereka melalui politik tidak memberi kesan, begitu juga serangan propaganda melalui media di bakul sampahkan oleh rakyat. Akhirnya mereka meniru cara pengganas yang tidak beretika dan beradab.

Seandainya kes ini dibawa ke pengadilan, kita akan menanti apakah tindakan yang dikenakan kepada pengkhianat tersebut. Adakah ada tangan-tangan ghaib yang akan menyelamatkan beliau?/wfauzdin.blogspot.com

Fitnah PAS: Lagi laporan polis terhadap Zam

24 Ramadhan 1431 H

KUALA LUMPUR, 3 Sept: Dewan Pemuda Selangor dan Perak membuat laporan polis hari ini terhadap Tan Sri Zainuddin Maidin (Zam) berhubung kenyataannya yang mengaitkan PAS dengan ekstrem.

Ustaz Hasbullah mengetuai Pemuda PAS Selangor membuat laporan berkenaan di Ibu pejabat Polis Daerah Gombak, Bukit Idaman pada jam 10.00 pagi.

Naib Ketua Pemuda PAS Perak, Salman Saleh pula dijangka akan membuat laporan di Balai Polis Sungai Senam, Ipoh pada jam 3.00 petang.

Semalam, Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad telah membuat laporan berhubung kenyataan bekas Menteri Penerangan itu di Balai Polis Chow Kit, Lorong Haji Taib, di sini.

Zam mendakwa PAS meminta Allahyarham Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj ‘merampas’ harta-harta orang Cina semasa Tragedi 13 Mei 1969, manakala ketika Konfrantasi Malaysia-Indonesia, PAS menyebelahi Indonesia supaya ‘mengambil’ Malaysia.

Beliau membuat kenyataan tersebut dalam temuramah bertajuk "Zam Dedah Hasutan Jahat Pas" bersama umno-online dan kemudiannya disiar akhbar Utusan Malaysia pada 30 Ogos lalu dengan tajuk 'PAS parti ekstrem'.

Idris berkata, PAS menganggap tuduhan yang dibuat oleh Zainuddin itu sangat serius dan yakin ianya bertujuan untuk menghilangkan kepercayaan orang bukan Melayu kepada parti itu.

"Tujuan dia tidak lain tidak bukan supaya nak menghilangkan keyakinan orang bukan Melayu yang sekarang ini memberikan sokongan dan kepercayaan kepada PAS dan juga Pakatan Rakyat,” katanya.

Harakahdaily/-

Umno yang sempit fikiran dan 25 tahun Memali

24 Ramadhan 1431 H
Oleh: Ahmad Lutfi Othman

Memang nampak tersepit, kelam-kabut dan gelabah yang amat sangat. Hal-hal yang tidak sepatutnya menimbulkan polemik pun dieksploit seolah-olah satu krisis besar sedang berlaku. Akhirnya, yang terdedah adalah kejahilan dan kejakunan sendiri. Lebih buruk lagi, ia bagaikan senjata makan tuan buat parti yang kini dirasuk krisis keyakinan.

Iulah yang dihadapi Umno untuk cuba juga mempamerkan imej palsunya sebagai pelindung Melayu sebagai jalan terakhir mempertahankan sisa-sisa kuasa.Segala yang dirancang serba tidak menjadi. Sekali mahu berlagak sebagai juara agama, tetapi dalam masa sama memberikan tafsiran "yang bukan-bukan" tentang Islam.

Malah, pemimpin Umno seperti Hishamuddin Hussein juga mahu "berfatwa" sambil merendah-rendahkan pandangan Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, ulama yang disanjung kerana penghayatan ilmu dan kesederhanaan hidupnya.

Hasilnya slogan 1Malaysia hilang entah ke mana (Umno sendiri mengkhianati slogan tajaan presidennya), dan masyarakat bukan Islam pula semakin menjauhkan diri, manakala orang Melayu yang tidak lagi mudah disogok dengan tafsiran songsang Utusan Malaysia pun kian mengerti.

Ya, sampai bila orang Melayu boleh diperbodoh-bodohkan dengan pembohongan dan taktik usang?

"Umno tidak ubah seperti beruk yang menelan mercun sehingga mulutnya terpaksa dijahit kerana bahan itu meletup. Bila tuan beruk membakar mercun, dia baling ke atas, maka beruk ingatkan benda apa, lalu melompat dan terus memasukan ke dalam mulutnya.

Apa lagi, pecah mulut binatang tersebut," ujar AJK PAS Pusat, Mohamad Sabu ketika berucap pada program Ihya Ramadhan Perdana di Seberang Jaya, baru-baru ini.

Bermula fitnah doa khutbah Jumaat mohon diberikan hidayah kepada Ketua Menteri Lim Guan Eng, seterusnya memperolok-olokkan istilah "tazkirah" merujuk kes Ahli Parlimen Serdang DAP, Teo Nie Ching di ruang solat Surau Al-Huda, Kajang Sentral dan Ahli Parlimen Selayang KeADILan, William Leong di Masjid At-Taqwa, Selayang Baru.

Wah, hebat betul pemimpin Umno bercakap tentang isu seperti hadas besar dan menutup aurat kepada bukan Islam, sedangkan untuk diri dan kelompok mereka, bagaimana pula?

Saya masih memegang pandangan awal seorang rakan: "Isu ini hanya menjauhkan lagi orang bukan Islam dengan Umno, sebaliknya mendekatkan PAS dengan mereka, terutama dalam konteks dakwah. Kini terbukti siapa yang sempit fikiran dan jumud."

"Masyarakat kini didorong untuk lebih berfikir antara kebenaran dan kepalsuan. Selagi rakyat bersedia untuk merenung dan menganalisis, ia adalah perkembangan yang baik untuk negara ini," tambahnya.

(Saya akan menulis tentang pertemuan dengan Nie Ching dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dalam tulisan berikutnya nanti).

II.

November depan, genap 25 tahun Peristiwa Memali terakam kukuh dalam sejarah negara. Mungkin tiada perayaan jubli perak meraikannya namun ia tetap diingati, dari perspektif yang mungkin berbeda-beda.

Ketika darah Ustaz Ibrahim Mahmud, atau lebih dikenali sebagai Ibrahim Libya, tumpah ke bumi bersama 13 orang anak muridnya, saya berada di tahun akhir Universiti Teknologi Malaysia, Jalan Semarak, Kuala Lumpur.

Sebagai Setiausaha Agung Persatuan Mahasiswa UTM, saya diminta rakan-rakan untuk meninjau lebih dekat tragedi yang ditohmahkan pemimpin kerajaan BN sebagai berpunca daripada "ajaran sesat" dan "melindungi penjenayah".

Ustaz Ibrahim yang mahu ditahan melalui ISA sama sekali tidak mengalah. Beliau menentang akta zalim itu bukan dengan memorandum atau demonstrasi, tetapi mempertaruhkan nyawanya.

Dan ini merupakan satu rekod "termahal" dalam usaha menyanggah ISA, yang kini dikenali sebagai kempen "mansuh bukan pinda".

Nama Ustaz Ibrahim tidak asing bagi saya. Sebagai anak Kedah, saya biasa mendengar cerita tentang ketegasan dan kelantangannya.

Apabila mendengar daleh Menteri Dalam Negeri, yang juga Timbalan Perdana Menteri, Musa Hitam tentang rasional "operasi pembunuhan" itu, siang-siang lagi saya menyifatkannya satu pembohongan.

Mana mungkin seorang ulama muda yang ikhlas menabur bakti kepada orang kampung dan menolak kesenangan berkhidmat dengan kerajaan terbabit dengan jenayah yang tidak pernah pun dibuktikan.

Sebaik dirasakan suasana agak reda, saya segera pulang ke kampung di Kubang Pasu, mencari teman untuk Mukim Siong, Baling.

Kebetulan sepupu saya pernah belajar bersama adik Ibrahim Libya, Ustaz Ismail di Kelantan.

Dalam perjalanan, kami menempuh banyak sekatan jalan raya. Polis berada di mana-mana. Suasana agak menggerunkan, apatah lagi itulah kali pertama saya melalui jalan pintas ke Baling.

Pelbagai soalan terpaksa dijawab (dan saya terpaksa memberi alasan palsu( sebelum kami dibenarkan menghampiri lokasi kejadian.

Memali ketika itu bagai dilanggar garuda. Sunyi sepi. Rumah-rumah ditutup rapat. Hatta tiada kelihatan anak-anak bermain di halaman. Kebanyakan penghuninya ditahan.

Kesan-kesan peluru jelas kelihatan di rumah Ustaz Ibrahim. Kami juga ditunjukkan bekas darah. Saya mengambil masa agak lama memerhatikan suasana sekitar rumah bersejarah itu.

Di satu sudut di belakang rumah Assyahid, saya terpaku diam, cuba membayangkan tragedi berdarah itu. Tanpa sedar air mata mengalir. Sungguh pilu. Menusuk jauh ke dalam kalbu.

Mulanya saya menjangkakan rumah yang diserang ketumbukan polis dengan bantuan kereta perisai dan helikopter itu jauh di pinggir hutan, rupanya betul-betul di tepi jalan utama. Jauh sekali daripada sangkaan bahawa Baling masih dikepung komunis.

Dua tahun kemudian, 1987, semasa bertugas di Harakah, sekali lagi saya berkunjung ke sana, bersama Aris Awang, pemberita sambilan Harakah ketika itu. Aris pernah dilantik Setiausaha Perhubungan PAS Kedah beberapa tahun lalu.

Saya diminta menyiapkan satu makalah khas tentang Memali, yang kemudiannya diberi tajuk Percikan Darah Syuhada. Ibrahim Libya tergolong bersama rentetan nama para syuhada

Bersama Aris saya bermalam di sana, dan sempat beramah mesra dengan warga Memali, antara lain dengan "penjenayah yang cukup dikehendaki", seperti didakwa Musa Hitam. Peliknya beliau tidak pula ditangkap dan didakwa di mahkamah.

Sejurus balik ke Kuala Lumpur dan berjaya menyiapkan makalah berkenaan, satu tangkapan borong besar-besaran di bawah ISA dilakukan pada penghujung Oktober 1987, Operasi Lalang.

Mulanya agak keberatan juga Harakah mahu mengedarkannya bimbang ia dijadikan alasan untuk menjadikan senarai tangkapan lebih panjang. Selepas mengadakan perbincangan, satu halaman terpaksa digunting.

Memali kembali dekat apabila saya diperkenalkan dengan Ustaz Ismail, adik Assyahid bagi merawat "penyakit misteri" saya pada tahun 2001. Beliau mudah diajak berbual. Antara topiknya adalah peristiwa berdarah itu juga. Selain "berubat", Ustaz Ismail merupakan teman bercerita.

Kami kerap berbicara soal Memali, suka dan duka, tetapi lebih banyak kisah sedih yang terungkap. Beliau yang meninggal dunia secara tiba-tiba pada Februari 2009, selalu juga menyebut nama anak sulung Ibrahim Libya, Mohd Islah, yang kebetulan tinggal di sekitar Sungai Buloh, tidak begitu jauh dengan rumahnya di Kuang.

Sehinggalah pada minggu lepas, ketika bekas tahanan ISA, Cikgu Zainon Ismail (CN Al-Afghani - saya pernah menerbitkan beberapa bukunya mengenai pengalaman beliau di Afghanistan) menziarahi saya, juga untuk menerima sumbangan tabung Dewan Muslimat PAS Pusat dengan kerjasama Harakah, mewakili keluarga yang memerlukan di Memali, nama waris Assyahid Ibrahim Libya muncul kembali.

Cikgu Non yang juga pernah bertugas dengan Harakah, memberitahu, Islah kini menjadi mudir di sebuah tahfiz dekat Kubu Gajah, Sg Buloh.

Pagi itu, 30 Ogos, saya cukup gembira dapat bertemu wajah anak sulung Assyahid bersama Saleha Husin.

Lot 1855, Jalan Gajah 24 itu cukup nyaman dan tenang. Sesuai sekali untuk pelajar tahfiz. Kawasannya pula luas, 2 ekar. Islah ceria bercerita tentang impian membesarkan lagi Maahad Tahfiz At-Taqwa yang diasaskan seorang usahawan.

Saya lebih teruja apabila dimaklumkan cawangannya akan dibuka di Memali sendiri. Bagi saya, waris Ibrahim Libya perlu meneruskan tradisi di kampung bersejarah itu.

Sekurang-kurangnya Memali akan dikenali sebagai pusat keilmuan yang dihormati, dan saya kira itu juga satu impian Assyahid.

Islah ketika bapanya gugur syahid berumur 9 tahun, belajar di Dehrang, Kedah, sebuah pusat pengajian Islam di bawah Ustaz Nikmat Yusof. Detik-detik getir 25 tahun lalu masih kejap dalam ingatannya, terutama bagaimana beliau "dilarikan" ke Kelantan.

Harapan saya mahu membaca satu catatan daripada Islah sendiri tentang kembara hidup bersama empat lagi adik-adiknya, Mohd Ihsan, Mohd Irsyad Zamani, Niswah Hasina dan Nurul Syuhada.

Sumbangan untuk Maahad Tahfiz At-Taqwa boleh disalurkan ke dalam akaun Maybank 562085515936 atas nama Ehsani Enterprise.

III.

Secara peribadi saya bukan sahaja membantah keras sikap tidak peduli KDN yang belum memperbaharui permit Suara Keadilan (SK), malah tidak faham mengapa tiada usaha sistematik untuk berkempen menuntut hak menerbitkan organ parti berkenaan.

Meskipun permit Harakah hanya tergendala untuk satu keluaran dan kemudiannya disambung semula, nasib malang SK tidak boleh dipandang mudah.

Masakan mahu dibiarkan sahaja pemerintah boleh melakukan apa jua yang terlintas bagi menyekat kemaraan pengaruh Pakatan Rakyat tanpa menghadapi sebarang tentangan.

Sudahlah syarat penerbitan lidah rasmi parti, termasuk Harakah, begitu ketat dan "tidak masuk akal", hayatnya pula boleh dicantas bila-bila masa, tanpa memberikan apa jua sebab dan ruang untuk merujuknya ke mahkamah tertutup sama sekali.

Pada 26 Ogos lalu, ditemani Pengarang Berita Harakah, Mohd Rashidi Hassan, Wartawan Kanan, Wan Nordin Wan Yaacob dan Jurugambar, Wan Zahari Wan Salleh, saya mengunjungi rakan-rakan SK di Seksyen 13, Shah Alam.

Selain bertanya khabar atas tekanan dahsyat pemerintah, saya berhasrat membincangkan langkah-langkah perlu untuk mencetuskan isu berkenaan agar "lebih didengar lagi" termasuk oleh pemimpin Pakatan sendiri.

Editor SK, Dzulkarnain Taib dan wartawan Mohd Najib Ibrahim menyambut kami. Saya perhatikan operasi penerbitan mereka masih berjalan seperti biasa, dengan judul yang bertukar-tukar, tetapi masih mengekalkan "Keadilan", seperti Sinar Keadilan, Obor Keadilan dan terbaru Metro Keadilan.

Bagaimanapun, pengalaman saya semasa mengendalikan penerbitan tidak berkala selepas Detik dan Wasilah diharamkan, cukup perit terutama dari segi rangkaian pengedaran dan pengendalian perniagaan.

Pejabat SK kelihatan tidak serancak Harakah tetapi petugasnya tetap tekun bekerja. Terbayang nasib Harakah semasa digantung tiga bulan di hari-hari akhir era Abdullah Ahmad Badawi. Mujur, penggantungan itu ditarik balik Najib Razak apabila mula bertakhta di Seri Perdana.

Bagi saya, usah mengharapkan semata-mata ehsan menteri. Yang penting, tuntutan mengembalikan permit penerbitan harus digembleng secara bersama, termasuk oleh pimpinan PAS dan DAP.

Dalam pada itu, di peringkat petugas akhbar pun harus ada majlis perbincangan bersama para editor. Saya akui sehingga kini agak kurang usaha penyelarasan sesama kami. Keperitan selalunya ditanggung sendiri.

Dan perkara ini tidak boleh terbiar begitu saja. Kumpulan Aktivis Media Independen (KAMI) harus merangkumi semua sektor dalam media alternatif. Sebagai penggerak KAMI, saya rasa masih banyak yang dapat dilakukan untuk membebaskan media daripada pelbagai kongkongan.

Dalam pertemuan itu juga saya dan Dzulkarnain saling mengemukakan idea untuk menyemarakkan kempen membebaskan cengkaman ke atas media, antaranya menganjurkan perhimpunan bantahan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan (AMCP) bersama pertubuhan yang berminat,

selain mencari sokongan individu berpengaruh (seperti usaha KAMI menemui Hamdan Adnan, bekas Pesuruhjaya Suhakam) terutama dalam industri media bagi memastikan kempen dapat dijayakan.

Harakahdaily/-

Dua buku terbaru Mujahid dilancar

24 Ramadhan 1431 H
Oleh: Nazri Abdullah

KUALA LUMPUR, 3 Sept: Dua buah buku terbaru 'Kita Kan Orang Malaysia' dan 'Menuju PAS Baru' karya Ahli Parlimen Parit Buntar, Dr Mujahid Yusof dilancar dalam usaha mendekatkan PAS kepada masyarakat negara ini.

Majlis pelancaran kedua-dua buku tersebut disempurnakan Professor Dr. Abdul Aziz Bari di satu majlis berbuka puasa di sebuah restoran di sini semalam.

Menurut Mujahid yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, buku 'Menuju PAS Baru - Krisis, Peluang dan Dinamisme', adalah satu analisis berkaitan konflik dalam parti itu sehingga PAS berada di tahap hari ini.

Ianya juga adalah Tesis PhD beliau sendiri berhubung bagaimana PAS bertapak dan berkembang bermula dengan hanya sebuah pertubuhan Islam kecil.

Buku ini juga memuatkan pandangan beliau berhubung PAS pada masa hadapan dan bagaimana parti itu harus melalui lekuk ketiga dalam politik Malaysia.

"Buku ini untuk orang awam baca untuk mereka tahu bagaimana PAS dibina.

"Saya tahu idea saya ini tak popular dalam PAS, setiap perubahan perlu tidak popular," katanya.

Satu lagi bukunya 'Kita Kan Orang Malaysia' pula berkisarkan kisah atau catatan di sebalik masalah perpaduan antara kaum di Malaysia.

Mujahid yang juga anak bekas Mursyidul Am PAS yang pertama, Tuan Haji Yusof Rawa turut mengetengahkan pengalaman peribadi beliau sejak kecil dalam usaha untuk menyatukan tiga kaum utama di Malaysia iaitu Melayu, Cina dan India.

Ianya bermula terlaksana dengan penubuhan Kelab Penyokong PAS ketika beliau memeganag Pengerusi Lajnah Perpaduan PAS dan kemuncaknya adalah Dewan Himpunan Penyokong PAS yang membawa kepada orang bukan Islam menjadi ahli PAS.

Uniknya buku ini, ianya dipersembahkan dalam bentuk bercerita ala novel, sesuai dibaca setiap lapisan masyarakat.

"Dalam buku ini juga saya cuba kupas kita ini Melayu dahulu atau Islam dahulu," katanya.

Harakahdaily/-

Rakyat lebih percaya media baru, fikirlah Najib

24 Ramadhan 1431 H
Oleh: Hazayani Zakaria

KUALA LUMPUR, 3 Sept: PAS menganggap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak seperti ketam mengajar anaknya berjalan betul supaya semua media mencontohi media perdana yang dikatakannya melaporkan dengan fakta, berbeza dengan media baru.

Sehubungan itu, Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad sangsi dengan kenyataan Najib mengenai kenyataannya dengan mendakwa media perdana pada hari berada di dalam landasan yang betul, manakala yang salah ialah media baru seperti blog, twitter, facebook dan sebagainya.

“PAS yakin inilah keresahan yang melanda di kalangan pemimpin kerajaan pada hari ini yang cuba hendak meletakkan media baru di kandang orang salah supaya rakyat sangsi terhadap pemberitaan media baru.

“Datuk Najib harus fikir kenapa rakyat lebih percaya media baru daripada media perdana. Sebabnya rakyat pada hari ini sudah tahu membezakan antara kaca dan permata,” katanya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Katanya, sebaik sahaja satu laporan yang dibuat oleh media perdana, maka selang beberapa minit sahaja laporan itu diperbetulkan kembali dengan fakta dan gambar.

Contoh yang terbaru, ujarnya sikap yang ditunjukkan oleh media ayam daging Umno ketika melaporkan apa yang berlaku di Surau Al-Huda, Kajang Sentral pada 22 Ogos lalu.

“Media ini melaporkan Teo Nie Ching, Ahli Parlimen Serdang sedang memberi ‘tazkirah’ dan memberi bantuan kepada ahli PAS,” katanya.

Apa yang berlaku, jelasnya ialah Teo sedang memberi taklimat mengenai skim pendidikan Kerajaan Selangor dan beliau memberi bantuan kepada surau sebanyak RM1,000.

Ini, tambahnya hanya satu contoh fitnah yang jahat untuk memburukkan PAS dan Teo daripada DAP.

“Apakah ini yang Datuk Najib suruh media baru tiru cara laporan media perdana yang penuh dengan fitnah?” soalnya.

Menurutnya, sikap yang ditunjukkan oleh media perdana, mereka tidak memperdulikan soal saman malu dan balasan Allah SWT, yang penting ialah dapat memuaskan golongan yang menzalimi dan menipu rakyat.

Tambahnya, tujuan laporan yang berupa fitnah mereka buat supaya persepsi rakyat terhadap PAS jahat.

Ini, kerana katanya mereka tahu proses undang-undang memakan masa yang lama, setelah fikiran rakyat telah dirosakkan begitu lama.

“PAS bukan meminta media ini memuji PAS dan Pakatan Rakyat dalam pemberitaan mereka. Kalau pun tidak mahu melaporkan apa yang PAS buat, jangan pula sanggup melaporkan berita fitnah terhadap PAS,” ujarnya.

Harakahdaily/-

Krisis ciptaan lawan kukuhkan Pakatan Rakyat

24 Ramadhan 1431 H
Oleh: Mohamed Zainal Abidin Hussin

Riuh rendah 1 Malysia. PAS kini gadai maruah. Peristiwa Ahli Parlimen Sedang, Teo Nie Ching hadir di sebuah surau dalam kawasannya telah dijadikan isu besar.

Ahli Parlimen Kulim Bandar Baru, Zulkifli Noordin, wakil rakyat yang berpaling tadah dari rakyat memperli sikap umat Islam, menulis dalam blognya bahawa mereka "tanpa segan (dan) malu menghulur tangan menagih angpau dan bantuan dari tangan kafir harbi ini."

Sebelum isu ini, tindakan seorang khatib di Pulau Pinang, Ustaz Zakaria Ahmad mendoakan ketua menteri, Lim Guan Eng dalam khutbah Jumaat telah dieksploitasi bagi mengapi-apikan kebencian orang Melayu kepada pemimpin pembangkang bukan Melayu itu.

Soal hukum hudud yang tiba-tiba muncul dalam seminar sambutan hari hududullah di Kota Bharu pula dirasakan peluang terbaik media perkauman pro pemerintah untuk melaga-lagakan orang-orang PAS dan DAP.

Dengan penuh gembira, pemimpin-pemimpin perkauman dalam Barisan Nasional memperalat isu-isu ini bagi memecahbelahkan pakatan pembangkang yang kini bersama dalam Pakatan Rakyat (PR).

Mereka penuh yakin semua ini akan menimbulkan persepsi buruk orang ramai terhadap PR yang kini mentadbir Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan itu.

Sasaran mereka yang lebih penting ialah untuk menimbulkan perbalahan di kalangan parti-parti dalam PR khususnya antara PAS dan DAP.

Dengan berseru-seru supaya orang Melayu perlu bersatu mepertahankan maruah Islam dan kepentingan orang Melayu, mereka dengan rakus menggambarkan para pemimpin DAP kurang ajar, anti Islam dan berperlakuan menghina Islam dan umatnya.

Perkembangan rakyat dalam menghadapi situasi ini bagaimanapun jauh berbeza dengan apa yang mereka jangkakan.

Dalam isu mendoakan orang bukan Islam dalam khutbah Jumaat, bukan sekadar para pemimpin PAS yang mempertahankan kaharusannya, malah ulamak-ulamak berkecuali turut tidak membantah. Malah ulamak yang selalu diperalat untuk mempetahankan Umno seperti Mufti Perak turut terdiam.

Apa yang berlaku ialah sambutan rakyat yang semakin menonjol kepada Lim Guan Eng. Beliau kini semakin sibuk berbuka puasa hampir setiap hari dengan masyarakat Islam. Bukan sekadar di Pulau Pinang, malah di pelbagai lokasi di luar Pulau Pinang.

Dengan menggemparkan kes Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching yang dikatakan mencemar dan menghina kesucian tempat ibadat Islam, perbahasan hangat berlaku dalam semua saluran media.

Akhirnya terserlah kejahilan mereka yang cuba menimbulkan kontroversi ini apabila pelbagai sumber seperti keputusan majlis fatwa dan amalan masjid seluruh dunia yang mesra dengan kedatangan pengunjung bukan Islam didedahkan.

Isu-isu ini telah menjadikan pertentangan berkenaan hukum hudud seakan-akan tenggelam.

Bagaimanapun sebenarnya kontroversi hubungan muslim non muslim ini membawa satu penyelesaian baru. Islam kini semakin difahami bukan musuh orang bukan Islam. Islam bukan datang untuk melihat mereka yang bukan Islam sebagai habuan mereka tetapi sebagai sahabat yang berpotensi untuk bersama mencari kebaikan.

Jika realiti ini diterima, soal menolak hukum hakam Islam tidak berbangkit sama sekali. Apa yang perlu diperlihatkan Ialah semua yang diperkenalkan oleh Islam, termasuk hudud adalah bermotif untuk menyelamatkan semua manusia, bukan menyusahkan atau memusuhi mereka.

Implikasi kepada semua rentetan peristiwa ini ialah keyakinan yang semakin mantap terhadap gabungan baru rakyat Malaysia dalam Pakatan Rakyat. Penyokong PAS dan DAP kini semakin faham apakah bentuk persahabatan mereka.

Mereka tidak perlu ditakut-takutkan dengan mitos lama perkauman sempit yang menanam perasaan benci membenci antara satu sama lain. Selagi mana kita berbuat sesuatu untuk kebaikan, kita boleh bersatu walaupun berlainan bangsa dan agama.

Kepada mereka yang mengapikan-apikan permusuhan, kebencian dan hina menghina semata-semata kerana berlainan bangsa dan agama adalah ditolak. Walaupun yang melakukan demikian dari kalangan saudara mara kita sendiri.

Dengan asas ini kita semakin yakin Malaysia baru akan dibentuk dengan lebih teguh. Semua ini sedang menjadi kerisauan kepada para pemimpin perkauman yang selama ini hidup atas dasar pecah dan perintah serta terus menerus menggunakan sentimen kebencian tanpa asas kebenaran.

Harakahdaily/-

Nie Ching bakal buka butik selendang?

24 Ramadhan 1431 H

SERDANG, 2 Sept: Anggota Parlimen Serdang, Teo Nie Ching bakal membuka butik selendang selepas ini kerana sejak berita beliau memasuki surau tanpa memakai tudung disiarkan oleh Utusan Malaysia, hari-hari beliau menerima hadiah selendang.

"Terima kasih kepada Utusan, saya dah terima empat selendang dari pihak yang berbeza...tak lama lagi saya boleh buka butik selendang," tulis Nie Ching dalam twitternya hari ini.

Nie Ching menjadi popular sejak kebelakangan ini apabila pelbagai cerita negatif disiarkan oleh media pro Umno terhadap beliau sejak beliau memberikan ucapan ringkas di Surau Nurul Huda, Serdang.

Utusan telah melaporkan (gambar), Nie Ching telah memberikan tazkirah Ramadhan di surau itu.

Ekoran itu, dalam satu kenyataannya, Nie Ching berkata kehadirannya menghulur bantuan ke surau tersebut dan memberikan ucapan ringkas adalah ikhlas dan bukan berkepentingan politik.

"Saya menyesal bahawa perkara ini telah menimbulkan perasaan keresahan antara umat Islam negara kita dan isu ini telah diperhangatkan oleh pihak-pihak tertentu atas sebab-sebab politik.

"Saya ingin menegaskan secara ikhlas dan murni bahawa lawatan saya ke Surau Al-Huda tidak berniat politik, dan tidak bermotif untuk menyebabkan kesucian surau dan masjid dipersoalkan," katanya.

Namun begitu, pelbagai pihak lain mempertahankan tindakan Nie Ching masuk ke surau itu dan menyifatkan tindakan itu tidak salah dari sisi Islam.

Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Aziz, bekas mufti Perlis, Dr Asri Zainol Abidin dan ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR, Dr Mohd Nor Manuty menyokong tindakan Nie Ching.

Nie Ching juga bertemu sendiri dengan Nik Aziz bagi bertanya pandangan beliau terhadap masalah yang dihadapinya itu.

(Gambar: Nie Ching (tengah) dalam satu sidang medianya)

“Oleh kerana hubungan kita dengan Islam semakin jauh, belajar pun tidak, maka bila tiba perkara-perkara macam ini, terus timbul masalah.

“Padahal kalau kita balik dari sejarah asal, ramai dari penduduk Arab Qurasy yang kafir datang jumpa Nabi. Nabi letak dalam masjid, mereka tidur dalam masjid, makan dalam masjid, bahkan kencing dalam masjid.

“Jadi bila ada orang bukan Islam sekarang ni masuk dalam masjid, tak ada apa pun. Nak ceramah ke, nak apa ke, tak ada masalah apa pun,” kata Nik Aziz dalam satu kenyataan kepada media.

Harakahdaily/-

Saleh Man teruskan khidmat untuk rakyat

24 Ramadhan 1431 H
Oleh: Mohd Sabri Said

PERMATANG PAUH, 2 Sept: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Permatang Pasir, Ustaz Saleh Man menyambung semula tugasnya berkhidmat kepada rakyat setelah sebulan berehat kerana mengalami sakit di bahagian usus.

Beliau yang dimasukan ke Hospital Bukit Mertajam awal bulan lepas dan terbaru dimasukkan semula ke wad di Hospital Seberang Jaya untuk rawatan susulan kini kelihatan lebih sihat dan cergas terutamanya mengatur program bantuan sumbangan Aidilfitri kepada penduduk di Dun yang diwakilinya.

Terbaru beliau menyerahkan bantuan hasil kutipan beberapa individu kepada 30 keluarga miskin di Kampung Pengkalan Tambang.

Bantuan berupa beras dan bekalan makanan seharian itu turut dibahagikan kepada beberapa kampung sekitar iaitu Kampung Kota, Kampung Bukit Jelutong, Sungai Sintuk dan Tanjung Putus.

Selain beliau turut hadir dalam program ringkas itu ialah Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Komuniti (JKKK) Pengkalan Tambang, Shabudin Darus dan aktivis masyarakat, Mohd Rodzi Saad.

Semasa ucapanya, Saleh menegaskan, kerajaan negeri begitu prihatin membantu masyarakat yang daif dan memerlukan simpati.

Oleh itu, untuk menjamin pemberian sama rata yang diberikan itu rakyat tidak kira Melayu, Cina dan India wajar bersatu padu dan menjauhkan persengketaan yang dibangkitkan oleh golongan yang tidak bertanggungjawab.

"Kehidupan di bawah Kerajaan Pakatan Rakyat lebih sempurna berbanding semasa di era pemerintahan Barisan Nasional (BN) kerana ada antara golongan yang susah tidak memperolehi bantuan sebaliknya orang tertentu yang kadang-kadang memiliki kesempurnaan diberikan," katanya.

Harakahdaily/-

Duit raya, hamper pelajar dan guru Pasti Ipoh Timur

24 Ramadhan 1431 H
Oleh: Pemuda PAS Perak

IPOH, 2 Sept: Dewan Pemuda PAS Kawasan Ipoh Timur hari ini tidak ketinggalan menyampaikan duit Raya dan juga hamper kepada semua pelajar dan guru PASTI yang cukup gembira.

Ketua Pemuda PAS Ipoh Timur Salman Saleh bersama kepimpinan Ahli Jawatankuasa Kerjanya telah bergerak kesemua PASTI di dalam Ipoh Timur bagi tujuan tersebut.

Pemuda PAS Ipoh Timur yang mempunyai PASTI sebanyak 4 iaitu PASTI Ibnu Safar di Taman Shatin, PASTI Al-Ehsan di Taman SPPK, PASTI Raudatul Ilmi di Kg Temiang dan PASTIBestari di Taman Cempaka.

Terdapat seramai 69 pelajar dan seramai 5 guru di PASTI seluruh Ipoh Timur yang memberikan perkembangan positif terhadap pendidikan mereka selama ini.

Sumbangan yang disampaikan sendiri oleh Salman amat bermakna kepada seluruh pelajar dan guru PASTI bersempena samburan Hari Raya pada minggu depan.

Harakahdaily/-

Radio swasta terus siar tazkirah Nik Aziz

24 Ramadhan 1431 H
Oleh: Lan Jusoh

KOTA BHARU, 2 Sept: Usaha dilakukan kerajaan negeri supaya diberi sedikit ruang kepada Menteri Besar untuk menyampaikan tazkirah atau perutusan kepada rakyat sehingga kini tidak dilayan RTM.Malah permohonan kerajaan negeri untuk mendapatkan lesen penyiaran sendiri juga tidak dilayan Kementerian Penerangan.

Namun anehnya beberapa stesen radio di negara jiran memberi ruang kepada Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyampaikan tazkirah agama.Stesen radio tersebut termasuk di Sungai Padi di Wilayah Narathiwat pernah menyiarkan kuliah agama oleh Menteri Besar Kelantan.

Langkah serupa juga diambil sebuah stesen radio swasta yang berpangkalan di sini apabila memberi ruang kepada pemimpin kerajaan negeri menyampaikan takzirah agama.

Radio Manis FM milik milik bekas Ketua Penerangan Umno Malaysia, Tan Sri Hussin Ahmad berpejabat di Lundang, Kota Bharu mengambil sikap berkompromi apabila memberi ruang takzirah agama oleh Menteri Besar.

Langkah berani yang dipelopori stesen radio terbabit membolehkan rakyat di Pantai Timur berpeluang mengikuti tazkirah agama yang disampaikan Tuan Guru Nik Abdul Aziz.

Tazkirah Ramadan itu dikeudarakan melalui stesen radion berkenaan mulai 20 Ramadan lalu sehingga 5 Syawal ini iaitu sebanyak empat kali setiap hari.

Waktu siaran bermula jam 7.30 pagi, selepas azan solat Zohor, selepas azan solat Asar dan jam 7 petang.

Bagaimanapun pada hari Jumaat siaran tazkirah selepas azan Zohor diawal kepada jam 12.45 pagi.

Program tazkirah tersebut ditaja Perbadanan Menteri Besar Kelantan dengan kerjasama Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri.

Pendengar boleh mengikuti siaran tersebut menerusi gelombang 90.6 Megahertz di Kelantan, 102 Megahertz (Terengganu) dan 96.5 Megahertz (Pahang).

Menurut jurucakapnya siaran tazkirah agama oleh Menteri Besar Kelantan diadakan sejak lima tahun lalu.

Harakahdaily/-

Kibar bendera tetapi ‘hati diselubungi tahi’

24 Ramadhan 1431 H
Oleh: Lanh

OGOS adalah bulan kemerdekaan sejumlah negara di rantau sebelah sini. Selain Malaysia yang menyambutnya pada 31 Ogos, Singapura pada 9 Ogos, India pada 15 Ogos manakala Indonesia meraikannya pada 17 Ogos.

Berdasarkan pengalaman lalu, pemimpin Malaysia kerap melaungkan agar rakyat mengibarkan bendera termasuk di kenderaan masing-masing (bendera kecil) bagi menunjukkan semangat cintakan kepada negara.

Rakyat yang mengibarkan bendera dianggap patriotik, mereka yang tidak mengibarkan bendera dianggap kurang patriotik. Suatu ketika dulu, ramai pemilik kenderaan mengibarkan bendera tetapi sejak kebelakangan ini tidak lagi menyebabkan sesetengah pemimpin berkata rakyat semakin kurang semangat patriotik mereka.

Demikianlah betapa mudahnya sesetengah pemimpin melaungkan semangat patriotik dan meminta rakyat berbuat demikian, tetapi benarkah pemimpin bersifat patriotik berdasarkan ‘kehebatan’ mereka mengibarkan bendera di tangan di atas pentas orang kenamaan ketika sambutan hari kebangsaan? Apakah benar mengibar bendera patriotik, tidak mengibarnya tidak patriotik?

Bagi penulis, rakyat patriotik adalah mereka yang menjunjung hukum-hakam agama dan negara. Jika mereka termasuk dalam golongan ini, negara akan selamat, demikian juga sekalian rakyat yang menghuni dalamnya.

Mereka yang melawan dan melanggar hukum-hakam agama dan negara serta pengacau ketenteraman awam adalah golongan pengkhianat, mereka tidak patriotik sama sekali.

Sehubungan itu, mereka yang seronok mengibar bendera termasuk di kalangan pemimpin (menteri) yang beriya-iya melakukannya di atas pentas atau ketika perarakan, tidak semestinya orang patriotik. Segelintir mereka mengibar bendera, tetapi ‘hati’ (kalau ayam, ekor) diselubungi tahi.

Kes terbaru membabitkan pendakwaan seorang bekas menteri kanan terhadap salah laku membabitkan Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) bernilai berbilion-bilion ringgit membuktikan perkara ini.

Bayangkan bagaimana tokoh ini tergamak menipu mesyuarat Kabinet yang dia salah seorang anggotanya. Tidakkah itu namanya pengkhianat paling besar kepada agama, bangsa dan negara?
Ya, pada sambutan hari kebangsaan, pemimpin-pemimpin seperti inilah yang paling hebat mengibar-ngibar bendera. Mereka kelihatan begitu patriotik, begitu beriya-iya menyanjung Jalur Gemilang, sebaliknya merekalah musang berbulu ayam. Bukan saja ayam dicekupnya, baka (anak-anak) ayam pun disapunya sampai licin.

Demikian juga segelintir pemimpin yang lain. Cakap mereka kepada rakyat berdegar-degar, sayangi negaralah, bersedia untuk mati untuk negaralah, tetapi amat-amatilah bahawa sesetengahnya rakus kuasa dam menimbun harta seolah-olah kekayaan itu boleh dibawa masuk dalam lubang kubur.

Mereka berkata berkorbanlah untuk negara tetapi apabila jerebu melanda, mereka dan keluarga masing-masing yang pertama berangkat meninggalkan tanah air, bercuti di Los Angeles atau ke Australia dengan duit berguni-guni.

Tak tahulah apa tindakan mereka jika meletus huru-hara dan perang. Agaknya mereka yang pertama hantar keluarga masing-masing ke 'overseas', biarlah rakyat hadapi kemelut itu. Berjuanglah rakyat ke titisan darah terakhir, kata mereka.

Pada ketika kehidupan rakyat meruncing dan terpaksa mengikat perut disebabkan kenaikan harga petrol, gas dan gula baru-baru ini, ramai daripada anggota keluarga terhormat ini masih ber'shopping' di London, Paris dan Dubai.

Di tanah air, mereka sibuk mengelabui mata rakyat dengan ungkapan temberang mereka seperti ‘ubahlah gaya hidup’. Bayangkan, mereka tidak ubah gaya hidup masing-masing, tetapi meminta rakyat mengubahnya.

Masih ramai pemimpin dan orang berkuasa yang menunjukkan kemewahan dengan kenduri kahwin macam 'pesta puteri kayangan' atau macam anak Raja Donan - 40 hari 40 malam dan wang hantaran RM20,000 - RM30,000.

Tak percaya, selaklah halaman majalah malah rancangan televisyen sekalipun, mereka memaparkan perkahwinan ala Inggerislah, ala Arablah alah Baratlah yang membabitkan kos ratusan ribu ringgit.

Mereka terus boros berbelanja sedangkan rakyat disuruh 'jimat, jimat, jimat' dan pada masa yang sama surat khabar dan media massa lain diperkuda, dibuli, dipaksa menggantikan perkataan ‘kenaikan harga barangan’ dengan ‘penyelarasan subsidi’ dan penjimatan wang kerajaanlah.

Adakah perbelanjaan boros pemimpin ini boleh dicontohi rakyat biasa yang saban hari bersarapan cekodok, lempeng, ubi rebus, nasi sejuk dan lauk lebihan semalam dengan kopi O panas atau pun air suam saja disebabkan gula sudah naik harga?

Jika tak percaya kemiskinan rakyat, tengoklah rancangan TV3, Bersamamu, masih ada rakyat yang terpaksa membongkar tong sampah dan makan kangkung longkang dan ikan lombong untuk meneruskan hidup.

Pada saat negara akan menyambut ulang tahun kemerdekaan, sibuklah sesetengah daripada pemimpin melaungkan kata-kata keramat: "Kita lupakan perbezaan dan sengketa politik, marilah kita sama-sama sambut hari kemerdekaan."

Sedapnya mulut mereka bercakap, 'bersama-sama merayakan kemerdekaan' - kemerdekaan apa yang mereka maksudkan itu? Selepas mereka puas 'menjarah sana, menjarah sini' (senarai ini panjang, antaranya dalam isu bahasa,

pemberhentian permit akhbar alternatif, ISA, AP, hak asasi, penyelewengan tender, kenaikan harga minyak serta barang dan pencabulan demokrasi),

rakyat diminta untuk bersama-sama berada di pentas mereka, mengibarkan bendera dan melaungkan kata-kata keramat: "Merdeka! Merdeka! Merdeka!"

Kalau hanya untuk mengibar bendera dan melaungkan kata-kata itu, penyamun, perompak, lanun pun boleh melakukannya. Perompak bank yang memandu Perdana atau Wira (menggunakan kereta ini kerana bersikap patriotik) pun boleh memasang bendera kecil di sisi cermin kereta mereka.

Perogol bersiri pun boleh memasang bendera di depan motosikal masing-masing. Artis penjual diri pun boleh membalutkan Jalur Gemilang pada tubuh mereka.

Berlainan daripada orang yang telah jelas ‘jahat’ ini, apa yang dibimbangi orang yang penampilannya baik-baik, yang berlagak pemimpin warak, kononnya merekalah pejuang bangsa, pejuang negara yang bermati-matian bekerja keras untuk negara, sebenarnya pengkhianat paling dahsyat.

Mereka nampaknya begitu baik dan sopan, mengibar bendera di pentas kenamaan pada majlis-majlis tetapi sebenarnya adalah musang berbulu ayam. Pemimpin ini mengkhianati amanah negara, mereka merompak harta negara,

menipu Kabinet, mencabul kehormatan orang dan aneka kejahatan lain semata-mata untuk melempiaskan nafsu dunia dulu, kini dan buat selamanya!

Harakahdaily/-

Nik Aziz: Jalan tak sempurna punca kemalangan

24 Ramadhan 1431 H

Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengakui kemudahan jalan yang tidak sempurna di Kelantan penyebab banyak kemalangan berlaku di negeri ini terutama pada musim perayaan.

Mursyidul Am PAS itu berkata, kebanyakan jalan di Kelantan, termasuk jalan persekutuan sempit dan tidak mampu menampung kenderaan yang bertambah setiap tahun.Sehubungan itu, beliau menasihatkan pengguna jalan, terutama mereka yang akan kembali berhari raya di kampung masing-masing supaya berhati-hati memandu.

“Antara punca kemalangan jalan raya kerap berlaku di negeri ini adalah disebabkan jalan raya di negeri ini, sama ada jalan persekutuan atau jalan negeri, sempit dan tidak diselenggara dengan baik sedangkan kenderaan bertambah,

” katanya kepada pemberita ketika menyampaikan sumbangan kepada pesakit di Wad Orthopedik, Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII), di Kota Bharu, hari ini.

Hadir sama, Pengarah Hospital berkenaan, Datuk Dr Ghazali Hasni Md Hassan, Speaker Dewan Undangan Negeri Kelantan, Datuk Mohd Nasiruddin Daud dan beberapa anggota Exco.

Malaysiakini/-

Penjawat awam Sabah pula terima bantuan khas raya

24 Ramadhan 1431 H

Kerajaan negeri Sabah telah meluluskan bayaran bantuan khas kewangan sebanyak RM500 kepada 17,587 anggota perkhidmatan awam negeri yang layak selaras dengan keputusan kerajaan Persekutuan baru-baru ini.

Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman berkata, sebanyak RM9.73 juta diperuntukkan untuk tujuan itu dan bayaran dijangka dapat dibuat sebelum sambutan Hari Raya Aidilfitri.

"Keputusan pembayaran bantuan khas ini juga dipanjangkan kepada pihak berkuasa tempatan dan badan-badan berkanun negeri untuk penerimaan tertakluk kepada kemampuan masing-masing,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tindakan Negeri, di Kota Kinabalu hari ini.

Bayaran bantuan khas itu kata Musa, adalah sebagai tanda penghargaan dan keprihatinan kerajaan Sabah kepada anggota perkhidmatan awam negeri yang telah menunjukkan komitmen dalam membangunkan Sabah dan Malaysia amnya.

Malaysiakini/-

Selepas ANAK, Mazlan tubuh BAPA pula

24 Ramadhan 1431 H
Oleh: Abdul Rahim Sabri

Selepas menubuhkan Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK), pengerusinya Mazlan Aliman mengambil inisiatif baru untuk menubuhkan Badan Bertindak Bagi Warga Felcra (BAPA).

Katanya, BAPA ditubuhkan untuk mendedahkan penyelewengan yang berlaku di dalam Felcra.Beliau memberitahu media demikian ketika ditemui selepas mengiringi yang dipertua PAS Jempol, Abd Rahman Ramli membuat laporan polis terhadap ucapan perdana menteri yang didakwa menghina mahkamah.

Mazlan yang juga pengerusi biro tanah dan pembangunan Wilayah PAS pusat berkata, penubuhan BAPA adalah hasil himpunan warga Felcra di Changkat Lada, Perak pada 31 Julai lalu.

"Jadi kita bersetuju untuk menubuhkan sebuah NGO untuk mewakili warga Felcra. Kita bersetuju namanya Badan Bertindak Warga Felcra atau singkatannya BAPA.

"Kita akan mendedahkan secara bersiri-siri penyelewengan dalam Felcra.

Dalam satu sidang akhbar pada 17 Ogos lalu, Mazlan mendesak kerajaan menubuhkan suruhanjaya siasatan diraja bagi menyiasat pelbagai dakwaan kepincangan, pecah amanah dan salah guna kuasa dalam Felcra.

Beliau yang juga menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menubuhkan petugas khas bagi menyemak kembali aduan-aduan yang dibuat oleh peserta Felcra.

Dalam sidang akhbar itu, Mazlan mendakwa pihaknya mengenalpasti 22 penyelewangan berlaku di agensi kerajaan itu, termasuk mempunyai dokumen bagi membuktikannya.

Antara dakwaan salah laku itu termasuk pembelian 20,000 ekar estet di Sabah dan pelaburan RM 17 juta bagi membeli bon tanpa mendapat kelulusan.

Malaysiakini/-

PAS dedah dakwaan tipu baja Felda selepas raya

24 Ramadhan 1431 H
Oleh: Abdul Rahim Sabri

PAS akan mendedah selepas hari raya ini dakwaan penyelewengan berhubung pengredan dan penjualan baja yang dibekalkan oleh Felda, kata naib presidennya, Salahuddin Ayub hari ini.

Katanya, pendedahan itu akan dibuat oleh jawatankuasa khas bertindak pembelaan isu-isu peneroka (TINDAK) yang ditubuhkan pada 29 Ogos lalu.

"Kita akan membuat satu penyelidikan rapi bagi membongkar penyelewengan seperti isu wang tanam semula, (isu) penggredan baja dan Akta Penempatan Berkelompok.

"PAS berpendapat isu-isu (berkaitan) peneroka (ini) perlu diangkat menjadi satu agenda nasional," katanya dalam satu sidang akhbar di ibunegara hari ini.

Salahudin yang juga pengerusi TINDAK menjelaskan jawatankuasa khas ini turut berperanan memaksimakan pembelaan terhadap isu yang berkaitan peneroka di Dewan Rakyat.

Ketika dihubungi Malaysiakini kemudiannya, Salahuddin berkata: "Kita juga akan memberi khidmat nasihat dan guaman kepada (peneroka mengenai) isu-isu yang dianggap berprofil tinggi.

Ditanya mengenai peranan Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan(ANAK) yang turut memperjuangkan nasib peneroka Felda, Salahudin berkata kewujudan jawatankuasa khas tidak menafikan tugas dan peranan yang dimainkan oleh ANAK.

Katanya, ini kerana pengerusi ANAK, Mazlan Aliman juga menjadi timbalan pengerusi TINDAK dan dianggotai ahli jawatankuasa PAS Pusat - Datuk Kamaruddin Jaafar dan Mohamad Sabu, .

Tiga lagi anggotanya ialah ADUN Paroi, Taufek Abdul Ghani; Zulkefly Mohamad Omar (Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan) dan peguam Asmuni Ani yang juga timbalan pesuruhjaya PAS Perak.

Malaysiakini/-

PAS buat laporan polis terhadap Zam

24 Ramadhan 1431 H
Oleh: Abdul Rahim Sabri

PAS membuat laporan polis hari ini berhubung kenyataan bekas menteri penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin yang didakwanya berniat jahat terhadap parti Islam itu.

Zainuddin sebelum ini dilaporkan mendakwa PAS meminta Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj ‘merampas’ harta orang Cina semasa Tragedi 13 Mei 1969, manakala ketika Konfrantasi Malaysia-Indonesia, PAS menyebelahi Indonesia supaya ‘mengambil’ Malaysia.

Beliau membuat kenyataan itu dalam temuramah bertajuk "Zam Dedah Hasutan Jahat PAS" dalam Umno-online dan kemudiannya disiar akhbar Utusan Malaysia pada 30 Ogos lalu dengan tajuk 'PAS parti ekstrem'.

Ketika dihubungi Malaysiakini, ketua penerangan PAS Pusat, Idris Ahmad berkata beliau membuat laporan itu di Balai Polis Chow Kit, Lorong Haji Taib kira-kira jam 3.30 petang ini.

Sebelum ini, Idris memberi tempoh tiga hari kepada Zainuddin - mulai 30 Ogos lalu - untuk memohon maaf dan menarik balik kenyataannya.

Bagaimanapun, Zainuddin tidak berbuat demikian dan PAS sedang menimbang akan mengambil tindakan undang-undang.

Menurut Idris, beliau diiringi oleh lima exco Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekuatuan yang diketuai oleh naib ketuanya, Suhaimi Abdul Aziz.

Sehubungan itu, Idris menggesa pihak polis supaya menyiasat laporan terhadap Zainuddin itu.

Malaysiakini/-

Lim: Palsukan gambar, kerja keji

24 Ramadhan 1431 H
Oleh: Susan Loone

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menyifatkan gambar palsu menunjukkan beliau sedang menyembelih lembu korban untuk umat Islam sebagai “satu lagi perbuatan jahat yang terdesak” yang keji oleh pihak yang mahu merosakkan imejnya.

Lim berkata gambar yang disebarkan secara meluas di Internet itu adalah perbuatan mereka yang ketandusan idea dan tidak bermoral. Gambar palsu yang menggunakan teknik super impose itu dipercayai didalangi oleh penulis upahan yang menggelarkan diri mereka sebagai 'PAS Beruk'.

Kata Lim, mereka yang terbabit itu adalah “pembohong bersiri” yang menggunakan teknik yang dipelopori oleh menteri propaganda Jerman, Joseph Goebbels ketika era rejim Nazi, Adolf Hitler yang cuba menyediakan rakyat dari segi psikologi menghadapi peperangan dan pemusnahan tamadaun manusia.

"Tetapi mereka telah melakukannya berulang-kali sehingga rakyat tidak lagi mempercayai pembohongan mereka,” kata Lim kepada Malaysiakini tanpa menuduh sesiapa.

"Namun, kita tidak boleh kata bukan semua orang mempercayai pembohongan seperti itu dan propaganda berkenaan kerana ada juga yang akan mempercayainya,” katanya.

Selasa lalu, Pemuda PAS Wilayah Persekutuan yang diketuai oleh pemangku ketuanya Herman Samsudeen mengelaurkan kenyataan media mengutuk perbuatan itu.

"Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan kesal kerana Umno terus memainkan instrumen fitnah bagi memburukan imej PAS-Pakatan Rakyat, walaupun masih berada dalam bulan Ramadan," katanya.

Herman mendakwa gambar itu yang memaparkan Lim dengan tulisan: "Sanggupkah kita lihat jika jadi begini? Dalil apa lagi nak halalkan perbuatan DAP?" bertujuan melaga-lagakan pemimpin Pakatan Rakyat dan menimbulkan keresahan di kalangan umat Islam.

Katanya lagi, gambar Lim yang ditampal itu pada asalnya merupakan gambar menteri besar Perak yang disingkirkan, Datuk Seri Nizar Jamaluddin.

Menyifatkan perkara itu sebagai keterlaluan dan sengaja mencetus sentimen agama, Herman berkata beliau kesal kerana budaya fitnah terus membiak dalam Umno walaupun pada bulan suci Islam.

"Gambar berkenaan sengaja direka dengan harapan rakyat melihat bahawa kerjasama PAS dan DAP kononnya merosakan Islam," katanya.

Sebelum ini, Lim yang juga setiausaha agung DAP diheret dengan kontroversi apabila didakwa mengarahkan namanya digunakan untuk menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong dalam khutbah Jumaat.

Beliau menafikan sekeras-kerasnya dakwaan itu.

Lim yang jelas berang dengan gambar palsu itu berkata beliau kini bosan dengan fitnah dan pembohongan yang berterusan itu.

"Bila kita lakukan perkara baik, mereka tidak boleh terima dan langsung tidak melaporkannya seperti pemberian RM1,000 kepada keluarga yang meninggal dunia ataupun bayaran RM500 kepada kaitangan awam, baru-baru ini,” katanya.

Beliau berikrar akan mencari mereka yang bertanggungjawab terhadap gambar palsu berkenaan dan telah mengarahkan pegawainya supaya menyiasat dan mengenal-pasti dalang berkenaan. [Baca berita penuh]

Sementara itu, parti komponen Pakatan Rakyat di Pulau Pinang membuat laporan polis terhadap gambar palsu itu, yang diedarkan melalui Internet.

Setiausaha Pemuda DAP negeri, Ng Wei Aik, yang membuat laporan itu bagi pihak gabungan tersebut di di balai polis daerah Jalan Patani hari ini, mendesak pihak polis menyiasat foto tersebut.

"Menukar (gambar) Nizar dengan Lim bertujuan untuk mengelirukan rakyat dan berniat untuk merosakkan hubungan erat antara orang Islam dan bukan Islam," kata Ng yang juga ADUN Komtar kepada media selepas membuat laporan tersebut.

"Kami mendesak pihak polis supaya menyiasat perkara itu dan mengambil tindakan perlu terhadap pencipta gambar itu, yang menyebarkan kebencian terhadap ketua menteri," tambahnya.

Malaysiakini/-

Tol percuma, diskaun hingga 40% sempena Aidilfitri

24 Ramadhan 1431 H

Dua puluh empat syarikat konsesi lebuh raya memberikan diskaun sehingga 40 peratus kepada pengguna lebuh raya sempena Aidilfitri ini manakala syarikat konsesi Kumpulan MTD "menghadiahkan" laluan tol percuma kepada pengguna Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak dan Lebuhraya Pantai Timur Fasa Satu.

Menteri Kerja Raya Datuk Shaziman Abu Mansor berkata Kumpulan MTD memberikan laluan tol percuma pada 7, 8, 15 dan 16 Sept depan mulai pukul 9 malam hingga 6 pagi kepada semua jenis kenderaan.

Sejumlah 24 lagi syarikat konsesi lain, katanya memberikan diskaun tol pada 6 hingga 8 Sept serta 13 hingga 15 Sept mulai pukul 12 malam hingga tujuh pagi, umumnya bagi kenderaan ringan iaitu kereta dan beberapa kelas kenderaan lain.

"Selain menyemarakkan sambutan Hari Raya mereka memberi tol percuma dan diskaun untuk melakukan penyuraian trafik kerana mereka percaya bila beri diskaun atau tol percuma pada waktu itu, maka lebih ramai orang akan menggunakan lebuh raya.

"Nanti tidaklah berlaku kesesakan pada waktu puncak terutama siang. Sebab itu syarikat konsesi mempunyai strategi mereka sendiri," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Kempen Keselamatan Jalan Raya kementerian itu di Plaza Tol Gombak hari ini.

Shaziman berkata tahun ini merupakan tahun kedua syarikat-syarikat konsesi menyahut seruan kerajaan untuk memberi diskaun dan tol percuma kepada pengguna lebuh raya.

"Tahun lepas hanya dua syarikat konsesi memberi diskaun dan tol percuma berbanding 25syarikat pada tahun ini. Insentif ini sebagai satu penghargaan daripada kerajaan dan syarikat-syarikat konsesi kepada rakyat sempena Aidilfitri," kata beliau.

Dalam pada itu, Shaziman turut meminta syarikat-syarikat konsesi menyediakan perkhidmatan yang diperlukan pengguna lebuh raya termasuk perkhidmatan lori tunda untuk membantu kenderaan yang mengalami kerosakan atau kemalangan.

"Saya juga berharap pengguna lebuh raya yang menghadapi sebarang masalah supaya menghubungi syarikat konsesi ini atau Lembaga Lebuhraya Malaysia," katanya.

Terdahulu dalam ucapannya, beliau berkata kerja-kerja pembinaan di jalan raya dan lebuh raya dihentikan buat sementara mulai semalam bagi memastikan aliran trafik lancar dan untuk menjamin keselamatan pengguna.

Berikut adalah senarai lebuh raya yang memberikan diskaun tol:

* Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), Lebuhraya Utara Selatan Hubungan Tengah (Elite), Lebuhraya Seremban-Port Dickson dan Lebuhraya Laluan Kedua Malaysia Singapura: 20 peratus diskaun kepada pengguna kenderaan ringan serta rebat tambahan 20 peratus kepada pengguna PLUSMILES sepanjang masa pada 6,7 dan 8 Sept serta 13, 14 dan 15 Sept.

* Lebuhraya Kulim Butterworth: Rebat tambahan 20 peratus kepada pengguna PLUSMILES sepanjang masa pada 6,7 dan 8 Sept serta 13, 14 dan 15 Sept.

* Lebuhraya Metramac: diskaun tol RM 0.10 untuk semua kelas kenderaan pada 10 Sept mulai 12.01 tengah malam hingga 12 tengah hari.

* Lebuhraya Pantai Baru (NPE) dan Lebuhraya Sungai Besi (Besraya): diskaun 10 peratus untuk semua kelas kenderaan mulai 12:01 tengah malam 10 Sept hingga 11.59 malam 12 Sept.

* Lebuhraya Kajang-Seremban (Lekas): diskaun 10 peratus untuk semua kelas kenderaan bagi Plaza Tol di bawah sistem kutipan tol tertutup (Plaza Tol Kajang Selatan hingga Setul) mulai 12:01 tengah malam 10 Sept hingga 11.59 malam 12 Sept, manakala tol percuma di Plaza Tol Ampangan untuk semua kelas kenderaan pada 9 Ogos hingga 20 Sept.

* Lebuhraya Damansara Puchong (LDP): diskaun RM0.60 untuk semua kelas kenderaan pada 10 Sept mulai 12.01 tengah malam hingga 12 tengah hari.

* Sistem Penyuraian Trafik KL Barat (Sprint): diskaun RM0.20 untuk semua kelas kenderaan pada 10 Sept mulai 12.01 tengah malam pagi hingga 12 tengah hari.

* Lebuhraya SMART: diskaun 15 peratus untuk semua kelas kenderaan mulai 12 tengah malam 10 Sept hingga 12 tengah hari 11 Sept.

* Lebuhraya Shah Alam (Kesas): diskaun 10 peratus untuk kenderaan kelas satu mulai 6.01 pagi 10 Sept hingga 6 pagi 11 Sept.

* Lebuhraya Bertingkat Ampang Kuala Lumpur (AKLEH), Lebuhraya Shah Alam Kuang (Guthrie), Lebuhraya Kemuning Shah Alam (LKSA), Lebuhraya Duta Ulu Kelang (Duke) dan Lebuhraya Cheras Kajang (Grand Saga): diskaun 10 peratus untuk semua kelas kenderaan pada 12.01 tengah malam hingga 11.59 malam 10 Sept.

* Lebuhraya Penyuraian Trafik Lingkaran Kajang (Silk): diskaun lima peratus untuk semua kelas kenderaan pada 12 tengah malam hingga 11.59 malam 10 Sept.

* Lebuhraya Pintas Selat Kelang Utara Baru: diskaun 10 peratus untuk semua kelas kenderaan pada 11 malam 9 Sept hingga 8 pagi 10 Sept.

* Lebuhraya KL Putrajaya dan Lebuhraya Lembah Kelang Selatan (SKVE) : diskaun 10 peratus untuk semua kelas kenderaan pada 10 Sept mulai 12 tengah malam hingga 11.59 malam.

* Lebuhraya Senai Desaru: diskaun 32 hingga 36 peratus bagi kenderaan kelas satu pada 12.01 tengah malam 10 Sept hingga 12 tengah malam 11 Sept.

Malaysiakini/-

Larangan Mais: Program DAP di surau tak terjejas

24 Ramadhan 1431 H
Oleh: Jimadie Shah Othman

Timbalan setiausaha DAP Teo Nie Ching berkata, walaupun beliau mendapat amaran daripada Majlis Agama Islam Selangor (Mais) berhubung lawatannya ke surau Al-Huda di Kajang, program semua wakil rakyat parti itu tidak terjejas sama sekali.

Ahli parlimen Serdang itu berkata, ini kerana surat Mais yang diterimanya semalan hanya melarang orang bukan Islam memasuki dewan solat surau dan masjid sahaja.

"Bagi kami (wakil rakyat DAP), perkara ini bukan isu. Kami masih boleh hadir di perkarangan masjid," kata Teo.

"Bagaimapun, kami akan lebih berhati-hati pergi ke masjid dan surau untuk menjalankan program, berbuka puasa bersama umat Islam dan menyampaikan sumbangan."

Sebelum ini, ekoran dilaporkan memasuki ruang solat Surau Al-Huda dan memberikan 'tazkirah' di dalamnya, Teo semalam 'dianugerahi' surat amaran daripada Mais yang melarangnya memasuki ruang solat di Selangor tanpa kebenaran.

Memberikan reaksi spontan dalam laman Twitter, Teo bertanya kembali: "How about tourists?" (Bagaimana dengan pelancong?)

Beliau juga secara berseloroh menulis: "Terima kasih kepada Utusan Malaysia (yang melaporkan). Setakat ini saya terima empat helai selendang daripada pelbagai orang. Saya fikir tak lama lagi saya boleh buka butik selendang."

Sementara itu, ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Teo - ahli parlimen termuda DAP - berkata walaupun selepas mendapat surat amaran itu semalam, masih terdapat surau yang masih menjemputnya hadir berbuka puasa bersama-sama.

"Esok malam saya dijemput ke sebuah surau di Bangi," katanya yang akan mengaku akan hadir ke majlis itu seperti biasa.

Menjawab soalan tentang selendang-selendang yang diterimanya, Teo memberitahu, beliau menerima kesemuanya melalui serahan tangan dalam program yang dihadirinya.

"Mereka kata, YB, pakailah selendang ini, nanti Utusan buat isu lagi," jelas Teo.

Menurutnya lagi, kesemua selendang itu diberikan oleh umat Islam yang bersimpati terhadapnya.

Malaysiakini/-

Wanita di Bawah Naungan Islam : Hijab (Tabir Penutup Aurat)

24 Ramadhan 1431H.
oleh : Said Abdul Aziz al-Jandul

Landasan hukum tentang wajib atau tidaknya hijab bagi perempuan muslimah adalah perbedaan penafsiran para ulama terhadap firman Allah Subhaanahu Wata'ala,

وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا مَا ظَهَرَ مِنْهَا

“Dan janganlah mereka (perempuan-perempuan muslimah) menampakkan perhiasannya kecuali yang (biasa) tampak darinya.” (An-Nur: 31).

Ibnu Abbas radhiyallahu ‘anhu berpendapat bahwa perhiasan yang biasa tampak dimaksud adalah celak.

Dalam riwayat lain beliau berpendapat bahwa perhiasan yang tampak itu adalah wajah, celak mata, perhiasan di tangan dan cincin. Sedangkan Sa’id bin Jubair dan Dhahhak berpendapat bahwa ma’na “perhiasan yang biasa tampak” yang di maksud di dalam ayat di atas adalah wajah dan tangan.

‘Atha’ berpendapat: kedua tangan dan wajah.

Sementara, Imam Auza’i berpendapat bahwa “perhiasan yang biasa nampak” adalah wajah dan kedua tangan.

Banyak para ulama, baik yang terdahulu atau pun yang belakangan berpendapat sama dengan pendapat di atas, mereka memperkuat pendapat mereka dengan sabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam kepada Asma’ binti Abu Bakar Shiddik ketika ia masuk kepada beliau dengan pakaian tipis, maka Rasulullah berpaling darinya sambil bersabda,

يَا أَسْمَاءَ، إِنَّ الْمَرْأَةَ إِذَا بَلَغَتِ الْمَحِيْضَ لَمْ يَصْلُحْ أَنْ يُرَى مِنْهَا إِلاَّ هَذَا. وَأَشَارَ إِلَى وَجْهِهِ وَكَفَّيْهِ.

“Wahai Asma’, perempuan itu apabila sudah mencapai usia haid (baca: baligh) tidak boleh tampak darinya selain ini”, Nabi sambil mengisyaratkan kepada wajah dan kedua tangannya.

Dan juga ada hadits di dalam Shahih Al-Bukhari dan lainnya yang bersumber dari riwayat Ibnu Abbas radhiyallahu ‘anhu bahwasanya Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam pernah membonceng Fadhal bin Abbas dalam perjalanan Hajjatul Wada’, tiba-tiba datang kepada Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam seorang perempuan cantik dari marga Khats’ami, sementara Fadhal selalu mengarahkan pandangannya kepada perempuan itu. Maka Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam memegang dagu Fadhal guna memalingkan wajahnya dari perempuan tadi.

Di dalam riwayat Imam at-Tirmidzi diriwayatkan bahwa kerana peristiwa tersebut al-Abbas berkata kepada Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam, “Engkau telah memutar (membengkokkan) leher anak pamanmu sendiri.” Maka Nabi bersabda, “Aku lihat seorang remaja putra dan remaja putri, lalu aku tidak dapat menjamin keduanya terhindar dari fitnah.”

Peristiwa atau kisah di atas terjadi sesudah lima tahun ayat hijab diturunkan, sekalipun demikian Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam tidak menyuruh perempuan cantik itu untuk menutup wajahnya dan Nabi tidak mengingkari Fadhal yang secara berulang kali melihat kepadanya. Nabi hanya memalingkan wajah Fadhal dari perempuan itu setelah Nabi melihat Fadhal lama sekali menatapkan pandangannya kepada sang gadis cantik kerana dikhawatirkan akan terjadi fitnah. Maka dari itu ada hadits yang mengatakan bahwa pandangan pertama adalah rizki bagi laki-laki dan pandangan kedua adalah dosa.

Juga diperkuat dengan hadits yang menyatakan bahwa laki-laki yang akan melakukan shalat wajib menutup auratnya, sedangkan perempuan wajib menutup seluruh tubuhnya di waktu shalat selain wajah dan kedua tangannya. (Perempuan boleh membuka keduanya di dalam shalat).

Syeikh al-Muwaffaq di dalam kitabnya al-Mughni mengatakan: Tidak diperselisihkan di dalam madzhab (Hanbali) bahwasanya perempuan boleh membuka wajahnya ketika shalat dan bahwasanya ia (perempuan) hanya diperbolehkan membuka wajah dan kedua tangannya. Mengenai kedua tangan itu ada dua riwayat (pendapat) dan para ulama berbeza pendapat. Namun, kebanyakan mereka sepakat (sependapat) bahwasanya perempuan boleh melakukan shalat dengan wajah terbuka.

Mereka juga sependapat bahwasanya perempuan merdeka wajib menutup kepalanya apabila shalat dan bahwasanya apabila ia shalat, sedangkan seluruh kepalanya terbuka, maka ia wajib mengulangi shalatnya. (shalatnya tidak shah. pen.)

Sesungguhnya Islam tidak memerintahkan menutup wajah, Islam hanya memerintahkan menutup dada, dengan dalil firman Allah Subhaanahu Wata'ala,

وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَى جُيُوبِهِنَّ

“Dan hendaklah mereka menutupkan kain kerudung kedadanya.” (An-Nur: 31).

Al-Jayb di dalam ayat itu ialah tutup pakaian yang di bagian dada, sedangkan al-Khimar adalah kerudung penutup kepala, leher dan dada. Masalahnya adalah bahwa kaum perempuan masa Jahiliyah biasa membuka kerudung mereka ke belakang bagian kepala dan membuka pakaian bagian dadanya agar kalung perhiasannya tampak, dan apabila berjalan mereka menghentakkan kakinya supaya gelang yang ada pada kaki mereka diketahui orang.

Maka setelah Allah Subhaanahu Wata'ala menurunkan perintah menutup dada dengan kerudung mereka agar bagian-bagian yang sensitif tidak nampak dan tidak mengundang perhatian dan fitnah, sebagaimana Dia firmankan: “Dan hendaklah mereka tidak menampakan perhiasannya kecuali apa yang (biasa) nampak”, maka kaum perempuan pada saat itu, sebagaiamana dituturkan oleh Aisyah radhiyallahu ‘anha: “Semoga Allah merahmati para perempuan kaum Muhajirin yang awal, kerana tatkala Allah menurunkan ayat “Dan hendaklah mereka menutupkan kain kerudung kedadanya.” (An-Nur: 31) mereka langsung merobek pakaian khas mereka lalu mereka gunakan untuk menutup kepala.

Khumur adalah kata jamak dari khimar yang berarti kerudung atau tutup kepala, sedangkan juyub adalah kata jamak dari jaib yang berarti bagian dada pada pakaian yang boleh dibuka dan di kancing.

Shafiyah binti Syaibah radhiyallahu ‘anha menuturkan, ketika kami sedang berada di sisi Aisyah, ia berkata, “Mereka sedang membicarakan kaum perempuan suku Quraisy dan kelebihannya.” Di antara ungkapan Aisyah radhiyallahu ‘anha adalah: “Sesungguhnya para perempuan kaum Quraisy itu mempunyai kelebihan (keutamaan) tersendiri, dan sesungguhnya aku, demi Allah, tidak pernah melihat kaum perempuan yang lebih utama daripada para perempuan kaum Anshar, lebih meyakini Kitabullah (Al-Qur’an) dan lebih beriman kepada Kitab yang diturunkan, iaitu ketika ayat di dalam Surah an-Nur (“Dan hendaklah mereka menutupkan kain kerudung kedadanya”) diturunkan, para suami mereka langsung datang kepada istrinya masing-masing untuk membacakan yang diturunkan (tentang hijab) kepada mereka. Nampak seorang lelaki membacakannya kepada istri, putri, saudara perempuannya dan setiap keluarga dekatnya. Maka tidak ada seorang perempuan pun di antara mereka melainkan langsung mengambil kain khasnya lalu mereka lilitkan pada kepala mereka, kerana meyakini dan beriman kepada apa yang diturunkan oleh Allah Subhaanahu Wata'ala di dalam Kitab Suci Al-Qur’an, sehingga berada di belakang Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bertutup kepala (berkerudung) hingga nampak seolah-olah di atas kepala mereka ada burung gagak.”

Penulis kitab Al-Mughni menyebutkan pendapat Imam Malik dan Imam Syafi’i bahwa seluruh tubuh perempuan itu aurat selain wajah dan kedua tangannya, maka selain yang dua ini wajib di tutup ketika shalat. Mereka berdalil dengan pendapat Ibnu Abbas di dalam menfasirkan firman Allah Subhaanahu Wata'ala: “Dan hendaklah mereka tidak menampakkan perhiasannya kecuali perhiasan yang (biasa) tampak darinya”, di mana Ibnu Abbas mengatakan ‘kecuali wajah dan kedua tangan’, dan kerana Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam melarang perempuan yang sedang berihram (untuk haji mau pun umrah) memakai sarung tangan dan niqab (tutup wajah).

Alasan mereka, kalau seandainya wajah dan kedua tangan adalah aurat, niscaya tidak dilarang menutupnya. Dan juga keperluan selalu menuntut wajah terbuka untuk keperluan jual-beli dan tangan pun demikian untuk keperluan penyerahan dan pengambilan.

Sedangkan ulama lainnya, termasuk sebagian shahabat di dalam mengartikan firman Allah Subhaanahu Wata'ala ”Dan hendaklah mereka tidak menampakkan perhiasannya kecuali perhiasan yang (biasa) tampak darinya” mereka mengatakan bahwa yang dimaksud perhiasan yang biasa nampak adalah bukan wajah dan kedua tangan, namun yang lainnya.

Ibnu Mas’ud radhiyallahu ‘anhu mengatakan bahwa “perhiasan yang biasa tampak” adalah pakaian. Imam Ahmad rahimahullah pun menafsirkan bahwa yang dimaksud dengan perhiasan pada ayat itu adalah pakaian, dengan merujuk kepada ayat lain yang mengatakan:

يَا بَنِي آدَمَ خُذُوا زِينَتَكُمْ عِنْدَ كُلِّ مَسْجِدٍ

“Wahai Bani Adam (manusia), pakailah pakaianmu yang indah di setiap (memasuki) masjid...” (Al-A’raf: 31).

(Pada ayat ini kata zinah berarti pakaian yang indah. Pent.)

Mereka juga merujuk kepada luasnya cakupan ayat hijab yang meliputi seluruh perempuan yang beriman, iaitu ayat pada firman Allah Subhaanahu Wata'ala,

يَا أَيُّهَا النَّبِيُّ قُلْ لِأَزْوَاجِكَ وَبَنَاتِكَ وَنِسَاءِ الْمُؤْمِنِينَ يُدْنِينَ عَلَيْهِنَّ مِنْ جَلَابِيبِهِنَّ ذَلِكَ أَدْنَى أَنْ يُعْرَفْنَ فَلَا يُؤْذَيْنَ وَكَانَ اللَّهُ غَفُورًا رَحِيمًا

“Wahai Nabi (Muhammad), katakanlah kepada istri-istrimu, anak-anak perempuanmu dan istri-istri orang mu’min, hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka. Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, kerana itu mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Al-Ahzab: 59).

Dan ayat pada firman Allah,

وَإِذَا سَأَلْتُمُوهُنَّ مَتَاعًا فَاسْأَلُوهُنَّ مِنْ وَرَاءِ حِجَابٍ

“Dan apabila kamu meminta sesuatu (keperluan) kepada mereka (istri-istri Nabi), maka mintalah dari balik tabir...” (Al-Ahzab: 53).

Juga hadits yang diriwayatkan dari Ali radhiyallahu ‘anhu: Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam pernah bersabda kepadaku, “Jangan engkau ikuti penglihatan pertama dengan penglihatan berikutnya, karena milikmu hanya pandangan yang pertama dan yang berikutnya itu bukan hakmu.”

Juga hadits yang diriwayatkan dari Jarir bin Abdillah radhiyallahu ‘anhu, ia menuturkan: “Aku pernah bertanya kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam tentang pandangan seketika (yang jatuh pada perempuan), maka beliau menyuruhku agar aku mengalihkan pandanganku.” (HR. Ahmad, Muslim, Abu Daud dan At-Turmudzi).

Mereka juga merujuk kepada hadits yang diriwayatkan dari Ummu Salamah radhiyallahu ‘anha dia menuturkan: Ketika aku bersama Hafshah sedang duduk di sisi Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam, Ibnu Ummi Maktum minta izin (masuk), maka Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda, “Berlindunglah kalian di balik tabir.” (HR. Abu Daud).

Kemudian hadits yang menyatakan boleh memandang perempuan di saat berkeinginan meminangnya, sebab kalau sekiranya memandang (melihat) kepada perempuan itu boleh pada berbagai kesempatan, maka tidak ada artinya perintah secara khusus untuk memandang itu. Maka hal itu menunjukkan tidak boleh memandang kepada perempuan tanpa ada keperluan (yang dibenarkan oleh syara’).

Itulah dalil dan hujah masing-masing kedua kelompok ulama di dalam masalah di atas.

Dari uraian di atas jelas sekali perbezaan pandangan di kalangan ulama kaum muslimin dalam masalah boleh dan tidaknya perempuan membuka wajah dan kedua tangannya, dan sesungguhnya perbedaan pendapat itu ada dan sudah terjadi semenjak masa para shahabat Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam hingga masa kita sekarang.

Hal yang tidak boleh diragukan lagi adalah bahwa masing-masing kelompok mempunyai dalil-dalil tersendiri yang sangat jelas yang mereka jadikan sandaran, dan berdasarkan dalil-dalil itu pulalah mereka melihat bahwa pendapatnyalah yang benar, berdasarkan kemampuan daya nalar dan analisa mereka di dalam memahami ayat-ayat dan hadits-hadits seputar masalah di atas.

Kita pun telah memaklumi bahwa seorang alim apabila melakukan suatu ijtihad dan ijtihadnya tepat, maka ia menda-pat dua pahala, dan jika hasil ijtihad yang ia lakukan kurang tepat, bahkan keliru, maka ia mendapat satu pahala.

Perlu ditegaskan di sini adalah bahwa para ulama yang berpendapat tidak haram bagi perempuan membuka wajah dan kedua tangannya, mereka tidak membolehkan membuka lebih dari itu kepada selain mahram. Sedangkan apa yang dilakukan oleh kebanyakan kaum perempuan sekarang ini, seperti membuka kepala, leher, dada, kedua betis (kaki), lengan tangan dan anggota badan lainnya, maka dalam pandangan mereka adalah haram hukumnya, dan mereka sama sekali tidak membolehkannya kecuali dalam keadaan darurat, seperti kepada doktor dalam keperluan pemeriksaan di kala sakit.

Menurut hemat penulis bahwa tafsiran “kecuali perhiasaan yang biasa tampak” adalah pakaian yang sedang dipakai oleh perempuan, ini adalah pendapat yang tidak boleh diterima, kerana tidak ayat-ayat Al-Qur’an ataupun hadits-hadits shahih Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam yang menyatakan larangan melihat kepada pakaian yang dikenakan oleh perempuan. Maka (menurut pendapat penulis) makna atau tafsiran firman Allah “kecuali perhiasaan yang biasa nampak” adalah wajah dan kedua tangan.

Apapun alasannya, sebaiknya setiap perempuan muslimah berupaya seboleh mungkin menyembunyikan (tidak menampakkan) perhiasaan hingga wajah sekalipun, agar terhindar dari kejahilan orang-orang jahil di zaman yang penuh dengan kerusakan ini.