28 Ogos 2009

AMARAN PAKAR: Jangan bawa kanak-kanak ke hospital

Oleh : JUNHAIRI BIN ABD JALIL

KUALA LUMPUR: Agensi Berita Nasional (BERNAMA) hari ini melaporkan bahawa hospital-hospital awam kini telah mula mengedarkan risalah dan notis yang mengingatkan orang-ramai dan juga pelawat agar tidak membawa kanak-kanak atau bayi ke premis hospital ketika mereka menziarahi sanak saudara ataupun kenalan.

Kempen terbaru ini adalah sebahagian daripada langkah berjaga-jaga yang telah diambil oleh pihak hospital untuk mengelak penyebaran wabak Influenza A H1N1.
Malah lapor BERNAMA, jika tidak kerana H1N1 pun, adalah menjadi peraturan umum hospital yang melarang pelawat daripada membawa kanak-kanak di bawah umur 12 tahun ke premis hospital untuk tujuan lawatan.

Malangnya, ramai ibu-bapa tidak memandang serius akan peraturan ini dan sekiranya mereka diberi ingatan, sebahagian besarnya tidak mengambil peduli akan nasihat yang diberikan oleh pihak hospital.

Sementara itu, Pakar Respiratori Dr K. Regesh ketika ditemui BERNAMA berkata, apabila pihak hospital melabelkan sesuatu penyakit itu sebagai kronik ia bermaksud pesakit yang mempunyai masalah diabetik, kegagalan renal, asma dan lain-lain masalah respiratori.

Katanya, kepada semua pesakit ini dan juga kanak-kanak, sistem kekebalan badan mereka adalah tersangat rendah jika dibandingkan dengan seorang yang sihat. Oleh yang demikian mereka sangat terdedah kepada bahaya dijangkiti tidak kira apa jua wabak dan bukan semata-mata AH1N1.

"Di hospital, pelbagai jenis penyakit boleh berjangkit dengan mudah dan seboleh-bolehnya janganlah membawa kanak-kanak berjumpa pesakit walaupun untuk berkata ‘helo’,” katanya.

Dalam perkataan yang lain kata Dr Regesh, jika tidak dapat meninggalkan anak-anak dalam jagaan sesiapa, maka jangan datang melawat pesakit di hospital.
Dan kepada mereka yang baru pulang dari menziarahi orang sakit di hospital, ini ada pesanan yang ingin dikatakan oleh Dr Regesh;

"Bila sampai rumah, terus mandi, tukar baju baru sebelum mendakap anak kecil anda. Begitu juga bila anda balik dari kerja pergi mandi dan salin baju terlebih dahulu sebelum dakap anak anda.”

5 ulasan:

Bikir Perak berkata...

Kat Malaysia, taraf kesedaran bahaya virus yang duk ada di dalam hospital itu sendiri amat lemah..sedangkan di negara2 yang maju kanak-kanak di bawah 12 tahun tidak dibenarkan masukpun.. apa tak lagi dengan wabak penyakit selsema babi ini....

Kerajaan sepatutnya memberi amaran melalui media masa, elektronik dan cetak secara menyeluruh....bukannya sekadar melepaskan batuk ditangga.

Kuda Perang berkata...

Saringan kesihatan yang diamalkan dan dikuatkuasakan di Malaysia adalah antara yang paling lemah dan lembab di dunia. Ketinggalan zaman dengan sebab sengaja dan tidak prihatin terhadap rakyat!!!!!

Berkat Ramadhan berkata...

Sebagai langkah untuk pencegahan wabak Influenza A H1N1
dan menguatkan antibodi sila dapatkan maklumat di http://simurl.com/cicrut. Segalanya dengan izin Allah..

Abdullah Ngah berkata...

nampaknya orang ramai patuh dengan arahan kementerian kesihatan agar jangan bawa anak ke hospital.

mengapa mereka patuh dengan arahan itu? sudah tentu mereka takut anak anak mereka ditimpa selesema babi.

Yang paliknya ibubapa takut dengan serangan selesema babi. Tapi malangnya mereka tidak takut dengan dosa.

Bawa anak anak ke mesjid baik ketika solat tharawih jumaah atau jumaah lain adalah dosa.

Sejak dahulu hinggi kini ibubapa berlumba lumba bawa anak kecil ke masjid yang jelas dan nyata menganggu orang bersolat.

Di Mekkah pun demikian. Ada juga ibubapa apabila dilarang membawa anak kecil kemasjid berkata, kalau dimekkah boleh mengapa disini tidak boleh.

Antara Mekkah dan sini lebih kurang sama sahaja. Mereka juga jahil sebab itu mereka tidak takut dengan dosa.

Buat dosa di dalam mesjid mekkah seratus ribu dosa. Bayangkan. Sebab itu orang pergi Mekkah apabila pulang ke Malaysia jadi lebih buruk sebelum tunai haji.

Ada pun orang yang zalim akan dibinasakan oleh Allah, sebab itu dapat masuk dalam kaabah pun apabila pulang ke Malaysia gaya hidup lebih jahat dari sebelum masuk kaabah.

Wong Ka Wai berkata...

Minuman herba (resipi lengkap and percuma) bagi mencegah selesema A (H1N1).

Sila layari http://bukakedaionline.wordpress.com/2009/08/27/minuman-herba-bagi-mencegah-selesema-a-h1n1/