04 September 2010

Nik Aziz: Jalan tak sempurna punca kemalangan

24 Ramadhan 1431 H

Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengakui kemudahan jalan yang tidak sempurna di Kelantan penyebab banyak kemalangan berlaku di negeri ini terutama pada musim perayaan.

Mursyidul Am PAS itu berkata, kebanyakan jalan di Kelantan, termasuk jalan persekutuan sempit dan tidak mampu menampung kenderaan yang bertambah setiap tahun.Sehubungan itu, beliau menasihatkan pengguna jalan, terutama mereka yang akan kembali berhari raya di kampung masing-masing supaya berhati-hati memandu.

“Antara punca kemalangan jalan raya kerap berlaku di negeri ini adalah disebabkan jalan raya di negeri ini, sama ada jalan persekutuan atau jalan negeri, sempit dan tidak diselenggara dengan baik sedangkan kenderaan bertambah,

” katanya kepada pemberita ketika menyampaikan sumbangan kepada pesakit di Wad Orthopedik, Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII), di Kota Bharu, hari ini.

Hadir sama, Pengarah Hospital berkenaan, Datuk Dr Ghazali Hasni Md Hassan, Speaker Dewan Undangan Negeri Kelantan, Datuk Mohd Nasiruddin Daud dan beberapa anggota Exco.

Malaysiakini/-

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Jadi kalau dah begitu kata Nik Aziz,mohon kerajaan negeri betulkan apa yang tak betul dan besarkan apa yang tak besar pada jalan-jalan di Kelantan.Tak perlu suruh kerajaan pusat yang buat.Kelantan pun boleh buat sendiri.

Tanpa Nama berkata...

Bukan setakat di Kelantan,di kubu kuat UMNO,ia itu Johor pun ta kurang hebatny. Di Johor jalan juga berlubang lubang. Ingat di kawasan UMNO jalan cantek tetapi hampa serupa juga jalan di Kuala Berang,Jerangau,mungkin lebih baik. Hari ini turap esok dah hancur,ini lah akibat rasuah atau kurang rasuah