16 November 2013

Roboh: Adun Sungai Rapat, Pasir Pinji tinjau setinggan

12 Muharram 1435H. [MOD] -
IPOH: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Rapat, Radzi Zainon bersama dengan Adun Pasir Pinji, Lee Chuan How turun padang meninjau kehidupan penduduk perkampungan setingan di Sri Keramat, Sri Murni dan Tok Cendang.

Lawatan bersama tersebut bertujuan untuk memahami dengan lebih dekat perkembangan dan kemajuan penempatan semula bekas penghuni kampung-kampung setinggan tersebut seramai kira-kira 300 orang.

Tiga anggota polis cedera dilanggar ketika cuba tahan dua lelaki

12 Muharram 1435H. [MOD] -
Tiga anggota polis cedera dilanggar ketika cuba menahan dua lelaki yang dipercayai terlibat dalam pelbagai kegiatan jenayah di sekitar Melaka dan Negeri Sembilan, berhampiran Rumah Awam Bukit Beringin, Masjid Tanah kelmarin.
    
Seorang anggota berpangkat Koperal patah tangan dan dimasukkan ke Hospital Melaka untuk rawatan lanjut manakala seorang pegawai berpangkat Inspektor dan seorang lagi anggota berpangkat Koperal mengalami cedera ringan dan diberi rawatan pesakit luar di hospital sama.

K'jaan siasat import plat timah dari China, Korea Selatan

12 Muharram 1435H. [MOD] -
Kerajaan memutuskan untuk memulakan penyiasatan ke atas import plat timah elektrolisis yang berasal atau di eksport dari China dan Korea Selatan.     

Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti) berkata kerajaan menerima petisyen daripada Perusahaan Sadur Timah Malaysia Bhd (Perstima), bagi pihak industri tempatan yang menghasilkan plat timah.

Kes denggi, kematian meningkat di seluruh negara

12 Muharram 1435H. [MOD] -
Jumlah kes demam denggi dan kematian akibat jangkitan itu di seluruh negara sejak Januari hingga 9 November lepas mencatat peningkatan, berbanding tempoh sama tahun lalu.
    
Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam) Kementerian Kesihatan (KKM) Datuk Dr Lokman Hakim Sulaiman berkata sejumlah 31,170 kes dilaporkan, meningkat sebanyak 67 peratus daripada 18,679 kes yang dilaporkan bagi tempoh sama tahun lepas.

Negara dibebani hutang, jadilah pemimpin berhemah

12 Muharram 1435H. [MOD] -
Berjimat cermat dalam berbelanja dan mengurus tadbir kewangan negara bukan kerana defisit tinggi atau harga minyak naik, tetapi kerana ia memang merupakan suruhan Islam. Di waktu mewah pun Islam memerintahkan agar kita berjimat apatah lagi di waktu susah.

Inilah didikan Rasulullah SAW kepada para sahabat. Rasulullah SAW pernah menegur seorang sahabat yang bernama Saad r.a. ketika beliau sedang berwudhuk, setelah dilihat ada unsur pembaziran di dalam wudhuk Saad r.a, Rasulullah SAW bersabada:

مَا هَذَا السَّرَفُ فَقَالَ أَفِي الْوُضُوءِ إِسْرَافٌ قَالَ نَعَمْ وَإِنْ كُنْتَ عَلَى نَهَرٍ جَارٍ

Artinya: Apakah pembaziran ini? Lalu Saad berkata : Adakah di dalam wuhduk pun ada pembaziran? Rasulullah SAW bersabda : Ya, sekalipun kamu berada di dalam sungai yang mengalir - Hadis riwayat Ibnu Majah dan Ahmad.

Muktamar PAS ke-59 disiar secara langsung

12 Muharram 1435H. [MOD] -
KUALA LUMPUR: Perjalanan Muktamar Parti Islam SeMalaysia (PAS) ke-59 pada 22 hingga 24 November ini akan disiarkan secara langsung melalui webtv PAS (http://webtv.pas.org.my) dan juga radio internet hijau.fm terutamanya pada hari perasmian.

Jabatan IT PAS Pusat (JITP)  juga telah memembangunkan laman web khusus untuk muktamar PAS ke-59  pada kali ini.

Umno salah guna RM40 juta selamatkan Utusan

12 Muharram 1435H. [MOD] -
KUALA LUMPUR: Tindakan Umno menyuntik dana tambahan RM40 juta kepada Utusan Melayu (M) Bhd (Utusan) adalah bukti nyata betapa terdesaknya parti itu untuk menyelamatkan syarikat seliaan mereka hingga sanggup menyalahgunakan wang kerajaan.

Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP, Tony Pua berkata, tindakan itu harus ditentang oleh menteri berfikiran waras dalam Kabinet kerana ia jelas membabitkan wang pembayar cukai atau wang rakyat.