12 Mei 2009

Nizar gantung tugas dua pegawai kanan termasuk SUK

IPOH: Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin hari ini menggantung tugas Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Dato' Dr. Abdul Rahman Hashim. Sehubungan dengan itu Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Jamalludin Al Amini Ahmad dilantik untuk memangku tugas Setiausaha Kerajaan Negeri berkuat kuasa serta merta.

Itu adalah beberapa keputusan yang dibuat dalam mesyuarat Exco pimpinan beliau di ibu pejabat PAS negeri, tengah malam tadi.

Petang semalam, Mohammad Nizar turut menggantung tugas Penasihat Undang-undang Negeri, Datuk Ahmad Kamal Md Shahid berkuat kuasa serta merta sebaik sahaja Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengisytiharkan beliau sebagai Menteri Besar Perak yang sah.

Pada pagi esok, Mohammad Nizar berkata, beliau akan mempersembahkan permohonan untuk menghadap Pemangku Raja Perak, Raja Nazrin Shah Sultan Azlan Shah.

"Bukan menghadap, kami hanya mengemukakan permohonann untuk menghadap," katanya pada sidang media yang diadakan kira-kira pukul 12.30 malam tadi.

Mohammad Nizar berkata, beliau dan kesemua Exconya akan memulakan tugas seperti biasa pada pukul 7.15 pagi ini.

Beliau juga berkata, mesyuarat tersebut memutuskan untuk meneruskan dasar-dasar yang diputuskan oleh kerajaan negeri di bawah Barisan Nasional (BN) selama tiga bulan yang boleh membawa manfaat kepada rakyat.

Selain itu katanya, V Sivakumar masih merupakan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) yang sah.

Katanya, Datuk R Ganesan yang dilantik oleh BN sebagai Speaker DUN adalah tidah sah kerana masih belum mengangkat sumpah.

Sehubungan itu kata beliau, apa juga kemungkinan sidang DUN tergempar yang akan dibawa BN pada pagi ini adalah tidak sah.

"Untuk mengadakannya, mereka mesti memberi notis," katanya.

Petang tadi Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan bahawa Nizar adalah Menteri Besar yang sah.

Dengan keputusan itu, persoalan mengenai siapakah Menteri Besar yang sah - antara Nizar dan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, yang menyebabkan negeri itu dilanda krisis politik sejak Februari lalu akhirnya terjawab.

Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Abdul Aziz Abd Rahim memutuskan bahawa Nizar tidak mengosongkan jawatan Menteri Besar kerana beliau tidak kehilangan kepercayaan majoriti anggota DUN. Mstar.

20 ulasan:

Shahrulmd berkata...

Assalamualaikum YB,

Tahniah atas keputusan semalam, Saya mohon agar YB boleh juga usulkan menggantung tugas Setiausaha Dewan, Bentara2 dan juga pegawai2 atasan yang bersekongkol dengan ketua2 mereka. diharap dapat dilakukan dengan kadar segera!

Tanpa Nama berkata...

syabas dan tahniah kepada Hj. Nizar. Semua mereka (pengkhianat /tidak beramanah)yang digantung jangan dibenarkan memasuki pejabat masing-masing,

AWAS dengan barua (polis) UMNO, mereka juga adalah sebahagian daripada agensi yang menjaga kepentingan UMNO.

azhar berkata...

salam...tahniah YB..berkat kesabaran..gantung rahman ,dato suk tu memang setuju 100 persen ..kamal tu pun same..200 persen..tolong chek balik yang ngangkat sivakumar tu nak taruk mane...itu bentarala tu ..gantung je..depa ni musuh dalam selimut..sekarang ada hikmahnya kejadiaan ini..paling senang nak tau sahabat ataupun musuh..bentara..antong semuanye tu hantor la mana-man yang sesuai...

musalmah berkata...

Alhamdulillah.

Tanpa Nama berkata...

Assalmaualaikum... Tahniah DS Nizar. Saya sebagai pengundi BUKIT GANTANG mengucap syukur atas kemenangan DS Nizar. Kalau diizinkan pembubaran DUN, harap PAS dapat memperbanyakkan kerusi, kerana hanya PAS dapat menyatukan rakyat perak terutama DUN Changkat Jering. Jika calonnya bukan dari PAS, kami mogok utk tidak balik mengundi. tq

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum... Tahniah DS Nizar. Saya sebagai pengundi BUKIT GANTANG mengucap syukur atas kemenangan DS Nizar. Kalau diizinkan pembubaran DUN, harap PAS dapat memperbanyakkan kerusi, kerana hanya PAS dapat menyatukan rakyat perak terutama DUN Changkat Jering. Jika calonnya bukan dari PAS, kami mogok utk tidak balik mengundi. tq

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum..YB

Alhamdulillah....Allah sentiasa bersama2 dengan hambaNYA yg benar dan amanah...Moga Allah merahmati kita semua...

Cikguku Sayang.. berkata...

Alhamdulillah...syukur ke hadrat ilahi...moga-moga pemimpin kita akan teruskan perjuangan dengan penuh istiqamah...

mangkukhayun berkata...

Tak payah gantung, lambat....patutnya semua pengkhianat termasuk guard2 dewan tu humban ke sungai perak jer, biar mampus mangkaq2 ni semua...
pengkhianat agama, bangsa dan negara!!!

Cikguku Sayang.. berkata...

alhamdulillah...diharap pemimpin pakatan rakyat teruskan perjuangan dengan penuh istiqamah...takbir!!!!

Pak Oncu berkata...

Tahniah YB,, berkat sabar dan doa maka, Allah kembalikan kuasa kepada YAB Nizar,, harap ahli ahli PAS DAP PKR jangan ado sifat sifat perkauman,,,, atau senada dengan itu,,,, baru lah malaysia ini pulih seperti negara yang bertemadun...

Tanpa Nama berkata...

mEMANG KENALAH TINDAKAN iR. nIZAR TU. oRANG BERTAMADDUN TIDAK BUAT HAL DALAM DEWAN. CUMA ORNAG YANG TIDAK BERPELAJARAN SAJA BUAT GITU.

Tanpa Nama berkata...

Saya sangat bersimpati dengan Dr. Zamry yang berpelajaran tinggi tapi sudah tidak menjadi MB.

Tanpa Nama berkata...

Alhamdulillah.. Allah mendengar doa hamba2 nya yg dizalimi.. kepada barisan pemerintah Perak.. ada amanah tergantung dibahu anda semua.. jalankan amanah tersebut dgn sesungguhnya,kerana kelak kalian akan dipersoalkan tentang amanah itu...

Tanpa Nama berkata...

Semolek-moleknya YB Nizar perlu mengadu kepada Tuanku Sultan atau Raja Narin perihal perkara khianat dan ketidakadilan SUK, SUK DUN, SUK Finance dan SUK Undang-undang. Biar mereka membuat keputusan adakah ia perlu digantung atau ditukarkan.

Perlu diingatkan jangan pisang berbuah dua kali seperti kisah Pengarah Jabatan agama islam yang lalu.

Mereka ini adalah kakitangan PTD kerajaan yang diusulkan oleh kerajaan PUSAT kepada negeri Perak dan mendapat perkenan DYMM Sultan.

Oleh itu untuk menukarkan mereka juga perlu didahulukan dengan perkenan DYMM Tuanku.

Tatapi adalah lagi manis jika mereka itu dimaafkan/ atau diberi surat tunjuk sebab atas tindakan mereka. Kita perlu berlaku adil kepada kawan dan lawan. Mungkin terbuka hati mereka dengan keikhlasan kerajaan Pakatan Rakyat

Sila belajar dari kerajaan Pas kelantan bagaimana mereka mentadbir negeri... dan menjaga hubungan baik dengan pihak istana..

Jika pihak PR tidak belajar dari kesilapan lalu.. maka tiada hikmah yang boleh dipelajari dari berlakunya peristiwa rampasan kuasa perak ini..

Orang Lama

Tanpa Nama berkata...

kerajaan paling singkat di dunia haha. padan muka dulu kata kerajaan pimpinan pr paling singkat ini dia yang kena. mari kita lihat siapa yang kena! takbir! Allahuakbar!!!

leaflizard berkata...

ustaz. jangan kasi chance kali ni. kita berlembut. depa pijak kepala kita. biar diaorang rasakan. tahap kesabaran kita ada tahap nya.. saya sokong. bukan setakat gantung. buang terus. makan pencen, tanam serai sudah. ok ustaz???

peihong berkata...

gamaknya tu sebab digantung bukan dibuang sebab deme ni federal staff. yang terbaik pulangkan balik ke federal. buat menyemak je kalo duduk kat Perak.

Tanpa Nama berkata...

aku rasa....tak yah gantung la depa punya tugas tu....sebaiknya...DS Nizar panggil depa berdua....mintak dgn cara baik supaya depa buat surat utk letak jwtn dlm masa 24 jam....kalau depa tak mau jugak....pecat je terus...

Tanpa Nama berkata...

mulanya Abdulah bin Ubai, la ni bapak Abu Lahab, pas ni Firaun la pulak, pas tu balik Abdulah bin Ubai, JADI lawan tetap lawan, menang jangan ria sangat, kalah jangan hampa sangat yg penting kebanyakan orang cina dah nampak apa tu ISLAM dan undang2 Islam yg langsung tak menyulitkan depa. Ust pun mau kerap sikit cakap cina dlm ceramah, mau nampak sikit yg islam itu bukan hak orang melayu ja.... TAKBIIIIIIR!!!