28 Ogos 2009

Kenyataan Media Dewan Pemuda PAS Kawasan Ipoh Timur

Kenyataan Media (27 Ogos 2009)

JUALAN ARAK SECARA TERBUKA: MBI PERLU PANTAU PASARAYA BESAR

Dewan Pemuda PAS Kawasan Ipoh Timur (DPPK IT) menggesa Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) sebagai Pihak Berkuasa Tempatan memantau pasaraya-pasaraya besar tentang tatacara penjualan arak yang dilihat secara terbuka amat dikesali.

DPPK IT telah membuat tinjauan di pasaraya-pasaraya besar sekitar Ipoh mendapati bahawa tempat jualan arak yang berada di dalam pasaraya tersebut bercampur setempat dengan minum biasa yang dilihat secara terbuka.

DPPK IT berharap penguatkuasaan terhadap larangan jualan arak secara terbuka dapat dikuatkuasakan walaupun di pasaraya-pasaraya besar. Dari tinjauan yang dilihat sebelum daripada ini tempat khas jualan arak adalah terkawal dan di satu sudut di dalam pasaraya besar tersebut.

DPPK IT mendesak tindakan segera dan tegas daripada MBI untuk memastikan suasana pasaraya besar tersebut bersih daripada membuat jualan arak kepada orang Melayu khasnya dan perjualan arak tersebut mesti diletakkan di tempat yang telah dikhaskan oleh pasaraya besar tersebut.


AHMAD FAISAL MOHD PUAIT
Timbalan Ketua,
Dewan Pemuda PAS Kawasan Ipoh Timur.


4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Mana boleh MBI pantau, nanti orang UMNO tak boleh minum; yang kaki Mat Rempit dan Boss Rempit juga.Baru boleh rempit,Depa ingat depa samseng,lupa kpd Allah. Jangan cuba ganggu gugat nak tunjuk samseng.Ingat kah di Permatang Pasir.

Tanpa Nama berkata...

setuju...
tp mungkir sukar kerana MBI sendiri dikuasai oleh tangan2 ghaib.

Tanpa Nama berkata...

Zamri kader kan ada.. cakap pasal agama.. dia yang falak. Cakap macam ahli agama.. tapi doa bebuka tengokj text..tu kata orang rtm .Silakan mb perak..kut nak tunjuk falak,juang utk agama.. bukan bangsa.

Tanpa Nama berkata...

wahai x bernama.. mana lah zambri retiii.bawak camera dan reporter, pastu menyenghongin bolehlah