23 April 2014

Hudud: Abim gesa tarik balik kenyataan ‘makan sup tangan’

24 Jamadil Akhir 1435. [MOD] -
MEMETIK kenyataan yang dikeluarkan oleh Tun Mahathir Mohamad menerusi saluran Astro Awani pada 17 April 2014 yang menyebut berkaitan perlaksanaan Enakmen Jenayah Syariah II Kelantan, Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) memandang berat kenyataan tersebut.

Tun Mahathir selaku salah seorang pemimpin dunia Islam yang disegani, sepatutnya lebih berhati-hati mengeluarkan pandangan dalam hal yang berkaitan dengan perundangan syariah.

Pandangan beliau yang menyatakan bahawa adalah tidak adil jika berlaku perbezaan hukuman antara warganegara bagi kesalahan yang sama boleh menimbulkan kekeliruan. 

Tun Daim miliki bank di Bangladesh?

24 Jamadil Akhir 1435. [MOD] -
KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin yang dipersoal ekoran kekayaan luar biasa yang dimilikinya turut didakwa pernah memiliki sebuah bank di Bangladesh.

Maklumat tersebut didedahkan Pesuruhjaya PAS Perak Razman Zakaria dalam satu temubual bersama Harakahdaily semalam.

Menurut Razman, beliau mempunyai maklumat bahawa Daim pernah mengambil alih ICB Islamic Bank Limited berdaftar di Karwan Bazar, Dhaka sekitar antara tahun 2006 dan 2007.

"Bagaimanapun maklumat yang kami perolehi, beliau telah menjual bank itu pada Oktober 2010 dengan harga USD55,000 juta," kata Razman kepada Harakahdaily.