25 Jun 2010

'1Funny Malaysia' terbitan Malaysiakini diharamkan

12 Rejab 1431 H

Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah mengharam buku terbitan Malaysiakini oleh kartunis popular Zulkifli Anwar Ulhaque, atau lebih dikenali sebagai Zunar, mengikut Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.

Selain buku '1Funny Malaysia', yang diterbitkan oleh Kinibooks yang merupakan anak syarikat Malaysiakini, dua lagi komik Zunar - Perak Darul Kartun dan Isu Dalam Kartun - turut diharamkan.

Ketua setiausaha KDN, Datuk Seri Mahmood Adam berkata buku-buku tersebut diharamkan kerana ia tidak sesuai untuk bacaan umum.

"Ketiga-tiga bahan penerbitan itu dikenakan perintah larangan kerana mengandungi bahan yang boleh mempengaruhi pemikiran rakyat untuk menentang kepimpinan dan dasar kerajaan.

"Ia tidak sesuai untuk bacaan umum dan sekiranya dibiarkan, ia boleh memudaratkan ketenteraman awam," katanya.

Bagaimanapun, Mahmood tidak menyebut mengenai satu lagi buku terbitan Malaysiakini -'Where is Justice?' - yang telah dirampas bersama dengan '1Funny Malaysia' dari kedai buku empat bulan lalu.

'1Funny Malaysia' merupakan kompilasi kartun Zunar, manakala buku 'Where is Justice' adalah mengenai kematian atau kekejaman dalam tahanan polis dengan fokus terhadap empat kes besar - Teoh Beng Hock, A Kugan, Altantuya Shaariibuu, dan Anwar Ibrahim

Di bawah akta tersebut, mereka yang mencetak, mengimport, menghasilkan, menghasilkan semula, menerbit, menjual, mengeluar, mengeliling, menawarkan untuk menjual, mengedar atau memiliki bahan penerbitan dilarang, jika sabit kesalahan, boleh dipenjara tidak melebihi tiga tahun atau denda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya sekali.

Malaysiakini/-

Pelajar RMC mati dipercayai dibuli senior

12 Rejab 1431 H
Oleh: Salhan K Ahmad & Zulaikha Zulkifli

Seorang pelajar tingkatan empat Maktab Tentera Diraja (RMC) Sungai Besi di Kuala Lumpur meninggal dunia awal pagi ini dipercayai dibuli dan didera oleh pelajar senior maktab itu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Cheras, Supt Abdul Rahim Hamzah Othman berkata siasatan awal mendapati wujud unsur jenayah dalam kes kematian Mohammad Naim Mustaqim Mohamad Sobri, 16.

"Kita akan menyiasat kes ini di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan masih menunggu laporan bedah siasat untuk tindakan selanjutnya," katanya.

"Kita dapati ada elemen jenayah berlaku, itu kita sedang siasat. Kita tengah kenal pasti siapa bertanggungjawab. Kita belum dapat maklumat itu.

"Setakat ini, kita belum buat tangkapan (suspek) lagi," katanya lagi ketika dihubungi Malaysiakini petang ini.

Tambahnya, satu laporan polis telah dibuat oleh pihak tentera di Balai Polis Sungai Besi pada jam 2 pagi ini.

"Dalam laporan itu, dia mengadu (allahyarham) pengsan kemudian dibawa ke hospital di dalam kem dan mereka lakukan (pertolongan cemas) CPR.

"Kemudian apabila mangsa disahkan meninggal dunia, mereka buat laporan polis. Bila kita dapat laporan barulah kita pergi ke dalam kem," katanya lagi.

Tambahnya, jenazah pelajar tersebut kemudiannya dibawa ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) oleh anggota polis.

Dalam satu kenyataan petang ini, Kementerian Pertahanan menyebut bahawa mangsa yang dikenali sebagai Mohammad Naim Mustaqim Mohamad Sobri, meninggal dunia antara jam 11.30 malam tadi dan 1.20 pagi ini, disebabkan "satu kejadian."

Mohammad Naim Mustaqim disahkan meninggal dunia di Pusat Perubatan Angkatan Tentera (PPAT) Kem Sungai Besi.

"Kenyataan tersebut telah disahkan oleh Komandan MTD," menurut kenyataan itu lagi yang dihantar melalui Unit Komunikasi Korporat kementerian berkenaan.

"Lembaga siasatan telah ditubuhkan untuk mengenal pasti punca dan sebab kejadian ini berlaku.

"Sementara itu, beberapa orang (pelajar) yang dikenalpasti bersama-sama dengan allahyarham sebelum itu, telah dipanggil bagi membantu siasatan.

"Untuk keperluan dalaman ATM, Cawangan Penyiasatan Khas (CPK) dari Cawangan Provos Marsyal (CPM) juga telah diarahkan untuk melaksanakan siasatan susulan," kenyataan itu dipetik.

Sementara itu, pegawai perhubungan awam RMC, Mejar Zunizam Zainuddin memberitahu Malaysiakini, jenazah Mohammad Naim Mustaqim akan diterbangkan dengan pesawat tentera ke Butterworth.

Katanya, dari situ, jenazah allahyarham akan dibawa ke Baling, untuk dikebumikan.

Malaysiakini/-

Japan make history by sinking Danes

RUSTENBURG, South Africa (AFP) - Superb free-kicks by Keisuke Honda and Yasuhito Endo inspired Japan to an exhilarating 3-1 win over Denmark that sends them into the last 16 of a World Cup for the first time on foreign soil.

The two first-half strikes set Takeshi Okada's squad on track for a meeting with Paraguay in Pretoria on Tuesday.

Denmark pulled a goal back when skipper Jon Dahl Tomasson netted the rebound from his own penalty after Daniel Agger had been shoved off the ball by Japan's captain, Makoto Hasebe, nine minutes from time.

But substitute Shinji Okazaki wrapped up a famous victory and condemned the Danes to their first group-stage exit from a World Cup.

Needing to win against opponents requiring only a point, Denmark's best period came in an opening quarter of an hour in which they might easily have taken the lead.

Tomasson failed to connect with Simon Poulsen's deflected cross on the edge of the six-yard box and a penalty claim was waved away when, from the resulting corner, Per Kroldrup seemed to be impeded by centreback Yuji Nakazawa as he volleyed wide.

Japan hit back with two chances in quick succession.

Daisuke Matsui was thwarted at close range by Thomas Sorensen's legs before skipper Makoto Hasebe struck a drive fractionally over the angle of bar and post.

Cutting in from the left, Tomasson then saw his attempt to place a shot beyond Eiji Kawashima run inches beyond the far post, just before Japan claimed the lead.

A free-kick conceded 35 yards out did not seem to present a major danger and Honda's shot was not struck with full power.

Sorensen, though, misread it, moving initially to his left before failing to get back across to his right in time to prevent the strike from finding the corner of the net.

The Stoke goalkeeper was at fault on that one but there was little he could do about Japan's second, on the half-hour mark.

Kroldrup was booked for pulling down Yoshito Okubo on the edge of the area and Endo stepped up to dip a David Beckham-esque free-kick over the corner of the wall and just inside Sorensen's left-hand post.

Danish coach Morten Olsen reacted by replacing 34-year-old midfielder Martin Jorgensen with Jakob Poulsen.

But the introduction of younger legs had little impact, with Christian Poulsen's comfortably-saved long-range effort the best the Danes could muster before the break.

Endo came close to claiming his second soon after the restart, when Sorensen misjudged another long range free-kick and was relieved to see the ball find the post after skimming off his fingertips.

Thomas Kahlenberg was unable to control the ball when Tomasson's flick found him unmarked at the back post as Denmark began to pile on the pressure.

Kawashima was able to deal with a fierce 25-yard effort from Jakob Poulsen and a Daniel Agger free-kick and having been beaten by a Soren Larsen volley that came back off the bar, also stopped Tomasson's spot-kick before the forward bundled the ball over the line.

Japan's advantage was restored at the end however. The outstanding Honda turned Dennis Rommedahl superbly in the box and teed up Okazaki for the simplest of finishes.

Wang Mei Zhi Ke : Melegakan Rasa Dahaga dengan Bayangkan Buah Plum Hilanglah Rasa Dahaga

12 Rejab 1431 H


Melegakan Rasa Dahaga Dengan Bayangkan Buah Plum Hilanglah Rasa Dahaga

Pada suatu masa dalam zaman kerajaan Tiga Negeri, Raja Negeri Wei, iaitu Cao Cao telah mengetuai tenteranya menyerang Zhang Xiu. Ketika itu, hari terlalu panas.Askar Cao Cao tidak tertahan akan cahaya matahari yang terik itu, baju mereka mula basah oleh keringat yang mengalir deras, malah ada beberapa orang yang kurang kuat,pengsan di tepi jalan.

Melihat kemaraan tenteranya semakin perlahan, Cao Cao amat risau kerana takut mereka akan terlepas peluang yang terbaik untuk berperang. Namun, beribu-ribu orang askarnya itu, masih tidak ada air untuk diminum. Jadi bagaimana pula mereka mampu mempercepat perjalanan? Baginda segera memanggil pemandunya, dan bertanya dengan suara yang rendah:

"Adakah sumber air dekat sini?"

Pemandu itu menggeleng-gelengkan kepala, dan berkata:

"Sumber air terdekat berada di sebelah sana gunung ini, masih agak jauh dari kedudukan kita."

Melihat askarnya yang menderita kehausan, Cao Cao terfikir satu cara yang bijak, dan mengarahkan dengan kata-kata, "Tidak jauh lagi akan kita temui banyak pokok plum. Buahnya yang segar terasa masam manis, boleh melegakan rasa dahaga kita. Marilah kita cepat-cepat menuju ke hutan plum itu."

Ketika mendengar kata-kata yang memberangsangkan itu, askar-askar baginda tidak sabar-sabar lagi ingin merasai buah plum tersebut sehingga air liur mereka hampir terkeluar meleleh, membuatkan rasa dahaga mereka terus hidang.

Peribahasa ini membawa pengertian bahawa ketika seseorang gagal mendapatkan sesuatu benda yang diingininya, dia akan menyenangkan hatinya dengan angan-angan yang bukan-bukan, seperti askar Cao Cao tersebut. Ketika menderita kehausan, mereka membayangkan buah plum yang rasanya masam, untuk melegakan rasa dahaga.

Mohon pasport secara talian bakal diperkenal

11 Rejab 1431 H

Dalam usaha mengurangkan tempoh menunggu, Kementerian Dalam Negeri bercadang memperkenalkan sistem permohonan pasport menerusi talian dikenali 'MyImms'.

Ketua Setiausahanya, Datuk Seri Mahmood Adam, berkata menerusi sistem itu orang ramai boleh memohon menerusi talian dan pemohon kemudian diberikan tarikh untuk datang ke Jabatan Imigresen bagi pengesahan cap jari sebelum penyerahan pasport.

"Bagaimanapun perkara itu masih lagi di peringkat perbincangan dan belum ada tarikh yang tetap bila ia akan dilaksanakan," katanya kepada pemberita, di Putrajaya hari ini.

Beliau berkata ini kerana kerajaan harus memastikan beberapa aspek termasuk keselamatan sebelum sistem tersebut dilaksanakan bagi mengelak penyalahgunaan.

Sementara itu, mengulas mengenai permohonan pasport di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Mahmood berkata apabila dilaksanakan kelak semua urusan akan dijalankan oleh petugas JPN.

Oleh itu mereka akan diberi latihan mengenai prosedur selain sistem pengkomputeran antara JPN dan Imigresen digabungkan bagi memudahkan proses, katanya.

Bagaimanapun beliau berkata, perkara itu masih pada peringkat perbincangan.

Semalam, timbalan menteri berkenaan, Datuk Lee Chee Leong dilapor berkata kaunter di JPN akan dijadikan kaunter guna-sama bagi membolehkan orang ramai membuat permohonan pasport dengan Jabatan Imigresen.

Projek perintis kaunter itu dijangka dilaksana di pejabat cawangan JPN di Puchong, Kepong dan Gombak.

Malaysiakini/-

Muslimat PAS cari jalan solat Jumaat

11 Rejab 1431 H
Oleh: Puteri Aida Haryani

Dewan Muslimat PAS menyahut saranan mursyidul amnya Datuk Nik Aziz Nik Mat supaya kaum wanita terlibat sama menunaikan solat Jumaat bersama-sama jemaah lelaki di masjid-masjid.

"Muslimat (di negeri) Kelantan khususnya akan mancari jalan agar (saranan) Tok Guru Nik Aziz dapat direalisasikan," jelas exco penerangan dan dakwah dewan itu Aiman Athirah Al-Jundi.

Pada 19 Jun lalu, Nik Aziz dilaporkan berkata hasrat supaya perempuan boleh bersolat Jumaat bersama-sama orang lelaki boleh dimulakan bila sebuah kompleks masjid di Bachok siap dibina tahun depan.

Menteri Besar Kelantan itu berkata, keselesaan ruang masjid yang cukup luas mampu membawa kaum wanita untuk turut bersama menunaikan solat Jumaat.

Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Aiman berkata, cadangan yang diusulkan oleh Nik Aziz itu memberikan kesan yang baik.

Katanya, dalam mesyuarat bulananan dewan itu pada Julai nanti, mereka akan membincangkan dan mengenalpasti masjid yang mempunyai ruang bagi memuatkan jemaah wanita yang mahu turut serta menunaikan bersolat.

Sehubungan itu, Aiman menambah, dewan itu menyeru supaya golongan wanita turut bersama-sama menjalani ibadah berjemaah itu.

"Zaman (kita) kecil-kecil dahulu memang (wanita) sudah lazim disuruh pergi sembahyang Jumaat.

"Solat Jumaat tidak menjadi masalah bagi muslimat untuk menunaikannya," katanya.

Aiman turut berpendapat, negeri-negeri Pakatan rakyat patut memulakan usaha tersebut terlebih dahulu.

Malaysiakini/-

Cuepacs mahu bonus dua bulan gaji

11 Rejab 1431 H

Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) berharap kerajaan akan menimbang pemberian bonus dua bulan gaji kepada penjawat awam menerusi pengumuman Bajet 2011 pada Oktober depan.

Presiden Cuepacs, Omar Osman, berkata permohonan pemberian bonus dua bulan gaji kepada kira-kira 1.2 juta penjawat awam telah dibuat oleh Cuepacs kepada kerajaan pada tahun lalu bagaimanapun ditangguhkan kerana masalah kegawatan ekonomi.

"Kini keadaan ekonomi negara kembali pulih, jadi seluruh penjawat awam amat berharap kerajaan dapat memberi bonus dua bulan gaji," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ceramah pada forum anjuran Persatuan Pegawai Akademik Universiti Teknikal Malaysia Melaka, hari ini.

Omar berkata pemberian bonus itu akan menjadi motivasi kepada penjawat awam dalam menghadapi Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10).

Beliau juga berkata pihaknya juga memohon kerajaan menaikkan bantuan kewangan menguruskan jenazah penjawat awam daripada RM1,000 kepada RM3,000 pada Bajet akan datang.

Sementara itu, beliau berkata Cuepacs akan mengemukakan cadangan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) sama ada Peperiksaan Tahap Kecekapan (PTK) akan diteruskan atau digantikan dengan sistem lain dalam RMKe-10.

Beliau berkata satu kertas kerja mengenai PTK akan dibentangkan pada pra-konvensyen Cuepacs yang akan diadakan di Kuala Lumpur pada 17 dan 18 Julai ini.

"Ramai anggota Cuepacs bertanya adakah dalam Rancangan Malaysia Ke-10, PTK (yang diperkenalkan pada 2002) akan diteruskan atau perlu sistem baru yang lebih baik bagi menggantikannya," katanya.

Beliau berkata sasaran kerajaan dalam RMKe-10, penjawat awam antaranya mempunyai pemikiran yang kreatif, inovatif dan berintegriti tinggi.

Malaysiakini/-

Lim pertikai kenaikkan tol di jambatan - 1Malaysia

11 Rejab 1431 H

Lim Guan Eng hari ini mempertikaikan keputusan kerajaan persekutuan untuk menaikkan kadar tol di jambatan Pulau Pinang tetapi pada masa yang sama menurunkan kadar tol di jambatan Link Kedua yang menghubungkan Johor dengan Singapura.

Ketua Menteri Pulau Pinang itu berkata tindakan berkenaan tidak adil kerana diskaun diberikan di jambatan yang digunakan oleh rakyat Malaysia dan Singapura sedangkan kadar tol di jambatan yang digunakan oleh sebahagian besar rakyat negara ini dinaikkan pula.

"Kenapa dalam kes Johor, laluan yang menghubungkan dua negara, kadar tol diturunkan. Di Pulau Pinang, jambatannya menghubungkan tanah besar dengan pulau. Kedua-duanya di negara yang sama - 1 Malaysia - tetapi tol dinaikkan.

"Di Johor, pengurangan tol membawa manfaat kepada rakyat Singapura dan juga Malaysia. Di Pulau Pinang, jika tol dikurangkan, ia memberi manfaat kepada semua rakyat Malaysia,” kata Lim yang juga ahli parlimen Bagan di lobi parlimen hari ini.

Katanya, kerajaan persekutuan perlu menepati janjinya bahawa melalui konsep 1Malaysia, kerajaan mesti berlaku adil secara menyeluruh kepada semua rakyat.Kadar tol di Link Kedua itu akan dikurangkan berkuatkuasa 1 Ogos ini.

"Kami berharap kerajaan berlaku adil dan akan mempertimbangkan pengurangan kadar tol agar rakyat Pulau Pinang juga dapat menikmati faedah dan kemudahan seperti yang diberikan kepada rakyat Johor,” katanya.

Beliau juga berkata adalah sesuatu yang pelik apabila kerajaan sanggup mengurangkan kadar tol di Link Kedua sedangkan jambatan berkenaan tidak menguntungkan.

Sedangkan, katanya, kos membina jambatan Pulau Pinang sudah dikutip balik, jadi sepatutnya tol perlu dikurangkan dan bukannya dinaikkan.

Malaysiakini/-

Isu Felda: Laporan polis dibuat terhadap PM

11 Rejab 1431 H
Oleh: Zulaikha Zulkifli

Laporan polis akan dibuat terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di seluruh negara berhubung isu kejatuhan rizab tunai Felda yang merosot daripada RM4.08bilion pada 2004 kepada RM1.35 bilion tahun lalu.

Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK), Mazlan Aliman berkata, laporan polis juga akan dibuat terhadap Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan atas perkara yang sama.

Mazlan berkata, ia kerana alasan dalam jawapan Ahmad di Parlimen mengenai sebab kejatuhan rizab tunai Felda itu, tidak masuk akal.

Dalam sesi soal jawab di Dewan Rakyat 16 Jun lalu, Hamim Samuri (BN-Ledang) menyoal timbalan menteri tersebut berhubung status kewangan Felda dan perincian bagaimana wang itu dibelanjakan bagi tujuan pembangunan masyarakat.

Bercakap kepada pemberita kemudiannya, Ahmad yang juga ketua penerangan Umno menjelaskan status kewangan Felda adalah RM4.08 bilion pada 2004, jatuh kepada RM1.35bilion pada 2009.

Katanya, perbezaan tersebut berlaku kerana ia digunakan untuk tujuan kebajikan - RM2 bilion untuk tanaman semula, RM603 juta untuk pinjaman rumah tanpa faedah, RM253 juta bagi tabung pembasmian kemiskinan Sabah dan RM662 juta untuk pembinaan ibupejabat baru Felda.

"Isu ini sangat besar kerana membabitkan wang rakyat. Ke mana pergi duit itu? Saya mengharapkan siasatan terhadap isu ini dibuat," kata Mazlan ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Hari ini, Mazlan bersama empat orang peneroka felda Pahang membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Temerloh pada jam 10 pagi tadi, dengan diiringi oleh 30 peneroka Felda.

Laporan polis tersebut ialah mengenai relevannya Felda membiayai dana khas kemiskinan Sabah sedangkan penempatan peneroka di negeri tersebut terlalu kecil.

"Felda Plantation, Estet Felda yang terbesar di Malaysia terletak di Felda Gugusan Sahabat (Sabah). Kenapa tidak digunakan keuntungan dari Felda itu (Plantation),'' laporan polis tersebut dipetik.

Laporan itu juga menyebut, harga bangunan baru Felda setinggi 50 tingkat yang dibina di Platinum Park KLCC yang mencecah RM662 juta, juga dipertikai.

Ia memetik laporan akhbar Berita Harian sisipan khas 26 Februari 2008, yang menyebut bangunan tersebut ialah RM640.77 juta.

"Wang peneroka Felda telah dibazirkan sesuka hati. Adakah betul untuk kepentingan rakyat atau kegiatan politik kerajaan BN kerana Felda adalah talian hayat terakhir mereka," laporan polis itu dipetik.

Laporan polis itu mendakwa, penyelewengan dan salahguna kuasa tersebut membabitkan kepentingan 112,635 openeroka dan 800,000 generasi baru Felda.

Sementara itu, Mazlan berkata, laporan polis yang sama akan dibuat oleh ANAK di Johor Jumaat ini dan diikuti oleh negeri-negeri lain selepas itu.

Malaysiakini/-

Dr M: Lesen judi diluluskan jika saya berkuasa

11 Rejab 1431 H
Oleh: Salhan K Ahmad

Mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau akan meluluskan lesen judi sukan sekiranya masih berkuasa.

"Kalau saya jadi kerajaan, saya luluskanlah," katanya ketika ditemui media selepas satu majlis di pejabatnya di Putrajaya hari ini.

Beliau ditanya oleh wartawan sama ada kerajaan perlu segera meluluskan lesen berkenaan.Katanya lagi, kerajaan tidak sepatutnya menghalang golongan masyarakat yang dibolehkan berjudi.

"Orang Cina main judi selalu, bagi dia tak haram. Buat apa kita nak sekat dia.

"Apa pasal kita nak larang? Tak boleh halang dia makan babi sebab bagi dia tak haram," katanya lagi.

Pada 14 Jun lalu, Mahathir berkata bantahan pembangkang terhadap usaha meluluskan lesen judi sukan di negara ini bukanlah disebabkan ajaran agama, tetapi demi kepentingan politik semata-mata.

"Bantahan itu kerana politik, bukan kerana Islam. Takkanlah DAP pun hendak dokong ajaran Islam. (Bila) DAP pun dapat sertai (bantahan), ini (menggambarkan) politik parti pembangkang hendak cari isu.

"Sedangkan dalam muktamar PAS ada cadangan suaya semua jenis judi diharamkan, tetapi PAS tak hendak," katanya ketika ditanya tentang bantahan pembangkang melalui pelbagai cara seperti ceramah dan demonstrasi.

Malaysiakini/-

Najib: K'jaan belanja RM37.7 juta di Sibu

11 Rejab 1431 H

Sejumlah RM37.7 juta dana dibelanjakan pada pilihan raya kecil Sibu, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam jawapan bertulisnya di Dewan Rakyat hari ini.

“Bagi pilihan raya kecil Sibu, kerajaan meluluskan 107 program atau rancangan yang bernilai RM37.7 juta untuk dilaksanakan di seluruh kawasan parlimen itu,” kata Najib.

Dana itu untuk dibelanjakan bagi infrastruktur fizikal, sumbangan dan bantuan tunai sertai program sosial.

Menurut carta yang dibekalkan oleh Najib sejumlah RM28.7 juta dibelanjakan bagi sumbangan dan bantuan tunai semata-mata.

“Kerajaan tidak pernah menjanjikan program atau projek kepada rakyat semasa kempen pilihan raya di seluruh negara termasuk di Sibu,” katanya.

“Program dan projek yang dilaksanakan semasa pilihan raya kecil dirancang oleh kerajaan terlebih dahulu sebelum pilihan raya kecil tersebut diadakan sama seperti di kawasan parlimen dan dewan undangan ngeri (DUN) lain di seluruh negara.”

Najib menjawap soalan daripada Wong Ho Leng (DAP-Sibu), yang berjaya merampas kerusi Sibu daripada BN dengan majoriti tipis pada pilihan raya kecil 16 Mei lalu.

Bercakap kepada wartawan di lobi Parlimen, Wong membidas kerajaan kerana gagal membekalkan senarai pecahan penuh berhubung bagaimana wang berkenaan disalurkan.

Katanya, 66 sumbangan kewangan amat dicurigai dan kerajaan sepatutnya memberi penjelasan terperinci.

“Kita tidak tahu apa 66 barangan ini. Adakah ia termasuk RM5 juta yang dijanjikan? Adakah ia termasuk RM18 juta yang diberikan kepada sekolah vernakular? Bagaimana pula wang untuk gereja?

“Ada yang disalurkan ke kategori ‘fizikal’ dan ‘program’. Rakyat berhak tahu mengenai pecahan perbelanjaan itu,” katanya.

“Yang nyata, dana RM37 juta ini menunjukkan bahawa BN akan hanya berbelanja semasa pilihan raya kecil. Justeru, tidak menghairankan rakyat suka pilihan raya kecil.”

Najib sebelum ini dikecam selepas menjanjikan RM5 juta projek tebatan banjir kepada pengundi di Rajak Park dengan syarat BN memenangi pilihan raya itu.

Malaysiakini/-

Perkara yg tidak sunat memberi salam dan tidak wajib menjawabnya.

11 Rejab 1431 H
Oleh: ust. salman maskuri

Umum mengetahui hukum memulakan salam adalah sunat…dalil2nya juga telah banyak kita temui.Menjawab salam pula hukumnya wajib…tetapi disana terdapat beberapa tempat yang tidak disunatkan kita memberi salam dan tidak wajib menjawab….

Telah dinukilkan dalam kitab “ghizaul albab” karangan As-safarini jilid 1 m/s 242…dimakruhkan memberi salam kepada beberapa kumpulan diantaranya:

orang yang berwudhuk ( ketika sedang mengambil wudhuk )
orang yang sedang berada didalam tandas
Orang yang sedang makan dan minum
orang yang sedang berperang
Orang yang sedang membaca al-quran @ berdoa
orang yang sedang berzikir dan bertalbiah ( ketika haji dan umrah )
Orang yang sedang mengajar,berkhutbah dan memberi nasihat
Orang yang mendengar khutbah dan nasihat.
Orang yang sedang azan dan iqamat.
Orang yang sedang qada’ hajat.
Orang yang sedang bersama isteri (jima’)
Orang yang sedang iqamat
Orang yang sedang mabuk.
Orang yang sedang sibuk dengan urusan qadhi
Orang yang sedang solat
Orang gila
kanak-kanak
Orang yang mengantuk @ sedang tidur
Orang yang sedang dalam urusan penghakiman
Salam pemuda kepada pemudi @ sebaliknya yang ditakuti membawa fitnah
Sesiapa yang memberi salam ditempat yang tidak sepatutnya maka tidak wajib jawab…

# Haram menjawab salam dalam solat dan batal solatnya.

# Haram bagi seorang lelaki memberi salam kepada perempuan ( yg bukan mahram ) yang cantik yang boleh menimbulkan fitnah…jika diberi salam haram bagi perempuan tersebut menjawab salam begitu juga haram perempuan memberi salam kpada lelaki…jika lelaki menjawab maka hukumnya makruh.Sekiranya perempuan tua yang tidak mendatangkan fitnah, harus dia memberi salam kepada lelaki dan wajib lelaki menjawab salamnya.Boleh bagi lelaki memberi salam kepada sekumpulan perempuan begitu juga boleh bagi sekumpulan lelaki memberi salam kepada seorang perempuan.Ini semua sekiranya tidak menimbulkan fitnah samada kepada lelaki dan perempuan.

Hukum Hakam Emas

11 Rejab 1431 H
Oleh: ust. salman maskuri

1. Berwuduk dgn bekas emas.

Hukumnya adalah haram (pendapat 4 mazhab) tetapi sah wuduk tersebut. Ini berdasarkan Hadis yg melarang penggunaan bekas emas dan perak:
Nabi s.a.w bersabda "Janganlah kamu minum dlm bekas emas dan perak dan jangan makan di bekas keduanya."(Bukhari dan Muslim)
Ada satu pendapat dalam mazhab hanbali yg mengatakan tidak sah wuduk.

2. Cincin emas.

Menggunakan cincin emas adalah haram bagi lelaki menurut ijmak(sepakat semua) ulama. Ini berdasarkan hadis:
"Nabi s.a.w menegah lelaki memakai cincin emas."(Bukhari)

3. Hidung emas.

sesiapa yg kehilangan hidungnya maka harus dia menggantinya dgn emas. Ini berdasarkan sahabat Nabi s.a.w telah terpotong hidungnya dan menggantikannya dgn hidung perak tetapi menjadi busuk. Maka Nabi s.a.w menyuruhnya menggantikan dgn hidung emas.(Hr Abu Daud dan Tirmizi). Ini adalah ijmak para fuqaha.

4. Gigi emas.

Mazhab Maliki, Syafie dan Hambali mengharuskan menggunakan gigi emas. hukum ini dikiaskan dgn penggunaan hidung emas yg disebut dlm hadis lepas. Imam Abu Hanifah melarangnya kerana beliau berpendpat asal bagi penggunaan emas adalah dilarang.

5. Bekas2 emas.

Diharamkan menggunakan bekas emas dan perak untk tujuan makan dan minum kpd lelaki atau perempuan. Ini adalah persepakatan para fuqaha. Adapun dalilnya adalah seperti berikut:

"Rasulullah s.a.w menegah kami dr makan dan minum dr bekas emas dan perak."(Hr Bukhari)Nabi s.a.w bersabda "Org yg minum dibekas perak akan menyebabkan api neraka jahanam akan berkocak didlm perutnya.(Bukhari dan Muslim)

Para Fuqaha telah menyamakan hukum makan dan minum dgn segala penggunaan yg lain.Semua bekas yg diperbuat dr emas dan perak adalah haram untk segala kegunaan.Kebanyakan ulama telah mengharamkan menyimpan bekas emas perak sperti penggunaannya. cuma mazhab Hanafi yg membenarkan utk ia disimpan tanpa digunakan.

Ketiadaan gula: Rakyat jangan panik - Pemuda PAS Perak

11 Rejab 1431 H
Oleh: safarizal saleh

23 Jun 2010 (IPOH) - Hasil daripada surat aduan yang di hantar oleh Pemuda PAS Perak berkaitan ketiadaan gula di pasaran, Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri Perak telah memberikan taklimat dan juga perbincangan bagi menjelaskan isu tersebut pada hari ini.

Haji Mokhtar Sulaiman, Pengarah telah menjemput pimpinan Pemuda PAS Perak yang diketuai oleh Salam Saleh yang juga Naib Ketuanya. Salman yang telah mengutuskan surat aduan tersebut di jemput untuk hadir bagi membincangkan akan perkara tersebut.

Turut hadir bersama ialah Safarizal Saleh, Penolong Setiausaha; Zairul Azrun Zainal Abidin, Bendahari dan Mohd Hafez Sabri, Exco Pemuda PAS Perak.

Perjelasan daripada pihak Pejabat berkaitan ketiadaan gula di pasaran tidaklah membimbangkan kerana beberapa langkah-langkah penyelesaian telah diambil. Turut bersama Haji Mokhtar ialah 3 orang pegawai bagi membincangkan perkara yang menjadi isu rakyat oleh Pemuda PAS Perak tersebut.

Guan Eng kecewa Najib naikkan 34% kadar tol

11 Rejab 1431 H
Oleh: Dzulfikar Mashoor

KUALA LUMPUR, 23 Jun: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mempersoal tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kerana mengumumkan kenaikan 34 peratus kadar tol untuk jambatan kedua walaupun syarikat konsesi berwajib nyata mendapat untung berganda hasil jambatan pertama.

Ini kerana, beliau berkata, Najib pada masa yang sama sanggup menurunkan 30 peratus kadar tol di Jambatan Johor-Singapura Kedua walaupun kerajaan dan syarikat konsesi berwajib nyata mengalami kerugian dalam menguruskan prasarana jabatan tersebut.

“Saya nak tanya, mengapa Jabatan Johor-Singapura yang rugi diturunkan kadar tol, Jambatan Pulau Pinang Kedua yang menguntungkan konsesi dinaikkan kadar tol,” soal beliau yang juga Ahli Parlimen Bagan.

Kadar tol yang baru, menurut beliau, mengakibatkan pemandu untuk Kelas 2 terpaksa membayar sebanyak RM9.40, sedangkan kadar tol yang asal hanya RM7 untuk perjalanan pergi dan balik.

Pun begitu, beliau tidak mahu kadar tol di Jambatan Johor-Singapura Kedua yang baru diumumkan Najib itu dinaikkan kerana kenaikan kadar tol di jambatan tersebut turut membebankan rakyat.

“Sungguhpun begitu, kami DAP tetap mengalu-alukan pengumuman Najib untuk laluan kedua Jambatan Johor,” ujar beliau.

Disebabkan itu, beliau dalam nada menyindir menyifatkan tindakan berat sebelah Najib sebagai suatu bentuk pengurusan yang mengagumkan.

“Jambatan di antara dua negara, tol dikurangkan, tetapi jambatan di antara satu negara atas nama Satu Malaysia, kadar tol dinaikkan.

“Saya rasa agak kagum dengan keputusan yang dibuat oleh Perdana Menteri bahawa kerajaan Malaysia sanggup mengurangkan kadar tol untuk laluan kedua itu, biasanya bila rugi, maka kadar tol akan dikurangkan,” beliau menyindir.

Melihat sikap tidak mementingkan rakyat itu, Najib dinasihatkan mengkaji semula kadar tol di kedua-dua jambatan tersebut.

Harakahdaily/-

Bawa perjanjian dengan Singapura ke Parlimen sebelum setuju

11 Rejab 1431 H

KUALA LUMPUR, 23 Jun: Kerajaan diminta memperincikan perjanjian antara Malaysia dan Singapura di Dewan Rakyat sebelum menandatangani perjanjian antara kedua-dua negara itu.

Naib Presiden PKR, Azmin Ali berkata, adalah terlalu pelik untuk kerajaan Singapura bersetuju dengan Malaysia dalam banyak perkara kalau mereka tidak mendapat apa yang mereka mahu.

"Kita bimbang kerana isu ini sudah lama berlarutan tetapi hendak diselesaikan dalam masa tiga bulan oleh Datuk Seri Najib. Ini amat membimbangkan kita," kata Azmin (gambar) ketika ditemui para wartawan di bangunan Parlimen hari ini.

Media hari ini melaporkan kata sepakat yang dicapai antara Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak dengan rakannya dari Singapura, Lee Hsien Loong.

Antaranya menyelesaikan isu pertukaran tanah Keretapi Tanah Melayu (KTM) di Singapura dalam tempoh tiga bulan.

"Kita nak tahu, kalau sudah bersetuju, apa yang dipersetujukan, apa pula yang kita nak serahkan. Kenapa tergesa-gesa mahu bersetuju?

"Ini kerana kita tidak mahu peristiwa hilangnya blog minyak L dan M di Sarawak kepada Brunei berulang kembali," kata Azmin.

Menurut beliau, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini pernah mendesak agar ianya perlu dibawa ke Dewan Rakyat untuk diteliti sebelum apa-apa perjanjian di tandatangani.

Beliau berkata, pengalaman sebelum ini yang memperlihatkan bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainudin berunding secara senyap-senyap dengan kerajaan Singapura tanpa pengetahuan beberapa kementerian tidak patut berulang.

"Ini kerana, menjadi amalan kita, bila menteri hendak pergi berunding dengan negara lain, dia akan bawa sekali pegawai-pegawai dari beberapa kementerian termasuklah kementerian kewangan, luar dan juga perdagangan," katanya.

Harakahdaily/-

JI: Kerajaan enggan beri jawapan rasmi di Parlimen

11 Rejab 1431 H
Oleh: Dzulfikar Mashoor

KUALA LUMPUR, 23 Jun: Datuk Wira Abu Seman Yusop tetap enggan mengeluarkan kenyataan rasmi di Dewan Rakyat walaupun beberapa Ahli Parlimen PAS mendesaknya supaya mendedahkan bukti-bukti emperikal berhubung kewujudan semula gerakan Jemaah Islamiah (JI) di tanah air.“Saya berasa saya tak mahu respons persoalan-persoalan Pasir Puteh,” tegas Timbalan Menteri Dalam Negeri itu berkali-kali, petang tadi.

Keengganan Wira yang juga Ahli Parlimen Masjid Tanah itu gara-gara tindakan Ahli Parlimen Pasir Puteh, Muhammad Hussain meminta kementeriannya mengaitkan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin dengan JI, sebagaimana yang didedahkan oleh Polis Cawangan Bukit Aman dalam suatu program bersama Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).

“Apakah motif kerajaan dalam menyiarkan gambar-gambar Marang (Abdul Hadi) dan Timbalan Mufti (Mohd Asri) dalam program KPT sebelum ini.

“Adakah kerana kedua-dua tokoh ini dilihat salah atau terbabit dengan gerakan JI sekarang atau mengamalkan ajaran sesat?” soal Muhammad.

Menjawab soalan tersebut, Abu Seman menyifatkan soalan-soalan Mohammad itu sebagai khabar angin semata-mata.

Lantas itu, Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub pula bangkit mempertikai jawapan timbalan menteri itu.

“Saya rasa ini semua bukannya ‘khabar angin’, apa yang dijelaskan oleh Pasir Puteh itu adalah suatu taklimat Polis Bukit Aman pada Kementerian Pengajian Tinggi,” tegas beliau.

“Yang dikaitkan adalah seorang bekas Mufti, seorang Mufti Perlis dan Marang (Abdul Hadi) sendiri, sebab itu Dewan yang mulia ini nak tahu mengapa gambar-gambar mereka ini dikaitkan dengan JI.”

Beliau turut mempertikai kredibiliti Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein kerana tidak berani hadir di Dewan Rakyat membuktikan kononnya Jamaah Islamiah kembali aktif di tanah air.

Melihat pada tindak tanduk menteri dan timbalan menteri, beliau tidak menolak kemungkinan Kementerian Dalam Negeri (KDN) serta Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Musa Hassan seakan mendapat nasihat yang salah dalam menangani isu keselamatan tersebut.

Turut mendesak KDN di Dewan Rakyat adalah Datuk Mahfuz Omar (Naib Presiden PAS/Ahli Parlimen Pokok Sena) dan Dr Dzulkefly Ahmad (Ahli Parlimen Kuala Selangor).

Harakahdaily/-

JI: Sandiwara Najib yang tidak meyakinkan

11 Rejab 1431 H
Oleh: Nuridah Mohd Salleh

Minggu ini kita dihidangkan dengan satu sandiwara politik mengenai ancaman keganasan terhadap apa yang dilabel sebagai “Jemaah Islamiah” – JI oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib dan sepupunya Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin sebagai pelakon utamanya dengan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan bertindak sebagai pelakon pembantu.

Tan Sri Musa Hassan mendakwa bahawa kononnya pengganas merancang untuk memusnahkan kuil Batu Caves di Kuala Lumpur dan kuil Kuan Yin di Air Itam, Pulau Pinang tanpa membentang bukti-bukti sahih.

Kita cuba diyakinkan bahawa JI adalah sebuah kumpulan pengganas yang didakwa mempunyai hubungan dengan Al-Qaeda, organisasi yang dilabelkan oleh Amerika Syarikat sebagai pertubuhan pengganas Islam, sedang menyusup masuk ke institusi pengajian tinggi awam dan swasta di Malaysia untuk merekrut anggota-anggota barunya dari kalangan pelajar-pelajar tempatan dan luar negeri.

Sandiwara ini dilihat tidak meyakinkan dan Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP) memang tidak mempercayai dakwaan ini. DMPP juga mengutuk sekeras-kerasnya usaha-usaha yang boleh dianggap sebagai sengaja mereka cipta dan menyiarkan kenyataan palsu tanpa bukti dan secara halus memburuk-burukkan Islam dan umat Islam di negara ini.

DMPP bersama-sama menyokong pengerusi kumpulan hak asasi manusia, Citizens International, SM Idris mendesak agar dakwaan wujudnya aktiviti-aktiviti pengganas yang dikaitkan dengan JI ini perlu dibuktikan serta membawa mereka ke muka pengadilan mahkamah terbuka. Juga untuk membuktikan bahawa Malaysia ditadbir oleh sebuah kerajaan yang berintregriti dan mengutamakan norma-norma kerajaan yang maju dan bertamadun.

Sebenarnya semua dakwaan penglibatan JI dan penyebaran propaganda hitam unit Polis Indonesia Detachment 88 yang diwujudkan dan dibiayai oleh kerajaan Amerika Syarikat dan Australia adalah usaha terdesak Najib untuk mengalihkan pandangan rakyat terhadap isu-isu yang sedang melanda negara sekarang. Ianya juga dapat ditafsirkan sebagai usaha terdesak beliau untuk meyakinkan Presiden Obama bahawa Malaysia adalah sekutunya dalam isu pengganas tersebut.

Terlalu banyak isu-isu yang sedang menghimpit pentadbiran Najib tanpa penyelesaian yang baik dan selesa sekarang. Isu lesen judi sukan “sports betting” di mana PAS bersama-sama NGO akan mengadakan himpunan 100 ribu rakyat pada 3 Julai ini, menampakkan bahawa beliau telah silap langkah dan menaikkan kemarahan rakyat terhadap gejala kerosakan yang berpunca dari judi.

Kejutan kenyataan Menteri Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala bahawa Malaysia akan jatuh bankrap dalam tempoh 9 tahun akan datang bagi mengiyakan tindakan pemansuhan subsidi yang akan mengakibatkan kenaikan harga barangan memaparkan kemelut ekonomi yang melanda negara kini.

Dalam isu pindaan Akta ISA yang akan dibentangkan di Parlimen pada sesi Julai ini juga dilihat antara tindakan awal agar dapat menakut-nakut dan meyakinkan rakyat akan keperluan ISA dan pindaan yang akan dibuat.

Ianya juga boleh dilihat sebagai satu alasan terancang untuk mengabsahkan tindakan menyerbu, menangkap dan menghantar pulang 9 orang pelajar asing kebanyakannya dari Timur Tengah di Gombak tidak lama dulu.

Di samping secara halus menakut-nakut pelajar-pelajar IPTA/IPTS dan kalangan akademik tempatan dan asing. Selama ini sedikit ruang yang dibuka dari Akta AUKU yang mencengkam aktiviti-aktiviti pelajar dilihat oleh beliau tidak dapat mengukuhkan sokongan mereka kepada kerajaan.

Sehubungan itu juga beliau berharap dapat menakut-nakut rakyat bukan Islam dan menanamkan bibit keraguan mereka terhadap usaha-usaha PAS membentuk Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) dari kalangan bukan Islam bagi meraih sokongan yang lebih besar. Usaha-usaha PAS ini sangat menggusarkan beliau.

Selain itu sebanyak sedikit cuba menghilangkan rasa ingin tahu rakyat terhadap kes rasuah terhadap pembelian dua kapal selam di mahkamah Perancis yang akan berjalan tidak lama lagi.

DMPP bertegas bahawa seperti peribahasa yang mengatakan “tidak ada angin masakan pohon bergoyang” propaganda jahat ini tidak akan dapat menghasilkan natijah yang baik. Ia sebenarnya telah memudahkan APCO serta anasir zionis yahudi menjalankan jarum khianatnya terhadap rakyat terutamanya umat Islam di Malaysia.

DMPP juga memohon semua pihak dan rakyat seluruhnya bertenang dan jangan membuat sebarang tindakan yang akan mengeruhkan lagi keadaan. Kita yakin semua permasalahan ini jika ditangani mengikut garis panduan Islam dari al-Quran dan sunnah Rasulullah s.a.w sebenarnya akan membuahkan satu penyelesaian yang adil. Oleh kerana Islam itu adil untuk semua.

Harakahdaily/-

Mengenali Perlembagaan Persekutuan

11 Rejab 1431 H
Oleh: Majlis Peguam

Perlembagaan Persekutuan Malaysia (“Perlembagaan”) adalah dokumen yang paling penting di dalam negara kita kerana ia menentukan landasan negara kita.

• Ia mewujudkan sistem demokrasi kita
• Ia menghadkan kuasa kerajaan
• Ia menyatakan hak-hak kita

Perlembagaan adalah undang-undang utama negara kita. Ini bermakna ia menentukan siapa yang boleh menggubal undang-undang, dan menghadkan undang-undang yang boleh digubal.

Mengapakah anda harus tahu apa yang terkandung di dalam Perlembagaan?

Ia adalah kerana Perlembagaan menentukan cara hidup kita dan bagaimana kita diperintah. Contohnya:

• Perlembagaan menyatakan bahawa kita adalah rakyat Malaysia

• Perlembagaan menyatakan bahawa kita boleh memilih pemimpin-pemimpin kita

• Perlembagaan menyatakan bahawa kita mempunyai Parlimen yang menggubal undang- undang

• Perlembagaan menyatakan bahawa kita mempunyai mahkamah dan para hakim

• Perlembagaan menyatakan bahawa kita mempunyai kerajaan persekutuan dan tiga belas kerajaan negeri

• Perlembagaan menyatakan bahawa hak asasi kita dijamin.

Apakah yang terkandung di dalam Perlembagaan?

Perlembagaan mengandungi 16 Bahagian.

Bahagian I: Negeri-Negeri, Agama dan Undang-Undang Persekutuan
Negara kita adalah sebuah persekutuan yang dianggotai tiga belas negeri dan tiga wilayah persekutuan.

Islam diiktiraf sebagai agama persekutuan, tetapi agama-agama lain boleh diamalkan secara aman dan harmoni.

Perlembagaan adalah undang-undang utama persekutuan. Mana-mana undang-undang yang tidak mengikut Perlembagaan adalah tidak sah.

Bahagian II: Kebebasan Asasi
Bahagian ini menyatakan kebebasan-kebebasan asasi yang kita miliki:

• hak untuk hidup dan kebebasan

• kebebasan daripada kehambaan dan menjadi buruh paksaan

• kesamarataan di sisi undang-undang

• kebebasan bergerak
kebebasan bercakap, berhimpun dan bersekutu

• kebebasan agama

• hak untuk berpendidikan

• hak untuk memiliki harta

Bahagian III: Kewarganegaraan
Seseorang itu menjadi warganegara Malaysia dengan cara:

• dilahirkan di sini

• berkahwin dengan seorang lelaki warganegara Malaysia atau mempunyai seorang ibu atau bapa warganegara Malaysia

• tinggal secara sah di dalam negara ini untuk suatu masa yang ditetapkan

Bahagian III juga menyatakan bagaimana kita boleh menamatkan dan dilucutkan kewarganegeraan.

Bahagian IV: Persekutuan

Bahagian ini mewujudkan sistem kerajaan kita. Ketua Utama persekutuan adalah Yang di-Pertuan Agongyang dipilih oleh Majlis Raja-Raja untuk lima tahun. Majlis Raja-Raja dianggotai oleh kesemua Raja-Raja negeri-negeri dan juga Yang Dipertua bagi negeri-negeri yang tidak mempunyai Raja.Bahagian IV juga mewujudkan Kabinet dan pejabat Perdana Menteri.Ia juga mewujudkan Parlimen yang terdiri daripada Yang di-Pertuan Agongdan dua Majlis Parlimen yang dikenali sebagai Dewan Rakyat dan Dewan Negara.

Bahagian V: Negeri-Negeri
Setiap negeri mempunyai perlembagaannya sendiri dan badan perundangan yang dikenali sebagai Dewan Undangan Negeri. Dewan Undangan Negeri mempunyai kuasa untuk menggubal undang-undang tertentu. Raja-Raja dan Yang Dipertua Negeri mempunyai hak dan keistimewaan mereka.

Bahagian VI: Hubungan di antara Persekutuan dan Negeri-Negeri
Bahagian ini menyatakan pembahagian kuasa di antara persekutuan dan negeri-negeri. Terdapat perkara di mana Parlimen persekutuan boleh menggubal undang-undang, terdapat perkara di mana Dewan Undangan Negeri boleh menggubal undang-undang dan terdapat juga perkara tertentu di mana kedua-duanya boleh menggubal undang-undang.

Bahagian VII: Peruntukan Kewangan
Bahagian VII menyatakan bahawa kerajaan tidak boleh mengenakan cukai atau membelanjakan wang kecuali melalui kuasa undang-undang.

Bahagian VIII: Pilihanraya
Bahagian VIII menyatakan hak-hak kita sebagai warganegara untuk mengundi pemimpin-pemimpin kita.
Badan yang ditugaskan untuk menjalankan kesemua pilihanraya dan menyediakan daftar pemilih dikenali sebagai “Suruhanjaya Pilihanraya”. Suruhanjaya Pilihanraya ini dilantik oleh Yang di-Pertuan Agongdan sewajarnya menikmati keyakinan umum.

Bahagian IX: Badan Kehakiman

Bahagian IX mewujudkan sistem kehakiman di Malaysia dan menyatakan perkara-perkara yang boleh dan tidak boleh ditentukan oleh mahkamah-mahkamah di Malaysia.Bahagian IX juga menyatakan bagaimana hakim-hakim Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan akan dilantik.

Bahagian X: Perkhidmatan-perkhidmatan Awam
Bahagian ini mengenalpasti perkhidmatan awam di Malaysia, termasuklah:

• pasukan polis

• angkatan tentera

• perkhidmatan pelajaran

Ia juga merangkumi anggota perkhidmatan awam seperti yang berkhidmat untuk kementerian serta kerajaan-kerajaan persekutuan dan negeri-negeri.
Perlantikan, kenaikan pangkat dan penamatan khidmat anggota perkhidmatan awam ditentukan oleh “Suruhanjaya-suruhanjaya” dan anggota Suruhanjaya-suruhanjaya ini secara umumnya dilantik oleh Yang Di-Pertuan Agong.
Bahagian X juga mewujudkan pejabat Peguam Negara.

Bahagian XI: Kuasa Khas

Menentang Perbuatan Subversif, Keganasan Terancang, dan Perbuatan dan Jenayah yang Memudaratkan Orang Awam dan Kuasa Darurat
Parlimen mempunyai kuasa untuk menggubal undang-undang yang boleh membelakangi hak-hak lain di dalam Perlembagaan semasa darurat atau atas sebab-sebab keselamatan awam.

Bahagian XIII: Am dan Pelbagai
Bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan.
Yang di-Pertuan Agongbertanggungjawab untuk:

• memelihara kedudukan istimewa orang Melayu dan pribumi Sabah dan Sarawak.
• memelihara kepentingan sah komuniti-komuniti lain.

Bahagian ini juga menyatakan bagaimana pindaan boleh dilakukan ke atas Perlembagaan.

Bahagian XIIA: Perlindungan Tambahan bagi Negeri Sabah dan Sarawak
Terdapat peruntukan khas untuk Sabah dan Sarawak, contohnya, perizaban tanah pribumi bagi masyarakat pribumi Sabah dan Sarawak.

Bahagian XIII: Peruntukan Sementara dan Peralihan
Bahagian ini menerangkan bagaimana undang-undang yang digubal sebelum kemerdekaan masih berkuatkuasa sehingglah Parlimen menggubal undang-undang baru untuk menggantikan mereka.

Bahagian XIV: Kecualian bagi Kedaultan, dsb &

Bahagian XV: Prosiding terhadap Yang di-Pertuan Agongdan Raja-Raja.

Kedaulatan, kuasa, perogatif dan bidang kuasa Raja-Raja dipelihara di dalam Bahagian XIV. Di bawah Bahagian XV, prosiding oleh atau terhadap Yang di-Pertuan Agongatau Raja-Raja harus dibawa di hadapan “Mahkamah Khas”.

Bagaimanakah Perlembagaan memberi kesan kepada kita?

Sepuluh contoh-contoh

1.Pada Pilihanraya Umum 2008, anda membuang undi untuk memilih ahli Parlimen dan ahli Dewan Undangan Negeri anda. Perkara 119(1) Perlembagaan menyatakan bahawa anda boleh mengundi sekiranya (a) anda seorang warganegara Malaysia (b) anda telah mencapai umur 21 tahun dan (c) anda telah mendaftar dengan daftar pemilih. Anda tidak boleh mengundi, contohnya, sekiranya anda sedang menjalani hukuman penjara atau ditahan sebagai seorang yang tidak waras.

2.Anda tinggal di Pulau Pinang dan bercadang untuk melawat saudara anda di Negeri Sembilan. Anda boleh memandu ke Negeri Sembilan dengan menggunakan Lebuhraya Utara-Selatan (melalui Kedah, Perak, Selangor dan Wilayah Persekutuan) tanpa memerlukan passport atau apa-apa bentuk dokumen pemberian kuasa. Anda boleh melakukan ini semua kerana Perkara 9(2) Perlembagaan menyatakan bahawa secara amnya, setiap warganegara boleh bergerak dengan bebas dan boleh tinggal di mana-mana tempat di Malaysia. Namun begitu, terdapat pengecualian tertentu berkenaan dengan Sabah dan Sarawak.

3.Anda dan suami anda adalah warganegara Malaysia tetapi anda telah melahirkan anak anda di Indonesia. Mengikut Perkara 14 Perlembagaan, anak anda adalah warganegara Malaysia kerana bapanya adalah warganegara Malaysia.

4.Anda tinggal di Kuching. Bagi anda, Kuching adalah bandar yang terunggul di Malaysia. Bagi anda, ia merupakan tempat yang paling baik untuk didiami, mempunyai warga yang paling ramah dan sungai yang paling bersih di Malaysia. Anda berpendapat bahawa Kuching seharusnya dijadikan ibu negara Malaysia. Malangnya, Perlembagaan menyatakan bahawa Kuala Lumpur adalah ibu negara Malaysia “sehinggalah Parlimen menentukan sebaliknya”. Jika anda mahukan Kuching sebagai ibu negara Malaysia, anda terpaksa melobi Parlimen untuk membuat pindaan.

5.Anda menganut agama Buddha, jiran anda seorang Muslim, kawan baik anda adalah seorang Sikh dan rakan sekerja anda seorang Kristian. Di bawah Perkara 11 Perlembagaan, kita semua mempunyai hak untuk menganut dan mengamalkan agama kita sendiri.

6.Kerajaan merancang untuk membina sebuah lebuhraya baru di kawasan perumahan anda dan telah menyerahkan notis untuk mengambil tanah anda untuk tujuan tersebut. Perkara 13(1) Perlembagaan menyatakan bahawa tidak ada seorangpun yang boleh dilucutkan hartanya “kecuali mengikut undang-undang”. Oleh itu, kerajaan boleh mengambil tanah anda tetapi ia harus melakukannya mengikut proses undang-undang. Ini termasuklah memberi anda notis dan pampasan yang mencukupi.

7.Pahang baru sahaja memenangi Piala Malaysia. Untuk meraikan kemenangan itu, kerajaan negeri Pahang mengumumkan cuti bagi negeri Pahang. Anda tinggal di Perlis tetapi adalah seorang peminat pasukan bola Pahang. Anda juga ingin bercuti, tetapi anda tidak boleh memaksa kerajaan negeri Perlis untuk mengumumkan cuti kerana setiap kerajaan negeri mempunyai hak untuk mengumumkan cuti bagi negerinya sendiri.
[Tetapi anda boleh pindah ke Pahang! Sila lihat perenggan 2 di atas.]

8.Anda membayar cukai setiap tahun. Untuk menggunakan wang yang anda bayar, kerajaan persekutuan harus membentangkan bajet di Parlimen untuk menerangkan bagaimana ia akan menggunakan wang tersebut. Sebelum kerajaan persekutuan boleh menggunakan wang tersebut, Parlimen harus meluluskan bajet tersebut. Sekiranya anda tidak berpuas hati dengan cara kerajaan persekutuan akan membelanjakan wang, anda boleh menyuruh ahli Parlimen anda untuk mencadangkan pindaan kepada bajet di Parlimen.

9.Anda telah ditahan polis dan dibawa ke balai polis. Anda memaklumkan kepada polis bahawa anda mahukan khidmat seorang peguam untuk mewakili anda. Pihak polis harus membenarkan anda menghubungi peguam anda kerana Perkara 5(3) Perlembagaan menyatakan bahawa anda mempunyai hak untuk diwakili oleh seorang peguam.

10.Anda mempunyai hak untuk belajar, bertutur dan menggunakan bahasa lain walaupun Perkara 152(1) Perlembagaan menyatakan bahawa Bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan.

Soalan-soalan Lazim mengenai Perlembagaan

1.Haruskah saya mematuhi Perlembagaan?

Ya, semua orang harus mematuhi Perlembagaan, termasuklah diri anda, ahli Parlimen anda, para hakim, pegawai-pegawai kerajaan, pasukan polis, syarikat-syarikat dan persatuan-persatuan.

Malahan, Perdana Menteri, Kabinet, ahli Parlimen, para hakim dan juga Yang di-Pertuan Agongmengambil ikrar bahawa mereka akan mematuhi Perlembagaan.

Anda sendiri berikrar untuk mematuhi Perlembagaan setiap kali anda melafazkan Rukun Negara.

2.Apa akan berlaku sekiranya seseorang itu tidak mematuhi Perlembagaan?

Perlembagaan secara amnya memberikan kuasa, meletakkan tanggungjawab dan menentukan peranan. Sekiranya seseorang atau sebuah institusi tidak bertindak mengikut kuasa atau peranan yang diberikan kepada mereka, maknanya tindakan mereka adalah bercanggah dengan Perlembagaan dan tidak sah.

3.Apa yang akan terjadi sekiranya terdapat perselisihan berkenaan dengan maksud peruntukan tertentu di dalam Perlembagaan? Siapa yang akan memutuskannya?

Mahkamah mempunyai kuasa untuk memutuskan segala perkara berkenaan dengan tafsiran Perlembagaan. Apabila Mahkamah Persekutuan telah membuat keputusan tentang maksud sesuatu peruntukan, keputusan itu berkuatkuasa ke atas semua sehinggalah ia diputuskan semula oleh Mahkamah Persekutuan.

Tafsiran Perlembagaan oleh Mahkamah Persekutuan mungkin bertukar mengikut peredaran masa dan mengambil kira perubahan keadaan.

4.Bolehkah Perlembagaan dipinda?

Ya, ia boleh dipinda, malahan Perlembagaan kita telah dipinda beberapa kali.

Perkara 159 Perlembagaan menyatakan bahawa secara amnya, Perlembagaan boleh dipinda sekiranya rang undang-undang (yakni cadangan untuk pindaan) diluluskan oleh tidak kurang daripada dua pertiga ahli Dewan Rakyat dan Dewan Negara.

5.Parliman tampak seperti mempunyai kuasa yang banyak untuk membuat pindaan ke atas Perlembagaan. Apakah caranya untuk kita memastikan bahawa kuasa tersebut tidak disalahgunakan?

Pertama, ahli-ahli Parlimen dipilih oleh rakyat Malaysia seperti kita. Sekiranya cadangan pindaan itu tidak disokong oleh rakyat, maka ahli-ahli Parlimen tidak mungkin menyokong pindaan tersebut. Jika tidak, mereka mungkin tidak dipilih semula ke Parlimen pada Pilihanraya Umum yang akan datang. Sekiranya anda tidak berpuas hati dangan apa-apa cadangan pindaan, anda boleh menyuarakan pendapat anda kepada ahli Parlimen anda atau mana-mana ahli Parlimen.

Kedua, semua ahli Parlimen mengangkat sumpah bahawa mereka akan “memulihara, melindungi dan mempertahankan” Perlembagaan. Ada pihak berhujah bahawa sumpah ini bermakna ahli Parlimen tidak seharusnya membuat pindaan ke atas bahagian-bahagian penting dan perlu di dalam Perlembagaan.

6.Di mana saya boleh mendapatkan sesalinan Perlembagaan?

Anda boleh membeli sesalinan di keda-kedai buku utama. Sesalinan juga boleh didapati di laman sesawang kami: www.myconstitution.com

Apa Seterusnya?

Pelajari tentang Perlembagaan anda melalui Panduan Rakyat kami berkenaan dengan badan-badan Perlembagaan, hubungan Persekutuan-Negeri, Rakyat, Eksekutif, Parlimen, badan Kehakiman, Pilihanraya dan lain-lain!

PerlembagaanKu
Majlis Peguam
Jawatankuasa Undang-Undang Perlembagaan

Harakahdaily/-

Pengganas: PAS tuntut kerajaan, PDRM, Zamihan mohon maaf

11 Rejab 1431 H

KUALA LUMPUR, 24 Jun: PAS menuntut kerajaan, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Zamihan Mat Zin, meminta maaf kepada Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berhubung dakwaan pengganas.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad berkata pihak polis perlulah melengkapkan siasatan sebelum tuduhan sebegitu dijadikan bahan taklimat atau membuat sebarang pendakwaan yang boleh menjejaskan imej dan kredibiliti mereka yang terbabit.PAS, katanya tidak mahu imej polis terus tercemar kerana cara kerja yang tidak profesional.

“PAS mahu pihak Kerajaan BN dan Polis Diraja Malaysia memberikan penjelasan terhadap laporan Malaysiakini yang mengatakan Presiden PAS didakwa sebagai pengganas dalam satu taklimat keselamatan negara berhubung Jamah Islamiah (JI) di Bukit Aman Isnin lalu. PAS memandang serius dakwaan ini,” tegasnya dalam satu kenyataan.

Menurut laporan Malaysiakini, Zamihan sebagai Penolong Pengarah Pusat Al-Quran dan Ilmu Teras Institut Latihan Islam Malaysia (Ilim) mendakwa kononnya Tuan Guru Abdul Hadi bersama bekas mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin, mufti Perlis sekarang, Dr Juanda Jaya dan mantan menteri besar, Datuk Seri Shahidan Kassim adalah pengganas dalam taklimatnya.

Justeru, PAS katanya amat mencurigai kredibiliti Zamihan yang mendakwa penglibatan Presiden PAS dalam gerakan Wahabi yang turut dikaitkan dengan Jamaah Islamiah yang dirangkumkan bagi membentuk persepsi bahawa beliau adalah pengganas.

“PAS melihat bahawa fitnah ini sengaja dicipta bagi memberikan imej buruk kepada beliau dan PAS. Perkara ini bukan kali pertama,” katanya lagi.

Menurutnya, pada tahun lepas Mossad memfitnah presiden PAS sebagai pengganas selepas Menteri Pertahanan Israel membuat rundingan sulit dengan Datuk Ahmad Zahid Hamidi.

Pada tahun 2007, jelasnya Presiden PAS memenangi saman ke atas akhbar ternama Britain, Daily Mirror di mana akhbar itu telah bersetuju meminta maaf kepada Tuan Guru Abdul Hadi Awang di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi di Royal Court of Justice, ekoran penyiaran gambar dan berita berunsur fitnah yang mengaitkan beliau dengan pergerakan al-Qaeda.

Gambar Presiden PAS muncul di akhbar tersebut dengan tajuk "AL-QAEDA - Abdul Hadi" dan dinyatakan bahawa beliau adalah pemimpin nombor tiga al-Qaeda dan sedang ditahan di Guantanamo Bay.

PAS, tegas Idris tidak dapat menerima fitnah ketiga yang sengaja dicipta itu selepas kegagalan dua siri fitnah yang cuba menggugat PAS sebelum ini.

Katanya, PAS yakin sedikit sebanyak pengaruh nasihat APCO membawa kecenderungan kerajaan bagi mencipta krisis pengganas untuk dikaitkan dengan Presiden PAS dan parti itu.

Beliau menambah, PAS yakin fitnah itu juga sebagai serampang dua mata untuk menakutkan orang bukan Islam yang semakin jinak dengan parti itu.

Katanya, ketika sokongan orang bukan Islam telah yakin dengan wadah perjuangan PAS melalui Dewan Himpunan Penyokong PAS, maka musuh PAS cuba menggambarkan Presiden PAS sebagai pengganas.

“PAS yakin orang bukan Islam tidak akan terpedaya dengan fitnah ini. Mereka sudah lihat dengan mata kepala mereka sendiri pemimpin PAS bukan sebagaimana yang digambarkan sebagai seorang pengganas,” katanya lagi.

Katanya, Umno juga dilihat cuba mengajak Dr. Asri bersama dan tidak mustahil kewujudan tuduhan jahat itu akan dijadikan peluang oleh Umno untuk menggamit beliau bersama parti itu bagi mengelakkan ancaman ISA.“Ini adalah tidak profesional dan memalukan,” ujarnya.

Harakahdaily/-

Umno-BN terdesak, tuduh Presiden PAS penganas

11 Rejab 1431 H
Oleh: Hamba Allah

Kerajaan Umno-BN sudah tandus dan hilang modal untuk berhadapan dengan pengaruh dan sokongan rakyat kepada Pakatan Rakyat. Isu Jemaah Islamiah (JI) adalah cubaan terkini Umno-BN untuk mengkaburi pandangan umum untuk mengaitkan tokoh Pakatan Rakyat dengan anasir JI.

Memetik laporan Malaysiakini berdasarkan taklimat Keselamatan yang dihadiri oleh pegawai tertinggi polis di sebuah hotel di Sepang malam semalam mengaitkan Presiden PAS Tuan Guru Dato Hj. Abdul Hadi Awang dengan JI.

Turut disenaraikan ialah bekas Menteri Besar Perlis,Datuk Seri Shahidan Kassim. Manakala Mufti Perlis Dr Juanda Jaya dan bekas mufti negeri itu Dr Mohd Asri Zainul Abidin dikaitkan dengan penyebaran fahaman wahabi.

Patutlah Perdana Menteri 1Malaysia beria-ia mempertahankan bahawa anasir JI wujud di negara ini. Rupa-rupanya seperti dijangka tokoh Pakatan Rakyat khususnya PAS akan dijadikan sasaran untuk mengkaburi dan mengelirukan rakyat bahawa PAS terlibat dan menaja aktiviti keganasan.

Tuduhan ini merupakan satu penghinaan dan tindakan yang begitu memalukan apabila Umno-BN cukup terdesak dengan menggunakan taktik keji dan kotor mengaitkan tokoh ulama dalam negara yang terkenal dengan ketokohan ilmu serta disegani kawan dan lawan dengan tuduhan yang tidak berasas.

Ternyata, piliuhanraya umum yang semakin hampir menjadikan Umno-BN hilang pedoman dan cuba bertindak di luar batas kemanusiaan serta bertentangan dengan prinsip dan lunas demokrasi.

Walau bagaimanapun saya menyeru semua pimpinan, ahli dan penyokong pakatan Rakyat agar bertenang serta tidak terpengaruh dengan fitnah dan propaganda yang dilakukan oleh kerajaan Umno-BN untuk memastikan strategi kotor Umno-BN akan memerangkap diri mereka kembali.

Saya cukup yakin rakyat di negara ini cukup matang dan boleh menilai situasi terkini yang berlaku dalam negara.

Harakahdaily/-

SUSAH SANGATKAH UNTUK BUAT PILIHAN ? INI FORMULA BUAT DR MOHD ASRI

11 Rejab 1431 H
Oleh: WFAUZDIN NS

APABILA US (Dr) Mohd Asri diberitakan akan menyertai Umno di Bahagian Bukit Bintang, maka ianya menjadi satu topik hangat ketika ini. Mengapa isu kemasukan Dr Mohd Asri menjadi hangat dibincangkan? Beliau bukan mempunyai pengaruh besar di kalangan rakyat cuma namanya sering disebut dan popular kerana kenyataan-kenyataan kontroversinya yang sering mendapat perhatian. Selain itu, beliau juga adalah bekas Mufti Negeri Perlis sebelum ini.

Pada pendapat saya, isu kemasukan Dr Mohd Asri ke dalam Umno yang diwar-warkan itu menjadi hangat adalah kerana umum mengetahui beliau adalah seorang Mufti yang tentunya seorang ilmuan agama. Oleh kerana beliau seorang ilmuan agama dan bekas Mufti pula, sudah tentu menjadi pelik buat kita jika beliau memilih Umno untuk berpolitik. Seandainya beliau tidak bergiat di dalam politik tidak menghairankan sangat sepertimana yang dilakukan oleh Us Azhar Idrus seorang penceramah bebas terkenal berasal di Terengganu itu.

Ulamak sebenar mestilah berpolitik kerana politik dan ugama tidak boleh dipisahkan. Tetapi, berpolitik bukan bererti mesti memegang jawatan di dalam parti. Dan, berpolitik pula mestilah berpolitik yang condong ke arah Islam. Justeru itu, sukar untuk diterima akal sekiranya Dr Mohd Asri tergamak memilih Umno jika ingin bergiat di dalam politik. Sikap menangguhkan keputusannya samada untuk memilih Umno atau tidak juga menimbulkan seribu persoalan kepada kita.

Susah sangatkah untuk memilih parti yang selaras dengan Islam? Jika Dr Mohd Asri bermasalah untuk membuat pilihan samada Umno atau PAS yang ingin dipilihnya, hanya ada satu formula sahaja buat beliau untuk menyelesaikan masalahnya.Dr Mohd Asri disarankan agar meletakkan Al-Quran di tengah, kemudiannya meletakkan Perlembagaan PAS di kanan, dan Perlembagaan Umno di kiri beliau.

Ambil sedikit masa dan rujuk kedua-dua perlembagaan parti tersebut kemudiannya bandingkan yang mana satukah paling menjurus ke arah perintah dan ajaran Al-Quran.
Selaku bekas Mufti dan ilmuan agama, tentu tidak sukar buat Dr Mohd Asri untuk membuat pilihan. Dr Mohd Asri juga boleh menilai sejarah perjuangan di antara PAS dan Umno, yang mana satukah komited dengan perjuangan mendaulatkan Islam. Kita amat bimbang Dr Mohd Asri akan terjebak dengan tipu daya mereka yang `menjual' isu ketuanan dan perpaduan Melayu untuk mempengaruhi beliau menyertai puak mereka. Dr Mohd Asri harus faham bahawa isu sekarang bukan masalah perpaduan atau Melayu, tetapi isu sekarang menjangkau lebih jauh dan lebih kritikal termasuk soal akidah, keselamatan, kezaliman dan rasuah. Mustahil beliau tidak nampak semua ini.

Akhirnya, kita berharap dan berdoa agar Dr Mohd Asri tidak terpedaya dengan helah puak-puak yang sentiasa memasang jerat untuk kepentingan puak mereka. Di saat mereka terdesak, mereka seperti menghormati para Alim Ulamak tetapi apabila mereka sudah kuat dan gagah, Alim Ulamak hanya dijadikan `tukang baca doa dan tahlil' sahaja. Jika tidak percaya, cuba bertanya kepada Us Nakhaie dan Us Firdaus. Jangan minta nasihat Jamil Khir kerana Jamil Khir pun `disuap makan' oleh Najib.

(INGATAN) Saad bin Abi Waqas

11 Rejab 1431 H
http://muchlisin.blogspot.com

Sirah Shahabat: Saad bin Abi Waqas

Alhamdulillah, blog ini dapat menghadirkan kembali seri Sirah Sahabat untuk kesekian kalinya. Kali ini kita akan mengetengahkan kisah Saad bin Abi Waqas. Semoga kita dimudahkan Allah SWT untuk mengambil hikmah dari setiap Sirah Sahabat dan meneladani mereka. Amiin.

Dan Kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada dua orang ibu- bapanya; ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah- tambah, dan menyapihnya dalam dua tahun. Bersyukurlah kepadaKu dan kepada dua orang ibu bapakmu, hanya kepada-Kulah kembalimu.

Dan jika keduanya memaksamu untuk mempersekutukan dengan Aku sesuatu yang tidak ada pengetahuanmu tentang itu, maka janganlah kamu mengikuti keduanya, dan pergaulilah keduanya di dunia dengan baik, dan ikutilah jalan orang yang kembali kepada-Ku, kemudian hanya kepada-Kulah kembalimu, maka Kuberitakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan. (QS. Luqman : 14-15)

Ayat-ayat yang mulia ini mempunyai latar belakang kisah tersendiri dan mengejutkan; menyebabkan satu golongan diantara dua golongan yang bertentangan jatuh terbanting, berhubungan dengan pribadi seorang pemuda lemah lembut. Akhirnya kemenangan berada di pihak yang baik dab beriman.

Tokoh kisah ini adalah seorang pemuda Makkah dari keturunan terhormat, dan dari ibu bapak yang mulia. Nama pemuda itu Saad bin Abi Waqas.

Tatkala cahaya kenabian memancar di kota Makkah, Saad masih muda belia, penuh perasaan belas kasih, banyak bakti kepada ibu bapak, dan sangat mencintai ibunya. Walaupun Saad baru menjelang usia 17 tahun, namun dia telah memiliki kematangan berpikir dan kedewasaan bertindak. Dia tidak tertarik kepada aneka macam permainan yang menjadi kegemaran pemuda-pemuda sebayanya. Bahkan dia mengarahkan perhatiannya untuk bekerja membuat panah, memperbaiki busur, dan berlatih memanah, seolah-olah dia sedang menyiapkan diri untuk suatu pekerjaan besar. Dia juga tidak puas dengan kepercayaan/agama sesat yang dianut bangsanya, serta kerusakan masyarakat, seolah-olah dia sedang menunggu uluran tangan yang kokoh kuat, penuh kasih sayang, untuk mengubah keadaan gelap gulita menjadi terang benderang.

Sementara itu, Allah SWT menghendaki akan menaikkan harkat kemanusiaan yang telah merosot, secara keseluruhan dan merata, melalui pribadi yang belas kasih itu, yaitu melalui penghulu segala makhluk, Muhammad bin Abdullah. Dalam genggamannya memancar sinar petunjuk ketuhanan yang tidak tercela, yaitu Kitabullah.

Saad segera memenuhi panggilan yang berisi petunjuk dan haq ini (agama Islam), sehingga dia tercatat sebagai orang ketiga atau keempat yang masuk Islam. Bahkan dia sering berucap dengan penuh kebanggaan: "Setelah aku renungkan selama seminggu, maka aku masuk Islam sebagai orang ketiga."

Rasulullah SAW sangat bersuka cita dengan Islamnya Saad. Karena beliau melihat pada pribadi Saad terdapat ciri-ciri kecerdasan dan kepahlawanan yang menggembirakan. Seandainya kini dia ibarat bulan sabit, maka dalam tempo singkat dia akan menjadi bulan purnama yang sempurna.

Keturunan dan status sosialnya yang mulia dan murni, melapangkan jalan baginya untuk mengajak pemuda-pemuda Makkah mengikuti langkahnya masuk Islam seperti dia. Di samping itu, sesungguhnya Saad termasuk paman nabi SAW juga. Karena dia adalah keluarga Aminah binti Wahab, ibunda Rasulullah SAW.

Rasulullah sangat membanggakan pamannya. Pernah diceritakan, pada suatu ketika beliau sedang duduk-duduk bersama beberapa orang shahabat. Tiba-tiba beliau melihat Saad bin Abi Waqas datang. Lalu beliau berkata kepada para shahabat yang hadir, "Inilah pamanku. Coba tunjukkan kepadaku, siapa yang punya teman seperti pamanku!"

Tetapi, Islamnya Saad tidak langsung memberikan kemudahan yang mengenakkan baginya. Sebagai pemuda muslim, dia ditantang dengan berbagai tantangan, ujian, serta cobaan-cobaan berat dan keras. Ketika cobaan-cobaan itu telah sampai di puncaknya, Allah SWT menurunkan wahyu mengenai peristiwa yang dialaminya. Marilah kita dengarkan kisahnya.

Kata Saad bercerita: Tiga malam sebelum aku masuk Islam, aku bermimpi, seolah-olah aku tenggelam dalam kegelapan yang tindih menindih. Ketika aku sedang mengalami puncak kegelapan itu, tiba-tiba kulihat bulan memancarkan cahaya sepenuhnya, lalu kuikuti bulan itu. aku melihat tiga orang telah lebih dahulu berada di hadapanku mengikuti bulan tersebut. Mereka itu ialah Zaid bin Haritsh, Ali bin Abu Thalib, Abu Bakar Ash-Shidiq. Aku bertanya kepada mereka: Sejak kapan Anda bertiga di sini? Belum lama, jawab mereka.

Setelah hari siang, aku mendapat kabar, Rasulullah SAW mengajak orang-orang kepada Islam secara diam-diam. Yakinlah aku, sesungguhnya Allah SWT menghendaki kebaikan bagi diriku, dan dengan Islam Allah akan mengeluarkanku dari kegelapan kepada cahaya terang. Aku segera mencari beliau, sehingga bertemu dengannya pada suatu tempat ketika dia sedang shalat Ashar. Aku menyatakan masuk Islam di hadapan beliau. Belum ada orang mendahuluiku masuk Islam, selain mereka bertiga seperti yang terlihat dalam mimpiku.

Saad melanjutkan kisahnya masuk Islam. Ketika ibuku mengetahui aku masuk Islam, dia marah bukan kepalang. Padahal aku anak yang berbakti dan mencintainya. Ibu memanggilku dan berkata: "Hai Saad! Agama apa yang engkau anut, sehingga engkau meninggalkan agama ibu bapakmu? Demi Allah! Engkau harus meninggalkan agama barumu itu! atau aku mogok makan minum sampai mati…! Biar pecah jantungmu melihatku, dan penuh penyesalan karena tindakanmu sendiri, sehingga semua orang menyalahkan dan mencelamu selama-lamanya."

Jawabku: "Jangan lakukan itu, Bu! Tetapi aku tidak akan meninggalkan agamaku biar bagaimanapun."

Ibu tegas dan keras melaksanakan ucapannya. Beliau benar-benar mogok makan minum. Sehingga tubuh dan tulang-belulangnya lemah, menjadi tidak berdaya sama sekali. Terakhir, aku mendatangi ibu untuk membujuknya supaya dia mau makan dan minum walaupun agak sedikit. Tetapi ibu memang keras. Beliau tetap menolak dan bersumpah akan tetap mogok makan sampai mati, atau aku meninggalkan agamaku, Islam.

Aku berkata kepada ibu: "Ibu! Sesungguhnya aku sangat mencintai ibu. Tetapi aku lebih cinta kepada Allah dan Rasul-Nya. Demi Allah! Seandainya ibu memiliki seribu jiwa, lalu jiwa itu keluar dari tubuh ibu satu per satu (untuk memaksaku keluar dari agamaku) sungguh aku tidak meninggalkan agamaku karenanya."

Tatkala ibu melihatku bersungguh-sungguh dengan ucapanku, dia pun mengalah. Lalu dia menghentikan mogok makan sekalipun dengan perasaan terpaksa.

Maka Allah SWT menurunkan firman-Nya kepada Nabi Muhammad SAW:
"Dan jika keduanya memaksamu untuk mempersekutukan dengan Aku sesuatu yang tidak ada pengetahuanmu tentang itu, maka janganlah kamu mengikuti keduanya, dan pergaulilah keduanya di dunia dengan baik,"

Setelah Saad masuk Islam, dia lantas berjasa terhadap Islam dan kaum muslimin dengan prestasi baik dan tinggi. Dalam perang Badar, Saad ikut berperang bersama-sama adiknya Umair. Ketika itu Umair masih muda remaja, belum lama mencapai usia baligh. Tatkala Rasulullah SAW memerintahkan tentara muslimin berkumpul dan bersiap sebelum berangkat perang, Umair bersembunyi-sembunyi, takut kalau-kalau dia tidak diperbolehkan Rasulullah turut berperang, karena usianya masih kecil. Tetapi Rasulullah tetap melihatnya, lalu tidak memperbolehkannya ikut. Umair menangis, sehingga Rasulullah merasa kasihan, dan akhirnya membolehkan Umair turut berperang. Saad mendatangi adiknya dengan gembira, lalu mengikatkan pedang di bahu Umair, karena tubuhnya yang kecil. Kedua saudara itu pergi berperang berjuang bersama fi sabilillah.

Seusai peperangan Saad kembali ke Madinah seorang diri. Sedangkan adiknya, Umair tinggal di bumi Badar sebagai syuhada'. Saad merelakan adiknya ke pangkuan Allah SWT dengan mengharap pahala dari-Nya.

Ketika tentara kaum muslimin lari kucar-kacir dalam perang Uhud, Rasulullah SAW tinggal di medan tempur dengan kelompok kecil tentara kaum muslimin, tidak lebih dari sepuluh orang. satu diantaranya ialah Saad bin Abi Waqas. Sa'ad berdiri melindungi Rasulullah SAW dengan panahnya. Tidak satupun anak panah yang dilepaskan Saad dari busur melainkan mengenai sasaran dengan jitu, dan orang musyrik yang terkena, tewas seketika.

Tatkala dilihat Rasulullah SAW Sa'ad seorang pemanah jitu, beliau berkata memberinya semangat "Panahlah, hai Saad! Panahlah…! Bapak dan ibuku menjadi tebusanmu!"

Saad sangat bangga sepanjang hidupnya dengan ucapan Rasulullah itu. sehingga Saad pernah pula berkata, tidak pernah Rasulullah berucap kepada seorang jua pun, mempertaruhkan kedua ibu bapaknya sekalipun sebagai tebusan, melainkan hanya kepadaku."

Namun puncak kejayaan Saad, ialah ketika Khalifah Umar Al-Faruq bertekad menyerang kerajaan Persia, untuk menggulingkan pusat pemerintahannya, dan mencabut agama berhala sampai ke akar-akarnya di permukaan bumi. Khalifah Umar memerintahkan kepada setiap Gubernur dalam wilayah kekuasaannya, supaya mengirim kepadanya setiap orang yang mempunyai senjata, atau kuda, atau setiap orang yang mempunyai keberanian, kekuatan atau orang yang berpikiran tajam, yang mempunyai suatu keahlian seperi syair, berpidato dan sebagainya, yang dapat membantu memenangkan perang. Maka tumpah ruahlah ke Madinah para pejuang muslim dari setiap pelosok. Setelah semuanya selesai melapor, Khalifah Umar merundingkan dengan para pemuka yang berwenang, siapa kiranya yang pantas dan dipercaya untuk diangkat menjadi panglima angkatan perang yang besar itu. mereka sepakat dengan aklamasi menunjuk Saad bin Abi Waqas, singa yang menyembunyikan kuku. Lalu khalifah menyerahkan panji-panji perang kaum muslimin kepadanya dengan resmi, dalam pengangkatannya menjadi panglima.

Sewaktu angkatan perang yang besar itu hendak berangkat, Khalifah Umar berpidato memberi amanat dan perintah harian kepada Saad.

Katanya, "Hai Saad! Janganlah engkau terpesona, sekalipun engkau paman Rasulullah dan shahabat beliau. Sesunggunya Allah tidak menghapus suatu kejahatan dengan kejahatan. Tetapi Allah menghapus kejahatan dengan kebaikan. Hai, Saad! Sesungguhnya tidak ada hubungan kekeluargaan antara Allah dengan seseorang melainkan dengan mentaati-Nya. Segenap manusia sama di sisi Allah, baik dia bangsawan atau rakyat jelata. Allah adalah Tuhan mereka dan mereka semuanya adalah hamba-hambaNya. Mereka berlebih berkurang karena taqwa, dan memperoleh karunia dari Allah karena taat. Perhatikanlah cara Rasulullah, yang engkau telah mengetahuinya, maka tetaplah ikuti cara beliau itu."

Maka berangkatlah pasukan yang diberkati Allah itu menuju sasaran. Di dalamnya terdapat 99 orang alumni pahlawan perang badar, lebih kurang 319 orang para shahabat yang tergolong dalam baiatur ridlwan, 300 orang pahlawan yang ikut dalam penaklukan Makkah bersama-sama Rasulullah SAW, 700 orang putra-putra shahabat, dan pejuang-pejuang muslim lainnya (yang keseluruhan berjumlah 30.000 orang).

Sampai di Qadisiyah, Saad menyiagakan seluruh pasukannya dan bertempur hebat. Pada hari itu sebagai hr yang menentukan. Mereka mengepung musuh dengan ketat, lalu maju ke depan dari segala arah, sambil membaca takbir.

Dalam pertempuran itu, kepala Rustam, panglima tentara Persia, berpisah dengan tubuhnya oleh lembing kaum muslimin. Maka merasuklah rasa takut dan gentar ke dalam hati musuh-musuh Allah. Sehingga dengan mudah kaum muslimin menghadapi para prajurit Persia dan membunuh mereka. Bahkan kadang-kadang mereka membunuh dengan senjata musuh itu sendiri.

Saad bin Abi Waqas dikaruniai Allah usia lanjut. Dia dicukupi kekayaan yang lumayan. Tetapi ketika wafat telah mendekatinya, dia hanya meminta sehelai jubah usang. Katanya, "Kafani aku dengan jubah ini. Dia kudapatkan dari seorang musyrik dalam perang badar. Aku ingin menemui Allah dengan jubah itu." [sumber: Kepahlawanan Generasi Shahabat Rasulullah SAW.

UMNO/BN TERLALU LAMA BERKUASA MENYEBABKAN HAK RAKYAT SEMAKIN TERABAI

11 Rejab 1431 H
Oleh: mohd hafez sabri

IPOH 23 JUN, Pesuruhjaya PAS Perak Ustaz Abu Bakar Hussain dalam kenyataannya menyatakan bahawa UMNO/BN adalah sebuah pemerintah yang berkuasa terlalu lama secara mutlak tanpa dapat dibendung, perkara ini akan menyebabkan berlakunya penindasan terhadap rakyat.

Menurut beliau dengan membiarkan sesuatu parti membolot kuasa terlalu besar maka ianya akan menyukarkan rakyat untuk mendapat pembelaan yang berkesan.Apabila kerajaan UMNO/BN menggubal dan melaksanakan sebarang polisi maka ianya sudah semestinya mempunyai kepentingan lain dari apa yang dikehendakki oleh rakyat.

Selain itu UMNO/BN umpama parti yang terlalu jenuh membolot kuasa sehingga menyebabkan tuntutan rakyat menjadi perkara sampingan apabila berdepan dengan kepentingan mereka yang hanya mengutamakan tembolok kelompok didalam kumpulan masing-masing.

Menurut beliau lagi, penyalahgunaan kuasa oleh UMNO/BN sebagai sebuah parti pemerintah yang tidak menghormati undang-undang perlu ditolak.Dengan mempunyai kuasa yang terlalu besar di Pusat perkara ini akan menyebabkan pemerintah itu menjadi sebuah kerajaan yang autokratik.

Ianya bermakna sebarang ketidakpuasan hati rakyat tidak akan dilayan kerana tidak ada suara yang seimbang untuk menghalang sebarang ketidakadilan yang dilakukan oleh kerajaan.

Beliau menyatakan lagi, isu rasuah yang masih berterusan dan menjadi amalan pemimpin UMNO/BN akan berkembang tanpa banyak harapan untuk dibanteras. Dalam hal ini kerajaan yang sarat dengan kuasa lebih pasti akan lebih memperhitungkan pemodal politik daripada rintihan rakyat.

Beliau menjelaskan bahawa UMNO/BN sebagai pemerintah yang memberi peluang yang lebih kepada golongan elit. Dewasa ini rakyat terbanyak masih berada di dalam kehidupan yang sulit, walaupun waktu singkat dalam kempen PRU ke-13 akan datang pasti akan dijadikan masa untuk melambakkan bantuan kepada rakyat, namun kesengsaraan rakyat bawahan akan terus menjadi kenyataan apabila pilihan raya selesai.

Sehubungan itu beliau menyarankan agar rakyat bertindak secara kolektif untuk memberi ruang dan peluang kepada kepimpinan Pakatan Rakyat untuk membawa arus perubahan baru dalam meningkatkan semula tahap kehidupan rakyat kearah lebih selesa dan harmorni dalam mencapai harapan rakyat untuk mendapat keselesaan hidup di Negara ini.

Ceramah Tuan Guru Hj Hadi.

11 Rejab 1431 H
Oleh: basir mad



Pemuda PAS Perak gesa bebaskan segera Rakyat Malaysia yang ditahan di Mesir

11 Rejab 1431 H
Oleh: safarizal saleh

23 Jun 2010 (MANJUNG) - Pemuda PAS Perak hari ini telah menyerahkan bantuan kepada keluarga Muhamad Zulkifli Zakaria, 41, yang ditahan pihak berkuasa Mesir pada 13 Jun lalu di Lapangan Terbang Antarabangsa Kaherah.

Sumbangan telah diserahkan oleh Salman Saleh, Naib Ketua Pemuda PAS kepada isterinya Nurul Hidayah @ Icanna Lagago di rumahnya di Taman Samudra, Manjung sebentar tadi. Turut serta hadir adalah Safarizal Saleh, Penolong Setiausaha Pemuda PAS Perak.

Kepimpinan PAS Lumut, Pemuda PAS Lumut dan juga Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Pasir Panjang turut serta bersama. Sumbangan berupa kewangan dan juga keperluan harian telah diserahkan bagi meringankan masalah yang dihadapi.

Manakala pada hari yang sama juga di Kuala Lumpur, usaha pembebasan diteruskan oleh Pemuda PAS Perak yang telah diketuai oleh Mohd Munir Ali, Timbalan Ketua Pemuda PAS Perak telah menyerahkan memorandum kepada Kedutaan Mesir.

Hadir sama ialah Raja Ahmad Al-Hiss, Setiausaha Pemuda PAS Perak dan juga Mohd Nazri Din, Pengarah Pilihanraya Pemuda PAS Perak bagi membuat serahan tersebut.

Pemuda PAS Perak menggesa kerajaan Mesir mempercepatkan proses siasatan dan berharap hak beliau diberikan untuk mengetahui kedudukan sebenarnya kerana sehingga kini masih tidak mendapat maklumat rasmi daripada Kerajaan Mesir punca sebenar penahanannya.