22 November 2013

Pemilihan jawatan AJK PAS Pusat ditangguh esok

18 Muharram 1435H. [MOD] -

(Gambar: Presiden PAS memasukkan kertas undi kedalam peti undi lut sinar)
SHAH ALAM: Proses pembuangan undi bagi pemilihan kepimpinan PAS sesi 2013-2015 bermula jam 4.00 petang tadi selepas sesi taklimat ringkas oleh Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PAS Pusat, Asmuni Awi.

Bagaimanapun pengundian petang ini hanya bagi jawatan Timbalan Presiden dan Naib Presiden PAS. 
Sementara bagi pemilihan 12  Ahli Jawatankuasa PAS Pusat yang sepatutnya diadakan petang ini ditangguhkan esok bermula jam 8.15 pagi.
Pengundian dijalankan secara berperingkat-peringkat bermula dengan Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Tetap, Ahli Majlis Syura, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat.
Petang ini, perwakilan dewan-dewan dari Negeri Selangor, Melaka dan Perlis membuang undi pada jam 4.30 petang.
Perwakilan Negeri Sembilan, Kedah, Pulau Pinang dan Pahang pada jam 5.30 petang.
Perwakilan Perak, Kelantan, Terengganu pada jam 6.00 petang manakala perwakilan Johor, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan pada jam 6.30 petang.  
Menurut Asmuni juga, keputusan penuh akan diumumkan selewat-lewatnya  petang esok.
Bagi jawatan timbalan, ketua dan naib presiden, pengiraannya akan dibuat malam ini namun akan diumumkan bersekali dengan keputusan pemilihan ahli jawatankuasa. 
Seramai 1,129 perwakilan membuang undi.
Harakahdaily/-

Tiada ulasan: