12 Mei 2009

Kenyataan Media ADUN Titi Serong

Ekoran dari keputusan mahkamah yang diumumkan petang tadi yang telah mengesahkan kedudukan YAB. Dato' Seri Ir. Hj. Muhammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak. Hakim juga telah menolak permohonan pihak Zambry supaya keputusan itu ditangguhkan.

Dengan ini saya suka mengeluarkan beberapa kenyataan yang berkaitan dengan keputusan itu.

1. Semua penyokong Pakatan Rakyat khususnya yang beragama Islam mestilah melahirkan kesyukuran kepada Allah dengan kemenangan ini dengan mematuhi saranan Tuan Guru Dato' Nik Aziz Nik Mat supaya berpuasa esok hari dengan diserta mengadakan solat sunat 2 rakaat dan sujud syukur.

2. Semua pihak mestilah bertenang setelah menerima keputusan ini dan mematuhi segala keputusan yang ditetapkan oleh Mahkamah. Kepada semua penyokong Pakatan Rakyat saya merayu supaya mengelakkan diri dari provokasi pihak musuh politik kita dalam suasana sekarang. Seperti pesan Tok Guru "jangan gopoh dalam melakukan suatu tindakan".

3. Penegasan saya nyatakan di sini bahawa Pimpinan BN dan penyokongnya perlu menghormati keputusan mahkamah pada hari ini. kepada Dr.Zambry segeralah keluar dari bangunan Pejabat menteri Besar perak hasil kudera yang pernah anda lakukan.

4. Pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat peringkat pusat dan Negeri Perak diminta untuk mengadakan mesyuarat dengan segera bagi membincangkan dan mengeluarkan arahan penting untuk panduan semua pihak.

5.Sehubungan dengan itu saya juga akan menyegerakan dalam tempoh sehari dua ini untuk memanggil semua ahli Kelab Penyokong Kerajaan (BBC) bagi membincangkan beberapa perkara penting.

6. Sebagai Pengerusi BBC saya mengulangi pendirian bahawa semua Ahli-ahli Yang Berhormat Pakatan Rakyat sentiasa bersedia menghadapi sebarang kemungkinan diadakan pilihanraya semula di Perak ataupun hanya untuk Changkat Jering, Behrang dan jelapang.

IPOH : 11 Mei 2009

DRS. KHALIL IDHAM LIM
Pengerusi BBC Perak/
ADUN Titi Serong.

37 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

salam taniah kpd ds nizar di atas anugerah amanah allah ini , sgr bubarkn dun sptmana keputusan sidang dun bwh pokok smg allah berkati usaha pakatan rakyat

Tanpa Nama berkata...

tahniah kepada semua rakyat negeri Perak Darul Ridzuan!!!

Tanpa Nama berkata...

HIDUP PAKATAN RAKYAT!!!!!

hakimi al geriki berkata...

MB HJ IR NIZAR....sy anak perak di mesir sygkn anda..kami d mesir syukur dn gembira dgn brita ini..TAKBIR!!!

Mahasiswa Malaysia berkata...

semoga kesejahteraan milik kita bersama.....rakyat menanti perubahan yang adil utk semue berlandaskan Al-Quran

hakimi al geriki berkata...

MB HJ NIZAR..sy anak perak di bumi mesir sygkn anda...kami di mesir ini syukur dn gembira mndengar brita ini..TAKBIIRR!!!..

hakimi al geriki berkata...

MB HJ IR NIZAR...kami anak perak di bumi Mesir ini sygkan anda...KAmi bersyukur dn gembira dgn brita ini...TAKBIR!!!!

anak rantau......... berkata...

takbir!!!

Tanpa Nama berkata...

Assalammualaikum wbt MB Hj. Ir Nizar...... Saya anak Jati Perak (bota) kini Di Johor Mengucapkan Tahiah & kebenaran telah terbukti Shukur Alhamdulillah............

Manickam Nadeson berkata...

Adakah itu Zamri akan mengikut arahan Datuk Seri Nizar. Kenapa ramai anggota Polis berkumpul bersekitaran Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak?

kami penyokong Pakatan Rakyat harus bermula kerja kuat supaya Pakatan Rakyat dapat menang dengan pilihanraya kecil yang bakal diadakan di negeri Perak yang kami sayangi.

Jom Jom Jom Kemenangan itulah hasray\t kita

mangchikla berkata...

tahniah yb atas saranan TGNA. Teman dok perati kurang sgt yg berucap "alhamdulillah" dan "insya Allah" biler dengor keputusan tadi... teman takut ini suma umpan je

Tanpa Nama berkata...

Pas ni BN nak Guna Undang2 Rimba Mana PUlak

IbnuFuad berkata...

Alhamdulillah, Yang Hak Pasti tertegak punyalah..

Tanpa Nama berkata...

Syukur Alhamdulillah, tahniah MB Nizar. Semoga Allah dipihak yang benar.

Tanpa Nama berkata...

Syabas Y.B.. Nasihat dan semangat sedemikianlah yang wajar ada setiap individu pemimpin. YB diharap kuatkan semangat serta yakin dengan istiqamah. Rakan-rakan yang lain sewajarnya memantapkan kesatuan yang erat di kalangan tanpa batasan bangsa dan agama. Diharap dikalangan rakan-rakan tiada yang "cas keting".

Keputusan mahkamah telah memberi input yang besar terhadap kematangan berpolitik dan kekuatan menghayaati undang-undang dan perlembagaan sesebuah negara atau negeri. Dilihat dari personaliti dikalangan anggota dan pimpinan BN nampak mereka telah membuang masa selama tempoh merdeka dan bagi mereka yang ada belajar undang-undang nampaknya telah menipu rakyat yang mereka adalah hebat kerana undang-undang bukan sesuatu yang 'abstrak' dan bukan medan berteka-teki. Sepatutnya pengamal undang-undang menterjemahkan sesuatu klausa secara seragam dan bukan'Double Standard'. Yang ada PHD jangan digelar Prof. Kangkong dan digelar 'Perangai Hasad Dengki'.

Renung-renunglah wahai pejuang dikalangan PR mahupun pembangkang (BN).

Tanpa Nama berkata...

tahniah,drs nizar!!syukur pada ALLAH...yb,kalau yb ada gambar muka zambry,tolong paparkan..muka dia pas kalah kes ni...x sabaq saya nak tengok..nak gelak rasanya...haha

Wellness, The Next Big Thing berkata...

salam, bukan saja anak perak yang gembira ... seluruh rakyat Malaysia menyambut dengan lapang dada. dari maklumat yang sahih, penyokong be end juga telah berpaling arah ke PKR.

Tanpa Nama berkata...

jaga-jaga dengan tipu helah ameno..

belum habis...mungkin dorang sengaja bagi Nizar menang dlu...then sengaja nak bagi PR seronok kejap...then Ganesan (Speaker HARAM) akan panggil sidang DUN segera, dan Zambry HARAM akan usul undi tak percaya, biar diroang konon nampak gentleman....PLEASE, JAGA-JAGA...ini TAK MUSTAHIL...ameno dan be end GILA boleh buat aper jerk....

masdarwahid.blogspot.com berkata...

Alhamdulillah.... kemenagan akhirnya di tangan rakyat... apa yang penting.... kerjasama....
apa yang penting... kerjasama.... :) pakatan dalam menempuh saat2 yang sukar ini.

sila lihat gambar hee yitt Fong cuba menyembur dalam sidang dun Perak di sini

masdarwahid.blogspot.com

Jacknaim berkata...

Alhamdulillah. Mahasiswa menyambut baik keputusan mahkamah.. bersama menerangi malaysia yg bergelap dek kerana politik kotor

Tanpa Nama berkata...

doa adalah senjata orang mukmin...puak amno bergantung harapbpada polis,suk,3 line ...dan pencacai gred -E.

Tanpa Nama berkata...

SAYA BARU DPT BERITA RAJA NAZRIN BERSETUJU MENERIMA MENGADAP MB NIZAR ESOK JAM 8.30 PAGI DARI PERAK EXPRESS. MINTA YB SAHKAN. DAULAT TUANKU!!!!

minda tenang berkata...

Hari ini Allah telah memberikan sedikit Nikmat dari Nikmat-nikmatnya yang maha luas.....
Oleh itu bersyukurlah......
Jangan Angkuh.........
Jangan dikeji pihak lawan....
berpada-padalah dalam mengkritik........
jangan melampaui batas.....
Hargai nikmat ini dengan kesyukuran dan amalan baik seperti yang disarankan oleh TG Nik Aziz....
Marilah kita sama-sama berdoa agar nikmat ini tidak menjadi azab bagi kita......
Sesungguhnya berapa ramai orang tewas kerana kesenangan, keselesaan dan kealpaan......
Sesungguhnya ramai yang berjaya selepas dididik dengan penderitaan, kepayahan, kemiskinan dan kekurangan....
Seperti ramai para nabi dididik Allah dengan penderitaan, kepayahan, kemiskinan dan kekurangan....
Bersyukur, bertawaduk, bertakwa dan tenang.....

Tanpa Nama berkata...

ALLAH bersama orang yang berIMAN.ISLAM UNTUK SEMUA

Briged Akhdor LR2 berkata...

sy mula2 mcm tak percy bahawa mb nizar berjaya ..tp sy percaya berkat doa dan keteguhan rakyat di belakang ir nizar serta PR maka terciptalah berita gembira ini..marilah sama2 kia puasa sunat dan solat sunat syukur tanda kesyukuran pada yg esa ..dan teruskan pejuangan demi menegakkan keadilan dan kebenaran ..takbir !!!

Tanpa Nama berkata...

Tahniah MB Nizar... Syukur kepada Allah kerana mengembalikan mandat MB kepada Dato' Seri, cuma satu yang dikhuatirkan...apakah niat jahat yang lagi hebat akan Been End lakukan. Semoga Allah melindungi kerajaan Pakatan Rakyat. Amin..Allahuakbar...

Tanpa Nama berkata...

Kita merancang ALLAH juga merancang tahniah MB NIZAR

Bangsa Cina Malaysia berkata...

InsyaAllah melayu cina dan india akan 100%
menyokong Pakatan Rakyat sekiranya DUN
di bubarkan.

Ameen.

Tanpa Nama berkata...

yb..saya ada terbaca dalam malaysiakini bahawa apa pendapat mengatakan perlantikan Speaker baru pd 7hb lalu sah? so ada kemungkinan tak yg Speaker baru tu nak panggil sidang tergempar dan meluluskan pula usul undi tidak percaya pada YB Nizar kita ni? ada kemungkinan ke? risau la jugak kot2 BN ada rancangan lain sebab cara najib cakap suruh rakyat perak jgn teruja tu mcm mereka nih merancang sesuatu. Boleh YB jelaskan skit?

penawarrindu berkata...

Tahniah, semoga dengan ini dapatlah PAKATAN membubarkan DUN untuk memastikan mandat ini diserah semula kepada rakyat, kemudian terimalah dengan redha dengan keputusan tersebut.Pastikan DAP tidak menikam dari belakang dengan meletakkan calon melayu untuk mendapatkan kerusi MB kelak sekiranya Pakatan masih diberi mandat.
Semoga DSAI Dapat memainkan peranan yang baik dalam Pilihanraya DUN Nanti.

Tanpa Nama berkata...

tahniah kepada pakatan rakyat....dan semua penyokong dan rakyat perak.....disebalik kegembiran berhati2 lah serta bersiap sedia dengan apa jua kemungkinan yg akan berlaku..kerana kuasa dan keputusan masih lagi berpihak kepada mereka ....tahniah sekali lagi kepada rakyat serta pemimpin pakatan rakyat...pejuang rakyat...

Tanpa Nama berkata...

Alhamdulillah..Syukur kepadamu ya Allah..semoga dengan kemenangan ini Perak akan menjadi lebih maju..

toman berkata...

kita talkinkan BN Peraaakkk!!

KoPreL iBNuiSa berkata...

assalamualaikum YB..

alhamdulillah dan syukur kehadrat ilahi keatas kurniaan ini...
rasa lega hati ini apabila diberitahu kemenangan yg ditunggu2 ini semacam satu hadiah selepas kami diperantauan(mesir) baru selesai peperiksaan akhir semalam...
tahniah sekali lg dan harap dapat tunaikan amanah yg allah berikan sekali lg dengan tawadduk tanda syukur kepadaNYA..

barakahallahufikum...

Tanpa Nama berkata...

Dear PR Leaders and PR supporters,

Congratulations to DS Nijar and PR Leaders for they who won the 1st half battle of the constitutional issues but don't be too carried away for this moment.

UM-No/BN (Najis/Zombie) not going to just let off the current political developments of the court ruling as they would appeal soon. It might be a strategy of getting the Rakyat thought that the judiciary commisssion was acting justifiably in the 1st half of this battle but on the 2nd half, the court may ruled otherwise. Be reminded that this agency (JC) is still the UM-No/BN horse.

Once this happen, PR will have a major set back and cry fouls of the JC's integrity and therefore any objections by PR of the court ruling that cannot be accepted by PR would be seen as uncivilised or "KIASU" !! (The 1st half UM-No/BN can accept court ruling but 2nd half court ruling cannot be accepted by PR).

PR just have to be very careful and strategizing the next course of action.
Anyway, as supporter of PR, I still believe in people's power and the best solutions to end the whole episode is to dissolved the assembly and go for a fresh elction.

The PERAK peoples and MINDFULL Malaysian are 1000% behind PR.

PAS sejak kecil lg... berkata...

TAHNIAH MB....kemenangan pasti di pihak yg benar dan saya juga yakin, jika diadakan pilihanraya seluruh negeri Perak nanti, BN akan kalah teruk...amin

wan amirullah berkata...

marilah kita sama2 mengajar bn dalam pilihanraya nanti.sesungguhnya sudah lama kita ditindas oleh bn.hidup rakyat Allahuakbar