28 Ogos 2009

Resipi-ikan asam pedas

Oleh : Puan Watie

kalo orang melaka yang sedap sekali guna ikan parang/ ikan pari/ ikan serkut (ada panggil lain tapi tak pasti apa rupa dia macam ikan siakap)

Bahan-bahan ( 1 kluarga leh makan )

* 1 ekor ikan patin/tenggiri (atau apa2 ikan, ikut selera)
* 4 ulas bawang merah-ditumbuk
* 3 ulas bawang putih-ditumbuk
* 2cm kunyit hidup-ditumbuk
* 1 btg serai dititik
* 3 btg daun kesum
* 1 bunga kantan-dibelah dua
* 1/2 mangkuk kecil air asam jawa
* 3-4 sudu besar cili kering yg dimesin
* 1 1/2 mangkuk kecil air biasa
* garam dan gula (ikut rasa)
* minyak masak
* sedikit belacan (optional-ada yg x makan belacan)

Cara-cara

1. Panaskan minyak, masukkan serai, cili kering, bawang merah, bawang putih, kunyit dan belacan. Tumis hingga naik bau.
2. Bila sudah naik bau, masukkan air asam jawa, kacau dan biar mendidih.
3. Kemudian masukkan daun kesum, bunga kantan, kacau dan masukkan air. Biar mendidih.
4. Masukkan ikan, garam dan gula. Biar hingga masak ikan dan boleh lah dihidangkan.

Apa jenis ikan pun buleh, janji korang suka ~

4 ulasan:

ali alor setar berkata...

tengok macam sedap,meleleh air liur posa2 nie.

Hamba Allah berkata...

salam kalu nk best lagi bahan2 yang disedia jangan di tumis, terus je masuk bahan yang di kisar bila sudah mendidih masuk kan bahan yang seterusnya kemudian msukkan ikan masak hingga ikan masak.ok

anda hendak mengetahaui tentang kuasa emas anda tambah pendapatan untuk anada sila link http://www.rahsiaemas.com/index.php?ref=metro0909

Tanpa Nama berkata...

Ikan serkut juga di kenali sebagai ikan gerut, rupa mcm ikan merah tapi warna nya cerah kekuningan

Tanpa Nama berkata...

kut ikan serkut tuh ikan silver snapper atau tebal pipi...... (ikan merah red snapper, jenahak golden snapper) Allahuaklam......

p/s: bab asam pedas nih... pergilah Batu Pahat, banyak port kedai asam pedas nih i.e. sebelah pejabat pos/panggung cathay ada empat lima gerai, tepi sungai, asam pedas pak abu & kalau teluk jawa, gerai Imam.................. ikan baru,kalau tak dapat ikan baru,mau tak meniaga diaorang..... tak manis katanya......

Durian @ Kuali Mas