12 Mei 2009

Drs. Khalil : Tingkatkan keselamatan ADUN PR Perak.

GOMBAK : Semasa menyampaikan ceramah di Taman Melewar malam tadi, Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan yang juga ADUN Titi Serong, Drs. Khalil Idham Lim telah mengeluarkan beberapa kenyataan berupa pandangan dan sikap dalam menghadapi situasi terkini Isu di Negeri Perak seperti dibawah :

1. Mengecam tindakan Polis yang mengadakan kawalan keselamatan sejak jam 4.30 petang kelmarin dan memberi amaran jangan menghalang ADUN PR masuk ke dalam bangunan SUK sepertimana pada 7 Mei yang lepas.

2. Memohon supaya penyokong Pakatan Rakyat bersyukur, khusus yang beragama Islam supaya menyahut seruan Muursyidul Am untuk berpuasa sunat hari ini.

3. Semua ADUN Pakatan Rakyat mesti mengutamakan keselamatan dalam suasana sekarang.

4. Jaminan bahawa semua ADUN Pakatan Rakyat Perak bersedia bila-bila masa bagi menghadapi pilihanraya semua di Perak bila adanya pembubaran DUN.

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

polis malaysia xlain hanyalah barua umno dan barisan nasional..mereka bukannya tau undang-undang. tahniah kpd PR kerana gigih dan sabar berjuang. Allah tetap memberikan kemenangan kepada pendokongnya. Bertasbih,bertahmid, bertakbir dan beribadahlah tanda syukur kpd Allah.

Tanpa Nama berkata...

Tahniah kepada PR diatas kemenangan keputusan mahkamah. Teruskan perjuangan anda.

AHIM KAMPONG berkata...

BN Perak wajar buat rayuan
PUTRAJAYA 11 Mei - Kerajaan Barisan Nasional (BN) Perak wajar membuat rayuan di Mahkamah Rayuan dan Persekutuan berhubung keputusan Mahkamah Tinggi hari ini memutuskan Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin dari pakatan pembangkang adalah Menteri Besar yang sah.

SAMPAI BILA NAK SELESAI KALAU MACAM NI...SUDAH LAH TU...TERIMALAH HAKIKAT...DAH SALAH SALAHLAH...BALIK KE PANGKAL JALAN...'BACK TO BASICS'

Tanpa Nama berkata...

Betul kata Ahim : Memang perlu terima hakikat....Oleh itu UMNO mesti terima hakikat yang rakyat telah pun membuat pilihan dalam pilihanraya yang lalu, UMNO BN telah kalah dan PR adalah pemimpin Perak yang telah dipilih rakyat DAN PEMIMPIN YANG SAH.
AND THAT'S THE BASIC TRUTH!

Tanpa Nama berkata...

Drs,Ingatkan bila dah sampai Tmn Melewar,boleh melihat YB "in person" tapi melaut manusia dengar suara pun dah cukup. Nona Ratana Chulaborn.

Tanpa Nama berkata...

Janganlah kata Polis barua, tak baik sebab anak-anak orang PR pun banyak dalam Polis nanti kecil hati mereka ni. Gunalah bahasa yang sopan. Kan bagus kalau Pas UMNO bersatu ini yang orang melayu dok tunggu lama, Hati nurani Ayah Cik cukup bersih untuk bersatu dengan UMNO tapi kurap-kurap dalam Pas yang tak mau... gila kuasa semua ni. Ingat la sikit melayu sama melayu gadoh bangsa lain tepuk tangan... Luuuuu pikir leh