28 Ogos 2009

Menteri kata sebat cara sekular zalim, cara Islam adil

Oleh : Suara N9

Akhirnya Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein secara tidak langsung mengakui sebat cara sekular zalim manakala sebat cara Islam adalah adil.

SEBAT CARA ISLAM

1. Panjang rotan tidak lebih 1.22 meter , tebal tidak lebih 1.25 sm
2. Jika pesalah hamil, hukuman dilaksana selepas 2 bulan melahirk anak
3. Sebatan tidak boleh kena muka, kepala, perut, dada atau bahagian sulit.
4. Pesalah lelaki disebat berdiri manakala perempuan dalam keadaan duduk
5. Sebatan dengan kekuatan sederhana
6. Tukang sebat tanpa mengangkat tangannya melebihi kepala
7. Tidak melukakan kulit pesalah.

SEBAT CARA SEKULAR

1. Rotan yang digunakan terdiri daripada berbagai-bagai saiz.
2. Pesalah akan ditanggalkan pakaiannya dan digantikan dengan pakaian cawat
3. Pakaian cawat hanya menutupi bahagian kemaluan depan sahaja
4. Bahagian daging punggung akan terdedah untuk disebat
5. Pesalah akan dibaringkan secara berdiri pada patung yang dikhaskan dan diikat kedua kaki dan tangan.
6. Sesetengah tukang sebat menyebat dengan cara terus.
7. Sesetengah yang lain menyebat dengan cara sentap.
8. Sebatan dengan cara sentapan lebih menyakitkan kerana dirasakan cebisan kulit tersentap keluar

Sila baca kenyataan akhbar di bawah dari Menteri , Mufti Perak, Majlis Peguam Syarie dan kajian Jabatan Penjara :

************ ********
Jabatan Penjara tiada pakar sebat syariah

PUTRAJAYA 25 Ogos - Hukuman sebat ke atas Kartika Sari Dewi Shukarnor terpaksa ditangguhkan kerana Jabatan Penjara tidak mempunyai pengalaman, kemahiran dan pakar bertauliah yang mampu melaksanakan hukuman syariah atas kesalahan meminum arak.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, ia merupakan kes pertama bagi Jabatan Penjara yang hanya berpengalaman luas dalam kesalahan dadah dan rogol.

''Dari segi tanggungjawab, saya difahamkan di bawah Akta Negara memang kita dipertanggungjawabk an tetapi tak mungkin saya benarkan hukuman dilaksanakan kalau kita tidak mempunyai kemahiran dan kepakaran.

Beliau menambah, hukuman syariah bukan perkara biasa yang boleh dilaksanakan jika tiada pengalaman.

************ ********
Hukuman Sebat Kartika Ditangguh Hingga Ada Tukang Sebat Cara Syariah

PUTRAJAYA, 25 Ogos (Bernama) -- Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata Jabatan Penjara tidak mempunyai tukang sebat yang berkemahiran untuk melaksanakan hukuman mengikut cara dan kaedah syariah.

Ketika ditanya mengenai keperluan untuk mewujudkan Penjara Syariah bagi menangani kes dan hukuman syariah, Hishammuddin berkata perkara itu bukan satu keperluan pada masa ini.

************ ********
22 JULAI 2009 bersamaan 29 Rejab 1430H.

KENYATAAN MEDIA – ISU HUKUMAN ROTAN TERHADAP WANITA DI MAHKAMAH SYARIAH

3. Hukuman yang dijatuhkan ini adalah masih rendah berbanding hukuman sebenarnya menurut Hukum Syarak yang mana pesalah boleh dijatuhkan hukuman sehingga 40 sebatan sebagaimana yang pernah dilakukan oleh Rasulullah s.a.w dan sahabat-sahabat.

5. PGSM menegaskan bahawa pelaksanaan hukuman sebat di Mahkamah Syariah amat berbeza dengan pelaksanaan hukuman sebat di Mahkamah Sivil. Prosedur untuk menjalankan hukuman sebat di Negeri Pahang ada diperincikan secara jelas dalam Seksyen 125 dan Seksyen 126 Enakmen Tatacara Jenayah Syariah 2002 negeri itu.

Antara lain seksyen ini menyebut :-

i. Alat sebatan yang digunakan hendaklah diperbuat dari rotan atau ranting kecil yang tiada ruas atau buku dan panjangnya tidak melebihi 1.22 meter dan tebalnya tidak melebihi 1.25 sentimeter.
ii. Kalau pesalah itu hamil, hukuman itu hendaklah dilaksanakan selepas 2 bulan dia melahirkan anaknya.
iii. Pesalah hendaklah diperiksa tahap kesihatannya oleh Pegawai Kesihatan Kerajaan.
iv. Hukuman sebat itu hendaklah dengan kehadiran Pegawai Perubatan Kerajaan.
v. Sebatan tidak boleh kena muka, kepala, perut, dada atau bahagian sulit.
vi. Pesalah lelaki disebat berdiri manakala perempuan dalam keadaan duduk
vii. Sebatan hendaklah dijalankan dengan kekuatan sederhana iaitu tukang sebat itu tanpa mengangkat tangannya melebihi kepala supaya tidak melukakan kulit pesalah.
viii. Pegawai Perubatan Kerajaan akan memperakukan samada pesalah itu masih boleh menerima sebatan atau ditangguhkan untuk baki sebatan.

************ ********
Sebatan tidak ancam nyawa - Harussani

IPOH 25 Ogos - Hukuman enam kali sebatan yang dijatuhkan terhadap Kartika Sari Dewi kerana kesalahan meminum arak langsung tidak akan mengancam nyawa atau memudaratkan kesihatannya.

Sebaliknya Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, hukuman tersebut lebih kepada pengajaran kepada umat Islam supaya tidak melakukan kesalahan yang sama.

Katanya, ia tidak sama dengan sebatan di penjara kerana orang yang melaksanakan hukuman sebatan itu ketiak pun tidak boleh terbuka dan pesalah mesti berpakaian.

"Hukuman akan dijalankan serentak enam sebatan, tetapi tidak akan calar sedikit pun. Cuma akan berbekas merah, itu pun jika pesalah terbabit berkulit putih," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

************ ********
Hukuman Sebat

Pelaksanaan hukuman dilaksanakan dengan pesalah akan menanggalkan pakaiannya dan digantikan dengan pakaian cawat, iaitu kain bertali yang diikat di penggang dan dua peha. kain tersebut hanya menutupi bahagian kemaluan depan sahaja, sementara bahagian daging punggung akan terdedah untuk disebat. Pesalah akan dibaringkan secara berdiri pada patung yang dikhaskan dan diikat kedua kaki dan tangan. Seorang pegawai penjara akan memegang atas tengkuk pesalah, mungkin untuk mengelakkan daripada meronta.

Rotan yang digunakan untuk menyebat terdiri daripada berbagai-bagai saiz.

Sesetengah tukang sebat menyebat dengan cara terus. Sesetengah yang lain menyebat dengan cara sentap. Dikatakan sebatan dengan cara sentapan lebih menyakitkan kerana dirasakan cebisan kulit tersentap keluar!

Hukuman sebatan yang dilaksanakan dipenjara-penjara di Malaysia kurang menepati hukum yang terdapat dalam hukum Islam. Perbezaan yang paling ketara adalah cara sebatan yang dilakukan, iaitu menyebat dengan sekuat hati mengikut undang-undang malaysia, manakala bagi undang-undang Islam keadaan tidak diangkat habis.

Dalam Islam pelaksanaan hukuman rotan lebih kepada mendidik orang yang disebat. disamping itu ia juga berkait dengan kesalahan dosa yang dilakukan oleh pesalah tersebut.

12 ulasan:

ZAMRI kecik's berkata...

harap2 yang lain tu paham la...

nalapambu berkata...

Sebenarnya pesalah ini tidak perlu di sebat lagi, kerana kaum keluarga nya sudah cukup menerima malu.

Lagi pun dia sudah sedar dan insaf diatas kesalahan nya. Masa depan nya juga sudah terjejas, jika hukuman ini dibuat juga makan keadaan nya makin bertambah buruk.

Ini sudah cukup menjadi satu hukuman kepada nya dan keluargan nya.

Tanpa Nama berkata...

http://www.youtube.com/watch?v=RBf_XT5M54U

jebat. berkata...

Jangan ada yang mempertikaikan hukum Allah kerana Allah lebih Maha Mengetahui atas apa yang diperintahkan-Nya....Jika ada walau sedikitpun keraguan terhadap hukum Allah ianya boleh membawa kita terkeluar dari Islam...wallahuaalam.

anak bagan datok berkata...

Kerajaan negeri kena lasksana hukum hudud dulu baru nak fikir sebat kepada Kartina.Buat enakmen hukum hudud atau Syariah Islam dulu. Minta panduan kat Kelantan atau TG Hj. Hadi.Jangan bertanya kat Zahid- haru jadinya.

yobleh berkata...

inlah akibatnya bila orang yang diamanahkan menjalan hukum islam tidak habis lagi mengaji mengenai undang-undang islam.

NH Shah Alam berkata...

Hakim ini memang bertindak adil. pada saya Yang Arif tahu akan kesan disebalik hukuman yang beliau jatuhkan. Beliau ingin memperlihatkan pada dunia bahawa hukuman Islam yakni HUDUD memang baik.

Paling tidak orang akan memperbincangkan hukum HUDUD yang ditetapkan oleh Allah swt didalam Al-quran.

zizi berkata...

kenapa kartika mesti malu?????...saya amat berbangga kerana beliau sanggup terima hukuman dengan redha dan insaf akan kesalahannya.malah saya tak langsung memandang rendah kepada beliau.
mana pemuda umno celaka nie... takkan takut kot nak syorkan pada najib supaya haramkan penjualan arak untuk negeri dibawah pemerintahan bn. nama saja islam, malu dengan perangai pemuda umno

Unknown berkata...

geram pulak sy sbb dlm facebook ade budak bongok yg promosi kes ni dan buat akaun "HELP KARTIKA SARI". cuba search dlm google. ramai cerdik pandai islam kt ctu.

Hamba Allah berkata...

Jangan ada yang mempertikaikan hukum Allah
kerana Allah lebih Maha Mengetahui atas apa yang diperintahkan-Nya....
Jika ada walau sedikitpun keraguan terhadap hukum Allah ianya boleh membawa kita terkeluar dari Islam... sedar lah wahai manusia Allah itu tidak zalim wallahua

http://www.rahsiaemas.com/index.php?ref=metro0909

Tanpa Nama berkata...

Undang-Undang Hudud dan Kuatkuasa Hukum Hudud belum terlaksana dalam mana-mana negeri di Malaysia pada masa ini. Si pulan yang dihukum sebat itu adalah menurut peraturan Jabatan Ugama Islam Negeri berkenaan.

david ahmad muniandy berkata...

dalam penjara ni kes kena sebat ni penyebat ni cuma main tibai jer...dalam Islam sebat ada cara tertentu sahaja.