19 Februari 2009

Saman Nizar: Mahkamah tetapkan Isnin untuk sebutan

KUALA LUMPUR, 18 Feb. :— Mahkamah Tinggi hari ini menetapkan Isnin ini bagi sebutan untuk mempertimbangkan tiga isu yang dibangkitkan pada hari pertama prosiding undang-undang yang difailkan oleh Menteri Besar Perak, YAB.Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, yang mencabar pelantikan Datuk Dr Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar Perak yang baru..

Tiga isu itu ialah sama ada Pesuruhjaya Kehakiman Mohamad Ariff Md Yusof patut menarik diri daripada mendengar saman itu, mengenai sama ada kes itu patut dirujuk ke Mahkamah Persekutuan untuk penentuan daripada segi persoalan undang-undang dan mengenai kedudukan Penasihat Undang-undang Negeri Perak Datuk Ahmad Kamal Md Shahid untuk mewakili Dr Zambry dalam saman itu.

Mohamad Ariff menetapkan tarikh itu selepas Peguam Kanan Persekutuan See Mee Chun memaklumkan mahkamah yang beliau perlu mendapatkan arahan mengenai pendirian Pejabat Peguam Negara mengenai tiga isu itu.

Kes itu ditetapkan untuk sebutan hari ini selepas Mohammad Nizar memfailkan saman itu Jumaat lepas.

Hadir di mahkamah ialah Mohammad Nizar, yang diwakili oleh sepasukan lapan peguam yang diketuai Sulaiman Abdullah. Dr Zambry diwakili oleh Ahmad Kamal manakala See mewakili Pejabat Peguam Negara dan Datuk Mohd Hafarizam Harun adalah peguam pemerhati bagi Umno.

Mohammad Nizar memohon semakan kehakiman untuk mengisytiharkan beliau sebagai Menteri Besar yang sah dan bagi injunksi untuk menghalang Dr Zambry atau ejennya daripada menjalankan tugas dan fungsi sebagai Menteri Besar.

7 ulasan:

cakap-lepas berkata...

mb kudeta pun dah kena gantung masuk dun...kah kah kah.kalau kena gantung macam mana nak buat decision kerajaan kudeta?kesian...

Tanpa Nama berkata...

macam mana nak bentang budget 2010?? bolehkah kudeta bertahan tanpa budget??

Tanpa Nama berkata...

Ish,Ish,Ish..Mati akal Zambri and the gang. Limou Tan Boon.

Tanpa Nama berkata...

...Isu ini akan jadi BESAR dengan sendirinya, tambahan pula selama ini badan kehakiman dan perundangan negara ini dipertikaikan ketelusan dan kebebasannya apabila menyentuh kepentingan `pemerintah`. Kita sangat berharap agar kes ini akan menjadi kayu ukur sama ada gagal atau berjaya usaha pak dolah untuk mengembalikan `kewibawaan` badan kehakiman dan perundangan negara yang kita cintai ini. Allahu Akbar!!!.

Tanpa Nama berkata...

MEREEKA YANG MECELARUKANNYA DAN SEKARANG MEREKA RASAKANLAH AKIBAT PERBUATAN MEREKA ITU..KERANA NAJIB ALTANTUYA YG GILA KUASA SEMUA DAH JADI CELARU,MEREKA INGAT BILA MEREKA BUAT RAMPASAN MB NIZAR AKAN TERUS SURRENDER TP MEREKA TAK KENAL SAPE MB NIZAR..NAH SEKARANG MEREKA DAH RASA PENANGANNYA..RUPA2NYA NIZAR BUKAN OMONG KOSONG BILA MELAUNGKAN AKAN BERJUANG HINGGA KE TITISAN DARAH TERAKHIR..TAHNIAH MB! TERUSKAN PERJUANGAN MU RAKYAT TELAH MEMBUKTIKAN DIKUALA KANGSAR AKAN SETIA BERSAMAMU!DEMI KEADILAN DAN KEBENARAN YANG KAU PERJUANGKAN..ALLAHHUAKBAR!

Tanpa Nama berkata...

Sama2 lah kita bersolat hajat berdoa bermunajat demi kemenangan Islam...
Sesungguhnya perjuangan batil takkan bertahan lama!

ASRI berkata...

Menteri Nazri Aziz patut tukar nama
saya cadangkan nama baru buat dia...
BANGANG BIN BENGONG
BOLEH KOT...ha ha ha ha