22 Mei 2009

Siapakah MB Perak : Beberapa jam lagi akan diumumkan.

Debaran menunggu keputusan Mahkamah Rayuan pada hari ini saya jangkakan melibatkan seluruh rakyat malaysia khususnya yang mengikuti perkembangan negeri Perak sejak awal krisisi negeri ini.

Saya menerima banyak sms dan panggilan talipon sehingga ke pagi ini bertanyakan perkembangan terkini dan apakah keputusan memihak kepada DS. Nizar. Malah ada yang marah-marah dan mempersoalkan kena baru hari ini baru keputusan yang ditunggu itu baru hendak diumumkan.

Dengan tenang saya nyatakan itu hak hakim mana saya tahu, lalu di tersentak sedar dari tekanan mungkin mahukan sangat siapakah yang menang..yang penting keputusannya.

Begitulah sehingga saat ini saya kira kita masih mampu berdoa dan mengharapkan sesuatu yang terbaik akan dianugerahkan Allah SWT kepada DS. Nizar dan para penyokongnya di seluruh dunia.

Kebetulan pula hari ini adalah hari yang paling mulia, Jumaat merupakan hari yang terbaik malah penghulu segala hari maka marilah kita berdoa kehadrat Allah SWT, mudah-mudahan diperkenankan Nya.

Takut bubar Dun Perak, Kerajaan Negeri lumpuh

Kenyataan Media (20 Mei 2009)

Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) menjangkakan keengganan Umno / Barisan Nasional (BN) Perak tidak ingin membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak atas alasan mengelak dari pembaziran wang rakyat adalah merupakan satu alasan yang sangat dangkal dan tidak munasabah.

DPPN Pk melihat, berdasarkan kos perbelanjaan Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh, Kuala Terengganu, Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai meningkat adalah kerana berlaku kos yang tidak wajar amat jelas kelihatan telah berlaku pembaziran.

DPPN Pk khuatir seandainya sumber kewangan Kerajaan Negeri hampir lumpuh kerana pelabur takut untuk melabur di Negeri Perak akibat krisis yang sedang berlaku sudah berlarutan perlu kepada tindakan segera untuk diselamatkan.

DPPN Pk percaya akibat tindak tanduk Umno / BN ini akan merugikan perkembangan ekonomi Kerajaan Negeri dan juga rakyat Negeri Perak yang sudah pasti dengan kegawatan ekonomi yang sedang melanda ini menambahkan lagi beban yang amat merumitkan rakyat seluruhnya.

DPPN Pk justeru mengiatkan dan mendesak supaya kuasa menentukan kembali Kerajaan Negeri segera diberikan kembali kepada rakyat supaya pembinaan Kerajaan Negeri yang baru akan dibentuk lebih kukuh dan bersih serta diyakini oleh semua pihak terutama pelabur yang ingin melabur kembali ke Negeri Perak.

DPPN Pk dengan ini bersedia menjadi perhubung kepada proses untuk pembuburan DUN Perak kerana hanya inilah jalan yang akan mengembalikan keyakinan dan kelancaran ekonomi Kerajaan Negeri kelak dan yang akan mendapat faedahnya kepada rakyat.

DPPN Pk amat yakin PAS sudah bersedia membina Kerajaan yang dinanti-nantikan oleh seluruh rakyat Negeri Perak yang berteraskan Kerajaan yang amanah, adil, bersih dan berkebajikan jika mendapat mandat yang akan diberikan oleh rakyat Negeri Perak.

Dr Raja Ahmad Al-Hiss
Setiausaha,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.

ADUN Manek Urai Kelantan meninggal dunia.

Adun kawasan Dewan Undangan Negeri Manek Urai, Haji Ismail Yaacob, 60 (gambar)telah kembali kerahmatullah pada jam 5.55 pagi tadi di hospital Raja Perempuan Zainab II.

Demikian satu berita dari satu pesanan ringkas dari Kelantan yang saya terima sebentar tadi dan juga saya telah mendapat pengesahan dari Speaker DUN Kelantan, Ust. Nasharuddin Daud yang memaklumkan kepada saya dia juga menerima mesej yang sama selepas sembahyang subuh pagi ini.

Sebelum itu beliau dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II kerana menghadapi masalah di bahagian kakinya sehingga dipotong sebelah kanan..

Sebelum ini beliau menghidapi penyakit gaot sehingga menyebabkan kesihatannya sering kali terganggu.

Pada persidangan Dun Febuari lalu beliau dapat menghadirinya biar pun badannya kelihatan agak kurus.

Ismail yang lebih dikenali sebagai Paksu Mail antara Adun yang paling lama di Kelantan.

Beliau memenangi Dun Manek Urai pada pilihan raya umum 1986. Sehingga sekarang beliau sudah lima penggal mewakili Dun berkenaan.

Bagaimanapun pada pilihan raya umum 2004, beliau tidak bertanding dan Dun Manek Urai diwakili Ustaz Zamzuri Mat Lazim.

Dengan kekosongan DUN ini pasti akan membawa laluan kepada satu lagi pilihanraya kecil setelah disahkan oleh pihak SPR nanti melalui makluman resmi dari Speaker DUN Kelantan.

Al Fatihah.....

Keputusan pilihanraya umum 2008 bagi N41 Manik Urai

Jumlah pengundi: 12,292 orang
Peratusan kaum: Melayu 99.25%, Cina 0.44%, India 0.26%, Lain-lain 0.02%

1. Ismail Yaacob (PAS) 5,746
2. Mohamed Zulkifli Omar (BN) 4,394

Majoriti: 1,352
Jumlah undi: 10,332
Peratus mengundi: 84.05%
Undi rosak: 192


Ganjaran berlipat ganda.

Sesungguhnya penghuni langit dan bumi, bahkan semut yang di dalam lubangnya dan bahkan ikan, semuanya bershalawat kepada orang yang mengajarkan kebaikan kepada orang lain” (HR. Tirmidzi).

Berdasarkan hadits di atas, dapat difahami betapa mulianya tugas seorang guru di dunia ini. Tentunya, guru yang dimaksud adalah yang mengajarkan kebaikan. Pada dasarnya, kebaikan boleh diajarkan oleh sesiapa saja. Dengan demikian, guru kebaikan tidak mesti mereka yang bertugas sebagai guru bagi orang lain, tetapi yang benar-benar mengamalkan kebaikan dalam kehidupannya.

Orang-orang yang selalu berbuat baik biasanya hidupnya akan tenteram. Hal ini seringkali menjadi perhatian orang lain. Sebahagian orang akan mencuba dan menjadikannya sebagai contoh. Perbuatan-perbuatan yang baik tidak semstinya akan menarik perhatian atau dicontohi oleh orang lain kecuali oleh orang-orang yang selalu berlapang dadanya. Iaitu, orang-orang yang sanggup menerima segala kebaikan dari mana saja datangnya.

Dengan demikian, betapa berlipat gandanya pahala seorang pelaku kebaikan di dunia ini. Ia bukan hanya mendapatkan pahala dari perbuatannya untuk diri sendiri. Selanjutnya, ia akan mendapatkan pahala dari orang-orang yang mencontohinya. Begitulah selanjutnya, kebaikan terus mengalir dari orang-orang yang mencontohi perbuatan baik dari orang-orang yang mencontohinya.

Kerana itu, sebaiknya setiap hari kita berusaha untuk berbuat kebaikan, meskipun untuk persoalan yang kecil . Yang demikian juga terdapat pahala yang pasti dihitung oleh Allah SWT, lebih-lebih bila ditiru orang lain kebaikannya akan sambung menyambung tanpa henti. Yang demikian juga akan menutup peluang datangnya perbuatan-perbuatan buruk kepada diri kita sendiri.

Status MB: Keputusan rayuan Zambry diketahui 3.30 petang esok

PUTRAJAYA : Mahkamah Rayuan akan memutuskan pada jam 3.30 esok berhubung rayuan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang mengisytiharkan bahawa Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak yang sah.

Panel tiga hakim diketuai Datuk Md Raus Shariff yang bersidang bersama Hakim Datuk Zainun Ali dan Hakim Datuk Ahmad Maarop akan membacakan keputusan itu petang esok.

Mahkamah mula bersidang pada pukul 9.40 pagi tadi dengan mendengar hujah daripada peguam, Datuk Cecil Abraham yang mewakili Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

Nizar kelihatan hadir ditemani isterinya bersama penyokong. Turut hadir ialah Exco Kerajaan Perak pakatan Rakyat, Hj. Zainuddin Yusuf, Sivanesan, Dato' Ngeh dan YB. Nga.

Zambry pula tidak hadir kerana beliau menghadiri upacara pengistiharan Daerah Kampar yang disempurnakan oleh DYMM Sultan Perak.

Namun begitu kelihatan ADUN Sungai Rapat, Hamidah Osman bersama penyokongnya yang hadir sekitar jam 1.00 petang.

Sebelum mahkamah berhenti rehat, Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail turut mengemukakan hujahnya sebagai pencelah.

Peguam Hj. Sulaiman Abdullah yang mewakili Mohammad Nizar mengakhiri sesi penghujahan sebelum mahkamah ditangguhkan pada pukul 5 petang tadi.

Dr Zambry telah membuat rayuan berhubung keputusan itu pada 12 Mei lalu dan Mahkamah Rayuan membenarkan penangguhan keputusan Mahkamah Tinggi sehingga rayuan Dr Zambry terhadap keputusan itu selesai.

Isu perundangan melibatkan Dr Zambry dan Mohammad Nizar telah bermula sejak Februari lalu apabila Dr Zambry telah dilantik sebagai Menteri Besar menggantikan Mohammad Nizar selepas Barisan Nasional (BN) mengambil alih pemerintahan Perak daripada Pakatan Rakyat dalam satu rampasan kuasa dengan berlakunya pembelian 3 orang ADUN Pakatan rakyat.

Berikutan itu, pada 13 Februari lalu, Mohammad Nizar memfailkan permohonan untuk mengisytiharkan beliau sebagai Menteri Besar yang sah.

Kemudiannya pada 11 Mei, Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa Mohammad Nizar sebagai Menteri Besar Perak yang sah.

Dr Zambry bagaimanapun membuat rayuan berhubung keputusan itu pada 12 Mei dan Mahkamah Rayuan membenarkan penangguhan keputusan Mahkamah Tinggi sehingga kes rayuan Dr Zambry selesai.

Mohammad Nizar keesokannya pula membuat permohonan bagi mengenepikan keputusan Mahkamah Rayuan itu bagi penangguhan pelaksanaan itu. malangnya permohonnya tidak secepat yang dilayan kepada Zambry sehingga pada hari ini baru dibicarakan.

Seluruh negara sedang menunggu dengan penuh debaran siapakah yang akan diputuskan sebagai Menteri Besar Perak yang sah. Dipihak lain yang lebih penting ialah kehendak rakyat untuk mengundi semua apabila belaku pembubaran DUN Perak.

Konspirasi Wabak Selsema Babi

ZAMRI Kecik's

Pada 1 Oktober 2008 lepas, Dr. David Woodland dengan secara tidak sengaja telah memberitahu dia menjangkakan bahawa sejenis wabak selsema kemungkinan akan menyerang masyarakat dunia. Kenyataan itu tidak popular ketika itu kerana dunia sudah lupa dengan isu selsema burung.

Namun, kenyataan itu berjaya dihidu sebagai “agenda tersembunyi” oleh seorang penyiasat konspirasi terkenal dari barat iaitu David Icke. Beliau percaya kenyataan Woodland ada agenda tersembunyi yang boleh membangkitkan kesangsian pada masa depan.

Melalui forum konspirasinya itu, Icke cuba mempertikaikan mengapa kerajaan Amerika beria-ia menyumbang dana yang begitu besar dalam penyelidikan wabak selsema.

Pembinaan Senjata Biologi

Jika seseorang individu boleh mencipta vaksin bagi sesuatu virus, sudah pastilah individu tersebut tahu segala selok-belok pembiakan virus tersebut. Maka kerja-kerja untuk menyebarkan virus selsema adalah lebih mudah dari membina vaksin.

Indvidu seperti Dr. Ralph Steinman disyaki sebagai salah seorang yang terlibat secara aktif dalam agenda tersembunyi ini iaitu penyelidikan dan pembinaan senjata biologi ini.

Ralph Steinman disyaki kerana kerja-kerja beliau dibantu oleh saintis-saintis dari pasukan US Navy. Steinman mempunyai ramai pakar-pakar di makmal Universiti Rockefeller tetapi arahan dari Bush untuk bekerjasama dengan saintis-saintis tentera amat meragukan. Tambahan pula makmal Institute Trudeau berada di lokasi yang sama dengan makmal US Navy iaitu di Saranac Lake, New York.

Amerika adalah antara negara yang paling berminat dalam pembinaan senjata biologi sejak 1918 lagi. Keinginan Amerika dalam pembinaan senjata biologi ini menyebabkan kerajaan Amerika menghabiskan lebih USD700 juta sejak zaman Presiden Franklin D. Roosevelt.

Pembinaan bioweapons dilihat sebagai satu-satunya cara bagi menghadapi kekuatan negara-negara luar khususnya negara Islam. Senjata biologi tidak memerlukan peperangan, ia hanya memerlukan seorang atau dua orang meletakkan sebaran tersebut di tengah-tengah orang ramai.

Walaupun Presiden Amerika, Richard Nixon telah mengumumkan penamatan sebarang projek penyelidikan pembinaan senjata biologi pada 1969, itu semua merupakan helah semata-mata. Tindakan Nixon dilihat seperti seorang pencinta alam.

Kita perlu sedar bahawa pengumuman yang dibuat pada 25 November 1969 itu adalah satu helah. Ini kerana pembatalan projek yang sudah menelan lebih USD700 juta secara mengejut amat menghairankan banyak pihak.

Analisis kebanyakan penganalisis politik bahawa Amerika akur dengan Protokol Geneva tidak boleh diterima pakai. Memang Amerika menandatangani tetapi, membatalkannya secara mengejut menimbulkannya tanda-tanya.

Pandangan kami ialah, pembatalan program bio weapons pada 1969 adalah helah untuk pembinaan senjata biologi pada masa depan. Ini kerana, National Security Advisor bagi Presiden Richard Nixon ketika itu ialah bapa peperangan Yahudi, Dr. Henry Alfred Kissengger.

Pembukaan Semula Program Senjata Biologi

Semenjak berlakunya kejadian 11 September 2001, Amerika mempromosi sepenuhnya istilah “terrorism”. Bagi kes senjata biologi, istilah ini digunakan dimanipulasi oleh pentadbiran George Bush bagi mendesak US Senate membenarkan pembukaan semula Biological Weapons Programme (BWP) yang ditutup oleh Ricahrd Nixon.

Senat bersetuju dengan usul pentadbiran Bush atas alasan kemungkinan pengganas menggunakan senjata biologi dalam serangan-serangan gerila.

Kes sebaran Antrax, Selsema Burung dan kini Selsema Babi sentiasa digembar-gemburkan dengan pengganas walaupun ia direka-reka. Amerika sehingga hari ini bertindak seperti biasa untuk mencari alasan membuka Program Senjata Biologi mereka.

Kaedah yang digunakan adalah sama iaitu menyebarkan wabak, mengorbankan beberapa nyawa di Amerika, kemudian membuat teori kemampuan pengganas menggunakan senjata biologi. Dan teori itu dipopularkan sepenuhnya melalui artikel-artikel dan forum-forum di televisyen dan akhbar.

Kesimpulan

Walaupun selsema babi itu kelihatan seperti serangan alam, tetapi ia tidak mustahil boleh dimanipulasikan bagi kepentingan pihak tertentu. Amerika adalah antara negara yang paling cepat bertindak dalam sebarang kes selsema di dunia.

Amerika adalah negara yang paling cepat mendapat vaksin bagi kes-kes selsema sebelum ini. Amerika juga adalah antara negara pelik. Setiap kali berlaku isu selsema di dunia, maka setiap itulah pasukan tenteranya menerima peruntukan tambahan..

Kes Anthrax dan Selsema Burung sahaja telah menyebabkan ;
-Biodefense Medical Research and Development menerima peruntukan USD1.6 juta setahun sejak 2003
-Program baru National Biodefense Analysis and Countermeasure Center dibentuk.
-600,000 orang tentera Amerika diberi imunisasi bagi menahan serangan wabak selsema tetapi rakyat Amerika tidak diberi.

Isu selsema babi amat sesuai dengan kenyataan White House sendiri pada 28 April 2008 yang menyebut;

“Bioterrorism is a real threat to our country. It’s a threat to every nation that loves freedom.. Terrorist groups seek biological weapons; we know some rogue states already have them…. It’s important that we confront these real threats to our country and prepare for future emergencies.”

TERKINI : Keputusan jam 3.30 petang esok.

Hakim baru mengumumkan sebentar tadi kewputusan penghakiman akan diumumkan pada jam 3.30 petang esok. Keputusan yang dinanti-nanti itu nampaknya akan berlaku pada hari Jumaat.

Pengumuman itu menyusul setelah kedua-dua pihak dan termasuklah peguam pencelah Ghani Patail mengemukan hujahnya masing-masing dalam prosiding pembicaraan sejak pagi tadi dan bersambung pada sesi petang.

Peguam Negara tidak kelihatan

Pada sessi petang ini sampai berita ini diterbitkan Peguam Negara (AG) masih tidak muncul dalam kamar bicara. Yang kelihatan cuma timbalan dan peguam-peguam dari pejabat AG.

TERKINI :Perbicaraan disambung kembali

Sebentar tadi peguam DS. Nizar, Hj. Sulaiman Abdullah memulai hujah dengan penuh keyakinan meneruskan perbicaraan sessi petang yang ditangguhkan tadi.

Pilihanraya lebih penting

Hari ini mahkamah akan menjadi tumpuan kepada seluruh masyarakat terutamanya di Negeri Perak. Rakyat Perak telah lama menderita akibat permainan politik kotor yang dirancang oleh konspirator politik yang bangsat. Samada mahkamah boleh dipercayai atau tidak, samada Nizar masih diakui sebagai MB Perak atau tidak, ianya tidak lagi penting buat rakyat Perak kini.

Rakyat Perak kini hanya mahukan satu perkara sahaja iaitu pilihanraya mesti diadakan semula di Negeri Perak. Lupakan mahkamah, lupakan Nizar dan persetankan makhluk-makhluk perosak demokrasi di Perak selama ini. Negeri Perak harus diselamatkan, rakyat harus diutamakan (meminjam kata-kata PMR - Perdana Menteri Rakyat).

Kita tidak tahu sampai bila rakyat di Negeri Perak sanggup bertahan lagi sekiranya Dun Perak tidak dibubarkan. Samada Nizar atau Zambry diiktiraf oleh mahkamah sebagai MB Perak yang sah, hakikatnya sistem demokrasi di Perak telah lumpuh dan rosak samasekali. Dewan Undangan Negeri yang merupakan lambang demokrasi serta tempat yang begitu mulia menjunjung demokrasi di Perak kini sudah musnah dan dewan tersebut kini ibarat kedai kopi di kampong-kampong sahaja. Kemuliaannya tercemar oleh `Musang Berjanggut' yang tamak dan rakus kuasa. Alangkah besarnya dosa mereka kepada rakyat jelata di Perak kerana perbuatan tangan-tangan kotor mereka sehinggakan dewan yang mulia tersebut tercemar sedemikian rupa. Betapa tergamaknya mereka mencemar nama baik institusi raja demi untuk menghalalkan perbuatan mereka. Perbuatan khianat mereka umpama `batu api' untuk memisahkan ketaatan rakyat kepada raja tidak boleh dimaafkan semudah itu.

Rakyat Perak sudah bosan dengan teori perundangan dari pelbagai pakar undang-undang dan beribu-ribu peguam bagi menghuraikan konflik politik yang melanda Perak ketika ini. Telinga Rakyat Perak sudah kebas untuk mendengar berbagai hujah dan ulasan oleh beribu-ribu penganalisa politik tentang keadaan di Perak. Bukan rakyat Perak sudah tidak percayakan lagi kepada sistem perundangan dan kehakiman, tetapi rakyat Perak telah melihat sendiri betapa undang-undang dipermainkan dan diputarbelitkan serta diolah mengikut selera mereka yang rakus dan durjana itu. Rakyat menjadi pertaruhan mereka untuk duduk di kerusi kuasa yang mungkin pada mereka kuasa yang mereka idamkan itu akan kekal sehingga ke liang lahad.

Ingin saya menyelami hati nurani rakyat Perak seperti kata PMR (Perdana Menteri Rakyat) bahawa beliau mahu agar denyut nadi rakyat didengar. Kini, bukan denyut nadi rakyat yang telah kita dengar, bahkan degupan jantung mereka telah didengari di seintero dunia. Mereka mahu segala kerosakan demokrasi dipulihkan. Mereka bukan memuja Nizar, pasti juga tidak mahukan Zambry, tetapi mereka mahukan pilihanraya diadakan dan biarkan majoriti bakal menentukan pemimpin mereka. Hanya keberanian dan keikhlasan sahaja yang boleh memulihkan semula kestabilan di Perak. Persoalannya, adakah yang berani berkorban untuk rakyat?

WFAUZDIN NS
wfauzdin.blogspot.com

MAHASISWA JANGAN SEKALI-KALI TUNDUK PADA KEZALIMAN UBN

Mahasiswa Malaysia kini sedang rancak mendesak kerajaan UBN dalam isu pemansuhan Akta Universiti kolej Universiti (AUKU), Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional Malaysia (PTPTN) dan Bahasa Melayu (PPSMI)

Menurut Presiden Gabungan Mahasiswa Bersatu Perak (BERSATU), Saudara Mohd Hafez Sabri beliau menyatakan bahawa AUKU perlu dimansuhkan dan tidak hanya sekadar dipinda semata-mata.

“AUKU ialah akta yang banyak mencengkam hak asasi mahasiswa dan perlu dimansuhkan terus daripada sekadar dipinda,” ujar beliau.

“Amat pelik jika AUKU ini tidak dimansuhkan kerana warganegara Malaysia yang berusia 21 tahun ke atas, bebas untuk menganggotai parti politik sedangkan mahasiswa terus dikongkong untuk menyertai parti politik sama dengan rakan-rakan sebaya lain di luar Universiti,” tambah beliau.

Sementara itu, Timbalan Presiden 2 badan mahasiswa itu, Saudara Wong Yim Chan menyatakan bahawa akta yang dikatakan membelenggu kebebasan mahasiswa tersebut tidak pernah wujud di negara-negara Eropah dan Barat yang memiliki kedudukan tertinggi antara universiti-universiti di dunia.

“Mengapakah Malaysia terus bertegas menggunakan AUKU sedangkan Universiti kita terus terperosok di tempat tercorot dalam rangking (kedudukan) universiti dunia dan Asia.

“AUKU jelas bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan dalam soal kebebasan bercakap, kebebasan berpersatuan dan kebebasan berhimpun itu sendiri”, katanya

Beliau turut menyentuh tentang istilah mahasiswa yang perlu ditukar kepada pengunaan pelajar yang berleluasa di kampus sekarang.

“Amat pelik jika AUKU ini tidak dimansuhkan kerana warganegara Malaysia yang berusia 21 tahun ke atas, bebas untuk menganggotai parti politik sedangkan mahasiswa terus dikongkong untuk menyertai parti politik sama dengan rakan-rakan sebaya lain di luar Universiti,” tambah beliau.

Sehubungan itu kami diperingkat Mahasiswa Perak meggesa agar seluruh mahasiswa meneruskan agenda perubahan dalam membina generasi kita di masa hadapan, Mahasiswa tidak perlu takut dengan ugutan dan ancaman-ancaman yang dikenakan oleh kerajaan, jika kita melakukan perkara yang baik dan benar, maka tidak ada sebab untuk kita takut, kita generasi muda harapan rakyat membawa perubahan kearah Malaysia baru.

Keputusan Mahkamah Rayuan Hari Ini Penting Buat Barisan Nasional

Hari ini merupakan hari yang penting dalam krisis perlembagaan Perak yang berlaku sejak kerajaan Perak bertukar tangan, kerana hari ini mahkamah rayuan akan menentukan siapa Menteri Besar Perak.

Sebenarnya saya terperanjat dengan keputusan yang ditentukan oleh Mahkamah Tinggi yang menyatakan Nizar adalah Menteri Perak yang sah, saya tidak dapat terfikir apa yang dirasai para pemimpin Barisan pada ketika itu.

Ya, seperti yang dikatakan oleh PM, BN akan buat rayuan terhadap keputusan tersebut dan Mahkamah Rayuan secara effektifnya telah meluluskan rayuan tersebut dalam masa 5 jam, tapi bagi Nizar, nasib tidak menyebelahinya kerana rayuannya mengambil beberapa hari.

Sebenarnya saya telah dapat menjangkakan keputusan yang akan diputuskan Mahkamah Rayuan atas betapa effektifnya mereka menyelesaikan kes rayuan Zambry.

Khabar angin dimana DUN Perak akan dibubarkan kini tersebar luas. Maka keputusan hari ini amat penting bagi pihak BN kerana mereka perlu memastikan pembubaran DUN Perak ini adalah dikemukakan oleh MB BN iaitu Zambry. Hal ini supaya ia dapat menyelamatkan sedikit undi sekiranya Pilihan Raya Perak diadakan. Pada masa itu, akan muncul banyak pemimpin yang mengatakan BN mengambil berat hal rakyat kerana sanggup membubarkan DUN Perak, walaupun mereka "hilang ingatan" siapa yang menyebabkan krisi Perak ini.

Saya berpendapat, pilihan raya sudah tidak dapat dielakkan lagi kerana krisis ini telah melibatkan pelbagai pihak termasuklah kehakiman, polis, institusi raja dan kerajaan Perak, kerana Kerajaan Perak tidak lagi berfungsi dengan baik.

Parti politik dalam BN kini sudah mula menyuarakan pendapat bahawa DUN Perak perlu dibubarkan (saya anggap mereka telah mendapat "kebenaran" tersebut), Najib kata BN tak takut menghadapi pilihan raya Perak, maka saya percaya BN akan mengumumkan pembubaran DUN tidak lama lagi kerana Najib tidak akan dan tidak boleh membawa tumor ini sehingga ke pilihan raya akan datang, tapi semua ini hanya faktor masa sahaja.

Saya berpendapat masa yang paling baik ialah apabila Zambry diisytiharkan MB Perak yang sah dan beliau akan membubarkan DUN Perak, kerana sekiranya pembubaran ini dilakukan oleh YB Nizar, maka saya anggap ia akan membawa nasib malang kepada pihak BN.

http://gomalaysian.blogspot.com

Perbicaraan ditangguh sehingga jam 2 petang.

Peguam Hj. Suilaiman Abdullah meminta penagguhan sidang dan bersambung kepada jam 2.00 petang bagi makan tengahhari dan rehat.

Sementara itu sekitar jam 10.00 tadi kelihatan Exco haram kudeta, Hamidah Osman bersama sekitar 10 orang lelaki bersongkok tinggi sampai disini dan beredar setelah mahkamah ditangguh dan mungkin muncul lagi pada jam 2.00 nanti.

Mahkamah penuh sesak dengan pemerhati

Sejak awal pagi tadi mahkamah penuh sesak dengan pemerhati dengan mereka memenuhi sekitar 100 orang tempat duduk.

Ternyata perbicaraan yang penting pada hari ini menarik perhatian ramai pihak sehingga ledakan kehadiran pemerhati yang tidak ditampung tempat duduk yang terhad itu.

TERKINI 12.10 : Perbicaraan disambung kembali.

Perbicaraan disambung kembali dan panel hakim membenarkan Peguam pencelah yang mewakili Zambry mengemukakan hujahnya.

Pada satu masa, Ghani Patail telah ditegur apabila beliau salah menafsirkan maksud Menteri Besar pada artikal 10 Undang-undang Tubuh Kerjaan Negeri Perak. Panel Hakin 3menjelaskan tafsiran sebenar Menteri Besar menurut artikal itu ialah Menteri Besar bersama Exconya.

Sesudah Peguam Negara menyelesaikan hujahnya dijangka akan disambung oleh ketua panel Peguam DS. Nizar iaitu Hj. Sulaiman Abdullah.

TERKINI 11.50 AM : Mahkamah ditangguh sehingga jam 12.15 PM.

Sebentar tadi panel hakim menangguhkan sidang setelah peguam yang mewakili Zambry mengakhiri hujahnya sejak pagi tadi.

Selepas ini bermula pada jam 12.15 petang, peguam DS.Nizar, Hj. Sulaiman Abdullah akan mengemukakan penghujahannya.

Setelah diteliti dari penghujahan peguam Zambry tadi didapati hampir sama dengan apa yang telah dikemukakan di Mahkamah Tinggi sebelum dari ini.

Hanya tiga hakim : Peguam Zambry sedang berhujah

Pada masa ini peguam yang mewakili Zambry sedang berhujah di hadapan tiga hakim .

Sebelum ini DS.Nizar melalui peguamnya pada minggu lepas telah membuat permohonan rasmi supaya kes ini didengar dan diputuskan oleh 5 hakim dan ternyata permohonannya ditolak dengan alasan yang diberikan pada pagi ini permohonan peguam Nizar lewat.

Terkini 10.45 am : Sultan Perak selamat istihar Daerah Kampar

Sebentar tadi tepat jam 10.45 pagi DYMM Sultan Azlan Shah dengan resminya mengistiharkan Daerah Kampar sebagai daerah ke 10 di Negeri Perak.

Majlis itu sepatutnya dihadiri sama DS. Nizar Jamaluddin namun beliau dan isteri membatalkan kehadiran di saat akhir untuk hadir dalam perbicaraan di mahkamah rayuan pagi ini.

Namun begitu seramai 7 ADUN Pakatan Rakyat turut hadir dalam majlis bersejarah itu. Mereka ialah ADUN Titi Serong, Drs. Khalil Idham Lim, Gunung Semanggol, Hj. Ramli Tusin, Selingsing, Hj. Husin Din, Hutan Melintang, Kesavan, Changkat Jong, Hj. Anuarf Sudin, Malim Nawar, Khesvinder Singh, Kuala Sepetang, Tai Seng Eng dan Keranji, Chen Fock Chai.

Terkini jam 9.15 am-Nizar dan isteri sampai di mahkamah

YAB.Menteri Besar Perak yang sah, DS. nizar sampai di Mahkamah Rayuan sebentar tadi ditemani sama Isterinya.

Sebelum itu kelihatan sampai lebih awal exco Kerajaan Ngeri Perak PR, Hj. Zainuddin yusof kelihatan hadir bersama isterinya.