19 Februari 2009

SPRM diminta siasat Timbalan Speaker Dun, dua bekas exco Perak

IPOH, 18 Feb.:- Satu laporan dibuat di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meminta penyiasatan ke atas Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (Dun) Perak dan dua bekas ahli exco kerajaan negeri kerana didakwa menerima imbuhan untuk keluar dari parti masing-masing sehingga menyebabkan kerajaan pakatan DAP, PAS dan Parti Keadilan Rakyat di Perak tumbang baru-baru ini.

Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Negeri Perak Pakatan Rakyat , Khalil Idham Lim Abdullah, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Titi Serong, membuat laporan kepada SPRM berhubung perkara itu petang tadi bagi meminta SPRM menyiasat Timbalan Speaker, Hee Yit Fong daripada DAP dan dua bekas exco, Jamaluddin Md Radzi dan Osman Jailu, kedua-dua daripada PKR didakwa menerima sejumlah wang supaya menyokong Barisan Nasional.

Khalil ditemani oleh Exco Kerajaan Negeri Perak pakatan Rakyat, Chen Fook Chye dan ADUN Pakatan Rakyat lain iaitu, Lim Phek Her (Menggelembu), Siva Subramaniam(Buntong) dan Khsvinder Singh (Malim Nawar). Hadir sama ialah Ketua Pemuda PAS Tambun Sdr. Azrul.




Drs. Khalil ditemani oleh Azrul, Yb.Khesvinder, Yb. Chen , dan Yb.Siva dan Yb. Lim(terlindung).

Beliau kelihatan sampai di perkarang pejabat SPRM di sini pada jam 3.00 petang dan telah memberi keterangan kepada pegawai SPRM sehingga jam 6.00 tadi.

Ketika menjawab soalan wartawan, Khalil menjelaskan keputusan melaporkan kepada SPRM adalah diambil dalam mesyuarat kelab penyokong Kerajaan negeri Perak yang dipengerusikannya.

"Apabila Osman, Jamaluddin dan Hee tidak terlibat dengan perlantikan jawatan penting dalam kerajaan rampasan kuasa, membuktikan dia bukan disogok dengan jawatan tetapi dengan sejumlah wang" Kata Khalil.

10 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Salam, berkata benar walaupun pahit!
Pertolongan ALLAH pasti datang...

Tanpa Nama berkata...

salam..teruskan perjuangan demi keadilan..jgn takut dan gentar kerana allah tetap beri pertolongan pada yang benar

Budak Perak berkata...

hah,x taw nk tlis da..

Tanpa Nama berkata...

YB... Betul ke perkembangan terkini yang mengatakan DUN akan di bubarkan...
Semoga Allah memberi kemenangan kepada rakyat perak yang berjuang untuk demi menegakkan keadilan ISLAM yang sebenar.....
Anak Titi Serong diperantauan.......

Tanpa Nama berkata...

ALLAH sentiasa menolong mereka yang berada di jalan yang benar

Tanpa Nama berkata...

YB jgnle kita ni taksub sgt..faham tak apa itu kunfayakun..ingat Tuhan Allah yang maha esa..semuanya ketentuan Allah..kita kena akur dan percaya..jangan kerana politik kita jadi munafik...satu lagi doa orang yang teraniaya adalah amat makbul...

Tanpa Nama berkata...

YB Idham Lim

Speaker telah menggantongkan MB Zamry 18bulan dan exco BN selama 12bulan dari menghadziri persidangan ADUN Perak. Mengikut perkembangan ini adakah MB Zamry akan memohon perkenan Sultan untuk dibubarkan DUN Negeri Perak untuk diadakan pilihanraya sekali lagi.

Jika MB Zamry dan exconya digantong dari menghadziri persidangan Bee End akan kekurangan majoriti. Maka MB Nizar secara automatik akan mendapat lebeh sokongan daripada ahli ahli Dewan undangan Negeri. Bee End tidak akan menyerah kuasa tersebut melalui undi tak percaya dan sudah pasti jalan terbaik DUN Perak dibubarkan. Tak tahulah kalau Najib ada jalan lain untuk menyelesaikannya.

Semoga Allah SWT akan memberikan kemenangan kepada rakyat Perak yang berjuang untuk menegakkan keadilan ISLAM yang sebenar.

HIDUP PAKATAN RAKYAT***HIDUP PAS***HIDUP PKR...HIDUP DAP***HIDUP RAKYAT PERAK

Tanpa Nama berkata...

Parti sebangsat parti UMNO baru memang akan buat apa saja kerana depa takut kalah dan be end gentar segala sendi takut dihukum oleh bangsa Melayu yg kini meluat giler dgn UMNO.

Umno zaman saya iaitu zaman Tunku dan Razak bapa najib taklah kurang ajar sangat macam zaman mahadaiee dan lah baduttwi!

UMNO bukan parti Islam, bukan parti yg ada perpaduan bangsa. Ketua ketuanya kaki betina , kaki bunuh dan kaki judi . Sesama Ketua ketua UMNO mereka ibarat carnival- makan daging kawan! So apa nak diharap pada UMNO, harpkan pagar , pagar makan padi, tu pun mengaku nak jaga Raja dan nak jaga ketuanan Melayu...porah , bangsat dan perangai macam paria, .Pemimpin parti UMNO kemudi harta negara macam harta bapa dia!

Jadi, wahai pakatan rakyat, jika puak puak dalam UMNO ini boleh dikerjakan secara beradab dan legal, kerjakan dan ajar cukup cukop biar depa tahu tali gantung sedang menunggu

Tanpa Nama berkata...

YB ada bukti ke mereka menerima rasuah?

Bukti wajib (diberikan) oleh yang mendakwa, dan sumpah pula bagi yang membantah( HR. Tirmizi )

Wallahua'lam.

Idham Lim (林川興) berkata...

insyaAllah.