`AMANAT HAJI HADI'
"Percayalah, Perjuangan kita adalah jihad..." "Kita menentang Umno Bukan Kerana ianya Umno"... Amanat ini kami pegang walaupun ada pemimpin kami yang melupakannya.
Oleh: WFAUZDIN NS
HANYA seminggu dua sahaja Umno merasa selesa untuk bernafas apabila menyaksikan Pas bergelut dengan isu Kerajaan Perpaduan. Syabas, buat penyokong setia Pas yang terus mara ke hadapan menjadi perisai agar tembok pertahanan Pas tidak ditembusi oleh Umno dengan propagandanya. Disaat pimpinan Pas lebih banyak mendiamkan diri, penyokong-penyokong setia Pas termasuk penyokong-penyokong kuat PR berterusan menjadi penghalang kepada objektif Umno untuk melihat Pas terkubur
Meskipun Harakah, satu-satunya media Pas yang sepatutnya boleh diharapkan untuk mempertahankan maruah dan moral Pas dari di`jual' dengan murah kepada Umno, tetapi akhbar tersebut terikut dengan rentak pemimpin mereka. Lesu dan tidak bermaya malahan kadangkala kelihatan laporan atau beritanya saling tidak tumpah seperti Utusan Meloya pula. Mujur, usaha yang berterusan dari penyokong-penyokong bawahan yang mahukan Pas terus dihormati dan disegani bukan di`beli', disedari oleh Mursyidul Am Pas. Lantas, beliau mengeluarkan kenyataan yang agak keras bagi `mengejut'kan beberapa pimpinan yang mungkin `terlena' dengan mimpi indah bersama bakal `tunangan'nya bernama Umno.
Selepas itu, barulah seorang demi seorang mengeluarkan pandangan masing-masing dari segala pelusuk negeri. Apabila terjaga dari `lena' barulah mereka tahu bahawa idea Kerajaan Perpaduan itu sebenarnya tidak pernah dibincangkan sesama pimpinan Pas apatah lagi bersama PR rakan yang banyak membantu Pas sebelum ini. Rahsia bahawa cadangan Kerajaan Perpaduan itu sebenarnya tidak pernah dibincangkan, bahkan semata-mata pendapat atau keinginan peribadi dua tiga orang di dalam Pas telah didedahkan di dalam Parlimen baru-baru ini oleh Ustaz Abdul Halim. Ketika itu, baru kita faham sebenarnya situasi yang berlaku walaupun sebelum ini beberapa pemimpin Pas mengutarakan berbagai helah dan dalil untuk meyakinkan kita agar menerima `jalan yang mudah' itu. Alhamdulillah, Tuan Guru Nik Aziz terlebih awal `menghidu' bau busuk dari idea tersebut walaupun Mufti Perak menghidunya sebagai wangi yang teramat harum.
Setelah menyedari bahawa bukan semua penyokong dan ahli-ahli Pas boleh di`beli' dengan harga yang terlalu murah, Umno mula gelisah dan mahu tidak mahu terpaksa juga pemimpin-pemimpin Umno memuji melangit dua tiga tokoh Pas ini agar impian Umno akan menjadi kenyataan. Jika dahulu mereka mengecam tokoh Pas ini dengan menuduh fatwanya `mengkafirkan Umno' dalam amanat yang terkenal itu, kini mereka terpaksa menjilat ludahnya kembali. Umno tidak mengerti bahawa masih ramai di kalangan penyokong-penyokong dan ahli Pas yang masih memegang kuat fatwa `Amanat Haji Hadi' itu kerana mereka yakin bahawa itu adalah amanat yang betul dan tidak silap walaupun mungkin terdapat dua tiga tokoh Pas sekarang ini yang menganggap amanat itu tidak lagi releven. Kerana Amanat itulah penyokong-penyokong dan ahli Pas menentang keras sebarang usaha ke arah Kerajaan Perpaduan bersama Umno. "Kita menentang Umno bukan kerana ianya Umno". / wfauzdin.blogspot.com

46 ulasan:
salam...insyaallah sya akn terus perjuangkan pas walau apa pun terjadi
perangai umno, dulu kini dan selamanya.., salah satu tabiatnya menjilat ludah sendiri..., satu ketika ditayang berulang-ulang kali amanat haji hadi..., dan kini kembali disanjung bagai ..atas alasan perpaduan..., aku nak tergelak statement nak bertunang tu.., nak bertunang dengan pas.., lupakah pas.., dan para penyokong sekalian apakah yang berlaku semasa pas dan umno bergabung membentuk kerajaan campuran di kelantan, lupakah juga akan segala bentuk fitnah yang dilemparkan dengan bantuan segala jentera media pro kerajaan, dan terbaru.., lupakah apa yang mereka lakukan pada kerajaan pimpinan ds nizar di perak, renungkan.., apakah ada ruang untuk berbaik dgn umno.., kita semua sudah maklum akan perangai puak2 umno..., buat haji hadi, sdr nasa dan balaci2 yg lain.., masuklah umno .., pas tidak perlu pada org spt kamu semua..., maaf.., aku tak boleh terima apa yang umno dah buat selama ni.., dan skrg ni nak berbaik2 pulak...pimpinan pas.., dgrlah suara akar umbi.., dan bukannya untuk kepentingan sendiri...,
mmmmmmm
Haji dah lupa Amanat nya.Nasaruddin mungkin tak ingat Amanat Haji Hadi ,Mustapha Ali buat buat lupa Amanat Haji Hadi....Tapi ahli ahli PAS ingat lagi.
Syabas utk ahli2 PAS kerana berjaya membezakan diri dgn puak2 umno yg hanya pandai angguk kpd setiap perlakuan pemimpin mereka..budaya bodek@mengampu@jilat bontot mmg tidak boleh diterima dlm PAS..yg salah ttp salah,harapan kita agar yg ditegur tidak melenting atau cuba menegak benang yg basah..selagi perjuangan kita berpaksikan Islam,InsyaAllah segala dugaan dpt ditempuhi dgn tenang..
Melihat dari sudut lain ada hikmahnya Tuan Guru Hai Abdul Hadi mengutarakan idea ini:
1. Kita dapat menyelami keikhlasan sesetengah penyokong PKR termasuk blogger terhadap PAS. Dulu2 saya lihat bukan main kedekut lagi akhbar mereka menyebut perkataan PAS, tapi sekarang Alhamdulillah...
2. Ramai akan celik mata bahawa PAS dengan misi dakwahnya bukan membenci batang tubuh UMNO/BN tetapi sikap dan tingkah laku mereka dan tidak pernah mengenal erti putus asa untuk membetulkan mereka dan bukan membuang mereka.
3. Terbukti pemimpin PAS bekerja keras bukan kerana tamakkan kuasa, tapi kerana mahukan kebaikan demi agama dan rakyat. Kalau tidak kenapa mereka berani mengeluarkan pendapat yang berisiko tinggi sedangkan PAS dalam keadaan sedang mendapat sokongan yang menggalakkan.
... dan banyak lagi.
Saya yakin, apa yang diperkatakan oleh pemimpin PAS berdasarkan sikap bijaksana dan bukan bijaksini. Kebaikannya akan terserlah setelah kecoh terhenti. Contohnya dulu ramai pengikut PAS yang dengan tanpa adab mengkritik Ustaz Fadil Nor kerana menzahirkan sokongan terhadap DS Anwar Ibrahim difitnah kali pertama.. tapi akhirnya PAS dapat mengecap sokongan yang berlipat ganda.
Wallahua'lam.
Apa-apa yang terjadi kalang ulama, pasti akan jumpa jln penyelesaiannya..
Alhamdulillah...
tu lah politik.....semua politik......bila dah nk bersahabat takder lah kafir tuuuuu....org politik tidak blh di percayai
hah ! ... itulah kelebihan TGNA walaupun pada mulanya kenyataan keras beliau ditohmah oleh segelintir insan, rupa-rupanya untuk mengejutkan segelintir pemimpin yang mungkin terlena dengan mimpi indah bersama bakal tunang yang bernama umno, hehehe.
ABU - Asal Bukan Umno.
melayu mudah lupa.Sejarah mengatakan kebangkitan PAS bermula 1998. PERLU INGAT JANGANLAH LAH LUPA
Tunggu apa lagi!!!! Semua2 yg terlibat dgn UG patutnya meletak jawatan dan berambus dari PAS. Apa cerita penduduk Bachok? Rasa2nya patut ada pilihan baru dan wakil baru di Bachok, betul tak?
ulasan saya sama! boleh lawat orangparit.blogspot.com
Sokong keyataan YAB TGNA yang mahu bersekongkol dengan ubn nak sangat jadi menteri keluar pas masuk ubn kalau2 bulih jadi menteri,silap2 jadi Nakie lah cuma jadi jurucakap ubn.Tak sedak lagika juak2 dlm pas nie'nak kena patuk dengan ulaq dalam lubang yg. sama ka,bengong sungguh.
Akan jadi hinalah sesiapa yang mencadangkan dan menyokong kerajaan perpaduan.
betul apa yg ditulis oleh penulis
kami kelab penyokong pas kaum india juga tidak setuju dgn kerajaan perpaduan
itu muslihat jahat umno utk menjatuhkan pas krn pas mula mendpt sokongan drpd kaum bukan melayu
umno mula takutttttttttttttt
kami sgt sanjung seorg pemimpin melayu spt TG Nik Aziz krn pandangannya dan cara berpolitik tanpa pilih kasih antara kaum
kami mahu pas terus maju dan perintah ngr ini
hidup tok guru nik aziz
ALHAMDULILLAH...lega rasanye membaca AMANAT diatas ni,kita jngan cpat nak melatah... ni taktik kotor UMNO.
DUHAI PEMIMPIN PAS DAN AHLI PAS.
KEMBALI LAH KEPANGKAL JALAN MASIH BELUM TERLAMBAT LAGI UNTUK KEMBALI.
TENAGKAN LAH SUASANA YANG MENGELIRUKAN INI.
BERPAUTLAH DIDAHAN YANG NYATA TAKGUNA SELISIH FAHAM SESAMA SENDIRI HANYA SEKADAR MEREBUT JAWATAN MENTERI.
KALAU ANDA TIDAK BERMINAT DAN IKLAS DALAM PERJUANGAN PAS SILA KELUAR PAS DAN LETAK SEMUA JAWATAN DEMI KEPENTINGAN AHLI AHLI YANG MASIH SETIA DENGAN PAS.
JIKA ANDA MASIH LAGI INGIN MENERUSKAN PERJUANGAN PAS REDAKAN KEADAAN KEMBAAIKAN SALITULRAHIM DIANTARA KAMI.
GEMPARKAN MALAYSIA PAS SUDAH BERSATU MENENTANG UMNO BE END.
UMNO BE END
UMNO BE END.
tok guru nik aziz adalah benteng terakhir untuk pertahankan pas atas landasan yang sebenar, pemimpin pas yang masih nak teruskan juga dengan istilah perpaduan ni tunggulah kalau anda semua tetap jadi pemimpin, anda akan hilang respek dari ahli parti. pada masa tu anda dah tak ada nilai dah pada ahli parti. kami tak sayangkan pemimpin yang akan merusakkan parti tapi kami sayangkan perjuangan parti kami. pas bukan hak eksklusif 2 3 orang pemimpin tapi hak kami semua yang menjadi duta pas. kalu pemimpin ni rasa mereka tak nak dengar hasrat ahli parti baik letak jawatan sahaja. kami tetap berdiri dibelakang tuan guru kami tercinta tok guru nik abdul aziz. tok guru : teruskan perjuangan anda. kami akan tetap menyokong anda. love u tok guru tapi kami lebih sayangkan pas. pemimpin boleh datang dan pergi tapi perjuangan pas tetap kena maintain
tunggu la isnin ni mesyuarat pr...tanya sendiri hj.hadi,dok pandai2 ulas buat pa...hujung pangkai cerita pun tak tau lagi...tok guru nik aziz bukan ma'sum
nik aziz dh ckap sipa yg myokong krajaan perpaduan silalah msuk UMNO...
aku sgt sokong pendirian tg nik aziz yg tdak mahu krajaan perpaduan...
TAKBIR!!!
ALLAHUKBAR!!!
tengok lah video ni....
penjelasan Tuan Guru pasal isu ini...
aku jumpa kt youtube..
tak payah lah nk komen pasal benda yang diri sendiri pon xtahu n x faham....
menyusahkan orang laian saje....
http://www.youtube.com/watch?v=dJKJ0FR7fQQ&feature=channel_page
Semua orang kena faham dan sepatutnya dah faham lama dah bahawa UMNO ni kalau dia cakap nak buat baik mesti ada benda tak baik yang dia nak buat....
Mesyuarat ukhuwah
Sementara itu di Kota Bharu, Nik Aziz merancang mengadakan mesyuarat khas yang hanya dihadiri pemimpin tertinggi PAS termasuk Abdul Hadi dan timbalannya Nasharudin Mat Isa.
"Saya sendiri akan menjemput Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, timbalan presiden (Nasharudin) dan beberapa pemimpin PAS lain yang akan saya tentukan kemudian.
"Pertemuan ini saya namakan mesyuarat ukhuwah (persaudaraan) yang akan menyelesaikan isu kerajaan perpaduan ini.
"Buat masa ini masa, tarikh dan lokasinya belum lagi dapat ditentukan sama ada di Kuala Lumpur atau di Kelantan, bergantung kepada kesesuaian masa tetapi akan diadakan secepat yang boleh," Nik Aziz dipetik berkata selepas mempengerusikan mesyuarat Dewan Harian PAS Kelantan hari ini.
sumber, http://www.malaysiakini.com/news/106768
[[ Alhamdulillah..penulis menarik nafas lega..saranan dan harapan berkali2 penulis sebelum ini agar penyelesaian sesuatu maasaah dan kemelut melalui meja rundingan, bertemu mata, face 2 face, musyawarah, akhirnya termakbul...
Walaupun agak terlewat sedikit, tapi penulis merasakan inilah yg terbaik dan sebaiknya..seperti yg pernah penulis katakan, biarlah acapkali siri perbincangan dan perjumpaan dilakukan dikalangan pemimpin, apatah lagi jika wujud isu2 besar sebegini..lebih banyak, lebih baik...jangan ada perasaan atau rasa bosan, puas, malas untuk bertentang mata, berdikusi bersama teman2 kepimpinan..
Teguran si ayah kpd si anak...
Ternyata TGNA seorang yg tenang dan bertindak rasional..penulis tetap menganggap, kenyataan beliau yg mahukan Nasyarudin meletak jawatan kelmarin ibarat satu nasihat tegas dari seorang ayah kepada anaknya.."ikut cakap ayah, jika tak, keluar dari rumah"..tetapi jauh disudut hati si ayah, terlalu sayang dan kasihkan si anak tadi, jauh sekali mahu menghalau si anak tadi keluar dari rumah..
Begitulah perumpamaan penulis berdasarkan kes yg berlaku..bukanlah niat TGNA mahu menghalau Nasyarudin keluar daripada PAS, cuma mahu menegur dan menasihat Nasyarudin supaya sedar dan cukuplah dgn gagasan mahupun agenda berkaiatan 'kerajaan perpaduan'..kukuhkan PAS, kukuhkan Pakatan Rakyat, seperti kata seorang ahli Kelab penyokong PAS pada muktamar baru2 ini, biarlah PAS menjadi. "PAS the only choice"...penulis terharu dgn kenyataan seorang bukan Muslim ini...
Nasihat buat teman...
Jadi, kepada sahabat2 dan rakan2, baik dikalangan blogger, pengendali laman web mahupun pelayar biasa, bertenang dan bersabarlah..kita serahkan kepada kepimpinan atasan untuk mnyelesaikan kes dan isu ini..janganlah kita menjadi batu api melaga2kan kumpulan2 tertentu di dalam jemaah, jangan terikut emosi dan nafsu ammarah kita..waktu dan ketika inilah kita mudah mengecam dan meneka, siapakah yg sebenarnya berpura2 menyamar penyokong2 PAS, siapakah yg cuba menjadi batu api menghasut dan melaga2kan sesama kita..
Ingat! kita bukan seperti parti 'mereka', jauh sekali mahu menjejaki dan menuruti cara2 mereka...jika ayahanda 'mereka' (Tun M) , langsung tidak mahu berpaling muka mengadap anaknya (Pak Lah), 'ayahanda' kita (TGNA) tetap berusaha bertentang mata merapatkah ukhawah sesama mereka...jadi, kita contohi kepimpinan kita..jika pemimpin kita memilih jalan untuk berdamai, maka kita turutinya...insyaallah, disana ada hikmahnya..
Kerapkan jadual perbincangan...
Akhir kalam, penulis mendoakan agar natijah dari siri perbincangan ini nnti, akan membuahkan hasil yg baik lagi berkah kpd PAS dan Islam itu sendiri..keraplah mengadakan siri pertemuan dan perbincangan sesama kita..jangan asyik memikirkan perbincangan dan rundingan dgn orang atau parti lain, tetapi lupa untuk berbincang dan berunding sesama jemaah sendiri...
Pada saf kepimpinan, kami ahli, penyokong dan pendokong bawahan sentiasa mendoakan yg terbaik buat kalian..semoga Allah merahmati kita dan perjuangan kita...Allahuakbar ]]
http://ruangbicarapriamalaya.blogspot.com/2009/06/mesyuarat-ukhuwah-alhamdulillahinilah.html
Memang TGNA bukan maksum. Namun kalau dibanding dgn kita jauh sekali bezanya.
Insyaallah, kalau kita bercakap dgn ilmu dan berlandaskan Al-Quran dan Hadis, kita tidak menerkam sebarangan.
aku sokong hj hadi!!
Alhamdulillah..penulis menarik nafas lega..saranan dan harapan berkali2 penulis sebelum ini agar penyelsaian sesuatu maslaah da kemelut melalui meja rundingan, bertemu mata, face 2 face, musyawarah, akhirnya termakbul...
Walaupun agak terlewat sedikit, tapi penulis merasakan inilah yg terbaik dan sebaiknya..seperti yg pernah penulis katakan, biarlah acap kali siri perbincangan dan perjumpaan dilakukan dikalangan pemimpin, apatah lagi jika wujud isu2 besar sebegini..lebih banyak, lebih baik...jangan ada perasaan atau rasa bosan, puas, malas untuk bertentang mata, berdiskusi bersama teman2 kepimpinan..
Teguran si ayah kpd si anak...
Ternyata TGNA seorang yg tenang dan bertindak rasional..penulis tetap menganggap, kenyataan beliau yg mahukan Nasyarudin meletak jawatan kelmarin ibarat satu nasihat tegas dari seorang ayah kepada anaknya.."ikut cakap ayah, jika tak, keluar dari rumah"..tetapi jauh disudut hati si ayah, terlalu sayang dan kasihkan si anak tadi, jauh sekali mahu menghalau si anak tadi keluar dari rumah..
Begitulah perumpamaan penulis berdasarkan kes yg berlaku..bukanlah niat TGNA mahu menghalau Nasyarudin keluar daripada PAS, cuma mahu menegur dan menasihat Nasyarudin supaya sedar dan cukuplah dgn gagasan mahupun agenda berkaiatan 'kerajaan perpaduan'..kukuhkan PAS, kukuhkan Pakatan Rakyat, seperti kata seorang ahli Kelab penyokong PAS pada muktamar baru2 ini, biarlah PAS menjadi. "PAS the only choice"..penulis terharu kenyataan ini keluar dari mulut seorang rakan bukan Muslim..
Nasihat buat teman...
Jadi, kepada sahabat2 dan rakan2, baik dikalangan blogger, pengendali laman web mahupun pelayar biasa, bertenang dan bersabarlah..kita serahkan kepada kepimpinan atasan untuk menyelesaikan kes dan isu ini..janganlah kita menjadi batu api melaga2kan kumpulan2 tertentu di dalam jemaah, jangan terikut emosi dan nafsu ammarah kita..waktu dan ketika inilah kita mudah mengecam dan meneka, siapakah yg sebenarnya berpura2 menyamar penyokong2 PAS, mengambil kesempatan merosakkan ukhwah sesama kita, siapakah yg cuba menjadi batu api menghasut dan melaga2kan sesama kita..
Ingat! kita bukan seperti parti 'mereka', jauh sekali mahu menjejaki dan menuruti cara2 mereka...jika ayahanda 'mereka' (Tun M) , langsung tidak mahu berpaling muka mengadap anaknya (Pak Lah), 'ayahanda' kita (TGNA) tetap berusaha bertentang mata merapatkah ukhawah sesama mereka...jadi, kita contohi kepimpinan kita..jika pemimpin kita memilih jalan untuk berdamai, maka kita turutinya...insyaallah, disana ada hikmahnya..
Kerapkan jadual perbincangan...
Akhir kalam, penulis mendoakan agar natijah dari siri perbincangan ini nnti, akan membuahkan hasil yg baik lagi berkah kpd PAS dan Islam itu sendiri..keraplah mengadakan siri pertemuan dan perbincangan sesama kita..jangan asyik memikirkan perbincangan dan rundingan dgn orang atau parti lain, tetapi lupa untuk berbincang dan berunding sesama jemaah sendiri...
Pada saf kepimpinan, kami ahli, penyokong dan pendokong bawahan sentiasa mendoakan yg terbaik buat kalian..semoga Allah merahmati kita dan perjuangan kita...Allahuakbar !
Wallahua'lam...]]

aku sokong kuat kerajaan perpaduan cadangan DS TG Ab. Hadi Awang...kita mesti berbaik sangka sesama umat islam....
salam...semua
sya agak terkilan jugak...sebab saya tak pernah tengok tok guru marah macam tu sekali...
walau apapun kta semua doakan semoga isu KERAJAAN PERPADUAN ini dapat diselesaikan dengan cara baik...apapun isu....saya tetap dengan pendirian dengan menyokong 200% kepimpinan tok guru...memastikan dun manek urai PAS terus memerintah....love TOK GURU...
TAKBIR!!!!!!
pemuda pas kg.peria dalam dun manek urai
TGHH telah tersalah terima nasihat dari Cekgu Pa dan Nasha.Saya yakin keadaan ini akan reda sedikit hari lagi.Dan mereka yang bercita-cita tinggi nak jadi menteri tu boleh belah sekarang,masuk Umno,tinggalkan PAS.Kalau nasihat orang yang paling berpengaruh dalam PAS kamu tak dapat dengar,masih nak dengar nasihat UMNO silakan.
APALAH YANG BOLEH KITA HARAP BEKERJASAMA DENGAN UMNO NI????????????????????????????
Tiada UG yang ada Kerajaan Pakatan Rakyat.
Tolonglah faham sikit weh.........
tanpa nama 4:01 AM.
mungkin hang tak tahu hujung pangkal sebab tu hang tak mahu ulas,tapi yang dah tahu hujung pangkal...tu yang depa dok ulas.
Memang TGNA bukan maksum,.....
TGHH,Nasha,Mustafa Ali pun tidak maksum juga.....
Semua kita tidak maksum.
Akhirnya berani jugak cina islam ni. Aku ingatkan selama2nya cina islam nak kecut teloq. Bagus2. Perkembangan yang baik oleh cina islam.
umno bn ni kerja mereka ialah memecahbelahkan perpaduan, jadi macammana kita boleh percaya kepada kerajaan perpaduan anjuran mereka.bagaikan melapaskan anjing yang tersepit nanti dia bila dah terlepas digigitnya kita.
kerajaan perpaduan? jagn terpedaya lagi!!!
tak kusangka korang ni bodoh yg amat sgt...amanat haji hadi tu pun tak faham...patutlah jadi mcm ni...aku tetap dibelakang mu wahai TGHH
Salam! Saya merasa amat sedih bila melihat komen-komen yang diberikan oleh ahli-ahli kita dimana ramai yang telah ditewaskan oleh hawa nafsu durjana sehingga kan ada diantara kita sanggup membuat tohmahan-tohmahan jahat terhadap pimpinan telah banyak berjasa sehinggakan sanggup menghalau mereka dari “rumah” PAS.Siapa lah kita kalau dibandingkan dengan mereka.Kalau lah benar mereka tersilap langkah.Tidak sayangkah kita kepada mereka? Mengapa kita tidak berdoa atau bersolat hajat atau bermunajat kepada Allah semoga mereka kembali kepangkal jalan bukan nya menuduh dengan bermacam-macam tuduhan yang amat jijik.
Wahai saudara ku bersuaralah dengan” fakta” bukan dengan “andaian-andaian” negative yang disaluti hawa nafsu dan syaitan durjana yang lebih suka umat manusia bergaduh dari bermuafakat …berpecah dari bersatu… dan berperang dari berdamai…
Selamat berjuang…jadilah pejuang yang cerdik bukannya jahil….Takbir! ALLAHU AKBAR!!!
Sememangnya dah tersalah langkahpun...dulu tersalah langkah pi masuk kelambu Umno tgh2 mlm sebaik saja PR dpt kuasa di Sgor. Siap berpakat ngan Umno, runding2 kalau join Umno, MB Sgor adalah Pas. TMB Sgor pula Umno. Itu semua dah terbocor. Mula2 tak ngaku, tapi bila Pak Lah kata mmg ada perjumpaan sulit Pas Sgor dgn Umno sejurus P/Raya tu, barulah terhegeh2 nk cari dalil bagi halalkan perbuatan mereka kononnya utk kebaikan Melayu. Ni jenis apa ni? Nk tahu siapa dia? Tanya la pemimpin2 Pas yg nk lawan dia tu...pasal tu la mereka nak tentang kerana dah ada corak menuju ke Umno. Tekaan mmg tepat, abis je muktamar...terpacul la isu Kerajaan Perpaduan....Org mcm ni pengkhianat kawan namanya...dan skrg Pas jadi susah sebab mereka2 inilah!!
YB,salam
10 MP dah buat official pendirian menentang UG dan wala' pada TGNA. ADUN2 PAS especially kat PERAK bila pulak. Kami kat bawah nak tahu berapa banyak sokongan untuk UG ni dikalangan ADUN2 dan pemimpin2 PAS yang lain.
Syauqi berkata...
tengok lah video ni....
penjelasan Tuan Guru pasal isu ini...
aku jumpa kt youtube..
----------
Syauqi ni apa? Ko dah dengar btul2 ke apa yg dicakapkan oleh Hadi dlm tu? Kalau ko faham betul2... nescaya ko dapat faham bahawa Hadi ni berfikiran sejengkal ke depan :-
Hadi kata, masa dia buat UG tu masa era Pak lah, skarang dah era najib dah x relevan.
1. Hadi -masa tu - ingat UMNO ni parti pak lah ke apa? Pak lah ni akan kekal sebagai org no. 1 umno selama2nya ke?
2. Kenapa masa tu dia x fikir bahawa org no. 1 UNMO akan bertukar tangan???? Kalau dia fikir masak2 mesti lain tindakan dia masa tu... skarang dah nampak lain lak ... heh dah x relevan sbb era najib!!!
Hadi ni dah rabun tgk jawatan pemimpin jemaah. Mana mursyidul am, mana pemimpin bawahan.
umno 50 thn lbh memerintah malaysia.... baru sekarang nak sebut pasal perpaduan???
kalo tak sebab dia org kalah teruk pilihanraya lepas MATI IDUP BALIK 1000x pun tak akan di layan nya pas nih. Tah2 di ISAkan semua org pas!!!
tapi sayang seribu kali sayang, org pas pulak yang masih tak sedar2 gak...
kita tengok nnti (kalo pas masih lena tido): umno yg sakit tenat.... harus pas yg mati dulu
Tahniah TGNA. Teruskan ketegasanmu...
Mantan Pengurusi Tetap PAS Kota Bharu Berkata..
Pada pendapat saya pandangan dan cetusan idea TGHH mengenai UG tidak boleh dikatakan tak betul kerana maksud UG adalah kerajaan perpaduan tanpa pembangkang,bukan maksud TGHH bahawa nak bawa PAS berpadu atau bersatu dengan UMNO ,bahkan perpaduan itu MERANGKUMI PAS,PKR,DAP,UMNO dan kompunan BN yang ada.
Idea ini lahir semasa PM T Abdullah Ahmad Badawi.UG yang disarankan dipandukan oleh keadilan Islam,berertinya OMNOBN mesti menerima Islam sebagai dasar UG.
Apabila terbentuknya Pakatan Rakyat, Gabungan PAS PKR dan DAP sedikit sebanyak Islam dan PAS telah diterima oleh bukan Islam dari DAP,PKR dan Kelab Penyokong PAS. Melayu Islam dalam PAS dan PKR (sankaan baik)sudah tentu inginkan Islam sebagai panduan mereka,kerana selain pemimpin dan pengikut PAS DSA juga merupakan pejuang Islam semasa ABIMnya,cuma kemponan BN yang bukan Islam dan Melayu Islam UMNO yang terang terang dari awal menolak keSyumulan Islam dan selalu menghina Hukum Islam dan Rasulnya denagan berbagai-bagai alasan.
Pada pandangan saya mungkin cetusan idea TGHH boleh ditrima oleh UMNOBN sebab kita nampak PKR dan DAP boleh terima,tambahan pula kapal UMNO hampir karam hanya menunggu masa sahaja.
Mungkin idea TGHH tidak ditolak 100% oleh TGHNA. TGHNA juga pernah menawarkan kepda bekas PM T Abdullah Ahmad Badawi supaya UMNO dan PAS dibubarkan janji tubuh Parti Islam yang benar-benar tulin sebagaimana yang diperjuangkan PAS selama ini. Cuma sekerrat dua dari kalangan pimpinan PAS salah tafsir pandangan TGHH,mungkin kepentingan peribadi lalu beria-ia nak berpadu dengan UMNOBN,orang-orang inilah yang digelar oleh TGHNA sebagai boneka UMNO apalagi apabila DS najib jadikan isu in untuk memperangkapkan PAS disambut dan di ulas oleh TPPAS.
Oleh itu wahai pendokong dan pejuang PAS yang benar-benar jitu teliti baik-baik komen atau ulasan anda terhadap TGHH jangan jadikan kita juga sebagai talibarut UMNO yang boleh memecah belah dan menghancurkan PAS sedang pada sangkaan dengan komen-komen dan ulasa kita dapat menyatu dan memperkukuhkan PAS.
Saudara Anahat TGHH sampai sekaran masih lagi RELEVEN dan TGHH tak mungkin melupainya.
Cuba wala kepada pemimpin yang benar-benar memperjuangkan Pas dan Islam.Wallahua'lam.
Hidup TGNA
JAWAPAN ISU KERAJAAN PERPADUAN.
Mungkinkah TGNA telah diberi penerangan yang silap??..
(jika anda benar2 ingin memahami isu ini dgn ikhlas, ikuti siri2 link dibawah dgn penuh teliti)
Bahagian 1: http://www.youtube.com/watch?v=h7E21yBnZUE
(Apa itu Kerajaan Perpaduan?...1:43 hingga 5:31)
(Apa kewajaran?.... 6:06 hingga 9:42)
* perbincangan sebeginilah yg diharapkan oleh tghh bila lontaran idea telah dibuat....seterusnya menggarap kefahaman menyeluruh, barulah akan masuk peringkat bincang utk laksana atau tidak (slps timbang buruk baik kpd islam).
Bahagian 2: http://www.youtube.com/watch?v=mKStOkJgISA&feature=related
(peluang menguasai? 0:50 hingga 1:15 & 2:40 hingga 2:43)
(kenapa timbul selepas krisis perak? untuk 'test market'... 4:11 hingga 6:04)
Kenapa "KERAJAAN PERPADUAN?", BUKAN "KERAJAAN CAMPURAN" dengan umno?
TG Haji Hadi | Stadium Malawati Bhg 2/4 : http://www.youtube.com/watch?v=KXUdW-f-ycs&feature=related
(4:07 hingga 4:53)... Idea kerajaan perpaduan dah dilontar lame dah 6:30
TG Haji Hadi | Stadium Malawati Bhg 3/4 : http://www.youtube.com/watch?v=FgyCwXoRRns&feature=related
(5:40 hingga 6:25)
mesti libatkan semua parti / pihak (termasuk dap & pkr....bukan syarat baru, tghh dah sebut sblm ni)
http://www.youtube.com/watch?v=CbzAnLxp6us&feature=related
Adakah TGNA diberi maklumat salah? (wallahua'lam)
http://www.youtube.com/watch?v=7jmtQbWt8G4
(buktinya ada dlm klip tu sendiri..tgk pd minit ke 1:40 hingga 1:52 - TGNA sebenarnya setuju dgn konsep kerajaan perpaduan)
TGHH terpaksa tarik balik sbb ramai tak faham (termasuk ahli pas totok yg "kuat bertakbir tapi pas tak kuat, sbb dia hanya kuat takbir tp kerja tak jalan"-Ust Idris Ahmad)
http://www.youtube.com/watch?v=joJ5khSWNg8&feature=related
Setelah anda mengikuti klip ke-6 (pd minit ke 1:40 hingga 1:52), anda akan nampak TGNA sedang menyetujui 'apa yg ditentangnya'..
kepada sesiapa yg telah 'TERSILAP BRIEFING' kat TGNA, tolong betulkan semula situasi yg sedang berkecamuk ini DEMI ISLAM.
"yang pahit itu biasanya ubat"...
walLahu'aklam
Nak wala camne....cerita pasal idea yg kabur...pemimpin Pas sendiri kabur dgn idea tu...Mursyidul Am pun kabur...ahli2 bawah lagi la plak. Nak Wala ni kena benda yg jelas....Yg Jelas adalah seperti kata Mursyidul Am yg merujuk kpd muktamar di Perak bahawa perpaduan hanya ditumpukan kpd PR. Perkuatkan PR. Isu Kerajaan Perpaduan ni bila pula timbul? Kalau stakat nk bincang dgn Umno selain dari Kerajaan Perpaduan, Nik Aziz pun kata ok.
Jgn hanya sebut 'keputusan muktamar di ipoh' pastu baca sekerat, cuba habiskan...
"perkukuh pakatan disamping buka ruang perbincangan dgn mana2 golongan demi islam dan negara"
baca jgk ucapan dasar presiden muktamar ipoh (yg dah depersetujui semua perwakilan)..muka surat 7 & 8, POINT NO 12 HINGGA 15 (VERY CLEAR!!!)
Kita jadi org pas ni, biarlah berfakta jgn membabi buta (malu jemaah).
nak lagi clear bukak link2 yg rasydi yusoff bagi kat atas tu..KOMFOM TIDUR LENA!!!
Catat Ulasan