19 Jun 2009

Mesyuarat khas bincang isu kerajaan perpaduan - Nik Aziz

KOTA BHARU, 18 Jun :- Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat akan mempengerusikan mesyuarat khas yang akan dihadiri pemimpin tertinggi parti itu bagi membincangkan isu kerajaan perpaduan.

Katanya, beliau sendiri akan mempengerusikan mesyuarat tersebut yang akan melibatkan hanya pemimpin utama PAS.

"Pertemuan tersebut sebagai mesyuarat ukhuwah bagi menyelesaikan isu kerajaan perpaduan.

"Tarikh dan lokasinya belum lagi dapat ditentukan sama ada di Kuala Lumpur atau di Kelantan, bergantung kepada kesesuaian masa," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Dewan Harian Khas Perhubungan PAS Kelantan di JKR 10, petang tadi.

Menteri Besar Kelantan itu juga berkata, gabungan pakatan pembangkang sekarang merupakan kerajaan perpaduan yang sebenar.

"Kenapa perlu nak cari yang lain. Kelebihan gabungan Pakatan Rakyat telah menghilangkan Islam fobia oleh bangsa lain seperti Cina dan sebagainya. Inilah kerajaan perpaduan," katanya. Harakahdaily.

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

kenapa x bincang awal2...dah berpecah belah ahli baru nak berbincang?

ubatkuat berkata...

BUATLAH MESYUARAT TU DENGAN HATI TERBUKA DAN BERLAPANG DADA,,TOK GURU NIK AZIZ TAK SEMESTINYA DAH BERKERAT ROTAN DAN BERPATAH ARANG DGN PRES ..DAN DEPUTY PRES..YE TAK,,IDEA YG BAIK DAN TAK MUNGKIN BN DAPAT MENCONTOHI PERKARA BAIK INI DARI BUAH FIKIRAN MURSYI.AL AM PAS KAN

zackeye berkata...

Syabas TGNA. Beliau memang seorang pemimpin yang terkedepan didalam pemikiran dan tindakan. Inisiatif untuk mengadakan perbincangan dengan pemimpin tertinggi ini adalah cara terbaik. Insya Allah perbincangan ini akan mendengar semua hujah dan strategi pengukuhan pemerintahan PAS diperingkat negeri dan negara. Kita berdoa kepada Allah semoga PAS akan terlindung dari fitnah yang boleh menghancurkan umat dan perjuangan Islam.

Tanpa Nama berkata...

Hentikan perbincangan isu ini. Ini merupakan propaganda pihak kerajaan supaya dapat mengalihkan isu-isu yang sebenar seperti isu DUN perak, isu C4 Mongolia, isu buang adik-beradik, isu runtuh meruntuh.

Harap PAS dan PR dapat menilai isu yang mana perlu untuk kita perjuangkan.

P/S: Walaupun orangnya tidak berkuasa, namun IDEALOGInya bisa membuat perubahan.

rasydi yusoff berkata...

JAWAPAN ISU KERAJAAN PERPADUAN.

Mungkinkah TGNA telah diberi penerangan yang silap??..
(jika anda benar2 ingin memahami isu ini dgn ikhlas, ikuti siri2 link dibawah dgn penuh teliti)

Bahagian 1: http://www.youtube.com/watch?v=h7E21yBnZUE
(Apa itu Kerajaan Perpaduan?...1:43 hingga 5:31)
(Apa kewajaran?.... 6:06 hingga 9:42)
* perbincangan sebeginilah yg diharapkan oleh tghh bila lontaran idea telah dibuat....seterusnya menggarap kefahaman menyeluruh, barulah akan masuk peringkat bincang utk laksana atau tidak (slps timbang buruk baik kpd islam).

Bahagian 2: http://www.youtube.com/watch?v=mKStOkJgISA&feature=related
(peluang menguasai? 0:50 hingga 1:15 & 2:40 hingga 2:43)
(kenapa timbul selepas krisis perak? untuk 'test market'... 4:11 hingga 6:04)

Kenapa "KERAJAAN PERPADUAN?", BUKAN "KERAJAAN CAMPURAN" dengan umno?
TG Haji Hadi | Stadium Malawati Bhg 2/4 : http://www.youtube.com/watch?v=KXUdW-f-ycs&feature=related
(4:07 hingga 4:53)... Idea kerajaan perpaduan dah dilontar lame dah 6:30
TG Haji Hadi | Stadium Malawati Bhg 3/4 : http://www.youtube.com/watch?v=FgyCwXoRRns&feature=related
(5:40 hingga 6:25)

mesti libatkan semua parti / pihak (termasuk dap & pkr....bukan syarat baru, tghh dah sebut sblm ni)
http://www.youtube.com/watch?v=CbzAnLxp6us&feature=related

Adakah TGNA diberi maklumat salah? (wallahua'lam)
http://www.youtube.com/watch?v=7jmtQbWt8G4
(buktinya ada dlm klip tu sendiri..tgk pd minit ke 1:40 hingga 1:52 - TGNA sebenarnya setuju dgn konsep kerajaan perpaduan)

TGHH terpaksa tarik balik sbb ramai tak faham (termasuk ahli pas totok yg "kuat bertakbir tapi pas tak kuat, sbb dia hanya kuat takbir tp kerja tak jalan"-Ust Idris Ahmad)
http://www.youtube.com/watch?v=joJ5khSWNg8&feature=related

Setelah anda mengikuti klip ke-6 (pd minit ke 1:40 hingga 1:52), anda akan nampak TGNA sedang menyetujui 'apa yg ditentangnya'..
kepada sesiapa yg telah 'TERSILAP BRIEFING' kat TGNA, tolong betulkan semula situasi yg sedang berkecamuk ini DEMI ISLAM.
"yang pahit itu biasanya ubat"...

walLahu'aklam