11 April 2014

Kehabisan Bahan Bakar, Pesawat Mendarat di Stesen Minyak

12 Jamadil Akhir 1435. [MOD] -

AKIBAT kehabisan minyak, seorang juruterbang mengambil keputusan untuk mendarat di jalan raya dan mengisi bahan bakar di stesen minyak di Daerah Beichuan, China.
Pesawat ringan yang dipercayai dikendalikan oleh juruterbang warga asing itu pada mulanya mendarat di jalan raya sebelum dilihat beratur bersama kenderaan lain untuk masuk ke stesen minyak.

MH370: Lagi isyarat dikesan, misi mencari diperhebat

12 Jamadil Akhir 1435. [MOD] -

PERTH: Sebanyak 12 pesawat tentera, tiga pesawat awam dan 13 kapal dikerahkan pada Jumaat untuk mencari lokasi sebenar sumber isyarat getaran dikesan yang mungkin berkaitan pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang di Lautan Hindi tatkala misi mencari masuk hari ke-35.
    
Misi mencari pesawat itu yang hilang secara misteri pada 8 Mac lepas, diperhebat susulan semalam pesawat Australia AP-3C Orion, mengesan isyarat getaran semasa melakukan pencarian dari udara di kawasan berdekatan kapal tentera Australia (ADV) Ocean Shield.

Travelog Idham Lim (14)

12 Jamadil Akhir 1435. [MOD] -

16. Kenangan dulu2....Sekali ini saya nak bercerita mengenai apa yang ada kaitan dengan gambar yang disertakan iaitu bagaimana saya pandai memasak.

Mengenai dengan kegemaran memasak saya berterus terang ianya sesuatu yang pahit dan manis dalam kehidupan ini dan ianya akan kembali segar dalam ingatan bila saya berada didapur untuk mengisi masa yang terluang untuk masak.

Setakat ini alhamdulillah walau apapun yang saya masak ,isteri dan anak-anak semuanya gemar dan berslra bila kami menikmatinya bersama. Malah itulah yang saya rasakan terbaik kalau kita mampu untuk lebih kerap masak dirumah dan hidangkan untuk anak-anak makan kerana pastinya ianya lebih bersih dan kita dapat menentukan apa yang kita masak dari bahan-bahan yang halal. Paling penting semuga hasil tangan kita sendiri membawa keberkatan dari Allah SWT.