Seorang anggota polis Unit Rondaan Bermotor (URB) maut manakala rakan setugasnya cedera selepas dirempuh sebuah kereta dinaiki penjenayah di Batu 10, Parit Buntar menghala ke Alor Pongsu tengah hari semalam.
Lans Koperal Mohd Azuan Abdullah, 25, maut di tempat kejadian, manakala rakan setugasnya yang belum dikenal pasti identitinya cedera parah.
Ketua Polis Perak Datuk Acryl Sani Abdullah Sani berkata Allahyarham Mohd Azuan yang berasal dari Kulai, Johor akan melangsungkan perkahwinan pada Ahad ini.