19 Februari 2009

Penasihat Agama MB Kudeta dah keluar nasihat !

IPOH, 18 Feb. :- Parti politik sepatutnya mengelak daripada menggunakan ayat al-Quran untuk kepentingan mereka termasuk ketika berceramah mengenai perubahan pentadbiran kerajaan negeri atau menjelang pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang.

Penasihat Hal Ehwal Agama Islam kepada Menteri Besar Kudeta , Datuk Najmuddin Elias Al-Hafiz, berkata penyokong parti politik juga tidak wajar melaungkan takbir sewenang-wenangnya kerana takbir dikhususkan sebagai tanda kebesaran Allah.

Itulah antara nasihat awal yang dikeluarkan Penasihat Agama MB Kudeta. Nasihatnya nampak macam mengampu untuk menjaga periuk nasi bukannya untuk jaga agama Islam yang Syumul.

Beliau berkata, ayat al-Quran atau takbir adalah kalimah tinggi dan patut digunakan secara berhati-hati.

"Ayat al-Quran atau takbir tidak wajar digunakan sebagai benteng politik untuk menyampaikan maksud bagi kepentingan parti."satu kenyataan yang seolah meneruskan fahaman sempit untuk memisahkan antara agama dan politik.

Penasihat agama itu juga melahirkan perasaan tidak senang dengan terdapat segelintir orang bukan Islam yang membaca ayat Al Quran dengan terjemahan dalam bahasa Melayu.

Sebetulnya perkara ini pernah di sebutkan oleh saya dalam sidang dewan suatu masa dulu. Kita hairan bila orang melayu dan UMNO tidak mahu guna hujah Al Quran, tetapi dengki dan sakit hati dengan kesanggupan orang bukan Islam yang menggunakan Al Quran.

Mereka tidak memutar belit kan Al Quran, sedangkan UMNO lah yang memutar belit Al Quran sehingga Islam pun dicabuli dengan rekaan Islam Versi baru iaitu"Islam Hadhari".

64 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

assalamualikum YB, Najmuddin Elias ni saya cukup kenal. Dulunya selalu buat kuliah di Masjid Bandar Baru Sg Buloh bersama adiknya Kazim Elias. Dalam kuliahnya tu..mesti ada ayat yang dikeluarkjan untuk mengutuk BN pada waktu itu. Tapi sekarang dia guna ayat apa pulak utk menyokong BN??

Tanpa Nama berkata...

Ayat al.Quran, sesuai dibaca di mana-mana majlis sama ada politik atau tidak politik,
jika berkaitan dengan kejahatan keluarkan nas yang berkaitan,iaitu mencegah kejahatan. kalau berkaitan kebaikan keluarkan ayat yang menggalakkan kebaikan.
Orang Islam kena faham cara hidup Islam itu dahulu kerana itu adalah teras dan akar umbinya. kalau perkara pokok ini tidak faham walaupun memiliki kelulusan tinggi bidang tertentu dalam Islam, ruang untuk menyeleweng masih wujud.
Al.Quran menyentuh keseluruhan kehidupan manusia di dunia dan di akhirat dan juga menyentuh mengenai makhluk yang lain, Jika benarlah teguran itu, teguran itu juga menjurus kepada kepentingan diri dan amat dikesali.

Tanpa Nama berkata...

Hujah beliau ini senada dgn apa yang dibawa agen yahudi... yang cuba memisahkan agama dengan politik.
Al Quran diturunkan utk semua bangsa & Agama!
Takkan UMNO BN tak suka kalimah atau ayat2 yang membesarkan ALLAH. Takkanlah nak guna masa solat atau dalam masjid je?.
Org agama lain pun setuju guna ayat Quran... apa dah kena dgn UMNO ni?

Tanpa Nama berkata...

Khas untuk Datuk Najmuddin Elias:

"Barangsiapa berpaling dari pengajaran Tuhan Yang Maha Pemurah (Al-Quran), kami akan adakan baginya syaitan (yang menyesatkan) maka syaitan itulah yang menjadi teman yang selalu menyertainya dan sesungguhnya syaitan-syaitan itu benar-benar menghalangi mereka dari jalan yang benar dan mereka menyangka bahawa mereka mendapat petunjuk".
(Surah A-Zukhruf 43: Ayat 36 - 37)

Tanpa Nama berkata...

Datuk Najmuddin,klu nk bodek pun biarlah bertempat....

Tanpa Nama berkata...

UMNO terang2 mengamalkan rasuah dan ini diakui sendiri oleh pemimpin2 dan ahli2 UMNO. Bagaimana seorg yang berpendidikan tinggi agama seperti Datuk Najmuddin boleh menyokong perjuangan UMNO. Begitulah kekuasaan ALLAH, ALLAH tutupkan pintu hati mereka ini sehingga tak boleh nak menilai yang haram dan halal walau dia seorang hafiz. Nauzubillah.

fikrah islamiah berkata...

Terkejut juga saya apabila membaca kenyataan penasihat agama itu. saya kenal juga yb tu malah mengagumkan ceramahnya sebelum jadi yb dulu. Pada saya orang agama seperti yb ini tak pandai berpolitik, jadi bila masuk politik secara mendadak dia terikut-ikut dengan rentak orang politik dan lupa bahawa juga adalah orang yang beragama. Sepatutnya dia mengajar orang UMNO bagaimana berpolitik seperti yang diajar oleh agama tetapi dia yang hanyut. Saya kecewa.
Saya tidak faham, "membaca al-Quran untuk kepentingan mereka", siapa yang menggunakan al-Quran utk kepentingan mereka? Setahu saya yang buat kerja ini ialah orang UMNO. Tapi yang guna untuk kepentingan Islam dan ummah. Satu lagi takbir "Allahu akbar", bukankah untuk membesarkan Allah, adakah hendak membesarkan Allah hanya di masjid untuk solat sahaja? Dalam perang juga boleh takbir. Yang tak boleh di dalam tandas.

Tanpa Nama berkata...

salam datuk..saya tak pelik dengan apa yg datuk ckpkan..org mcm datuk ni dh ada masa zaman rasullullah lagi..dlm khutbah terakhir nabi ada satu peringatan yg rasullullah sebut iaitu...sabdanya..di antara kamu ada musuh2 kamu iaitu orang2 yg munafik

Tanpa Nama berkata...

ust. ini saya pernah saya ikuti kuliahnya disekitar Kuala Lumpur semasa dia masih lagi dalam tentera...tapi aku tak sangka beliau bercakap dengan nada yang lain, tidak seperti dahulu.
Persangkaan saya bahawa belaiu akan menyertai pas . tetapi melesetnya persangkaan itu. aku dukacita dan tidak faham mengapa orang agama tidak menyokong parti yg bersifat agama dan bertentangan dengan ilmu yg diperolihi, apa lagi bila dianya menjadi benteng kepada orang-orang jahil dan sentiasa meletakkan dzan pada Islam.
aku teringat sabda nabi..."kambing yang persendirian itu lebih senang ditangkap olih harimau".

Tanpa Nama berkata...

kerajaan haram
exco haram
penasihat yang haram

tu pasai statement "menasihat" dah jadi sketsa menghina/menjatuhkan ilmu dan diri sendiri.

Mat tirap ni..dulu hidup dok patuh arahan ja..
bila jadi pemimpinpun camtula walaupun ilmu tinggi tara manapun..

Tanpa Nama berkata...

Drs,Mohon ADUN Batu Kurau menjelaskan duduk perkara sebenar.Sayang seribu kali sayang dek kurang cermat tuturkata nya mengundang tandatanya."Setelah terlalu byk anugerah ALlah ia nikmati mengapa harus dijual agama suci ini dgn harga murah sebegini "Aduhaiii Al Hafiz.. . Dang Ratna Kesuma.

Tanpa Nama berkata...

susah lar camni, kalau dalam majlis pun bila nak baca doa makan tak bagi... teruk betol lar.

Tanpa Nama berkata...

Hadis sahih mengatakan bahawa setiap 3 kadhi(orang yang alim mengenai agama), 2 adalah penghuni neraka. Diakhir zaman makhluk paling hina dibawah langit adalah ulamak yang menjual akhirat/agamanya untuk dunia. Jika kita memandang babi(bahasa halusnya khinzir) sebagai hina,maka ulama sebegini adalah lebih hina dari babi.Di zaman Khalifah Ali, orang yang paling bodoh adalah orang yang menjual akhiratnya untuk dunia. Ertinya dapat neraka kerana nak fulus. Di zaman sekarang tahap kebodohan itu telah meningkat. Orang yang paling bodoh adalah AHLI UMNO yang menjual akhiratnya untuk dunia orang lain. Yakni akhirat tak dapat, dunia pun tak dapat. Harta dunia dibolot oleh PEMIMPIN UMNOmereka. Ahli UMNO haprak kena tipu dunia akhirat.Hidup merempat dengan mentaliti subsidi.Silap-silap syirik sebab dia ingat UMNO bagi mereka rezki.Kalau dapat title munafik, dapat kerak neraka. Samy Vellu neraka ada sikit atas duduk. Sebab dia kafir je. Ada kelas gitu. Banding dengan ahli UMNO totok.

Tanpa Nama berkata...

nak baca tentang tuan penasihat nie??...

sila kunjung laman nie...

http://sinarrasul.blogspot.com/2009/02/penasihat-25-persen.html

Tanpa Nama berkata...

tuan penasihat 20% sudah kembali,setelah berjaya dibida oleh umno,selepas di reject oleh abdul wahub(3 abdul)

Tanpa Nama berkata...

tuan penasihat 20% kembali daa...

Tanpa Nama berkata...

cis bedabah sungguh dan celupar sungguh kata2 mu wahai najmudin! dah la engkau telah pecah belahkan masyarakat kampung di batu kurau dengan fatwa haram bagi orang PAS pegi makan kenduri yang ditaja setakat RM500 oleh ADUN.hina sungguh engkau wahai najmudin.adik beradikmu juga sehina engkau kerana aku telah terserempak dengan engkau punya adik di MEDAN INDONESIA sedang makan aiskrim di ICC Medan MALL.sungguh memalukan kerana terdapat seorang cewek yang seksi menemaninya.sayangnya aku tak sempat nak ambil gambar waktu itu kerana beradik engkau bersebelahan dengan tempat duduk aku.wahai najmudin bedebah!!ingatla dunia cuma sementara,jawatan engkau juga sementara,bodek engkau jua adalah sementara,ingatlah di waktu tua sehingga engkau tiada,segala cucu cicit bumi batu kurau akan mengenang engkau sebagai ADUN yang durjana.walaupun engkau menang,tak bermakna majority menyokong engkau.hanya undi orang2 yang bodoh dan sekutu dengan engkau sahaja yang mengundi engkau.
salam ingatan dari rakyat batu kurau..

Tanpa Nama berkata...

...ustad ni tara mana...?...mufti pun hanyut dek mata benda dan kedudukan ....! Bagi kita ni, Alhamdulillah! walau ngaji tak tiggi mana, tapi dapat bersama dengan golongan yang dapat bimbingan/petunjuk untuk membela Islam.

Tanpa Nama berkata...

Memang al-quran diturunkan untuk kegunaan kita. Apa masalahna kita guna al-quran untuk kepentingan kita. Memang kita wajib guna al-quran dalam segenap lingkup kehidupan kita. Nauzubillah, UMNO.

Ahmad Tarmizi berkata...

Nak bagitau kat penasihat Agama tu bahawa ISLAM ada lah way of life atau cara hidup. Ia tidak sama dengan Agama yang ada kat atas dunia ini.Kalau dak mengaku Islam maka semua kena ikut apa yang Islam tetapkan. Makan,minum,berak,kencing,berkeluarga,politik,berniaga dan semua aspek kehidupan. Penasihat tu agama apa?? lupa plak tanya...

TQ

Tanpa Nama berkata...

salam...politik dan islam tak boleh dipisah ...politik..perlakuan tingkahlaku, kaedah bermasyarakat jadi mana boleh pisah dengan hukum..
tak tau saya najmudin ni belajaq mana ..tapi..cara PAS dah betuidah..dia berpolitik mengikut skop yg dia boleh buat..
umno plak..menjadikan agama itu tunggangan politik dia macam harussani ckp..kena ikut perintah pemerintah..tapi kena tengok adil ka...betul ikut Quran ka...atau ikut wang exco 16,000 ribu atau pangkat dato...
jgn jadi ulama' sukk sudahle...takut teman...

Unknown berkata...

dia ni ulamak pengecut...x berani berkata yg benar...dulu belom masuk bn bkn main lagi kutuk2 bn n umno...siap keluarkan ayat quran lagi...pehhhhh

Tanpa Nama berkata...

Haram jadah punya askar pencen.... Kau ingat takbir tu abah kau punya? Kau dgn adik engkau,si khozim bermuka2 tu pun sama je. Belagak alim di Pusat Albarakah, sebenarnya pengadu domba nombor satu di manjoi. Katakan TIDAK PD KHOZIM! Tukang jaja fitnah ust2 yg tak sebulu dgn dia. Ust Zakaria hj ahmad trong- jgn cuba nak bela si khozim bahalul ni.

Tanpa Nama berkata...

beza ulama' dengan ular dalam semak (ulama su')..

beza politik islam dengan politik suku agama suku..

beza hadarah islam dengan islam had2 hari..

Tanpa Nama berkata...

Si khozim ni pandai berlakun. Dia yg tak nak mengajar di sesebuah masjid, dia yg tarik diri, dia akan create cerita yg masjid2 tu buang dia.Mangkuk punya manusia. Tanya la masjid2 di Permatang Pauh, Kulim. Cerita dia dlm poket kami je.....

Tanpa Nama berkata...

alamak aku dah berhijrah ke kajang skg sejak 10 tahun yg lepas dok ingat ustaz khazim ni PAS pure punya,dulu ada dengor dia kat masjid tembok

Tanpa Nama berkata...

Sdra anonim 23.55.00.Astafirullahalazim.Kita boleh menegur ADUN Batu Kurau tetapi usah dikaitkan dgn sdra mara nya.Ayoh kita anjurkan YB AL Hafiz membetul kembali kenyataan nya itu.Zahirkan kita punya akalbudi yg tinggi dlm melontar ide dan pandangan. Ma Xiao Xze

Tanpa Nama berkata...

Bila ulama' melihat dunia dengan materialistik, kononnya nak ngubah dari dalam, rupa - rupanya nikmat dunia ini sedap juga. Keluarlah ayat JANGAN KAMU TINGGALKAN BAHAGIAN DUNIA KAMU.
Jadi syaitan yang kat sebelah pun hafiz juga, mula - mula hukum takbir, orang kafir guna nas Quran. Tak lama lagi kluarlah hukum menghalalkan UMNO buat apa sahaja.
Ada orang UMNO yang aku kenal, besar kat Mekah dari umur 12 tahun, join UMNO, rombongan ke Golok, bahan pelacur. Hukum Halal Boleh kot.

Tanpa Nama berkata...

Dengar cerita seorang penasihat ugama tajul rosli dulu.. tak tau ler siapa... pernah di tahan khalwat dengan wanita cina di pangkor...harap2 bukan najmudin kot..tolong siasat ...

miee berkata...

aku ingat lagi dalam program Bito Tata Negara..setiap kumpulan dimestikan mempunyai trade-mark tersendiri.Ada kumpulan buat "takbir"...kumpulan itu ditegur supaya menukarkan kepada ayat lain..

adatlakan..pe motif Biro Tata Negara itu wujud

Tanpa Nama berkata...

dulu aku rajinj dok pi dengaq ceramah adik dia..
ustaz kazim elis...
tapi semenjak ustaz kazim ni pun bersekongkol dengan abangnya membodek UMNO, semua ceramah di kawasan Kedah lengang...
yang tingal hanya tiang-tiang masjid..
lepaih sebulan dua, ustaz kazim pun belah....

Tanpa Nama berkata...

wah.... hebatnya tuan penasihat... (20%)
ni nak tanya sikit???? kalau orang islam yang berlakun macam mana??? luar filem pakai seksi dalam filem wow!!!! macam ustazah kalau muslimat2 dan mualimah2 yang sebenarnya... saya sebenarnya bangga bila ada otang bukan islam buka ALQURAN malah jadi bahan rujukan dan sepatutnya kita doakan agar mereka mendapat hidayah dari ALLAH dan ikut menjadi pengikut ISLAM....
dari membazir ayat begitu sahaja ada baiknya tuan penasihat nasihatkan pembesar2 negara supaya ikut 100% arahan ALQURAN bukannya macam sekarang .... nak sukan buka aurat.... kemasjid pakai macam lebai.... saya ingat tuan penasihat lagi ariff dari kami.... last nak tanya tuan penasihat dapat berapa percent atas nasihat ni???????

Tanpa Nama berkata...

DENGAQ KATA SI USTAZ NI PERNAH KENA CEKUP KHALWAT TAPI KES TU DISENYAAP JE.. ORANG YG TANGKAP DI TUA BEKAS ANAK MURID AKU.

Tanpa Nama berkata...

yang benar kata benar yang salah kata salah walaupn pahit untuk ditelan, jangan jadi berperangai syaitan yg mmg selalu berdolak dalih dalam perkara hak, dapat disimpulkan.....ketua kalu x bt x betul, ketua syaitan.... cikgu kalu ajar mende x betul,cikgu syaitan....ustaz kalu buat x betul,ustaz syaitan...mufti kalu x betul, mufti syaitan....wallahua'lam

Tanpa Nama berkata...

ustaz ada MISAI takde JANGGUT .... biasanya UMNO, walaupun berkopiah putih ke hulu hilir...baca doa dan imam solat hebat....

sunnah nabi - berjanggut dan kumis, tanpa misai

takle semua yg berjanggut tu ok, tapi kebanyakan yg ceroi tu bermisai hebat tapi tak mau simpan janggut ... heran heran

Tanpa Nama berkata...

Halalkah elaun RM 15K sebulan sebagai penasihat tak sah tu?

Mufti Perak harap dapat beri nasihat kepada Penasihat yang tak berapa sihat ni.

Tanpa Nama berkata...

Apa nak herannya dgn penasihat 20 peratus ni. Isteri saya org Batu Kurau dan pangkat dua pupu dgn "Tok Mudin" ni. Kenal sgt perangai dia ni sekeluarga.

Mak dia bekas Ketua wanita UMNO di Felda Gunung Besout sebelum balik ke Batu Kurau dan masih lagi ahli dan penyokong kuat UMNO.

Adik dia Khidir, Ketua pemuda UMNO di Batu Kurau. Masa raya haji lepas tersangkut-sangkut baca qunut Nazilah (macam tak pernah baca) sebab ada dalam teks khutbah dari JAIP. JK Masjid Batu Kurau tu pun satu. Yang bagi kat dia baca teks khutbah sebab apa? Macam dah takde org lain ke yg pandai baca khutbah. Ada Ustaz Kamaruddin Awang Bashir tak nak bagi.

Adik dia Ustaz Kazim yg satu lagi ni pun dah lama tak diterima (ditendang la tu) untuk mengajar di masjid Tengku Hussein oleh JK Masjid kerana takde sijil. Dalam kuliah di radio Perak FM, dok kata org buat semua tak betul, dia sorang je yg betul. Dia pun sama dgn abangnya, suruh MB Nizar terima je la kerajaan haram BN ni dalam kuliah subuh.

Si penasihat 20 peratus ni pun bukannya tamat mengaji tahfiz di Masjid Negeri Ipoh tapi dok junjung title alhafiz dan Kapten loyar buruk ke mana-mana. Boleh tanya Pengarah JAIP, Sheikh Mohd Nor Mansor AlHafiz yg juga guru dia masa belajar dulu.

Rata-rata org kampung Batu Kurau ni terutama generasi tua semuanya penyokong UMNO sebab tu si penasihat 20 peratus boleh menang jadi ADUN di Batu Kurau. Penyokong PAS yg banyak pun cuma kat area kampung Ustaz Kamaruddin Awang Bashir.

abufaris

Qazwsx berkata...

sedihnya aku.adik dia kazim baru2 ni wat reunion ngn kwn2 lama kt felda besout ms nk dekat raya cina ritu.kakak jiran aku pergi.kazim kata mak dia xbg kazim jd calon PAS sebab xnk gaduh adik beradik.pasal kata kazim ni skg umno,aku xpasti.aku yakin die skg PAS.masa isu perka tengah ribut,tau2 najmudin elias jd penasihat agama,aku call Abah aku,tny pendapat abah aku,"macam mana Ustaz macam dia leh iktiraf,ambil jawatan yg bukan hak dia".abah aku gelak ja..najmudin oo najmudin....sedih aku melihat gelagat hang

Tanpa Nama berkata...

Untuk mengetahui tentang kenyataan dan luahan ustaz Kazim Elias sila dengar ceramah beliau pada 17.01.09 bertajuk 'Mencintai kaum muslimin'. Semoga fitnah keatasnya terhindar.
wallahualam.

Tanpa Nama berkata...

nanti nak mampus dulu....baru nak agama..baru nak baca ayat2 Quran ke???

Tanpa Nama berkata...

ASSALAMUALAIKUM SEKALIAN PEMBACA..

ingin saya terangkan bahawa saya adalah penyokong pas yang masih muda iaitu 17 tahun..namun di sini saya ingin menegaskan..saya cabar sesiapa yang berkata sesuatu tanpa sebarang bukti yang amat kukuh..INGAT!!! jika dato najmudin eliaz dikatakan menggadai melayu atau sebagainya..jangan sesekali kita kaitkan orang adik beradik mahu pun bapa ibu atau selain daripada dia..salah dia kita salahkan saja dia..saya cukup kecewa apabila ada yang sanggup memfitnah ustaz kazim iaitu adiknya..di sini saya tegaskan jika anda yang berkata sedemikian yakin dengan hujah anda..BUKTIKAN...ingat jika anda hanyalah memfitnah...saya sendiri dan ustaz kazim akan dakwa anda di akhirat..ingat kawan-kawan...berpolitik bermaksudkan kita tegakkan apa yang betul..jangan semua benda yang dikatakan oleh pihak kerajaan yang adakala ada baiknya sentiasa dibangkang..kita tengok nik aziz orang idola kita dalam angkatan pas..contohilah dirinya yang tak pernah memfitnah orang sesuka hati..
yang kecewa
fadzli
ahli muda pas aktif kawasan manjung tapi tinggal di bagan serai juga anak guru USTAZ KAZIM ELIAZ
"MENILAI SESEORANG DENGAN ILMU,BUKAN DENGAN NAFSU"

Tanpa Nama berkata...

salam...
kawan2 JANGAN suka2 hati kutuk orang tanpa usul periksa..INGAT!!!bahawa kita semua sentiasa dperhatikan..apa yang kita kata semuanya akan dipersoalkan diakhirat nanti...berkata2lah mengikut Al-Quran dan hadis,bukan berlandaskan nafsu & fahaman politik semata2...
JANGAN MAIN BELASAH JER....:)
wassalam...

Tanpa Nama berkata...

salam.....tak boleh macam tu.pelu belajar kaedah uslub dakwah.....x boleh kita hentam seseorang di sebabkan adik beradik.kita bertindak bukan atas alasan nafsu tetapi atas dasar ilmu.cuba kita lihat kenape ada diantara orang x suka pas.sebab kita,jgn di sebbkan kita perjuangan pas terencat.....

Tanpa Nama berkata...

jangan suka memfitnah...Kata,orang2 pas semua mengamalkan islam,takkan x tahu memmfitnah tu lebih besar dosanyan dari membunuh...Apa dah jadi dengan Pimpinan Pas,takkan salah orang nampak tapi salah anak buah sendiri buat diam ja...dalam pas pun ada rasuah...dok kata umno rasuah tapi APA DAH JADI DENGAN UNIT AMAL SEWAKTU MUKTAMAR PAS KE 54 DI IPOH...kenapa tok2 guru dan pemimpin pas x ambil tindakan

Tanpa Nama berkata...

Salam semua..
Saya selalu mengikuti kulia adiknya( Ust.Kazim Elies) di Kuala Lumpur.
Baru-baru ini beliau ada mengatakan bahawa "Fitnah ke atas dirinya" sekiranya beliau ada membantu BN di dalam mana mana ceramah pilihan raya.. Da juga yang makan ice-crem tu di Indon kemukakan bukti dan hujah-hujah kamu sekiranya ianya adalah benar.
Beliau sedia berhujah sekiranya apa yang saudara nyatakan itu adalah benar..
Kita janganlah menuduh sesuatu perkara itu tanpa belajar ilmu agama terlebih dahulu...
Banyak perkara yang perlu kita dalami bukan main hentam sesuka hati...
Ingatlah ... seandainya apa yang kamu katakan tidak benar dan di akhirat nanti mereka tuntut maka jawablah....

Tuan punya blog eloklah delete trade ini kerana ianya akan memanjangkan fitnah kepada adik beradik... walaupun seandainya Abangnya yang terlibat hukumlah abangnya sahaja jangan kita turut menghukum mereka yang tidak bekaitan..

Sekiranya ingin kepastian telefonlah Ustaz Kazim sendiri supaya Fitnah keatas diri beliau tidak berpanjangan...tak salah kalau bertanya ..

Tanpa Nama berkata...

Salam semua...
Jangan suka menabur fitnah ...
Kalau abangnya terlibat maka biarlah kamu katakan sahaja abangnya tapi adik adik dan keluarganya tidak terlibat...
Kita kena lah belajar mendalami agama itu sendiri..jangan main hentam sesuka hati...

Jangan kita menabur FITNAH...

Kepada tuan punya blog ni minta tolong delete trade ni kerana kamu akan memanjangkan Fitnah keatas keluarga mereka...

Tanpa Nama berkata...

jga la kata-kata tu..jgn tuduh tanpa bukti..kalau najmuddin memang kita dah nampak terang dia bersongkol dengan umno...tp adik dia kita tak tau...adik dia bagi kuliah ajak org kembali pada hukum allah..kita yang dok kata kat kazim ni buat apa?ada ajak org pi solat jemaah?ada ajak org pi kuliah agama?ada ajak org pi cegah munkar?

Tanpa Nama berkata...

nabi tak ajar pun umat die menghina, mencaci, memfitnah, mengumpat orang..
walaupu abu jahal nak bunuh nabi tapi nabi xpernah plk mencaci menghina malah mendoakan supaya abu jahal mati...
macam ni ke akhlak seorang islam???
sesama islam pun nak gaduh ke?
jangan biarkan taksub terhadap politik memecahkan kite sesame islam..
kat akhirat nanti ALLAH x tanye pon kite ni pas ke umno..
sejahat2 umno, pengikut die masih mengakui Allah sebagai Rabb,
sebaik2 DAP, pengikut die tidak beriman kepade ALLAH..
kamu semua duk menabur fitnah pade ustz najmudin dgn ustaz kazim, sume pahale kamu dapat kat mereka bahkan dosa mereka pule dapat kat kamu...
rugi je pahale solat kite selame ni kalo duk fitnah orang, depan ALLAH nanti muflis!

NUR_KASIH berkata...

salam, saya juga sering mengikuti ceramah ustaz kazim.. dia seorang yg baik dan ikhlas.. malah jauh lebih baik dari org yg mengaku dirinya islam tetapi menfitnah dan memburukkan org lain tanpa bukti..jgnlah kerana terlalu taksub pada parti anda semua menganiayai org yg tidak bersalah.. kenapalah anda semua membuat kerja yg sia2x ini.. kl anda berpegang teguh pada ajaran islam, anda tidak akan melontarkan fitnah sewenang2nya.. agaknya anda lebih cintakan parti drpd islam itu sendiri..

NUR_KASIH berkata...

salam, saya juga sering mengikuti ceramah ustaz kazim.. dia seorang yg baik dan ikhlas.. malah jauh lebih baik dari org yg mengaku dirinya islam tetapi menfitnah dan memburukkan org lain tanpa bukti..jgnlah kerana terlalu taksub pada parti anda semua menganiayai org yg tidak bersalah.. kenapalah anda semua membuat kerja yg sia2x ini.. kl anda berpegang teguh pada ajaran islam, anda tidak akan melontarkan fitnah sewenang2nya.. agaknya anda lebih cintakan parti drpd islam itu sendiri..

Tanpa Nama berkata...

at least ustaz kapten (b) dato' najmuddin nie al hafiz..seorg ustz yg disegani..u all semua nie ada bukti kukuh ke dia x abis belajar?? ada bukti ke dia di tangkap khalwat, semua nye sembang2 kosong nk jthkan maruah org jer!! teruk la rakyat skrg, masing2 nk jthkan bangsa sendiri!sdgkan halalkan babi leh pulak?pas leh lak join pakatan rakyat?aku rasa sape yg nak tahu g lah check kat jaipk ada tak fail ustaz najmuddin di tangkap khalwat, ada tak saksi polis n jaipk yang tangkap dia? jgn main ckp je..jgn asyik wat fitnah je.. dpt dosa free..org yg difitnah sng2 masuk syurga..amin

Tanpa Nama berkata...

at least ustaz najmuddin nie seorg al hafiz..xabis2 korang nk fitnah dia..korang nie ckp je lebeh, cuba korang cr fail khalwat dia, ada tak? nie tdk asyik nk fitnah je..dah rezeki dia dpt jd penasihat, korang jelez ke? ajaran islam kan tdk ajar umt nye mcm tu.korang nie plak leh plak join dgn pakatan, halalkan babi dll, teruk lah korang, cuba buka ckit minda tu

ANTI HIPOKRIT berkata...

awas! ustaz kazim adiknya lebih merbahaya -dlm ceramah banyak memburukkan pas

Tanpa Nama berkata...

awas..jangan burukkan org2 tinggi ilmu agamanya..tak kira walau pas @ bn...

Tanpa Nama berkata...

awas! jgn burukkan org2 yg tinggi agamanya..tidak kira walau pas @ umno...

Tanpa Nama berkata...

salam....
xbaik kutuk2 org..atleast ustaz2 ni ada jugak ilmu ttg agama.korg ada? setakat tuduh org tanpa bukti, semua tu semata2 nk jtuhkan mereka saja.. insaf la... kalau betul la apa yg korg ckp tu, sila kemukakan bukti, sama ada video atau apa2 knyataan dan pastikan telah di sahkan pjbt agama.. sekian.

Tanpa Nama berkata...

SILA BUKTIKAN USTZ NAJMUDDIN D TGKP KHALWAT SEGERA!!!!
Aku nk tgk,korang ni dpt tak bukti atau korang sengaja nk jthkan dia!!

Tanpa Nama berkata...

org yg bawa cerita yang tak betul, yang tak tau hujung pangkal, terimalah balasannya. korang kutuk kazim klu dia kutuk PAS. Korang dgr ke dia kutuk Parti Islam?. Dia kutuk ahli PAS yang mereka sendiri telah mjatuhkan martabat PAS. Dia mgajar hukum2 bukan bdasarkan parti. Fikirlah apa sumbangan kita pada agama...?

Tanpa Nama berkata...

Berilah pandangan yg bernas, diterima akal, adil, rasional dan waras...sebaik mungkin. Ingatlah bahawa kita ni sama agama, sama bangsa dan janganlah bercerai-berai kerana cerai-berailah yang ingin dilihat oleh bangsa lain terutamanya dap. Kemukakanlah bukti yg kukuh tidak kira dari umno atau pun pas.

Tanpa Nama berkata...

jangan takut cik terus maju, gitu aja kok repot. ha ha ha hi hi hi

Tanpa Nama berkata...

fitnah tk habis2...

Tanpa Nama berkata...

Allahuakhbar!!!!!!

Tanpa Nama berkata...

apa cerita psl jantan ni aku percaya.. psl kn tangkap kalwat lah.. itu sume benar belaka!

Tanpa Nama berkata...

Tanpa nama d atas ni mesti bini org yg gilakan ustz ni...tk pn prmpn meroyan tk dpt kawen dgn ustz ni..tk pn dengki khianat..tk pn suka jaga tepi kain org..dia tk pnh kn tgkp khalwat la..klu bnr prmpn yg kn tgkp tu sila muncul!!!