12 Mei 2009

Krisis politik: Gantung penasihat undang-undang antara 6 langkah diumum Nizar

Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin hari ini memecat Penasihat Undang-undang Negeri Perak, Datuk Ahmad Kamal Md Shahid berkuat kuasa serta merta.

Tindakan itu adalah antara enam langkah segera yang diumumkan oleh Nizar sebaik sahaja Mahkamah Tinggi di sini memutuskan yang beliau adalah Menteri Besar Perak yang sah.

Selain itu, lima lagi langkah segera yang diambil beliau adalah:


- Pihaknya akan menghadap Sultan Perak, Sultan Azlan Shah bagi memaklumkan secara rasmi berhubung keputusan mahkamah yang diputuskan hari ini dan meminta restu baginda.

- Semua keputusan yang dibuat oleh Zambry sepanjang beliau menjawat jawatan Menteri Besar secara tidak sah akan dikaji semula dan tidak dianggap tidak sah sehingga notis seterusnya diberitahu kelak kecuali keputusan berhubung mengadakan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 7 Mei lalu.

- Meminta Zambry dan Exco-exco lain untuk mengosongkan jawatan mereka berkuat kuasa serta-merta berikutan keputusan mahkamah.

- Mesyuarat Exco akan diadakan dengan segera

- Pihaknya tetap berpegang bahawa DUN harus dibubarkan berdasarkan kepada usul yang diluluskan pada sidang DUN bawah pokok pada 3 Mac 2009

59 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

saya akan terus menyokong drs nizar!!jangan kita biarkan peragut yg baru dberkas ni berkeliaran utk membuat rancangan jahat dan terlaknat seperti
ini lagi...wamakaru wamakarallah..

ismail,batu pahat

TpK berkata...

Bravo YB! Jangan lupa lepasni ambik tindakan terhadap juak2 yang meranapkan demokrasi di Perak. Jangan biar sekor pun terlepas dari tindakan undang2!! Rakyat nak lihat ini!!

Tanpa Nama berkata...

Semuga Tuanku Sultan diberi petunjuk oleh Allah TA

muryadi berkata...

Yes, dari theMalaysiaInsider Raja Nazrin telah perkenan MB Nizar pengadap esok pagi 8:30am 12-Mei-2009.

Harap2 Raja Nazrin selaku sebagai pemangku Sultan Perak juga perkenan DUN dibubarkan memandangkan Sultan Azlan sedang berada diluar negara sekarang ni.

Ummul Kasturi berkata...

Syukur, Alhamdulillah!

muryadi berkata...

Yes, dari theMalaysiaInsider Raja Nazrin telah perkenan MB Nizar pengadap esok pagi 8:30am 12-Mei-2009.

Harap2 Raja Nazrin selaku sebagai pemangku Sultan Perak juga perkenan DUN dibubarkan memandangkan Sultan Azlan sedang berada diluar negara sekarang ni.

abgBro berkata...

dato SUK tu gantung sama..dan jgn lupa bentara2 yg engkar tuh!

*~De' Reza Family~* berkata...

apa maksud "kecuali keputusan berhubung mengadakan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 7 Mei lalu."????

adakah segala usul puak bn tu sah???

isa berkata...

saya sokong sepenuhnya pembubaran DUN Perak...biar rakyat Perak tentukan nak pilih BN atau Pakatan Rakyat(PAS ,DAP & Keadilan)...memerintah negeri Perak.

Tanpa Nama berkata...

Kalau teman jadi Sultan dah lama DUN bubar dah..!

Tanpa Nama berkata...

langkah bijak. kita doakan semoga allah sentiasa bersama orang yang benar....ain.

Tanpa Nama berkata...

tambah satu lagi zamri patut sedar dia mb haram

Bangsa Cina Malaysia berkata...

InsyaAllah melayu cina dan india akan 100%
menyokong Pakatan Rakyat sekiranya DUN
di bubarkan.

Ameen.

Tanpa Nama berkata...

Teruskan perjuangan YB. Insya'ALLAH pertolongan ALLAH akan tiba kepada mereka yang khlas dalam perjuangan.
Salam untuk semua YB PR, Kalau tak cukup tidor malam ni pun tak apa demi rakyat negeri Perak.
Mari lah kita memohon ke hadrat ILLAHI semoga perjuangan ini diberkati. Lawan tetap Lawan YB.

Tanpa Nama berkata...

alhamdulillah :)
sesungguhnya perancangan Allah lebih berkuasa daripada perancangan manusia.
terimalah kemenangan ini sebagai satu satu iktibar untuk kita semua.

SAM - Chempaka

MR.PH berkata...

kebenaran akan terselah jua amin

PEMUDA PAS KEMAHANG 1 berkata...

Benarlah titah DYMM Paduka Seri Sultan Perak kepada memanda Menteri Besarnya ( Ir Nizar ye, bukan Zambry mamak) bahawa:

"Allah bersama-sama dengan orang-orang yang sabar"

Kalian masih ingatkah titah Baginda itu?


Daulat Tuanku.

Tanpa Nama berkata...

Buat le apa yang sepatutnye..demi Islam dan undang2 negeri perak khasnya dan negara amnye daripada dicabuli sesuka hati oleh manusia yang gila dan tamak kuasa, semoga Allah memberkati usaha anda, kami rakyat bawahan sentiasa berdoa dan sentiasa bersama anda selagi anda melakukannya berlandaskan al-Quran dan Sunnah

Tanpa Nama berkata...

syabas dato Nizar inilah berkat orang sabar. zambry kena insaf dan jangan bohong rakyat

Tanpa Nama berkata...

salam semua....

alhamdulillah syukur setinggi2nya pada Allah yg memberi kemenangan pada orang yang sabar, memang benarlah janji Allah kepada hambaNya yang taat dan bertaqwa...

Prof. Era Pasca berkata...

BAGINDA: alhamdulillah... pasni PEMUDAH UMNO dijemput untuk berpiket ramai-ramai dan berarak ke balai polis untuk buat report atas kesalahan MAHKAMAH DERHAKA... hahaha... ade brani ke mereka persoalannya?

Prof. Era Pasca berkata...

BAGINDA: alhamdulillah... pasni PEMUDAH UMNO dijemput untuk berpiket ramai-ramai dan berarak ke balai polis untuk buat report atas kesalahan MAHKAMAH DERHAKA... hahaha... ade brani ke mereka persoalannya?

org kuat berkata...

hei ZAMBRI..
kasi blik la kereta kpd PR...
jgn sorokkan kereta tu...

Tanpa Nama berkata...

setuju ...

Putra IJ80 berkata...

Alhamdullilah.,

Berkat kesabaran dan doa,hari ini nampak lah kejayaanya.

Biar apa yang mendatang...dari segi moral nya .,
Kita sudah berjaya.

i.e .Sidang DUN 7hbMei.,menampakkan kegelojohan,ke tidak tentu arah, kezaliman ,penginayaan dan pelanggaran undang undang ole UMNO(BN)

dan Dalam suasana ini keputusan dan kekuatan ada pada pihak NIZAR(PR).PEMBUBARAN DUN ada lah jalan yang terbaik bagi nya.

Taiping Guy berkata...

Barulah saya lega benar hari ini dan rasa amat gembira sepanjang kerja hingga petang tadi. Sejak 3 bulan hingga keputusan mahkamah tadi membuatkan kami anggota kerajaan sentiasa tertekan dan stress memikirkan tindakan rakus dan kejam parti BN dan UMNO. Di harap mereka mendapat pengajaran sewajarnya. Kerjaya kami memang terganggu dan tidak dinafikan hal ini.

Tuhan amat maha kuasa. yang benar sentiasa akan beroleh kejayaan.

Tanpa Nama berkata...

baguih.... yb....

gantung jer mana2 duri dalam daging nie..

aper citer mesyuarat exco pada malam nie pukul 11... kata nyer nak bwat perancangan...

semoga dibubarkan dun dgn segera...

sebelum si ganesan bekas adun sungkai(bukan speaker) bwat hal lagi...

aritu dah si zombi... jgn plak si mahkluk ganasan nie...

Tanpa Nama berkata...

hadiah harijadi ameno 11 mei tahniah ir nizar teruskan perjuangan.

Tanpa Nama berkata...

Bentara dewan tukar kerja jaga pintu stadium.tak tahu law.jaga stadium senang, koyak tiket jer..
SUK tukar jadi pion kat pej MB.
LA jadi penghantar notis of demand
SU Dewan Antong jadi tukang tulis nama pelawat kt pintu masuk.
lain-lain tu..terpulang pada MB Halalan Toiyiba..

waksab berkata...

Bubar jangan tak bubar...itu dulu sidang di bawah pokok berembang dgn menteri2 pakai topi fireman adalah sah..menteri passola akan dicucuk dgn buluh runcing..satu...

M Jufri M berkata...

KUALA LUMPUR, May 11 – The Regent of Perak Raja Nazrin Shah has agreed to see Datuk Seri Nizar Jamaluddin, who was today declared the legitimate mentri besar of Perak by a Kuala Lumpur High Court - Malaysian Insider

IJUL berkata...

Assalamualaikum wbt,
Syukur kita semua ke hadrat Allah SWT atas nikmat yg diberikan kepada seluruh umatnya dan jua kejayaan yg diperolehi ini.

YB amatlah saya bersetuju dgn langkah2 yg bakal diambil oleh YAB DS MB dan yg cukup2 saya menyokong langkah awal utk menggantong Penasihat Undang2 Negeri Perak. Selepas ini bolehlah difikirkan akan tindakan2 yg patut dikenakan terhadap beberapa orang TALAM DUA MUKA yg turut serta dalam PENUBUHAN KERAJAAN HARAM (haram dunia akhirat)seperti Dato' SU dan seangkatannya. Bukannya utk berdendam tp pengajaran dunia kpd mereka krn bersekongkol memusnahkan sistem Beraja dan Demokrasi negara ini. Di akhirat nanti pastinya mereka tidak akan terlepas barang seinchi pun dr azab Allah SWT. Selama ini kita bersangka baik dan sifat ini diajar kpd kita seluruh umat Islam. Tp kebaikan yg diberi najis pula yg dibalasnya. Jadikan pengalaman kita apabila memerintah di negeri Terenganu sbg rujukan kpd negeri2 yg diperintah oleh PR. Kesilapan2 menyimpan org2 TALAM DUA MUKA ini akhirnya memakan diri sendiri. Padahal org2 kita lebih mampu melaksanakan tugas yg diamanahkan itu sedangkan mereka hanya menjadi API DALAM SEKAM. Biarlah mereka mengata kita akan tindakan itu nanti yg pasti ramai mata telah menonton sindiwara ini dan kita akan lebih selesa utk berkhidmat utk rakyat. Itu yg PENTING. Salam kesyukuran dr warga Selangor.

Tanpa Nama berkata...

http://www.youtube.com/watch?v=JQdib-ZyONs&feature=related

Mohon penjelasan tentang video nih. Tq

Tanpa Nama berkata...

Dear PR Leaders and PR supporters,

Congratulations to DS Nijar and PR Leaders for they who won the 1st half battle of the constitutional issues but don't be too carried away for this moment.

UM-No/BN (Najis/Zombie) not going to just let off the current political developments of the court ruling as they would appeal soon. It might be a strategy of getting the Rakyat thought that the judiciary commisssion was acting justifiably in the 1st half of this battle but on the 2nd half, the court may ruled otherwise. Be reminded that this agency (JC) is still the UM-No/BN horse.

Once this happen, PR will have a major set back and cry fouls of the JC's integrity and therefore any objections by PR of the court ruling that cannot be accepted by PR would be seen as uncivilised or "KIASU" !! (The 1st half UM-No/BN can accept court ruling but 2nd half court ruling cannot be accepted by PR).

PR just have to be very careful and strategizing the next course of action.
Anyway, as supporter of PR, I still believe in people's power and the best solutions to end the whole episode is to dissolved the assembly and go for a fresh elction.

The PERAK peoples and MINDFULL Malaysian are 1000% behind PR.

dukun misai berkata...

Sokong,halau kan aje zam ngan juak2 exco yg gila kuasa tu, jangan setakat halau macam tu je...kalu boleh sepak pungkoq depa tu sekali. Ni la manusia perosak demokrasi dan kemuliaan Dun Perak,muka tak malu.Suruh la depa minta restu rakyat.kalau tak dapat restu,dapat sepatu ,lg best dapat ketui batu.

Tanpa Nama berkata...

Yahnia teruskan perjuangan, perjuangan akan terus akan diuji. Ikhlaskan perjuangan. Alangkah hinannya Sultan Perak kerana dipermainakan oleh BN

Tanpa Nama berkata...

Teruskan perjuangan. Hinanya Sultan Perak krana ikut telunjuk Bn

Tanpa Nama berkata...

bijak..!

Tanpa Nama berkata...

Mamak Zambry kata PR biadap,tetapi rupa2nya dia yang biadap,bahlul & bangang sebab berkuasa dengan cara yang haram.Bodo punya keling!

Tanpa Nama berkata...

takbirr...
tahniah kepada kerajaan halal Perak..
Teruskan perjuanganmu..

syeikh kurawi berkata...

alhamdulillah. Sebagai rakyat perak. inilah satu keputusan yang menjernihkan sedikit suasana kemelut di Perak. Patut Najib resign letak jawatan PM. tindakannya kebudak-budakan. memalukan umno, punya presiden tak reti undang-undang. Semua ahli umno insaflah dari apa yang berlaku....pemimpin anda sebenarnya terlalu angkuh.

En. yAt-kO berkata...

salam.. teruskan perjuangan hingga mencapai kemenangan.. hidup rakyat.

SEDARA SESAMA ISLAM berkata...

Subhanallah Alhamdullillah hiwalaillah ha ilallah...sesama ISLAM hendaklah meletakkan kepentingan ISLAM dari POLITIK DAN KAUM...janganlah kerana POLITIK kita sesama ISLAM BERPECAH dan BERGADUH sesama sendiri. Semoga Allah membuka pintu hati kita semua agar tidak bergaduh sesama ISLAM

merbok berkata...

Semoga Allah s.w.t permudahkan segala urusan DS Nizar

Tanpa Nama berkata...

salam ,ALHAMDULILLAH masala MB dah selesai ,tetapi apa yang saya nampak daripada keadaan sekarang seperti di rancang untuk menjatuhkan MB ,daripada penanguhan mahkamah dan perlantikan speaker baru dan pengisytiharan MB selepas pertukaran speaker haram seperti rancangan untuk menjatuh kan MB melalui undi tidak percaya ,jadi saya harap MB serta ahli adun pr berjaga2 dngan prkara ini dN AKHIR KALAM SEMOGA PERKARA INI TIDAK BERLAKU DAN SEMOGA ALLAH MEMNGURNIAKAN KEJAYAAN DAN KEJAYAAN DI PIHAK ISLAM DAN KEBENARAN WAALLAHU A"LAM

akhi karami berkata...

Segulung TAHNIAH kepada Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin,semoga negeri perak dalam keadaan yang stabil insyaallah..TAHNIAH TAHNIAH TAHNIAH...

Tanpa Nama berkata...

hidup nizar

Faridrashidi berkata...

Kasihan juga ya kepada mereka..baru nak sedap memerintah dah jatuh pula. Memang Hari Ini Dalam Sejarah betul..

http://www.faridrashidi.com

sidewinder berkata...

Alhamdulillah syukur Allah Maha Kuasa,sekaran Dia dah tunjuk yang mana benar dan yang maha benar Allah nak tunjuk sekejap aje inilah kebesaran yang kita sebagai hamba kenalah berlaku adil jgn jadi orang orang munafik syabas dan tahniah idhamlim semoga doa para penyokong pr dimakbulkan oleh Allah

mekjah berkata...

salam YB Lim, syukur alhamdulillah, lawan tetap lawan...PAS sokmo

Tanpa Nama berkata...

semua ini memang rancangan sulit bn...ANDA TENGOKLAH SELEPAS INI...perkara yg tidak disangka akan berlaku...cayalah....

AHIM KAMPONG berkata...

kata cikgu saya 'janggut zambry janggut cari makan'...cuba bezakan dgn janggut Tn Guru Nik Aziz ada perbezaan bukan....hehehehe....

Tanpa Nama berkata...

AKU ni orang perak Ulu,bekerja diKelantan sejak 3july 1977,sejak tu aku tak pernak sokong Umno yang mamai,putus kasih putus saudara kerana keluarga aku semua nya umeno yang biru sampai ke najis.Aku tolak segala harta pusaka walau setempurong tanah,sejanggut udang emas pun aku tak ambik,anak anak aku semua 10 orang sekolah Arab.Mudah mudahan kerabat aku kat Kroh,grik,Lenggong,Parit,batu Kurau,Taiping sedar jadi orang yang menyokong Islam ini biar seluroh keturunan kita bukan setakat kita seorang,bini keme pun masih umeno.Selagi deme Umno aku tak kesior nak jumpa deme deme.

Tanpa Nama berkata...

Sudah tiba masanya "justice will prevail", dengan kematangan dan kebijaksanaan YM Dr Raja Nazrin Rakyat Ng Perak akan mendapat nafas baru. Semoga keputusan YM akan mencerminkan kecintaan baginda kepada rakyat Perak . "Without Fear Or Favour Pls Grant YAB MNJ What Berlongs To Him. He is Loved By Rakyat As How U Are Loved" Ipoh1Gdn

Abdullah Ngah berkata...

saya rasa sudah ada tindakan BM Nizar sebelum ini bersifat terburu buru dan gopoh sangat. Jangan ikut rentak syaitan.

Kalaulah benar Nizar sudah pecat penasihat undang undang. maka itu tanda ia suatu yang gopoh sangat.

Jangan ikut Tun Mahathir dan Najib yang saya rasa banyak yang tidak kena, walaupun dalam situasi perang psikologi.

Menteri Besar tidak boleh pecat penasihat undang undang sesebuah negari, kerana ia adalah hak kerajaan pusat.

Ia boleh ditukarkan atas sebab tidak memberi kerjsama yang baik pada menteri Besar dan kerajaan PR.

Tidak salah saya penasihat undang undang perak sekarang adalah penasihat undang undang negeri Terengganu yang belum berkahwin.

Maklum sahajalah orang yang belum berkahwin akalnya masih belum penuh. Dahulu. sekarang ini saya tidak tahu.

Jadi ingat. terlajauk perahu boleh ditarik tapi telajak tindakan bukan senang ditarik semula. Jangan terburu kerana terburu buru itu kehendak syaitan.

Tanpa Nama berkata...

Bismillahirahmanirahim...

Pecat Penasihat Undang-undang Negeri Perak adalah tindakan paling tepat kerana dia gagal menjalankan tugas sebagai penasihat termasuk kepada sultan sendiri.

Sekarang ini juga masanya Sultan Perak perkenankan pembubaran DUN Perak sebab inilah satu2nya peluang sultan Perak kembalikan maruah institusi raja Perak yang telah dirobek oleh penasihat undang2 negeri Perak. Selain itu, ini juga jalan pencerahan untuk kemelut atau kekusutan yang berlaku. Rakyat yang mesti tentukan siapa yang mereka mahu.

Salam....

Tanpa Nama berkata...

Salam..

tak sangka akan ada MB paling singkat dalam sejarah..lagi 4 hari je lagi nak sampai 100 hari perintah Perak..

ini bahana rampasan kuasa...

yg kalah sabar..
yang menang syukur..

jom berforum ttg isu nizar MB sah di:

http://forum.cari.com.my/viewthread.php?tid=418232&extra=page%3D1&page=3

Tanpa Nama berkata...

tak kesahlah.............
apa pun kami rakyat johor still bagi sokongan pada yb nizar.
takbir!!!!!!!!!!!!

Tanpa Nama berkata...

Teringat bisikan sultan perak kepada d s nizar, Allah beserta orang yang SABAR.