25 November 2010

ISTERI PEDANA MENTERI BERFAHAMAN PLURALISME?

18 Zulhijjah 1431H
Oleh : Hafizi Pauzi

PARIT BUNTAR, 24 Nov :- Belum pun reda isu IFF, terkini isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, Yang Dipertua BAKTI, menganjurkan satu majlis yang secara jelas menamakannya sebagai majlis Depavali & Hari Raya Haji boleh disifatkan sebagai perbuatan menyamakan nilai kedua sambutan perayaan tersebut.

Beberapa hari lalu, timbul pula isu menyamakan taraf Hari raya Haji

dengan pengorbanan Nabi Ibrahim A.S dengan agama syirik rekaan manusia. Majlis Hi Tea anjuran BAKTI yang diketuai oleh isteri PM yang diadakan baru-baru ini.

“Majlis sebegini tidak wajar sama sekali diadakan, ia secara terang terangan telah menyamakan nilai dua sambutan itu, kata Drs. Khalil Idham Lim, ADUN Titi serong ketika ditemui di sini.

Menurutnya, amalan sebegini mirip seperti amalan mereka yang berfahaman pluralisme.

Konsep pluralisme ialah konsep kesamaan dalam kepelbagaian agama. Konsep ini menekankan bahawa semua agama adalah sama dan menuju kepada kemuncak kebenaran yang sama.

“Saya nasihatkan supaya pihak berkuasa agama khususnya para mufti untuk memberikan pandangan yang jelas mengenai sikap Islam kepada seseorang yang mencampur adukkan perayaan Islam dengan perayaan agama lain.", katanya.yang juga Ketua Penerangan PAS Perak,

"Kita khuatir tindakan beliau sekiranya tidak dimurnikan dengan segera oleh para mufti boleh menambahkan lagi kekeliruan beragama khususnya umat Islam di Malaysia, ini kerana Rosmah ialah isteri Perdana Menteri Malaysia .

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

nampak sgt orang2 ni terutama pak menteri, ahli2 agama dan orang yang sewaktu dengannya jadi pak ikut dan mencemarkan kesucian agama islam.

nasru berkata...

saya yakin tak ada kesamaan pun. manakala majlis BAKTI tu sebenarnya hanya majlis makan-makan je bukan majlis dimana mereka mengikhtiraf bahawa agama itu dan agama ini adalah sama.bukan satu perayaan pun...

soal ni jangan buruk sangka...tapi soal aurat tu kena jaga jugak

Tanpa Nama berkata...

kalau isteri PM macam ni, bagaimana isteri pemimpin UMNO lain?

Meerha Mockingbird berkata...

astaghfirullahalazim