11 April 2014

Kehabisan Bahan Bakar, Pesawat Mendarat di Stesen Minyak

12 Jamadil Akhir 1435. [MOD] -

AKIBAT kehabisan minyak, seorang juruterbang mengambil keputusan untuk mendarat di jalan raya dan mengisi bahan bakar di stesen minyak di Daerah Beichuan, China.
Pesawat ringan yang dipercayai dikendalikan oleh juruterbang warga asing itu pada mulanya mendarat di jalan raya sebelum dilihat beratur bersama kenderaan lain untuk masuk ke stesen minyak.

Seorang jurucakap polis berkata, pihaknya telah mendapat laporan bahawa terdapat sebuah pesawat telah mendarat di jalan raya serta bergerak seperti kenderaan biasa.
"Agak sukar untuk mempercayai laporan itu tetapi beberapa saksi yang tampil bersama gambar membuatkan kami akhirnya mempercayai laporan berkenaan,"  kata polis terbabit.
Jelasnya, siasatan polis masih mengesan lokasi pesawat itu mendarat dan berlepas selepas mengisi minyak.
"Kami beranggapan pesawat itu mungkin kenderaan biasa tapi berbentuk kapal terbang, namun saksi berkata ia mempunyai keupayaan untuk terbang.
"Malah, seorang atendan stesen minyak memberitahu, juruterbang itu menceritakan dia telah menghabiskan sebanyak £200,000 untuk pesawat berkenaan," ujarnya.
Berikutan itu, pihak polis Beichuan kini sedang menjejaki juruterbang warga asing itu untuk siasatan.
mstar.com.my

No comments: