22 Ogos 2014

Isu MB: PAS T'ganu syor dua ADUN S'gor dipecat

26 Syawal 1435. [MOD] -
PAS Terengganu akan mengesyorkan kepada ibupejabat PAS pusat dan Majlis Syura Ulama PAS supaya memecat dua ADUN PAS Selangor kerana mengabaikan keputusan parti berhubung krisis menteri besar negeri itu.

Pesuruhjayanya, Satiful Bahri Mamat berkata, walaupun siasatan sedang berjalan terhadap kedua-dua ADUN berkenaan, tetapi PAS Terengganu tetap dengan pendiriannya bahawa wakil rakyat itu hendaklah dipecat kerana menjejaskan imej parti, lapor Bernama.

Pesawat bawa 20 jenazah nahas MH17 tiba di tanahair

26 Syawal 1435. [MOD] -



Pesawat khas Malaysia Airlines yang membawa 20 jenazah rakyat Malaysia mangsa tragedi MH17, mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA), Sepang pukul 9.54 pagi ini.

Komen saya mengenai Isu Darul Babi oleh Riduan Tee

26 Syawal 1435. [MOD] -

Pertamanya saya ucapkan tahniah kekanda riduan tee yang telah dipilih oleh Allah untuk menjadi orang yang beriman sehingga memeluk agama yang diredhai satu2nya oleh Allah SWT. Seterusnya semasa dia beragama Islamlah dia menjadi orang yang berjawatan dan berlulusan tinggi apa lagi dikenali. Sering keluar wajahnya dikaca tv macam artis. Sebut saja riduan tee siapa tak kenal. Orang buta pun kenal suaranya.

Namun saya tidak lupa untuk mengucapkan takziah kepada beliau yang sering mengeluarkan kenyataan yang melampau sehingga bagi saya telah merosakkan pandangan orang bukan Islam kepada Islam yang dia dan saya anuti sekarang. Setiap kali kenyataannya keluar sangat menggambarkan apa yang dilakukan oleh nenek moyangnya sendiri adalah sesuatu yang semuanya mengancam dan membahayakan orang lain khususnya dinegara yang memiliki etnik berbagai bangsa seperti malaysia ini.