18 Jun 2008

Drs. Khalil : Carilah berita alternatif yang melaporkan berita Perak.

KUALA KANGSAR, 17 Jun :- Menteri Besar Perak tidak mendapat pemberitaan yang adil dari semua media termasuk RTM Ipoh, pemberitaan untuk Perak perlu dicari dari pelbagai sumber lain yang banyak seperti dalam akhbar alternatif dan blog-blog khususnya blog pemimpin PAS. Demikianlah antara ucapan ADUN Titi Serong, Drs. Khalil Idham Lim.

Ceramah yang diadakan di Arena Square Kuala Kangsar sepatutnya menampilkan Ketua Penerangan PAS Pusat, YB Hj. Mahfuz Omar dan EXCO Kerajaan Perak, YB Nga Kor Ming. Tapi keduanya berhalangan untuk hadir dan diganti oleh ADUN Titi Serong dan Ustaz Sidek Nor.

Drs. Khalil Idham Lim sedang memberikan ceramah di Arena Square.

Drs. Khalil Idham Lim juga mengatakan orang-orang Cina yang tidak menyokong calon-calon dari Pakatan Rakyat dianggap aneh oleh kaum sebangsanya, soal beliau kepada yang hadir adalah lebih aneh orang-orang melayu yang tidak menyokong Pakatan Rakyat.

Harga minyak Malaysia kedua tertinggi

Rakyat Malaysia sering dimomokkan dengan alasan harga minyak kita masih rendah berbanding dengan Thailand dan Singapura, sedangkan kedua negeri ini bukan sebaris dengan Malaysia sebagai negara pengeluar minyak. Perbanding yang tidak adil, tidak tepat alias bohong ini menjadi alasan "bodoh" yang dijaja dimana-mana bagi menghalalkan setiap kali kenaikan minyak berlaku.


Rakyat yang TIDAK"naik minyak" setiap kali "minyak naik" patut dimaklumkan dengan carta di atas bagi membersihkan minda mereka dari menyokong secara melulu dan "membabi buta" kepada apa saja dasar yang walaupun menyusahkan diri sendiri.

Adakah mereka ini macam cerita si luncai yang terjun dari perahu raja dan terlepas dari maut, sedangkan pengawal hanya ditipu dengan katanya "biarkan, biarkan........"