KUALA KANGSAR, 17 Jun :- Menteri Besar Perak tidak mendapat pemberitaan yang adil dari semua media termasuk RTM Ipoh, pemberitaan untuk Perak perlu dicari dari pelbagai sumber lain yang banyak seperti dalam akhbar alternatif dan blog-blog khususnya blog pemimpin PAS. Demikianlah antara ucapan ADUN Titi Serong, Drs. Khalil Idham Lim.
Ceramah yang diadakan di Arena Square Kuala Kangsar sepatutnya menampilkan Ketua Penerangan PAS Pusat, YB Hj. Mahfuz Omar dan EXCO Kerajaan Perak, YB Nga Kor Ming. Tapi keduanya berhalangan untuk hadir dan diganti oleh ADUN Titi Serong dan Ustaz Sidek Nor.

Drs. Khalil Idham Lim sedang memberikan ceramah di Arena Square.
Drs. Khalil Idham Lim juga mengatakan orang-orang Cina yang tidak menyokong calon-calon dari Pakatan Rakyat dianggap aneh oleh kaum sebangsanya, soal beliau kepada yang hadir adalah lebih aneh orang-orang melayu yang tidak menyokong Pakatan Rakyat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan