Nampaknya Kota Siputeh sekarang diselubungi oleh sesuatu yang hitam dan mencacat satu sejarah hitam juga dalam sistem kehakiman negara. Semacam ada kesamaan walaupun tidak serupa dengan kes pembicaraan yang berlaku mengenai jawatan Menteri Besar Di Perak. Mahkamah Rayuan kelmarin diwaktu Maghrib membenarkan permohonan penangguhan perintah Mahkamah Tinggi yang mengarahkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) supaya mengadakan pilihan raya kecil DUN Kota Siputeh.
Baru sehari Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Alizatul Khair Osman Khairuddin menolak permohonan SPR untuk menangguhkan perintah tersebut. Keputusannya sudah jadi lain di Mahkamah Rayuan. Dalam Kes MB perak pada 11 Mei Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan DS. Nizar adalah MB yang sah dan pada hari yang sama dipohon penagguhan dimahkamah yang sama namun ditolak. Tetapi Sehari selepas itu pada 12 Mei Permohonan dengan tergesa-gesa di terima penangguhannya di Mahkamah Rayuan.
Jawapan kepada semua rakyat Kota Siputeh dalam hal ini ialah betapa takutnya UMNO dan BN untuk berdepan dengan Pas dan pakatan Rakyat di Kedah. Sebenarnya kita mengharapkan sesuatu yang lebih memihak kepada rakyat sepertilah di Perak, supaya banyak hal, kuasa dengan mudah dan tidak terlalu disulitkan oleh mahkamah dan SPR untuk dikembalikan kepada Rakyat.
Rakyatlah hakim yang paling bijaksana dalam menentukan siapakah yang salah, dan siapakah yang benar termasuklah di Kota Siputeh.
Keputusan Mahkamah Rayuan dalam kes MB Perak dibicarakan selepas sejam difailkan dan dibicarakan sekitar jam 11.00 pagi lebih dan sekitar dua jam sudah diputuskan ditangguhkan keputusan penghakiman DS. Nizar sebagai MB yang sah.
Dalam kes Kota Siputeh, pada 23 Nov permohonan penangguhan ditolak di Mahkamah Tinggi dan pada 24 Nov kira-kira jam 7.30 malam dimahkamah Rayuan permohonan diterima untuk penagguhan dalam keadaan esok merupakan tarikh akhir bagi SPR melaksanakan perintah mahkamah tinggi supaya mengeluarkan writ pilihan raya kecil DUN Kota Siputeh. Keduanya dalam keadaan tergesa-gesa.
Keputusan hari ini dibuat sebulat suara oleh panel hakim yang diketuai oleh Datuk Sulong Matjeraie. Dua lagi hakim ialah Datuk Kang Hwee Gee dan Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Abd Aziz Abdul Rahim. Namun kepuitusan untuk kes MB Perak pada 12 Mei dibuat sebulat suara oleh hanya seorang hakim sahaja.
Bagi kes MB Perak hasil dari keputusan di Mahkamah Rayuan MB Kudeta kembali ke pejabatnya pada 13 Mei, dan keputusan pada 22 Mei di mahkamah yang sama yang membenarkan pelantikan Zambry sebagai MB Perak menyebabkan BN terus mempertahan kuasanya yang dirampas pada 6 Februari yang lepas dari Pakatan Rakyat.
Untuk Kota Siputeh keputusan kelmarin menyebabkan SPR boleh menangguhkan pengeluaran writ tersebut untuk mengumumkan tarikh penamaan calon dan hari pengundian.Kerana mengikut undang-undang, apabila SPR telah mengeluarkan writ tersebut, maka ia tidak boleh dibatalkan.
Apapun keputusan sudahpun diterima, kita tunggu babak berikutnya....