25 November 2010

DAHSYATNYA HARI KIAMAT DAN PADANG MAHSYAR



18 Zulhijjah 1431H
Oleh : suhaimi mohidin

Gambaran Hari Qiamat

✐ Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

✐ Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya "Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?" Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya "Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa." Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

✐ Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.

✐ Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut "Ajbuz Zanbi" yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.

✐ Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.

✐ Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

✐ Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.

✐ Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.

✐ Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

✐ Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.

✐ Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:

ⅰ- Pemimpin yang adil.

ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.

ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.

ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.

ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata "Aku takut pada Allah".

ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).

ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.

✐ Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara "pergilah berjumpa dengan para Nabi". Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.

✐ Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.

✐ Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga 'Arasy itu tiba dibumi.

✐ 'Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.

✐ Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari 'Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.

✐ Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & 'Atid / Kiraman Katibin.

✐ Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.

✐ Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.

✐ Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.

✐ Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.

✐ Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.

✐ Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.

✐ Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta'ala dengan Maha Bijaksana.

✐ Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.

✐ Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :

ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.

ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.

ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.

(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)

✐ Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.

✐ Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.

✐ Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.

✐ Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.

Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.

Nik Aziz dukacita

18 Zulhijjah 1431H

KOTA BHARU - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dukacita dengan keadaan masyarakat di negara ini yang masih bersikap curiga-mencurigai di antara satu kaum dengan yang lain walaupun sudah 53 tahun merdeka.

Menurutnya, pendekatan yang dibuat Kerajaan Pusat terbukti gagal merapatkan jurang antara kaum di negara ini, walaupun banyak menghabiskan masa dan wang mengadakan pelbagai program.

“Saya, sebagai ketua kerajaan (Kelantan) terfikir macam mana nak merapatkan bangsa di negara ini yang dicurigai pihak tertentu.

"Saya dukacita dengan sikap curiga mencurigai antara bangsa kerana Islam itu adalah agama antarabangsa,” katanya ketika ditemui selepas melawat Ekspo Cheng Ho, di sini, semalam.

Dalam lawatan hampir dua jam itu, Nik Abdul Aziz, yang ditemani isterinya, Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak, dipertontonkan dengan aksi ahli akrobatik terkenal, Adili, merentasi tali serta persembahan Kung Fu Shaolin.

Nik Abduul Aziz, yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, usaha Kerajaan Negeri menganjurkan Ekspo Cheng Ho adalah inisiatif untuk merapatkan semua bangsa yang ada di dunia, khususnya masyarakat Islam.

“Kami melihat (di ekspo) begitu banyak bangsa Melayu Islam dan Cina disatukan, Cina Muslim rapat sebagai agama, yang tidak Islam rapat sebagai manusia. Sebelum ini, kita termakan umpan daripada orientalis dan Eropah yang mahu pecahkan Melayu. Mereka mengamalkan prinsip pecah dan perintah,” katanya.

Menurutnya, Ekspo Cheng Ho membuktikan Kerajaan Negeri berjaya menganjurkan program bersifat hiburan dan pendidikan tanpa menggunakan unsur melalaikan seperti memanipulasikan perempuan dan sebagainya.

Budaya minum Teh Cina dan khasiatnya.

18 Zulhijjah 1431H
Drs. Khalil Idham Lim.

Koleksi bagi penyediaan teh cina yg saya ada dan dicadangkan kepada sahabat yg berminat boleh dapatinya di mana-mana kedai yang menjual daun teh cina di Malaysia. Jangkaan saya harga semua tidak lebih rm 200 > bagi yang mampu boleh membeli yang lebih mahal harganya dan banyak pilihan harga tersedia.

Minum teh memang telah menjadi semacam amalan turun temurun di kalangan masyarakat Tionghoa. Di China, budaya minum teh dikenal sejak 3 ribu tahun sebelum Masehi, iaitu sejak pada zaman maharaja Shen Nung berkuasa. Bahkan, berlanjut di Jepun sejak masa Kamakaru (1192 - 1333) oleh pengikut Zen.

Tujuan minum teh adalah agar mendapatkan kesegaran tubuh. Upacara minum teh menjadi ritual tradisional orang Tionghua dan Jepun dalam menyajikan teh untuk tamu.

Pada zaman itu upacara ini disebut cha no yu. Teh disiapkan secara khusus oleh orang yang mendalami seni upacara minum teh dan dinikmati sekelompok tamu di ruangan khusus yang disebut chashitsu.

Tuan rumah juga bertanggung jawab dalam menyiapkan situasi yang menyenangkan untuk tamu, seperti memilih lukisan dinding (kakejiku), bunga (chabana), dan mangkuk seramik yang sesuai dengan musim dan status tamu yang diundang. Teh bukan cuma dituang dengan air panas dan diminum, tetapi sebagai seni dalam arti yamg lebih luas.

Upacara minum teh mencerminkan kepribadian dan pengetahuan tuan rumah yang mencakup tujuan hidup, cara berpikir, agama, apresiasi peralatan upacara minum teh, dan cara meletakkan benda seni dalam ruangan khusus, serta berbagai pengetahuan seni yang bergantung kepada aliran upacara minum teh yang dianut.

Seni upacara minum teh memerlukan penyempurnaan selama bertahun-tahun dengan penyempurnaan yang berlangsung seumur hidup. Tamu yang diundang secara formal untuk upacara minum teh juga harus mempelajari tata cara, kebiasaan, batasan, etika meminum teh, dan menikmati makanan ringan yang dihidangkan.

Umumnya, upacara minum teh menggunakan pelbagai jenis daun teh mengikut tempat dan jenis teh yang berlainan serta berbagai kualiti bergantung kepada kegemaran peminum.

Dalam percakapan sehari-hari di Jepun, upacara minum teh cukup disebut ocha (teh). Istilah ocha no keiko dapat berarti belajar secara praktikal tata cara penyajian teh selaku tuan rumah atau belajar etika sebagai tamu dalam upacara minum teh.

Sedangkan di Korea, tradisi minum teh diperkenalkan dari negara China sejak lebih dari 2 ribu tahun lalu. Teh digunakan dalam upacara-upacara persembahan. Bentuk kebudayaan teh bangsa Korea ada dalam upacara teh Korea yang disebut Dado.

Tips Menyimpan Teh

1. Simpan di dalam balang kering dan tertutup. Hindari dari sinar matahari secara langsung, kerana akan akan mempengaruhi kualitinya.
2. Jangan simpan teh di dalam peti sejuk, kerana bekasnya akan berembun yang dapat membuat teh cepat berkulat. Juga dapat membuatkan bercampur dengan bau makanan lain.
3. Beli teh sesuai keperluan, kerana teh yang sudah dibuka hanya tahan selama 1 bulan, setelah itu harum teh akan hilang.
4. Untuk memudahkan penyediaan secara rutin belilah teh yang dibungkus dalan bungkusan kecil kecap udara. Sekali hidang sebungkus kecil tersebut boleh diminum untuk sekitar 4 hingga 5 orang.
5. Setelah air mendidih masukkan tehnya lalu peramkan sekirar 2 hingga 3 menit. Jangan lebih dari 5 menit, kerana menyebabkan air teh menjadi pekat dan agak keras dan pahit.
6. Penyediaan Teh sebaiknya dalam teko seramik atau tanah . Teko seramik atau tanah sangat sesuai digunakan untuk penyediaan teh agar rasa dan aromanya dapat dinikmati secara maksimum.

Khasiat Teh

Teh juga sering dikaitkan dengan kegunaannya untuk kesihatan. Teh hijau dan teh pu-erh sering digunakan untuk diet dan melangsingkan badan. Orang cina juga sering menghubung-hubungkan teh dengan keseimbangan yin yang.

Masyarakat Tionghoa meyakini teh dapat mengimbangi kadar lemak dalam darah dan makanan.

Mereka juga percaya, minum teh dapat melancarkan buang air , dan pelbagai khasiat dan kegunaan lainnya. Setelah 5 ribu tahun berlalu, pengeluaran dan pengunaan teh terus meningkat, dan sekitar tiga juta tan teh dihasilkan di seluruh dunia setiap tahunnya.

Aneka Kemasan Teh

Banyak teh dapat dijumpai di pasar atau kedia dengan aneka pembungkusan, antara lain:

1. Teh Celup
Teh dikemas dalam uncang kecil yang biasanya dibuat dari kertas. Teh celup sangat populer karena praktis untuk membuat teh.

2. Teh Seduh
Teh dibungkus dalam tin atau dibungkus dengan pembungkus dari kertas atau plastik. Timbangan teh dapat diatur sesuai selera. Pelbagai penapis teh dipakai agar teh yang diminum betul betul bersih dari daun teh.

Selain itu ada penyediaan dengan mangkuk teh dengan penutup berasal dari China yang disebut gaiwan dan tudungnya dapat digunakan untuk menyaring daun teh saat menuang teh ke cawan teh sebelum di minum.

3. Teh berketul
Teh dalam bentuk kepingan atau ketulan kecil agar padat untuk keperluan penyimpanan dan kualiti, contohnya teh pu erh, dijual dalam bentuk padat dan diambil sedikit demi sedikit saat akan diminum. Teh yang sudah diketulkan ini mempunyai masa simpan lebih lama dibandingkan daun teh biasa. Semakin lama penyimpanannya semakin mahal harganya dan dikatakan lebih tinggi khasiat nya.

5. Teh Berperisa.

Teh berbentuk serbuk yang tinggal dilarutkan dalam air panas atau air dingin. Pertama kali diciptakan pada 1930-an, tetapi tidak dikeluarkan hingga akhir 1950-an. Teh instan ada yang mempunyai pelbagai rasa seperti vanila, madu, buah-buahan atau dicampur serbuk susu.

Perkembangan zaman memperlihatkan budaya meminum teh tanpa melihat khasiat seperti kegemaran minum teh tarik tanpa mempedulikan khasiat teh yang diminum dan boleh membahayakan kesihatan pengamalnya.

Kerana itu penulis melihat bahawa kembali kepada mengamalkan teh cina dalam bentuk rasa tradisional adalah satu amalan yang baik untuk menghindakan beberapa penyakit populer seperti diebetis dan sebagainya.

Berikut ini adalah beberapa peratan dan panduan umum dalam penyediaan teh cina untuk panduan pembaca sekalian. Namun perlu diingat khasiat teh tidak akan berkesan sekiranya ianya tidak menjadi minuman rutin kepada peminum.


Beli teh kuanying yg di bungkus kecil spt ini
Penapis dan teko kaca kecil untuk masukan the yg sedia di minum
Set penyepit kayu untuk sepit cawan panas semasa cuci dan pengoret teko untuk bersihkan daun teh
Cawan kecil, pilihan pelbagai warna dan corak
Teko teh, ada mahal ada murah
Pemanas air automatik
Cara penyediaan...setelah air dah mendidih betul tuangkan air ke dalam teko yg telah dimasukan daun teh. Yg pertama jgn pakai lagi tuang dan buang kerana kali pertama untuk bersihkan daun teh
Tuangkan teh dgn letakan penapis di teko kaca....
Teh tadi siap diminum dan tuangkan ke cawan kecil..awas baru tuang agak panas dan tunggu sebentar sebelum minum...pastikan jgn terlalu penuh..itu amalan org cina kerana ada baikkan supaya mudah minum dan peganga cawan
Belilah tempat penyediaan teh spt ini, dan ada yg pelbagai bentuk, mahal dan murah ....semuanya ok.....selamat mencuba
Cara bersihkan teko teh dgn guna set pengorek kayu untuk jkeluarkan dauh the yg dah kembang
Jaga kebersihan, cuci semua alat selepas minum. Bagi memudahkan penyediaan seterusnya....selamat mencuba.

APAKAH TERJADI KEPADA FAIL YANG TELAH ANDA PADAM (DELETE)

18 Zulhijjah 1431H
Oleh : nina mazrina

Bila anda memadamkan sesuatu fail, ianya tidak terus terhapus tetapi sebaliknya ia dimasukkan kedalam Recycle Bin untuk sementara waktu sehingga lah anda mengosongkannya.

Dalam waktu tersebut, sekiranya anda berubah fikiran, maka anda boleh mendapatkannya kembali dan mengembalikannya ke tempat asal (restore).

Sekiranya setelah anda mengosongkannya dan anda ingin mendapatkannya kembali, maka anda terpaksalah menggunakan aplikasi khas untuk itu seperti Norton Utilities. Bagaimanakah keadaan ini terjadi?

Setelah sesuatu fail dipadamkan (delete) , tempat itu akan ditandakan kosong dan boleh diduduki (free) dan hakikatnya fail itu sabenarnya masih ada disitu sehinggalah ada fail lain mengambil alih tempatnya atau dengan lain perkataan " menindih diatasnya"..

Begitu juga bila cakera keras di format, bukannya semua yang tertulis diatas cakera itu terhapus. Saki bakinya masih ada dan sekiranya satu program khas digunakan,

maka sesetengah fail tersebut boleh dibaca kembali. Untuk membersihkan terus cakera keras tersebut, maka ianya diformatkan dengan menggunakan low level format.

Pengguna tidak digalakkan menggunakan cara ini kerana ianya akan terus menghapuskan sama sekali program yang ditulis oleh pengeluar diatas cakeran tersebut. Hanya pengeluar sahaja boleh membuat low level format atau anda boleh dapati program tersebut pada laman web pengeluar berkenaan.

Bila sesuatu aplikasi bertembung dengan aplikasi lain (crash) maka, aplikasi tersebut akan terhenti (hang) dan ini akan meninggalkan serpihan-serpihan fail "yang separuh masak" diatas cakera tersebut.

Fail fail ini akan menimbulkan beberapa masalah kepada aplikasi akan datang. Keadaan ini perlu diperbaiki segera.Salah satu cara ialah dengan menggunakan scandisk secara menyeluruh.

Kalau Mencari Teman

18 Zulhijjah 1431H
Oleh : nina mazrina

ISLAM merupakan agama yang lengkap dalam semua aspek kehidupan sama ada dari segi ilmu pengetahuan, ekonomi, politik dan juga sosial. Oleh itu, dalam kehidupan sosial, kita telah disediakan beberapa garis panduan yang kalau diikuti boleh mendatangkan kebaikan dan menghindarkan keburukan.

Contoh kehidupan bersosial ialah soal mencari sahabat. Kita dinasihatkan supaya berhati-hati memilih sahabat kerana Islam menegah kita mancari sahabat yang boleh membawa kepada kemungkaran.

Seperti fiman Allah SWT dalam surah Kahfi ayat 29 yang bermaksud :

"Janganlah engkau mengikuti orang yang telah Kami lupakan hatinya untuk mengingat-ingat (berzikir) pada Kami dan ia suka mengikuti hawa nafsunya."

Sekiranya kita memilih sahabat yang terlalu cintakan dunia dan mementingkan hawa nafsunya, sahabat itu akan merugikan kita. Malah, lambat-laun, kita mencari sahabat yang soleh yang paling ingat-mengingati ke jalan yang diredhai oleh Allah SWT.

Hal ini dijelaskan oleh Rasulullah SAW dalam sebuah hadis yang bermaksud :

"Seseorang itu menurut agama (aturan) kekasihnya, maka oleh sebab itu baiklah seseorang dari kamu semua itu meniliti orang yang dikasihi."

WASIAT AL-QAMAH

Sifat-sifat yang perlu ada pada seseorang yg ingin kita jadikan sahabat bolehlah kita contohi daripada wasiat yang diberikan oleh al-Qamah kepada anaknya.......

Katanya :

"Hai anakku, jikalau engkau rasa perlu bersahabat dengan seseorang maka pilihlah yang mempunyai sifat-sifat ini iaitu :

Jikalau engkau melayaninya, ia suka melindungi, jika engkau bersahabat dengannya, ia akan merupakan hiasan dirimu dan jika engkau dalam keadaan kekurangan nafkah, ia suka mencukupi keperluanmu.

Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, ia suka menerima dengan rasa terharu, jikalau ia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, ia suka menghitung-hitungkan.

Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, ia suka menerima dengan rasa terharu, dan dianggap sangat berguna, sedangkan jikalau ia mengetahui tentang keburukan dirimu lalu ia suka menutupinya.

Pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu daripadanya, pasti ia memberi, jikalau engkau diam, ia mulai menyapamu dahulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu, ia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu.

Pilihlah sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka membenarkan ucapan dan bukan selalu mempercayainya sahaja. Jikalau engkau mengemukakan sesuatu persoalan yang berat, ia suka mengusahakannya dan jikalau engkau berselisih dengannya, ia suka sekali mengalah untuk kepentinganmu."

Saiyidina Ali KWJ menjelaskan tentang sahabat yang baik. Antara lain, beliau menyatakan...

"Sahabat yang sebenar-benarnya ialah orang yang ada di sampingmu. Ia suka membabitkan dirinya sendiri dalam bahaya demi untuk kesejahteraanmu."

Saiyidina Ali KWJ bukan setakat bercakap kosong, malah telah membuktikan kata-katanya dengan mengambil alih tempat tidur Rasulullah SAW sewaktu baginda bersama Saiyidina Abu Bakar merancang untuk berhijrah ke Madinah.

Walaupun Saiyidina Ali KWJ tahu risiko yang terlalu tinggi akan dihadapinya kerana pemuda-pemuda Quraisy bercadang untuk menyerbu rumah Rasulullah SAW dan membunuhnya, tetapi Saiyidina Ali KWJ sanggup menghadapi bahaya itu atas dasar kepentingan keselamatan sahabatnya. Atas pengorbanan dan kesetiaan beliau, Allah telah menyelamatkan beliau daripada dibunuh oleh pemuda-pemuda Quraisy itu.

Contoh persahabatan lain yang boleh diteladani ialah persahabatan Saiyidina Abu Bakar dengan Rasulullah SAW. Saidina Abu Bakar sentiasa mempercayai dan mengiakan apa yang Rasullullah SAW katakan. Sebagai contoh, sewaktu Rasulullah SAW menceritakan perjalanan Isra' dan Mi'raj kepada semua orang di Kota Mekah, mereka tidak mempercayai cerita Rasulullah SAW malah mengejek-ngejek dan menuduh baginda sebagai pembohong.

Mereka yang tidak percaya kepada cerita Rasulullah SAW telah pergi berjumpa dengan Saiyidina Abu Bakar untuk menanyakan sama ada cerita tersebut benar atau sebaliknya. Tujuan mereka adalah untuk mentertawakan Saidina Abu Bakar yang menjadi sahabat baik Rasulullah SAW.

Apabila Saiyidina Abu Bakar mendengar mendengar pertanyaan mereka, dengan tenang beliau bertanya semula apakah benar Rasulullah SAW bercerita sedemikian. Mereka mengatakan begitulah cerita Rasulullah SAW lalu tanpa ragu-ragu Saiyidina Abu Bakar menyatakan apa yang Rasulullah SAW katakan itu semuanya benar.

Saiyidina Abu Bakar bukan setakat mempercayai apa yang sahabatnya katakan tetapi juga sanggup berkorban harta untuk kepentingan perjuangan agama Islam yang dibawa oleh sahabatnya.

PENGORBANAN SAHABAT NABI.
Di samping itu, pengorbanan yang paling besar yang diberikan oleh Saiyidina Abu Bakar kepada Rasulullah SAW ialah apabila sanggup bersama-sama dengan sahabatnya sewaktu berhijrah ke Madinah.

Penghijrahan Rasulullah SAW ke Madinah bukanlah satu perjalanan yang selamat kerana orang-orang Quraisy sentiasa memusuhi dan ingin membunuh baginda.

Sewaktu dalam perjalanan dari Makkah ke Madinah, Saiyidina Abu Bakar sentiasa berada di hadapan dan di belakang Rasulullah SAW. Apabila baginda bertanya akan hal itu, Saidina Abu Bakar menjawab...

"Aku berjalan di hadapan untuk memilih jalan yang baik dan selamat sementara aku berjalan di belakangmu untuk menjaga keselamatanmu dari serangan musuh yang mengejarmu."

Sebagai kesimpulan, marilah kita perhatikan nasihat Abu Sulaiman tentang pentingnya memilih sahabat seperti yang dianjurkan oleh Islam.

Katanya...

Janganlah sesekali engkau bersahabat melainkan salah satu daripada 2 orang ini :

Pertama, orang yang dapat engkau ajak bersahabat dalam urusan duniamu dengan jujur.

Kedua, orang yang dijadikan sahabat itu dapat menambahkan kemanfaatan duniamu untuk urusan akhiratmu.

Jika engkau bersahabat selain daripada 2 orang ini, pastinya engkau memiliki kebodohan yang luar biasa besarnya.

10 penyakit manusia

18 Zulhijjah 1431H
Oleh : nina mazrina

1. MENYALAHKAN ORANG LAIN

Itu penyakit P dan K, iaitu Primitif dan Kekanak-kanakan.

Menyalahkan orang lain adalah cara pemikiran orang primitif. Di pedalaman Afrika, kalau ada orang yang sakit, yang Dipikirkan adalah: Siapakah yang menyihirnya ? Selalu "siapa" Bukan "apa" penyebabnya. Bidang kedoktoran modern selalu mencari "apa" penyebabnya, bukan "siapa". Jadi kalau kita berpikir menyalahkan orang lain, itu sama dengan sikap primitif.

Kekanak-kanakan. Kenapa? Anak-anak selalu tidak pernah mahu disalahkan. Kalau ada piring yang jatuh," Adik itu yang salah", atau sebagainya. Kalau kita manusia yang berakal dan dewasa selalu akan mencari sebab terjadinya sesuatu.

2. MENYALAHKAN DIRI SENDIRI

Menyalahkan diri sendiri bahawa dirinya merasa tidak mampu. Anda pernah mengalaminya? Kalau anda memberitahu tidak pernah, bererti anda bohong. "Ah, orang itu boleh, orang itu kaya, orang itu dapat naik pangkat dan sebagainya, Lihat saya ini apa?, wah saya tidak dapat jadi seperti dia. Dia punya ijazah, saya hanya diploma. Dia ada banyak waktu, saya sibuk, sudah pasti tidak boleh".

Penyakit ini seperti kanser, bertambah besar, besar di dalam mental diri sehingga boleh mencapai "improper guilty feeling". Penyakit ini perlahan-lahan boleh membunuh kita. Merasa "inferior", kita tidak punya kemampuan. Kita sering membandingkan kejayaan orang lain dengan kekurangan kita, sehingga kejayaan orang lain dianggap Wajar kerana mereka mempunyai sesuatu kelebihan yang kita tidak punya.

3. TIDAK PUNYA GOAL / CITA-CITA

Kita sering terpaku dengan kesibukan kerja, tetapi arahnya tidak jelas. Sebaiknya kita selalu mempunyai target kerja dengan milestone. Buat target jangka panjang dan jangka pendek secara bertulis. Kalau "GOAL" kita hanya untuk "FUN", bagi mengisi waktu saja, hasilnya cuma biasa-biasa saja.

4. MEMPUNYAI "GOAL", TAPI SALAH MENCAPAINYA

Biasanya dialami oleh orang yang tidak "teachable". Goalnya salah, fokus kita juga salah, jalannya juga salah, arahnya juga salah. Ibarat seorang yang mahu kaya, lalu dia pergi merompak bank yang akhirnya di tangkap polis dan di penjarakan.

5. MENGAMBIL JALAN PINTAS, SHORT CUT

Kejayaan tidak pernah dicapai dengan jalan pintas. Jalan pintas tidak membawa orang ke kejayaan yang sebenarnya, "real success", kerana tidak mengikuti proses. Kalau kita menghindari proses, kejayaan yang di capai tidak sempurna.

6. MENGAMBIL JALAN TERLALU PANJANG, TERLALU SANTAI

Analoginya begini : Kapal terbang untuk membolehkannya take-off, harus mempunyai kecepatan minimum. Pesawat Boeing 737, untuk membuat take-off, memerlukan kecepatan minimum 300 km/jam. Jikalau kecepatan dia cuma 50 km/jam, manakan dapat untuk pesawat tersebut membuat take-off.

7. MENGABAIKAN HAL-HAL YANG KECIL

Dia mahunya yang besar-besar, yang hebat, tetapi ha-hal kecil tidak dilalukannya. Dia lupa bahawa struktur bangunan yang besar, pasti ada komponen yang kecilnya. Mahu saja yang hebat. Mengabaikan hal kecil saja tidak boleh, apatah lagi mengabaikan orang kecil.

8. TERLALU CEPAT MENYERAH

Jangan berhenti kerja pada masa percubaan 3 bulan. Bukan membuat kesalahan menjadikan seorang itu gagal tetapi berhenti pada tempat yang salah, jika kita membuat kesalahan, kita boleh memperbaikinya tetapi jika kita berhenti di tempat yang salah kita akan menyesal.

9. BAYANG-BAYANG MASA LALU

Kita selalu dipenuhi oleh memori kan? Apa yang kita lakukan, masuk memori kita, minimal sebagai pertimbangan kita untuk langkah kita berikutnya. Apalagi kalau kita pernah gagal, tidak berani untuk mencuba lagi. Ini berkaitan dengan penyakit nombor 3. Kegagalan sebagai akibat bayang-bayang masa lalu yang tidak terselesaikan dengan semestinya. Itu bayang-bayang negatif.

Memori kita kadang-kadang sangat membatasi kita untuk maju ke depan. Kita kadang-kadang lupa bahawa hidup itu maju terus. "Waktu" itu terus berjalankan? Semuanya berjalan, hidup kita pun terus berjalan juga. berlari saja ke depan, kalaupun harus jatuh, pastikan jatuh ke depan. Orang yang berjaya, pasti pernah gagal. Itu memori negatif yang menghalangi kejayaan.

10. MENGHIPNOTIS DIRI DENGAN KEJAYAAN

Biasa disebut "Pseudo Success Syndrome". Kita dihipnotis dengan itu. Kita kalau pernah berjaya dengan kejayaan kecil, terus berhenti, tidak kemana-mana lagi. Sudah puas dengan kejayaan kecil tersebut. Napoleon pernah menyatakan: "Saat yang paling merbahaya datang bersama dengan kemenangan yang besar".

Itu saat yang paling merbahaya, kerana orang lupa dan mabuk kemenangan. Jangan terjebak dengan goal-goal hasil yang kecil, kerana kita akan menembak sasaran yang besar, goal yang jauh. Jangan berpuas diri, jangan jadi sombong, terus takabur.

Silakan direnungkan mengenai benar atau tidaknya, semua terpulang pada pendapat masing2.

Najib bimbang, siasatan Scorpène semakin meluas

18 Zulhijjah 1431H

KUALA LUMPUR, 24 Nov: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sepatutnya mula bimbang sekarang ekoran siasatan yang lebih meluaskan terhadap skandal rasuah dalam pembelian kapal selam buatan Perancis, Scorpène.

Selain Najib, turut mula bimbang adalah pemimpin dari India, China dan Brazil serta pemimpin Perancis termasuklah bekas Presiden, Jacques Chirac, bekas Menteri, Dominique de Villipin dan Edouard Balladur di samping Presiden Perancis sekarang, Nicholas Sarkozy.

Demikian menurut laporan Asian Sentinel semalam dalam laporan yang ditulis oleh Gavin M. Greenwood, seorang konsultan keselamatan yang berpejabat di Hong Kong John Berthelsen, editor Asia Sentinel.

Mungkin persiapan ke arah itulah, pejabat kedutaan Malaysia di Perancis penuh dengan bekas pegawai tentera termasuk dutanya, Tan Sri Dr Abdul Aziz Zainal, 58, yang merupakan bekas Panglima Angkatan Tentera. Dr Abdul Aziz menerima watikah perlantikan itu awal Mei 2010 lalu.

Menurut seorang rakyat Malaysia yang berkunjung ke pejabat kedutaan Malaysia di Perancis baru-baru ini dalam urusan kerjanya, apa yang mengejutkan beliau adalah ramainya bekas tentera yang menjadi kakitangan di pejabat kedutaan itu termasuk dutanya.

Beliau tertanya-tanya, kenapa ramai sangat bekas tentera di situ, lalu dia teringat kes kapal selam yang tidak boleh menyelam kat Malaysia dan wanita Monggolia yang mati kerana dibom dengan C4.

Menurut Asian Sentinel, para peguam kepada keluarga 11 jurutera Perancis yang mati dalam serangan bom di Karazchi tahun 2002 lalu, akan memfailkan dakwaan pembunuhan terhadap Chirac dengan mendakwa kejadian itu berpunca dari pembatalan rasuah kepada tentera Pakistan dalam pembelian tiga kapal selam Agosta 90-class untuk tentera laut negara itu.

Sarkozy adalah Menteri Bajet Perancis ketika kerajaan negara itu menjual kapal selam yang dibina oleh gergasi pertahanan Perancis, DCN ( yang kemudiannya dikenali sebagai DCNS) kepada Pakistan dengan nilai USD950 juta.

Pendakwaraya mendakwa, ahli poltik, pegawai tentera dan orang tengah Pakistan menerima jumlah komisyen sehingga Euro2 juta yang kembali semula ke Paris untuk membantu kempen Balladur yang tidak berjaya mengalahkan Chirac itu.

Menteri Bajet, Sarkozy didakwa meluluskan elemen kewangan dalam penjualan kapal selam itu. Ketika itu, beliau adalah jurucakap pasukan kempen presiden Balladur dan menurut media Perancis, mereka telah membuka dua syarikat di Luxembrg untuk menguruskan wang rasuah itu, lapor Sentinel.

Adalah didakwa, apabila Chirac dipilih semula, beliau telah membatalkan pembayaran rasuah itu kepada Pakistan, menyebabkan tindakan serangan membalas dendam ke atas kenderaan yang dinaiki oleh para jurutera Perancis dan tiga rakyat Pakistan itu. Beberapa tahun lamanya, Pakistan menyalahkan serangan itu kepada militan Islam termasuk Al Qaeda.

Salah seorang peguam itu berkata, pihaknya akan menyiasat bagaimana keputusan memghentikan komisyen itu dicapai. Beliau juga mahu memanggil Sarkozy untuk memberikan keterangan namun Presiden Perancis itu dengan marahnya menafikan dakwaan itu.

Sebagai Presiden beliau mempunyai umuniti dan berhak untuk menolak dari dipanggil memberikan keterangan.

DCNS telah menjual Scorpènes kepada Pakistan pada tahun 1994. Malaysia melalui usaha Menteri Pertahanan ketika itu, Datuk Seri Najib Razak membayar USD1 bilion kepada DCNS untuk memesan kapal selam itu dan pada tahun yang sama, iaitu 2002, ketika para jurutera Perancis itu dibunuh, lapor Sentinel.

Sebagai timbal balas, syarikat yang dimiliki rakan Najib, Abdul Razak Baginda telah dibayar Euro114 juta sebagai 'komisyen'. Ia disahkan dalam satu jawapan di Parlimen Malaysia.

Isu ini menjadi semakin panas apabila Altantuya Shaariibuu, wanita Monggolia yang mendakwa teman wanita Abdul Razak dibunuh dan diletupkan badannya sehingga berkecai dengan C4, peledak yang selalu digunakan oleh tentera.

Altantunya datang ke Malaysia untuk menuntut hak yang dijanjikan kepadanya iaitu USD500,000 dari komisyen yang mereka perolehi ekoran peranannya dalam urusan jual beli kapal selam ini.

Abdul Razak bersama dua pengawal peribadi Najib telah didakwa ekoran kejadian itu namun Abdul Razak telah dibebaskan manakala dua lagi pegawai polis yang menjadi pengawal peribadi itu dijatuhkan hukuman bunuh.
Harakahdaily

OKT mati: Suaram kecewa kualiti PDRM

18 Zulhijjah 1431H

KUALA LUMPUR, 24 Nov: Suara Rakyat Malaysia (Suaram) mengutuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) atas kematian seorang pemuda, S Kalaiselven, 21, di Hospital Sultan Ismail selepas suspek ditangkap di bawah Ordinan Darurat pada September 2010.

Penyelaras Suaram, Yap Heng Lung berkata, S Kalaiselvan telah ditahan bawah Ordinan Darurat kerana disyaki terlibat dalam kes jenayah.

Katanya, pihak polis daerah Kota Tinggi telah mendapat perintah reman beberapa kali dan menahannya sehingga suspek ditahan bawah Ordinan Darurat.

Suaram juga, katanya mengecam tindakan pihak polis bertugas yang telah gagal menjalankan tanggungjawab mereka untuk memastikan Orang Kena Tahan (OKT) adalah dalam keadaan yang sihat dan baik seperti yang dinyatakan dalam Akta Kaedah-Kaedah Lokap(L.N.3289/1958)(4) semasa tempoh tahanan.

“Kami juga amat meragui kualiti perkhidmatan dan rawatan yang diterima oleh suspek di hospital yang boleh menyebabkan suspek meninggal dunia,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Suaram turut melahirkan kekecewaan terhadap kualiti perkhidmatan PDRM.

Menurutnya, mengikut kenyataan ahli keluarga mangsa, pihak polis tidak memaklumkan kepada mereka mengenai keadaan kesihatan OKT sebelum itu walaupun OKT pernah dihantar ke hospital beberapa kali sebelum itu.

“Kami juga membantah kewujudan undang-undang zalim seperti Ordinan Darurat yang digunakan oleh polis untuk menahan suspek.

“Kami membantah segala undang-undang tanpa perbicaraan kerana ia merupakan satu penindasan terhadap hak-hak asasi manusia,” katanya lagi.

Tamnbahnya, undang-undang sebegitu akan melahirkan rasa bimbang dan kerisauan orang awam mengenai keselamatan OKT semasa mereka di bawah tahanan Ordinan Darurat atau undang-undang zalim yang lain.

Justeru, katanya Suaram menyeru agar kerajaan segera menubuhkan Suruhanjaya Diraja untuk menyiasat kematian S Kalaiselvan serta menubuhkan IPCMC iaitu Suruhanjaya Bebas Salahlaku dan Aduan Polis yang dicadangkan oleh Suruhanjaya Diraja Penambahbaikan Perjalanan dan Pengurusan Polis Diraja Malaysia yang bersifat bebas serta telus dan adil.

Selain itu, tambahnya tindakan tatatertib perlu diambil segera terhadap pengawai polis yang gagal menjalankan tanggungjawab.

Selain itu, segala undang-undang tanpa perbicaraan amat perlu dimansuhkan segera demi mengelakkannya daripada disalahgunakan untuk menindas hak asasi manusia.

Harakahdaily/-

Pakatan Rakyat bahagi kerusi selepas konvensyen

18 Zulhijjah 1431H
Oleh : Hazayani Zakaria

KUALA LUMPUR, 24 Nov: Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharuddin Mat Isa berkata, proses persiapan pilihan raya Pakatan Rakyat bermula dengan perhimpunan penyokong parti di Pulau Pinang, 18 Disember depan dan disambung dengan Konvensyen Pakatan Rakyat pada keesokan harinya.

"Pada peringkat ini, kita mahu memperkukuhkan Pakatan Rakyat dan selepas itu membawa kepada pembahagian kerusi di kalangan komponen Pakatan," katanya pada sidang media selepas mesyuarat majlis pimpinan Pakatan Rakyat di pejabat Ketua Pembangkang parlimen, petang ini.

Ia juga, katanya sebagai menunjukkan kekuatan Pakatan Rakyat walaupun diasak dengan pelbagai dakwaan melalui media massa.

"Kami juga telah memutuskan untuk membuat persiapan pilihan raya di Sarawak, contohnya telah ada jawatankuasa yang telah ditubuh yang akan melangsungkan keputusan yang telah dibuat sebelum ini.

"Segala program yang sedang kami rancang adalah satu manifestasi kepada pengukuhan Pakatan Rakyat itu sendiri sebagai alternatif kepada rakyat," katanya yang juga ahli Parlimen Bachok.

Selain itu, mesyuarat itu turut memutuskan untuk mengadakan pertemuan dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung dakwaan pengundi awam menjadi pengundi pos.

"Ada maklumat tambahan mengenai pemindahan nama orang awam menjadi pengundi pos dan cara pendaftaran yang masih belum diperbaiki.

"Kita akan selaraskan mesyuarat di antara jawatankuasa pilihan raya Pakatan Rakyat dengan pihak Bersih supaya maklumat ini dapat mereka teliti.

Sementara itu, Pakatan Rakyat akan mengadakan konvensyen kali kedua Disember depan bagi membincangkan beberapa isu penting termasuk soal tanah, Felcra dan Felda.

Menurut Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, ianya akan diakan pada 19 Disember di Dewan Milennium Seberang Perai, setelah mendapat persetujuan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

"Antara isu pokok yang akan dibahaskan ialah isu tanah termasuk Felda, Felcra dan tanah adat, soal air, tol, pelaburan,masalah pekerja, wanita Sabah dan Sarawak.

"Kita juga putuskan pimpinan Pakatan Rakyat mulai Disember ini akan melancarkan majlis penerangan di beberapa buah negeri sebagai permulaan," kata beliau selepas mempengerusikan Majlis Pakatan Rakyat.

Anwar juga memberitahu, menteri-menteri besar dan ketua menteri negeri Pakatan Rakyat akan bersidang di Shah Alam Isnin ini juga bagi membincangkan beberapa perkara khususnya mengenai ekonomi negeri.

"Persidangan menteri besar dan ketua menteri negeri Pakatan Rakyat akan diadakan pada 29 November di Shah Alam dan di antara isu yang akan dibangkitkan termasuk soal menjana koridor dan kekuatan ekonomi, infranstruktur pelaburan, megimbangi kepentingan antara kaum dan dasar pertanian, federalisme dan perhubungan kerajaan pusat dengan negeri, pembangunan masyarakat dan komunikasi massa," katanya.

Turut hadir dalam mesyuarat itu Penasihat DAP, Lim Kit Siang, Timbalan Presiden PKR, Dr Syed Husin Ali, Setiausaha Agung PAS dan PKR, Datuk Mustafa Ali dan Saifuddin Nasution Ismail serta beberapa pimpinan Pakatan Rakyat yang lain.

Harakahdaily/-

Kenyataan Media : Sistem Merit Dicadangkan Untuk Kurangkan Kemalangan

PARIT BUNTAR, 25 November 2010.

Parlimen diberitahu bahawa sebanyak 81,733 kes kemalangan jalan raya melibatkan 1,174 kematian direkodkan semasa Ops Sikap sempena sambutan perayaan Aidilfitri dari tahun 2006 hingga September tahun ini, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Terdapat lima negeri yang mencatatkan jumlah kematian tertinggi iaitu Selangor sebanyak 189 kematian, Johor (158 kematian), Perak (120 kematian), Pahang (108 kematian) dan Kedah (102 kematian).

Sehubungan dengan itu suka saya untuk mengeluarkan kenyataan seperti berikut :-

1. Jumlah kemalangan tersebut adalah dalam jumlah yang membimbangkan dan serius serta perlu diambil tindakan segera oleh pelbagaipihak untuk mengatasinya.

2. Satu kajian secara terperinci dan menyeluruh hendaklah dilakukan untuk mengenal pasti punca-punca permasalahan sebenar sehingga mengundang jumlah kemalangan yang besar itu.

3. Sesungguhnya pendidikan tentang pemanduan berhemah mestilah ditingkatkan dari masa ke semasa dengan program yang dilakukan secara bersepadu dan terancang termasuk dalam kaedah pemberian lesen memandu.

4. Selain itu saya cadangkan supaya sistem merit kepada pemegang lesen
memandu disegerakan untuk memastikan mereka lebih bermoral dan berdisiplin semasa memandu. Setiap pemegang lesen memandu dibekalkan sejumlah mata/merit dan akan dipotong setiap kali dia terlibat dengan pelanggaran undang-undang dijalan raya. Sekiranya jumlah tersebut habis dalam tempoh tertentu lesennya akan ditarik balik dan proses untuk mendapatkan lesen untuk kali kedua melaui proses yang lebih ketat.

5. Peningkatan akhlak Islam dan moral yang tinggi secara umum tidak dinafikan boleh menyebabkan lahirnya pemandu yang berhemah serta mampu mengurangkan kadar kemalangan.

6. Dengan mengambil faktor-faktor seperti keadaan jalan raya yang tidak kondusif, jumlah kenderaan yang semakin bertambah dan kecuaian pemandu sendiri, pihak kerajaan mestilah melaakukan tidakan yang bersifat segera untuk menyelamatkasn nyawa rakyat Malaysia dari terlibat dalam kemalangan maut di masa akan datang.

7. Pihak kerajaan juga mesti memastikan keadaan kenderaan dan keperluan jalanraya yang lebih selamat supaya dipertingkatkan di masa akan datang sesuai dengan kemampuan kewangan kerajaan. Sekiranya sebanyak 5 biliion ringgit diperuntukkan untuk membina menara 100 tingkat, kenapakan kerajaan tidak mahu melalukan sesuatu yang seumpamanya untuk kepentingan rakyat bagi mengurangkan jumlah kemalangan dan menyelamatkan nyawa rakyat.

DRS. KHALIL IDHAM LIM
Ketua Penerangan PAS Perak

'Umno Apco' - J/kuasa hak parlimen belum bersidang

18 Zulhijjah 1431H
Oleh : Regina Lee

Jawatankuasa hak dan kebebasan Parlimen dilaporkan akan menggantung ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, namun jawatankuasa itu setakat ini masih belum bermesyuarat, kata ahli parlimen Subang R Sivarasa.

Sivarasa (kiri) yang menganggotai jawatankuasa itu berkata, beliau masih belum menerima apa-apa notis mesyuarat bagi tujuan itu.

PKR bagaimanapun bersedia untuk untuk menghadapai semua keadaan, termasuk penggantungan Anwar daripada parlimen, katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai laporan portal berita The Malaysian Insider berhubung hukuman yang bakal dihadapi ahli parlimen

Permatang Pauh itu atas tindakan mengaitkan kerajaan dan slogan '1Malaysia' dengan sebuah firma penasihat Israel Apco Worldwide.

Bagaimanapun, Sivarasa berpendapat sekiranya Anwar dihukum, tindakan itu tidak akan berlaku dalam tempoh terdekat.

Katanya, pendengaran dalam jawatankuasa itu tidak akan berakhir dengan begitu cepat memandangkan mereka masih perlu mendengar keterangan daripada saksi, termasuk daripada firma penasihat Israel tersebut.

"Setakat yang saya tahu, ini hanya satu spekulasi," katanya lagi.

Beliau juga menolak pandangan bahawa hukuman ke atas Anwar itu merupakan salah satu 'plan strategik' BN sebelum mengadakan pilihan raya mengejut tahun depan.

Walaupun Anwar digantung, keadaan itu tidak akan memberi kesan kepada pencalonannya, mahupun ke atas kempen dalam pilihan raya umum, kata Sivarasa lagi.

Malah, keadaan itu juga akan membantu memberikan sokongan kepada Pakatan Rakyat kerana hukuman itu dilihat sebagai "tidak adil", katanya lagi.

Tambahnya, penggantungan Anwar ekoran daripada isu berkenaan akan memberi kesan terhadap imej Malaysia di mata dunia dari segi kebebasan bersuara bagi ahli-ahli parlimennya.

Anwar pula ketika diminta mengulas kemungkinan beliau akan digantung daripada menghadiri persidangan Dewan Rakyat selama enam bulan mulai bulan depan berikutan kenyataannya mengaitkan konsep 1Malaysia dan Apco Worldwide, berkata beliau tidak dimaklumkan atau menerima sebarang notis mengenainya.

Malaysiakini/-

Bekas KM Pulau Pinang, Lim Chong Eu meninggal dunia

18 Zulhijjah 1431H

Bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Tun Dr Lim Chong Eu, 91 meninggal dunia hari ini akibat serangan angin ahmar.

Ketua menteri selama 21 tahun itu meninggalkan seorang balu, dua anak lelaki dan dua anak prempuan.

Dr Lim dilaporkan meninggal dunia di rumahnya di Tanjong Bungah di Georgetown setelah dibawa balik dari Hospital Pulau Pinang petang tadi.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Koh Tsu Koon ketika dihubungi mengesahkan berita mengenai kematian Dr Lim itu.

Satu makluman rasmi akan diumumkan, kata Koh.

Dr Lim, dimasukkan ke di wad Unit Rawatan Rapi Hospital Pulau Pinang (HPP) pada 26 Okt lalu dan terus tidak sedarkan diri.

Beliau menjadi ketua menteri kedua Pulau Pinang selepas Tan Sri Wong Pow Nee dan memegang jawatan itu dari 12 Mei 1969 hingga 25 Oktober 1990.

Beliau menjadi presiden Gerakan selama sembilan tahun mulai 1971.

Di bawah kepimpinannya, Gerakan menyertai BN pada 1972.

Gugat kuasa Raja, Umno dicabar buktikan petualang

18 Zulhijjah 1431H

PAS hari ini melahirkan rasa kesal parti itu dengan isu gangguan perlembagaan dan kedudukan Raja-Raja Melayu seperti yang sering dibangkitkan, kata ketua penerangannya, Idris Ahmad.

Menurut beliau usaha Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang mengingatkan pihak-pihak tertentu yang cuba mengubah perlembagaan negara supaya tidak bersikap seperti 'tikus membaiki labu' sebenarnya cuba menimbulkan ketakutan di kalangan orang Melayu supaya tidak menyokong PAS dan Pakatan Rakyat.

"Sejak mutakhir isu Melayu dan kedaulatan Raja-Raja dibangkitkan sebagai usaha untuk menarik sokongan orang Melayu kepada Umno, kononnya Melayu dan Raja Berperlembagaan hanya selamat di bawah Umno, setelah isu pembangunan sudah lapok, kerana dunia semakin maju," katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Idris berkata satu ketika dahulu kononnya ada perlembagaaan baru seperti yang ditimbulkan oleh Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria tetapi sehingga hari ini perkara itu gagal dibuktikan.

“PAS mencabar mana-mana pihak yang ada bukti jika ada mana pihak yang hendak menggugat perkara yang telah dipersetujui bersama seperti kedudukan agama Islam, kedudukan Raja-Raja Melayu dan Hak Istimewa Raja-Raja Melayu silalah bawa ke pengadilan.

Isu derhaka

"Isu derhaka kepada Raja-Raja Melayu dibangkitkan dengan hebat ketika pilihanraya kecil Bukit Gantang, kononnya Datuk Seri Nizar Jamaludin derhaka kepada Sultan Perak. Mereka eksploit perkatan yang diucapkan oleh Nizar "Patik Mohon Sembah Derhaka", pada hal ini adalah istilah yang diajar oleh protokol istana ketika berbahasa dengan Raja apabila kita tidak sependapat dalam satu pandangan," kata Idris.

Menurut beliau, dalam sejarah politik Malaysia - “yang biadab dengan Raja-Raja Melayu ialah pemimpin Umno.” Malahan, dakwa Idris, Umno juga cuba mengambil alih kuasa mengistihar darurat daripada Yang Di-Pertuan Agong.

Katanya, rakyat negara ini juga tidak lupa bagaimana Umno “membelasah Raja-Raja Melayu pada tahun 1983 kerana menolak cadangan supaya kuasa Yang Di-Pertuan Agong mengenai pengistiharan darurat dikurangkan.

"Begitu juga penyokong Umno pula mengatakan Sultan Terengganu binatang. Kenapa polis tidak tangkap mereka yang berdemonstrasi dan menghina sultan Terengganu kerana tidak melantik Datuk Seri Idris Jusuh sebagai Menteri Besar Terengganu?” soalnya.

Idris berkata sebenarnya, banyak lagi yang boleh dibongkarkan bagi membuktikan siapa yang sebenarnya menghina Raja-raja Melayu.

Malaysiakini/-

Jering

18 Zulhijjah 1431H
Oleh : newsfowarder

Jering mempunyai rasa yang pahit dan berbau. Ini menyebabkan golongan muda kurang menyukainya. Tetapi bagi sesetengah orang yang telah lama mengenali jering, rasanya yang sungguh enak terutama sekali apabila dimakan bersama sos ataupun kelapa parut bergula.

Dari segi perubatan pula, biji jering mengandungi sejenis bahan alkoloid yang memberi rangsangan untuk membuang air kecil. Bagi pesakit penyakit kencing manis pula, jering boleh menjadi penawar yang berkesan sekiranya diambil berterusan dengan kadar yang sedikit.

Kerana kandungan sebatian alkoloid di dalam jering mampu meneutralkan kandungan gula dalam badan.

Kerdas

18 Zulhijjah 1431H
Oleh : newsfowarder

Kerdas atau nama saintifiknya ialah archidendron bubalinum merupakan sejenis buah yang sering dijadikan sebagai ulam serta dimakan bersama nasi. Ianya mengeluarkan bau yang agak kuat sama seperti ulam petai atau jering. Pokok Kerdas merupakan sejenis pokok berkayu, saka dan malar hijau.

Kulit kerdas agak keras dan liat serta mempunyai saiz memanjang dan isi di dalamnya berulas-ulas. Ulas isinya agak kecil di antara (10mm-15mm) dan ianya berkulit nipis sama seperti kulit isi jering. Warna isinya bergantung kepada ketuaan buah ini jika sudah tua atau disimpan lama warnanya akan menjadi kehitaman dan jika isinya masih muda atau baru dipetik ianya bewarna kuning pucat (keputih-putihan).

Daun pokok kerdas ini bertekstur nipis dan lembut daun mudanya pula bewarna unggu.

Kerdas dijadikan sebagai ulam bagi menambah selera makan. Baunya agak kuat hingga melekat pada bau nafas selepas memakan ulam ini. Kerdas ini boleh bertahan lama jika disimpan bersama kulitnya. Bagi penduduk luar bandar mereka sering mencari pokok kerdas yang tumbuh meliar di dalam hutan.

Petai

18 Zulhijjah 1431H
Oleh : newsfowarder

Berdasarkan kajian, buah petai yang berbintil-bintil pada papannya dikatakan mengandungi kadar protein dan lemak yang tinggi berbanding tumbuhan hutan yang lain, iaitu sebanyak 8 peratus, 11 peratus karbohidrat, 71% air, banyak mengandungi kalsium, fosforus, zat besi, vitamin A, B1, B2 dan C.

Sebenarnya kandungan pemakanan biji petai berbeza mengikut umur dan kesegaran bijinya. Buah petai yang kecut ataupun bijinya tidak membulat mempunyai kandungan khasiatnya kurang.

Dalam perubatan tradisional Melayu, biji petai dipercayai berkesan untuk merawat penyakit jantung dan penyakit kencing manis, mencuci buah pinggang, serta untuk mengeluarkan cacing daripada kanak-kanak yang kecacingan.

Kapal bocor, senget sesuai lambang baru BN

18 Zulhijjah 1431H
Oleh : Hazayani Zakaria

KUALA LUMPUR, 25 Nov: Ketua Penerangan PAS Perak, Drs Khalil Idham Lim berpandangan usaha BN menarik sokongan rakyat dengan menukar lambang dacing akanmenjadi sia-sia selagi pemimpinnya di tahap dan takuk yang lama.

Katanya, pelbagai lagi senarai panjang penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa membuktikan pemimpin BN bukan seperti dacing.

“Pempin BN dilihat seperti dacing senget sebelah, mengamal sikap pilih kasih dalam agih projek, rasis, kronisme, mengamalkan dasar yang menzalami rakyat,” ujarnya yang juga Adun Titi Serong.

Sebenarnya, kata beliau pemimpin BN kena faham bahawa rakyat menolak BN bukan kerana logo dacing tetapi rakyat menolaknya disebabkan perangai mereka idak seperti dacing.

“Entah apa pula lambang baru BN, dah banyak hari fikir tak ada idea nak berikan. Kalau gambar kapal bocor nak tenggelam, senget sebelah OK juga,” tulisnya dalam laman twitter.

Menurutnya, tidak pernah terbayang BN boleh berhasrat menukar lambang dacing tetapi mungkin berbuat demikian kerana nasihat Apco Yahudi.

Namun, ujarnya harus diingat tidak selamanya BN dan Umno boleh berjaya dengan kerja jahat mereka.

Justeru, katanya Pilihan Raya Umum ke-13 nanti adalah peluang terbaik rakyat untuk menghukum BN.

Menurutnya, sejak lebih 50 tahun BN dan Umno bertahan menggunakan taktik kotor dengan propaganda media memburukkan lawan dan menyolek diri sendiri kononnya semuanya baik.

“Umno guna Apco Yahudi untuk jadi penasihat sedangkan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng guna nasihat beberapa orang pimpinan PAS untuk bercakap Islam, siapa lebih baik,” ujarnya yang juga Pengerusi Sekretariat Pakatan Rakyat Perak.

Harakahdaily/-

UDANG MSK LEMAK CILI API + PETAI

18 Zulhijjah 1431H
Oleh : newsfowarder

Bahan2

300-400 gm udang (tak kisah udang solo, udg galah, udg tajam dll)

2 papan petai belah 2

2 cwn santan pekat (santan pertama)

10 biji cili padi, belah 2(leh tambah jika ske pedas)

2 ulas bawang merah kecik (hiris nipis)

2 ulas bawang putih (hiris nipis)

2 batang serai (hiris nipis) saya ske banyak serai….

Asam keping, Garam, Perasa (jika ske)

Kunyit serbuk (kalau ske kunyit hidup boleh hiris gak)

Cara2

- masukkan santan dan bahan yang dihiris dan petai ke dalam periuk.

- Apabila mendidih masukkan udang yang telah dibuang kulit dan telah dibersihkan.

- masukkan asam keping, garam, perasa

- kacau pelan2 bila mendidih semula sket sila angkat yer… udang tak beh masak lelama… nanti isi dia keras.

Pelbagai Resepi Daging

18 Zulhijjah 1431H
Oleh : newsfowarder

Pegedil Daging

Bahan-bahan: (menghasilkan 8 ketul pergedil)
2-3 biji kentang (kupas kulit dan potong 10)

50 gm daging dikisar halus

1 sudu teh biji lada hitam ditumbuk halus

2 ulas bawang merah dan 1 ulas bawang putih ditumbuk kasar

1 sudu besar daun sup dan bawang yang dihiris halus
1 biji telur dipukul sedikit

garam secukup rasa (+/- 1/2 sudu teh)

Cara membuatnya:

1. Goreng kentang hingga keperangan. Angkat dan tumbuk hingga halus.

2. Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk bersama kentang yang telah ditumbuk tadi. Gaul rata seeloknya dengan tangan.

3. Bentukkan jadi bulat leper seperti di dalam gambar. Buat hingga habis.

4. Panaskan minyak untuk menggoreng. Celupkan kepingan pergedil ke dalam telur dan goreng hingga berwarna perang gelap.

Sedia dinikmati bersama lauk-pauk yang lain atau boleh juga dimakan begitu sahaja.

Daging Goreng Kunyit
Bahannya sama dengan masak goreng kunyit yang lain cuma ganti dengan daging.

Bahan-bahan:

300 gm daging, kalau dapat batang pinang paling bagus.- hiris nipis melawan urat, basuh bersih dan toskan

garam dan kunyit secukupnya

1 biji cili merah dihiris serong

1 urat kacang panjang dipotong 1 inci panjang

1/2 labu bawang besar kuning-hiris membujur

1 ulas bawang putih dihiris

3 biji cili api diketuk

sedikit bunga kobis dipotong kecil

minyak untuk menggoreng

Cara memasak:

1. Panaskan 2 sudu besar minyak dalam kuali. Gaulkan daging dengan garam dan kunyit. Masukkan daging. Goreng seketika. Masukkan bawang besar, bawang putih, cili api dan cili merah. Goreng lagi hingga wangi.masukkan kacang panjang. Tambahkan sedikit air.Perlahankan api. Tutup kuali dan biar daging empuk.

2. Apabila daging empuk, masukkan bunga kobis dan rasa masinnya. kalau belum cukup, tambah sedikit garam. Kacau rata dan sedia dihidang.

Daging Masak Kicap Berlada

Bahan-bahan:(hidangan untuk 5 orang)

500 gm daging lembu dihiris nipis- dibasuh dan toskan

3 ulas bawang merah, 2 ulas bawang putih, 1/2 inci halia dihiris halus

kulit kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang serba satu

1 labu bawang besar dihiris tebal-tebal melintang (gelang)

2 biji cili merah dibelah 4

1/2 cawan kicap manis

1 sudu besar cili kisar

1 sudu teh lada hitam ditumbuk halus

1 sudu teh sos tiram

Cara membuatnya:

1. Panaskan minyak dalam periuk. Tumis bawang merah, putih, halia dan rempah ratus hingga wangi dan bawang keperangan. Masukkan cili kisar dan tumis 1/2 minit. Masukkan 1/2 cawan air.

2. Masukkan kicap dan daging. Tutup periuk. perlahankan api dan biar daging mereneh hingga empuk. (lebih cepat jika guna periuk tekanan)

3. Bila daging empuk, masukkan lada hitam, bawang besar, cili merah, sos tiram dan garam. Biar mendidih dan kuah agak pekat lebih kurang 5 minit. Tutup api dan sedia dihidang.

Sup Siam Tulang Rusuk

Bahan-bahan: (hidangan untuk 5 orang)

1/2 kg tulang rusuk dipotong kecil

200 gm daging campur (yang segar ye..)

5 ulas bawang merah dihiris

1 inci halia dihiris halus

2 ulas bawang putih dihiris halus

serba satu bunga cengkih, bunga lawang, kulit kayu manis, buah pelaga

1 bungkus sup bunjut Adabi atau Sup Tulang

1 biji tomato dibelah 6

3 biji cili padi diketuk

1 batang seleri dihiris serong

1 biji limau nipis, diperah airnya

garam secukup rasa

minyak untuk menumis

1 labu bawang holland sederhana besar dibelah 8

daun sup dan daun bawang secukupnya

Cara membuatnya:

1. Basuh tulang dan daging dan toskan. Masukkan ke dalam periuk dan tambahkan air secukupnya hingga daging dan tulang tenggelam. Rebus hingga empuk. Tutup periuk dan gunakan api perlahan untuk hasil memuaskan. Gunakan periuk tekanan jika ada, untuk menjimatkan masa.

2. Apabila daging telah empuk, masukkan sup bunjut dan sediakan bahan tumisan. Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bawang merah, bawang putih, halia dan rempah ratus hingga wangi dan bawang keperangan. Tuangkan ke dalam periuk sup.

3. Biarkan sup mereneh dengan api perlahan. Masukkan cili padi, bawang besar holland, tomato,seleri dan garam. Masukkan juga daun sup dan daun bawang yang dihiris halus.

4. Tutup api apabila cukup rasanya. Cedok sup ke dalam mangkuk dan perahkan air limau nipis. Taburkan bawang goreng jika suka. Sedia dinikmati.

*** tambahkan cili padi jika suka lebih pedas dan air limau nipis jika suka lebih masam.

Gulai Pekat Daging Rusa

Bahan-bahan: (hidangan 5-8 orang)

500 gm daging rusa -dihiris nipis dan kecil- dibersihkan

2 sudu besar rempah kari ayam/daging- dibancuh dengan 1 cawan air

1 sudu besar kerisik yang ditumbuk hingga pecah minyak

1 tangkai daun kari

3 ulas bawang merah dihiris

2 ulas bawang putih dihiris

1/2 inci halia dihiris halus

1 inci kulit kayu manis, 1 kuntum bunga lawang, bunga cengkih

1 sudu besar cili kisar

kentang dibelah 4 jika suka

1 cawan santan kelapa daripada 1/2 biji kelapa

Cara membuatnya:

1. Panaskan minyak dalam periuk. Tumis bawang merah, bawang putih, halia dan rempah 3 serangkai hingga wangi dan bawang keperangan.

2. Masukkan rempah kari dan daun kari dan tumis hingga pecah minyak. Masukkan cili kisar. Tumis lagi 2 minit sambil dikacau. Gunakan api perlahan.

3. Masukkan daging dan 1 cawan air. Gaul rata dan tutup periuk. Kecilkan api dan biar daging mereneh hingga empuk.

4. Apabila daging empuk masukkan kerisik dan santan kelapa. Masukkan garam dan kentang. masak hingga kentang empuk dan kuah pekat.

5. Tutup api dan sedia dihidang.

Daging Masak Lada Hitam dengan Kailan

Bahan-bahan:

500 gm daging dipotong nipis (kalau bukan batang pinang, rebus dulu hingga empuk dan simpan airnya untuk diguna masa memasak nanti)

4 ulas bawang putih dan 3 ulas bawang merah ditumbuk kasar

1/4 cawan lada hitam biji ditumbuk/kisar halus

1 sudu besar sos tiram

2 sudu besar kicap manis

1 sudu teh tepung jagung dibancuh dengan sedikit air

1 ikat kailan atau 'baby kailan' ikut citarasa

secubit garam

Cara-cara:

1. Potong kailan 1 inci panjangnya. Asingkan batang yang dihiris nipis jika guna kailan besar. Ketepikan.

2. Panaskan 2 sudu besar minyak dalam periuk. Tumiskan bawang merah dan putih hingga wangi.

3. Masukkan batang kailan dan 1/4 cawan air (atau air rebusan daging). Masukkan daging dan tutup periuk. Perlahankan api dan biar hingga daging empuk.

4. Setelah daging lembut, masukkan lada hitam, kicap dan sos tiram. Kacau hingga kuah pekat (supaya lada dan sos benar-benar masak)

5. Masukkan daun kailan, sedikit air dan sedikit garam. Kacau goreng hingga kailan lembut. Masukkan tepung jagung, kacau dan tutup api. Sedia dinikmati bersama nasi.

Sambal Daging

Bahan-bahan:

500 gm daging batang pinang (Potong nipis agar cepat masak)

5 ulas bawang merah dan 1/2 labu bawang besar dikisar

3 ulas bawang putih ditumbuk kasar

1/2 inci halia ditumbuk kasar

3/4 cawan cili kisar

1/2 cawan santan sederhana pekat

garam dan gula secukup rasa

Cara-cara:

1. Panaskan 5 sudu besar minyak masak di dalam periuk.

2. Tumis semua bawang dan halia sehingga wangi.

3. Masukkan cili kisar. Tumis sampai pecah minyak. Masukkan daging. Kacau sedikit dan tutup periuk. Perlahankan api dan biarkan hingga daging empuk.

4. Bila daging empuk, masukkan santan garam dan sedikit gula. Masak hingga kuah pekat. Jika suka ada rasa masam sikit, tambahkan 1 sudu besar air asam jawa. Bila kuah pekat cantik, dan cukup rasanya, tutup api dan boleh dihidang.

Daging Masak Merah

Bahan-bahan:
500 gm daging- potong kiub besar dan rebus( guna periuk tekanan lagi bagus)

3 ulas bawang merah ditumbuk kasar

3 ulas bawang putih ditumbuk kasar

1/2 biji lada benggala hijau dipotong panjang

1 biji cili merah dipotong serong

sedikit bunga kobis

1/2 biji bawang besar kuning dipotong membujur

1 sudu besar sos tiram

3 sudu besar sos cili (ikut citarasa)

1 sudu besar cili kisar

1 sudu kecil sos ikan

sedikit pewarna merah

Cara-cara:
1. Keluarkan ketulan daging yang telah direbus tadi. Hiris nipis-nipis. Campurkan dengan 1/2 cawan air rebusan di dalam mangkuk. Letak sedikit pewarna merah.

2.Selepas 10 minit, toskan daging dan ketepikan dulu air perapan tadi.

3. Panaskan 2 sudu besar minyak. Goreng sebentar daging.. ada bau sedap keluar.. lepas tu terus masukkan bawang merah, putih, cili merah, cili padi. Tumis seketika hingga wangi.

4. Masukkan cili kisar. Goreng sebentar.Masukkan air perapan daging tadi. Masukkan sos tiram, sos cili, sos ikan. Kacau.

5.Masukkan lada benggala, bunga kobis dan bawang besar. Masukkan garam dan gula secukupnya. Bila kuah pekat bolehlah diangkat dan hidang bersama tomyam dan nasi putih.

ISTERI PEDANA MENTERI BERFAHAMAN PLURALISME?

18 Zulhijjah 1431H
Oleh : Hafizi Pauzi

PARIT BUNTAR, 24 Nov :- Belum pun reda isu IFF, terkini isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, Yang Dipertua BAKTI, menganjurkan satu majlis yang secara jelas menamakannya sebagai majlis Depavali & Hari Raya Haji boleh disifatkan sebagai perbuatan menyamakan nilai kedua sambutan perayaan tersebut.

Beberapa hari lalu, timbul pula isu menyamakan taraf Hari raya Haji

dengan pengorbanan Nabi Ibrahim A.S dengan agama syirik rekaan manusia. Majlis Hi Tea anjuran BAKTI yang diketuai oleh isteri PM yang diadakan baru-baru ini.

“Majlis sebegini tidak wajar sama sekali diadakan, ia secara terang terangan telah menyamakan nilai dua sambutan itu, kata Drs. Khalil Idham Lim, ADUN Titi serong ketika ditemui di sini.

Menurutnya, amalan sebegini mirip seperti amalan mereka yang berfahaman pluralisme.

Konsep pluralisme ialah konsep kesamaan dalam kepelbagaian agama. Konsep ini menekankan bahawa semua agama adalah sama dan menuju kepada kemuncak kebenaran yang sama.

“Saya nasihatkan supaya pihak berkuasa agama khususnya para mufti untuk memberikan pandangan yang jelas mengenai sikap Islam kepada seseorang yang mencampur adukkan perayaan Islam dengan perayaan agama lain.", katanya.yang juga Ketua Penerangan PAS Perak,

"Kita khuatir tindakan beliau sekiranya tidak dimurnikan dengan segera oleh para mufti boleh menambahkan lagi kekeliruan beragama khususnya umat Islam di Malaysia, ini kerana Rosmah ialah isteri Perdana Menteri Malaysia .

TAHNIAH MB SELANGOR, TAHNIAH PR SELANGOR

18 Zulhijjah 1431H
Oleh : WFAUZDIN NS

SYABAS, kita ucapkan kepada Kerajaan PR Selangor yang tidak menyembunyikan atau melindungi mana-mana pegawai di bawah kerajaan negeri yang disyaki terlibat di dalam penyelewengan.

Kes seorang Pengurus Kanan Yayasan Selangor yang telah ditahan reman selama 7 hari oleh SPRM bagi siasatan berhubung isu perbelanjaan Majlis Sambutan Ulang Tahun Ke 40 yayasan itu membuktikan ketelusan Kerajaan Negeri.

Majlis Sambutan Ulang Tahun ke-40 yayasan itu yang dikatakan melebihi RM300,000 adalah satu perbelanjaan yang melampau di bawah pemerintahan PR, mungkin biasa jika di bawah pemerintahan Umno.

Itu bezanya. Buktinya, rumah MB Selangor di bawah Umno dahulu berapa juta? Jika mahu tahu lebih lanjut, tanya Tun Dr Mahathir berapa agaknya harga rumah Khir Toyo.

Blog-blog pro Umno termasuk media mereka cuba mengambil peluang untuk memburukkan imej Kerajaan Negeri di bawah PR, namun usaha mereka gagal kerana bukan sahaja MB Selangor yang tertekan untuk menjawab isu ini bahkan tidak semena-mena pemimpin Umno Selangor yang menggelabah dengan isu sekarang.

Cuba semak bila kali terakhir Yayasan Selangor itu di audit? Bermula di zaman Umno kah atau di zaman PR?

Namun demikian, menyedari betapa Kerajaan PR Selangor sekarang terpaksa membersihkan segala `najis' peninggalan Umno dahulukala, MB Selangor bertindak pantas dengan mengadakan peraturan baru yang melibatkan semua syarikat di bawah Kerajaan Negeri.

MB Selangor tidak mahu `pisang berbuah dua kali'. Menyerahkan kes ini terus kepada SPRM adalah satu langkah terpuji yang tidak mampu dilakukan oleh Kerajaan Negeri yang diperintah oleh Umno.

Kini, biarlah SPRM siasat sepenuhnya dan jika ada pegawai lain mahu pun pemimpin politik yang turut terlibat,

SPRM mestilah mengambil tindakan. Selepas ini mungkin SPRM boleh mencuba menyiasat pula berapa kos perbelanjaan lawatan ke luar negara melibatkan sepasang suami isteri bernama Najib dan Rosmah pula.

Lelaki Miliki Mulut Paling Lebar

18 Zulhijjah 1431H
Oleh : aya

ROM, Itali – Seorang lelaki, Francisco Domingo Joaquim dapat memuatkan satu tin minuman ringan di dalam mulutnya, lapor sebuah akhbar semalam. Joaquim yang berasal dari Angola memiliki mulut selebar 17 sentimeter sekali gus namanya dicatatkan dalam Guinness World of Records.

Bakat Joaquim yang dikenali sebagai Chiquinho itu ditemui oleh beberapa penyelidik Guinness Book of World Records yang mencarinya menerusi laman YouTube di internet.

Selepas dua tahun mencarinya, para penyelidik itu dapat berjumpa dengannya di bandar kelahirannya di Angola.

Sejak itu, Joaquim yang berusia 20 tahun menjadi popular di Internet dengan videonya dilihat ribuan kali.

Joaquim menyatakan, mimpinya menjadi kenyataan apabila dia diberikan penghormatan oleh Guinness Book of World Records yang mencatatkan namanya sebagai pemegang rekod dunia kerana memiliki mulut paling lebar.