19 Februari 2009

Dimanakah Raja Ahmad ?

Kemelut yang berlaku di Perak dengan rampasan kuasa mendapat ulasan dari banyak pihak dan kejayaan rampasan kuasa ini memberi harapan kepada pimpinan UMNO yang senior untuk mendapat tempat dalam beberapa pelantikan penting dalam kerajaan Perak kudeta.

Paling penting sesudah jawatan Menteri Besar terdapat lagi jawatan Exco dan satu kejutan bila Zambry mewujudkan jawatan yang menyalahi undang-undang Perak yang sedia ada dengan melantik 4 orang penasihat bertaraf exco.

Setakat ini kita menyaksikan ADUN Kubu Gajah, Raja Ahmad Zainuddin masih tidak terlibat dengan apa-apa jawatan penting adakah Exco dan penasihat yang saya maksudkan.

Kemelut yang berlaku di kawasannya sendiri masih belum berakhir. Pemilihan Ketua bahagian Larut masih belum selesai.

Komen dan ulasan mengenai isu yang sedang berlaku di Perak nampaknya tidak memaparkan komen dari Raja Ahmad, adakah disengajakan atau dia tidak berminat hendak beri komen.

Dari Ahli Parlimen dia di bawa balik bertanding ke DUN, dengar khabar dialah antara exco yang akan dilantik sekiranya BN menang. Namun impian tidak menjadi kenyataan !
.

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Dia ni cakap je lebih, ape pon tarak. orang tempat dia pun bukan suka sangat dia. org umno tempat dia pon bukan suke.

Tanpa Nama berkata...

mudah mudahan ALLAH beri petunjuk pada beliau dan seterusnya meninggalkan perjuangan UMNO/BN.

Tanpa Nama berkata...

Drs, Sorry to say when he was a MP for Larut,he stood up for the debate in Parliament but no substance.So no deal for him to ask zambri for Exco's post.Anyway he won at Kubu Gajah by a small margine only..Some folks told there phantom votes during last election.Anybody can confirmed about this?Tts matters because Selama is my hometown too. Dang Ratna Kesuma.

lovespiraldownwards berkata...

Sesungguhnya org macam dia ni sangat tak layak jadi pemimpin di mana2 pun waima pengerusi PIBG sekolah. Manusia korup lagi busuk yang sanggup merosakkan rumahtangga org lain semata-mata atas kerakusan diri sendiri. panjang cerita dia ni kalau nak dibukukan pun boleh..

Tanpa Nama berkata...

raja ahmad (geng najib)
zambry (geng KJ) paklah rekmen

najib teduduk terus kene potong que. heheh

Tanpa Nama berkata...

dia ni menang undi hantu ja.sampai la ni x sahut cabaran debat dgn ustaz nazri (bekas calon PAS kubu gajah)