11 April 2014

Travelog Idham Lim (14)

12 Jamadil Akhir 1435. [MOD] -

16. Kenangan dulu2....Sekali ini saya nak bercerita mengenai apa yang ada kaitan dengan gambar yang disertakan iaitu bagaimana saya pandai memasak.

Mengenai dengan kegemaran memasak saya berterus terang ianya sesuatu yang pahit dan manis dalam kehidupan ini dan ianya akan kembali segar dalam ingatan bila saya berada didapur untuk mengisi masa yang terluang untuk masak.

Setakat ini alhamdulillah walau apapun yang saya masak ,isteri dan anak-anak semuanya gemar dan berslra bila kami menikmatinya bersama. Malah itulah yang saya rasakan terbaik kalau kita mampu untuk lebih kerap masak dirumah dan hidangkan untuk anak-anak makan kerana pastinya ianya lebih bersih dan kita dapat menentukan apa yang kita masak dari bahan-bahan yang halal. Paling penting semuga hasil tangan kita sendiri membawa keberkatan dari Allah SWT.


Cerita saya pandai masak atau kalau lebih sesuai dikatakan saya boleh masak semuanya bermula pada tahun 1973 bila ibu tersayang meninggal dunia selepas terlantar sebulan di Hospital Kota Baharu selepas melahirkan adik yang ke 8, Lim Chuan Gan atau nama Islamnya Ihsan lim yang juga memeluk Islam pada tahun 1992.

Sekarang beliau menetap di Gombak berkerja sebagai Pensyarah di sebuah Universiti swasta di KL.

Sejak dari itu kami sekeluarga yang tinggal bersama dengan ayah di kampung terpaksa masak sendiri sebagai memenuhi keperluan makan harian. Masa dulu paling kurang adalah makan pagi seperti nasi berlauk yang boleh kami beli. Untuk makan siang dan malam terpaksalah kami secara bergilir-gilir masak . Saya masih ingat bagaimana kami masak dan makan bersama .

Seorang demi seorang abang yang lebih dewasa meninggalkan kampung dan keluarga. Akhirnya tinggal saya sendiri bersama ayah dipenghujung tahun tahun sebelum saya menghadapi peperiksaan SPM di Sekolah Menengah Jelawat pada tahun 1981. Dimasa itu saya sudah mampu untuk masak pelbagai jenis makanan dan membuat berbagai jenis kuih kegemaran orang Cina disebabkan sayalah orang yang terakhir bersama ayah.

Cakap saja apa saja bahan mentah yang ada dihadapn insyaAllah saya boleh masak. Kelegemaran memasak ini berterusan semasa saya berada di rumah sewa semasa belajar di sekolah swasta di Machang. Malah ia berterusan bila selepas masuk Islam dan belajar di Aceh kami yang tinggal di Rumah Malaysia masak secara bergilir-gilir secara berkumpulan terutamanya pada cuti dua hari dihujung minggu.

Semasa belajar di UIA pada tahun 1994 dan tinggal di Taman Desa Minang Gombak kami juga membuat jadual masak secata bergilir pada setiap hari sabtu dan Ahad. Seterusnya semasa belajar di China antara thun 1998 hingga tahun 2000 saya malah menulis surat kepada pihak kolej yang saya tinggal untuk membenarkan saya masak didalam bilik asrama atas alasan tiada makanan halal yang dijual didalam dan sekitar kolej.

Demikianlah apa yang saya lalui tentang cerita memasak selepas saya s kehilangan ibu tersayang. Kerana itu kalau ada masa yang terluang saya akan gunakan masa untuk mengolah apa saja bahan mentah yang ada didapur dan mengajak anak-anak untuk makan bersama termasuklah pada pagi ini.

Sesiapa yang sudi datanglah rumah untuk makan apa yang saya masak dan hidangkan. Tetapi manalah tahu semuanyanya saya beli dikedai. Manalah tahu.......zaman sekarang kedai makan dah bersepah. Kalau masa saya kecil dulu macam sekarang rasanya saya tak pandai memasak kerana pagi siang dan malam semua ada makanan yang dijual di kedai.

No comments: