22 November 2013

Kertas soalan Matematik, Matematik Tambahan SPM 2013 didakwa bocor

18 Muharram 1435H. [MOD] -

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menerima aduan daripada tiga individu yang mendakwa kertas soalan Matematik dan Matematik Tambahan bagi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini, bocor.
Mohd Husaini Jaslee, Nor Izwan Abu Bakar dan Mohd Rizuan Abd Rashid turut menyerahkan salinan yang didakwa kertas soalan bocor itu kepada pemberita pada sidang media di pejabat PPIM di sini hari ini, yang dihadiri Pengarah Latihan PPIM Dr Izham Nayan.

'Sejak 2008, PM dan Rosmah tak naik MAS'

NONE18 Muharram 1435H. [MOD] -

Lawatan ke Qatar-UAE bukan tindakan pertama yang menyaksikan isteri perdana menteri Datin Sri Rosmah Mansor menggunakan jet kerajaan tanpa penyertaan Datuk Seri Najib Razak, dakwa PKR.

"Ini bukan kali pertama beliau lakukannya," kata Timbalan Presiden PKR Azmin Ali, sambil berkata beliau  sedang mendapatkan lebih maklumat berhubung perkara itu. 

Azmin (kanan) berkata, sumbernya dalam Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) mengesahkan, Rosmah dan Najib tidak pernah terbang menggunakan penerbangan negara sejak mengambil alih pentadbiran pada 2008.

Pemilihan jawatan AJK PAS Pusat ditangguh esok

18 Muharram 1435H. [MOD] -

(Gambar: Presiden PAS memasukkan kertas undi kedalam peti undi lut sinar)
SHAH ALAM: Proses pembuangan undi bagi pemilihan kepimpinan PAS sesi 2013-2015 bermula jam 4.00 petang tadi selepas sesi taklimat ringkas oleh Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PAS Pusat, Asmuni Awi.

Sepuluh arahan Presiden simpulkan ucapan dasar

18 Muharram 1435H. [MOD] -

SHAH ALAM: Ucapan dasar Presiden PAS pada Muktamar PAS Pusat ke-59 kali ini mencatat kelainan apabila Tuan Guru Abdul Hadi Awang di fasa akhir ucapannya menyebut sepuluh arahan yang patut dilaksanakan aktivis PAS di setiap peringkat organisasi. 

Sepuluh arahan itu menyentuh peranan yang perlu dilaksanakan oleh Dewan, Lajnah, Badan Perhubungan PAS negeri dan Wilayah Persekutuan bagi merealisasikan tema “Rahmat Untuk Semua”.

Kuasa rakyat sekat kemaraan kuasa besar dunia

18 Muharram 1435H. [MOD] -

SHAH ALAM: “Kuasa rakyat dan kebenaran” akan terus bangkit dan tidak akan dapat disekat lagi walaupun dengan segala kepakaran dan persenjataan yang dibekalkan oleh Amerika Syarikat serta sekutunya, kata Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Berucap membentangkan ucapan dasar pada Muktamar Tahunan PAS ke-59 di Stadium Melawati, dekat sini, sebentar tadi, beliau berkata dunia umat Islam kini berhadapan dengan pelbagai ujian dan cabaran apabila maruah serta nyawa umat Islam bagaikan tidak mempunyai apa-apa harga dan nilai seperti berlaku di bumi Syria, Mesir, Myanmar, Kashmir, Afghanistan, Bangladesh dan Palestin.

Kecurangan ekonomi negara berulang saban tahun

18 Muharram 1435H. [MOD] -

SHAH ALAM: Kecurangan terhadap ekonomi negara berulang saban tahun dan bukti kelemahan serius pengurusan kerajaan BN didedahkan berulang ganti melalui Laporan Ketua Audit Negara, tegas Presiden PAS, datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

"PAS berpandangan bahawa perkara sebegini berlaku kerana wujudnya tangan-tangan ghaib yang lebih tinggi dan lebih berkuasa, yang bertindak mengatur segala operasi perolehan dan pengurusan kerajaan, lantas membenarkan penyelewangan dan pembaziran berterusan berlaku dengan terang dan nyata," ujarnya ketika membentangkan ucapan dasar pada Muktamar Tahunan PAS Pusat ke-59, dekat sini, pagi tadi.
Beliau memberi contoh penurunan penarafan Malaysia sebagai A minus (A-) dari ‘Stabil’ pada bulan Julai kepada ‘Negatif ‘ oleh  Fitch Rating, sebuah Badan Penarafan Antarabangsa di Hong Kong.

Terima sistem pendidikan Islam dalam arus perdana negara

18 Muharram 1435H. [MOD] -

SHAH ALAM: Kerajaan Pusat digesa memperakui hak asasi umat Islam dalam pendidikan dengan menerima sistem pendidikan Islam sebagai salah satu sistem pendidikan arus perdana dalam negara, sekaligus membantu Sekolah Agama Rakyat (SAR), kata Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Ketika membentangkan ucapan dasar Muktamar Tahunan PAS ke-59 di Stadium Melawati, dekat sini pagi ini, beliau juga mahu hak rakyat pelbagai kaum di negara ini untuk mendalami bahasa ibunda diperkukuhkan supaya wujud ruang terbuka bagi menambah kemahiran berbahasa di negara ini.

PAS tetap pilih pendekatan demokrasi

18 Muharram 1435H. [MOD] -

SHAH ALAM: Walaupun berdepan dengan cabaran getir dalam mengharungi pentas demokrasi yang dipesongkan daripada dasar dan konsepnya yang sebenar, PAS tetap memilih pendekatan demokrasi dalam ruang siasah yang ada, kata Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

"Kita percaya bahawa demokrasi yang adil secara menyeluruh, adalah mampu untuk menyelesaikan masalah dalaman umat Islam yang jahil agamanya, serta tidak sabar dalam menyampaikan risalah dakwah.

Presiden PAS: Agama bukan barang dagangan

18 Muharram 1435H. [MOD] -

SHAH ALAM: PAS menegaskan bahawa isu-isu agama tidak wajar menjadi barang dagangan yang  dijaja ke sana sini apatah lagi dijadikan senjata politik oleh Umno dan kerajaan BN untuh meraih sokongan rakyat yang semakin menipis.

Serentak dengan itu, Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menasihati ahli-ahli parti agar tidak mudah terpengaruh dengan permainan media fasik yang tidak mengira soal dosa dan pahala, dan memahami peringatan Allah SWT tentang berita yang disampaikan oleh orang fasik melalui surah al-Hujurat, ayat 9.

Jadikan kekalahan Kedah sebagai iktibar

18 Muharram 1435H. [MOD] -
KUALA LUMPUR:  Kekalahan PAS di Kedah perlu menjadi iktibar kepada aktivis parti dan tidak melemahkan semangat mereka sehingga melupai erti sebenar perjuangan, kata Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Sehubungan itu, beliau menyarankan aktivis parti agar bermuhasabah diri dan tidak menjadikan faktor lawan semata-mata sebagai penyebab kekalahan.

Pemilihan: Semua calon beretika, integriti

18 Muharram 1435H. [MOD] -
SHAH ALAM: Pemilihan PAS pada Muktamar Tahunan PAS kali Ke-59 kali ini berjalan dengan lancar tanpa ada sebarang laporan salah laku oleh mana-mana calon yang bertanding.

Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali berkata, suasana pemilihan PAS ini membuktikan calon-calon PAS bukan sahaja beretika bahkan berintegriti sebagai entiti penting dalam jemaah.

PAS adalah gerakan islah dan tajdid

18 Muharram 1435H. [MOD] -
SHAH ALAM: PAS adalah gerakan islah dan tajdid (pembaharuan) yang berperanan  membetulkan fahaman salah dalam masyarakat dan negara oleh pengaruh pemikiran asing yang pernah menjajah umat Islam.

Sehubungan itu, PAS ujar Prresidennya, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang akan terus memperjuangkan rahmat Allah daripada ajaran Islam yang membawa keadilan sejagat.

Ketika membentangkan ucapan dasar bertajuk "Rahmat Untuk Semua" pada majlis perasmian Muktamar Tahunan PAS ke-59 di Stadium Melawati, dekat sini, beliau berkata, untuk mencapai tujuan itu organisasi parti perlu menyediakan rangka kerja yang berstruktur, mempunyai objektif dan sasaran kerja yang konstruktif, pejabat yang lengkap, sistem pengurusan konflik dan melaksanakan petunjuk prestasi dalam mencapai sasaran jamaah.

Presiden bentang ucapan dasar bertema "Rahmat Untuk Semua"

18 Muharram 1435H. [MOD] -

SHAH ALAM: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mula membentangkan ucapan dasar bertemakan "Rahmat Untuk Semua" pada Majlis Perasmian Muktamar Tahunan PAS ke-59, di  Stadium Melawati, dekat sini.

Sambil mengalu-alukan kehadiran sidang muktamirin, rakan taulan, para tetamu dan pemerhati, beliau menjelaskan tema "Rahmat Untuk Semua"  adalah berpaksikan kepada keyakinan bahawa perjuangan Islam yang dibawa PAS membawa rahmat kepada seluruh alam.