27 Jun 2021
Makan di restoran dibenar pada fasa ke tiga PPN
KUALA LUMPUR: Makan di restoran hanya dibenarkan ketika bermulanya fasa ketiga Pelan Pemulihan Negara (PPN), namun terhad kepada dua orang satu meja dengan mematuhi penjarakan fizikal.
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata ketika fasa itu juga, semua sektor pendidikan termasuk sekolah, institut pengajian tinggi (IPT) awam dan swasta, institut latihan kemahiran (ILK) dan institusi pendidikan lain akan mula dibuka.
3 bayi termasuk pasangan kembar tertukar, sedar selepas 20 tahun
Ayu Haryani berkata berdasarkan rekod pada sijil kelahiran, Noratirah (kanan) dilahirkan pada 1.14 pagi, diikuti Adryana Iwani (tengah) pukul 1.27 pagi dan kemudian Adryani Iwani (kiri) 1.34 pagi. (Gambar Bernama)
Bagaikan kisah dalam sinetron, dua keluarga terpaksa melalui kisah tragis apabila tiga bayi yang dilahirkan 20 tahun lepas, rupa-rupanya tertukar dipercayai akibat kecuaian petugas kesihatan sebuah hospital di Kota Bharu, Kelantan.
Haji: Arab Saudi hantar mesej kepada jemaah berdaftar
JEDDAH: Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi akan mula menghantar mesej teks kepada individu lingkungan umur 41 hingga 50 tahun yang sudah mendaftar, bagi tujuan perolehan permit haji tahun ini.
Jumlah jemaah berdaftar kini mencecah 558,270 orang, dengan golongan berusia 41 hingga 50 tahun mencakupi 20 peratus daripada mereka yang sudah memperoleh kelulusan.
Dumpling atau Jiaozi
Dumpling atau juga dikenali sebagai Jiaozi, di mana kulitnya diperbuat daripada tepung gandum. Biasanya ia berintikan isi yang pelbagai jenis seperti udang segar, daging dan juga sayur-sayuran seperti cili, halia, cendawan serta herba.
'PKP dilanjutkan, bantuan menyusul' - Perdana Menteri
PKP 3.0: Keputusan lanjutan diketahui hari ini
KUALA LUMPUR - Keputusan sama ada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 yang bakal tamat 28 jun ini dilanjutkan atau sebaliknya bakal diketahui hari ini.
Status perkara itu dipercayai akan diketahui melalui pengumuman oleh Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Vaksinasi besar-besaran jalan keluar krisis pandemik
KUALA LUMPUR - Tahap jangkitan dalam masyarakat, kapasiti sistem penjagaan kesihatan awam dan kadar vaksinasi sewajarnya menjadi prinsip panduan atau penentu sebelum Malaysia memasuki fasa seterusnya mengikut Pelan Pemulihan Negara (PPN), iaitu strategi peralihan keluar krisis pandemik Covid-19 yang merangkumi empat fasa, menurut beberapa pakar ekonomi.