22 Mei 2009

Status MB: Keputusan rayuan Zambry diketahui 3.30 petang esok

PUTRAJAYA : Mahkamah Rayuan akan memutuskan pada jam 3.30 esok berhubung rayuan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang mengisytiharkan bahawa Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak yang sah.

Panel tiga hakim diketuai Datuk Md Raus Shariff yang bersidang bersama Hakim Datuk Zainun Ali dan Hakim Datuk Ahmad Maarop akan membacakan keputusan itu petang esok.

Mahkamah mula bersidang pada pukul 9.40 pagi tadi dengan mendengar hujah daripada peguam, Datuk Cecil Abraham yang mewakili Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

Nizar kelihatan hadir ditemani isterinya bersama penyokong. Turut hadir ialah Exco Kerajaan Perak pakatan Rakyat, Hj. Zainuddin Yusuf, Sivanesan, Dato' Ngeh dan YB. Nga.

Zambry pula tidak hadir kerana beliau menghadiri upacara pengistiharan Daerah Kampar yang disempurnakan oleh DYMM Sultan Perak.

Namun begitu kelihatan ADUN Sungai Rapat, Hamidah Osman bersama penyokongnya yang hadir sekitar jam 1.00 petang.

Sebelum mahkamah berhenti rehat, Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail turut mengemukakan hujahnya sebagai pencelah.

Peguam Hj. Sulaiman Abdullah yang mewakili Mohammad Nizar mengakhiri sesi penghujahan sebelum mahkamah ditangguhkan pada pukul 5 petang tadi.

Dr Zambry telah membuat rayuan berhubung keputusan itu pada 12 Mei lalu dan Mahkamah Rayuan membenarkan penangguhan keputusan Mahkamah Tinggi sehingga rayuan Dr Zambry terhadap keputusan itu selesai.

Isu perundangan melibatkan Dr Zambry dan Mohammad Nizar telah bermula sejak Februari lalu apabila Dr Zambry telah dilantik sebagai Menteri Besar menggantikan Mohammad Nizar selepas Barisan Nasional (BN) mengambil alih pemerintahan Perak daripada Pakatan Rakyat dalam satu rampasan kuasa dengan berlakunya pembelian 3 orang ADUN Pakatan rakyat.

Berikutan itu, pada 13 Februari lalu, Mohammad Nizar memfailkan permohonan untuk mengisytiharkan beliau sebagai Menteri Besar yang sah.

Kemudiannya pada 11 Mei, Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa Mohammad Nizar sebagai Menteri Besar Perak yang sah.

Dr Zambry bagaimanapun membuat rayuan berhubung keputusan itu pada 12 Mei dan Mahkamah Rayuan membenarkan penangguhan keputusan Mahkamah Tinggi sehingga kes rayuan Dr Zambry selesai.

Mohammad Nizar keesokannya pula membuat permohonan bagi mengenepikan keputusan Mahkamah Rayuan itu bagi penangguhan pelaksanaan itu. malangnya permohonnya tidak secepat yang dilayan kepada Zambry sehingga pada hari ini baru dibicarakan.

Seluruh negara sedang menunggu dengan penuh debaran siapakah yang akan diputuskan sebagai Menteri Besar Perak yang sah. Dipihak lain yang lebih penting ialah kehendak rakyat untuk mengundi semua apabila belaku pembubaran DUN Perak.

18 ulasan:

Green_Man berkata...

berita tidak rasmi..nizar adalah MB yang sah. Semoga jadi kenyataan

Tanpa Nama berkata...

Nizar... kalau nko menang... jangan bubarkan DUN.
Buat dono jer.... Buat cam biaser gi Pejabat yang ader FRU satu Battalion tu.... pas nko masok jer dalam Pejabat tu nko cari SUK pastu nko kasi penampor Jepun kat muker dia... suroh dia ketuk ketampi 100 kali....

dariana berkata...

sebelum nai menjadi bubur, sebelum zambry mahu berundur, sebelum diisytihar MB sah adalah Nizar,sebelum DUN Perak akan bubar.... mari kita berdoa agar Allah Yang Maha Besar menghilangkan segala gusar...PR bersemarak lagi di Perak!! Takbir!

abu muaz berkata...

Doa dan cabaran adalah dua perkara yang saling mengalahkan dilangit..Bolehjadi Allah akan hilangkan cabaran kerana kuatnya doa seorang hamba.Adapun orang yang keluhkesah kerana berdepan cabaran mereka itulah orang yang rugi dan orang paling rugi ialah orang yang membangkang perintah Allah.

Manickam Nadeson berkata...

Kenapa itu ular Hamidah Osman ada di situ. Tidak lama lagi dia akan ditendang kelaur dari SUK Perak. Sebab apa dia sebuk sangat bawa samseng-samseng PEKIDA kesana. Taka ada maruah punya orang.

Bah Lontok berkata...

YB Zambry akan tetap menang dalam perbicaraan ini. Bukti yang kukuh telah ada pada YB Zambry.

BN mempunyai kelebihan kerusi dalam DUN negeri Perak. Oleh itu YB Zambry tetap MB yang sah.

pujaans berkata...

malam nie pakat2 solat hajat...
kumpul segala kekuatan.. moga Allah memberikan yang terbaik kepada kita ~anak perak~

Tanpa Nama berkata...

hanya allah saja yang memelihara hamba2nya......

abg john berkata...

sama2 kita doa dan sembahyang hajat n munajat mlm ni untuk dato seri nizar n pakatan rakyat menang esok.hamidah osman tu sibuk je dtg,sok kalau dia dtg lagi,aku nk terajang dia suruh balik.buat semak mahkamah je.takbir.

Unknown berkata...

Semoga kemelut politik di Perak cepat selesai. Rakyat dah naik muak. bukan sahaja rakyat perak, kami di negeri lain pon turut sama terasa. Moga bila IR. Nizar jadi MB kembali kelak (InsyaAllah), ketenangan akan kembali dengan izin-Nya. Amin. Salam dari komander, Kajang.

Tanpa Nama berkata...

esok kita tau keputusan mahkamah, kami semua sebagai rakyat yang cerdik mengjangkakan DS Hj Ir Nizar tetap sebagai MB yang sah, lepas nie bolehlah perbetul apa yang tak betul dulu tu, kena lebih berhati-hati jangan bagi peluang sangat kat tokeh-tokeh balak alibaba umno,pas, dap dan seumpamanya. DS kena tingkatkan lagi ketaqwaan kpd Allah, fiqahi dgn lebih mendalam.

Unknown berkata...

Takde maknenye sumer nie.. asyik kena dipermainkan olih BN ajerler PR nie! Pasal tu kalu ditakdirkan, keputusan menyebelahi PR -janganlah dok suka sangat - kerana itu sebahagian daripada script and their game plan, cumer PR aje yang naive sangat after all these years! Points to ponder:
Point 1 - Camna MB Zambry, Speaker Haram dan SUK Perak leh berada diatas pentas bersama2 Sultan Azlan di BB Kampar dalam upacara rasmi, sedangkan MB Nizar kat Mahkamah Rayuan dalam sidang nak menentukan sape MB yang sah...! Was it coincidently happened! Upacara diraja biasanya was not planned over night, but court session can!
Point 2 - Sultan masih iktiraf MB Haram sebagai MB sah, walaupun Mahkamah Tinggi mengatakan yang MB Nizar tidak pernah meninggalkan jawatan MB yang dipegangnye sejak beliau mengangkat sumpah sebagai MB dihadapan Sultan!
Point 3 - MB Haram pulak mungkin akan citer mcm biase dia, yang dia bukanlah beriya sangat nakkan kuasa dan terkejar2 ke Mahkamah macam MB Nizar semata2 untuk mngetahui siapakah MB yang sah - apabila ada urusan rasmi yang lebih penting untuk rakyat diPerak atau Kampar khususnya bersama2 dengan Sultan yang dikasihi...!
Just a 2 cents thought! Thank you!

Puan Ainon Mohd. berkata...

Asalamualaikum, YB.

Kalau ditangguh-tangguh, macam ada arahan orang atas supaya hakim-hakim berunding dulu dengan orang atas.

IBNUISMA berkata...

YA ALLAH..BERILAH KEMENANGAN KEPADA YANG BERHAK DAN BERAMANAH UNTUK MENGANGKAT AGAMA ISLAM YANG DIREDHOI.....

ispenanti berkata...

Ya allah ya tuhanku ,kau berikanlah kemenangan
kepada hamba hambamu yang berjuang untuk menegakan agamamu ya allah .kau permudahkan segala urusan mereka yang berjuang atas namamu ya allah .amin

ispenanti berkata...

Ya allah ya tuhanku ,kau berikanlah kemenangan
kepada hamba hambamu yang berjuang untuk menegakan agamamu ya allah .kau permudahkan segala urusan mereka yang berjuang atas namamu ya allah .amin

TBO berkata...

Salam Cina Islam
inilah klu nye

Justice Md Rauf Shariff said the court would only decide on whether Justice Abdul Aziz had intepreted the Perak Constitution rightly or wrongly.

“If he intepreted it correctly, we will dismiss the appeal. If not, we’ll accept the appeal,” he said.“If he intepreted it correctly, we will dismiss the appeal. If not, we’ll accept the appeal,” he said

Tanpa Nama berkata...

nizar solat jumaat hari ini di mana ye? di masjid putra putrajaya ke??
sila jawab...teringin nak jumpa wira rakyat