23 Februari 2009

Siapa yang maksum?

Ahli Majlis Tertinggi UMNO (MT), Datuk Noh Omar secara bodoh menyelar para pemimpin Pakatan Rakyat kerana dakwanya berlagak seperti maksum apabila menyalahkan kerajaan Barisan Nasional (BN) dalam pergolakan politik mutakhir ini.

Katanya, justeru beliau menuduh tanpa asas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tidak akan sama sekali meletakkan jawatan sekalipun jika didapati bersalah menyalahgunakan kuasa.

"Sebaliknya, dia (Khalid) bersama (Datuk Seri) Anwar Ibrahim dan 'geng-geng' akan buat jelajah ke seluruh negara mempersalahkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), itu yang pertama.

"Kemudian dia akan kata ini semua perancangan Barisan Nasional (BN) dan SPRM ikut telunjuk BN serta UMNO semua yang salah, sebab orang pembangkang ini orang yang maksum, tidak ada salah langsung, moral tinggi-tinggi," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Sebenarnya siapakah yang maksum sperti yang diadakwa Noh Omar di atas. Adakah beliau sendiri tidak menyedari bahawa berapa banyakkah laporan kepada SPRM yang hanya masuk tong sampah walaupun ianya penuh dan sarat dengan bukti yang kukuh.

Seingat saya semakin banyak laporan yang diserahkan kepada SPRM oleh pihak pakatan Rakyat . sebanyak itulah yang akan masuk tong sampah.

Sekadar mengambil contoh apa yang berlaku di Selangor sendiri. kalau dibincang secara Nasional nanti banyak sangat sehingga melibatkan Noh sendiri.

Mohd Taib sudah didapati bersalah membawa keluar wang ke Australia. Bila dilaporkan supaya diadakan siasatan dari manakah wang itu diambil sampai sekarang dia maksum seperti kata Noh.

Paling malang dia kembali disenaraikan dalam kabinet pak lah sehingga sekarang.

Khir Toyo lagi hebat dan betul-betul maksum seperti kata Noh. Laporan rasuah terhadapnya sampai puluhan lihat http://idhamlim.blogspot.com/2009/02/kenapa-hanya-khalid.html, tetapi akhirnya dia bebas dan maksum sehingga sekarang.

Bohong tidak kesudahan.

Semasa saya melawat Parlimen Bukit Gantang baru-baru ini saya bertanyakan bilakah musim durian, seorang penduduk tempatan menjawab lambat lagi kemungkinan bulan July baru durian gugur.

Namum musim piliharaya yang melibatkan juga Bukit Gantang tidak akan lari dari berita paling sensasi iaitu berita orang masuk BN. Inilah style lama BN memaparkan berita rekaan di pelbagai media kononnya sokongan kepada mereka bertambah.

beberapa hari lepas telah bermula episod itu apabila media perdana menyiarkan kononnya ada orang PAS yang masuk BN.

Saya mendapat penafian langsung mengenai pimpinan PAS Kawasan Bukit Gantang. "Yang masuk BN itu adalah BN" katanya.

Makin dekat dengan tarikh pengundian main banyak lagi berita orang masuk BN, sampai-sampai yang tinggal jadi PAS cuma calon yang bertanding sahaja.

Ini lah trend bodoh pemberitaan media BN yang tidak sedar bahawa laporan sebegitu sudah ketinggalan zaman. Dia macam kulit durian yang akan dilempar ke dalam tong sampah bila isinya sudah diambil.

Berita Minggu menghasut.

Akhbar-akhbar perdana harian sememangnya diketahui awam kepunyaan parti umno/bn. Berita dan kenyataan yang dicetak jelas mencerminkan kehendak dan suara pimpinan umno/bn.

Apabila kenyataan-kenyataan berupa hasutan mula dicetak dan dijual secara terbuka kepada awam, adalah suatu perkara yang amat dikesali.

Pihak KDN begitu rakus merampas dan menghalang akhbar parti politik yang lain daripada dijual dengan alasan menghasut dan sebagainya.

Tetapi akhbar-akhbar milik umno yang secara terang-terangan menghasut rakyat dengan memutarbelitkan fakta dan perundangan, dibiarkan terus berleluasa malah diberi perlindungan.

Barisan Nasional kini dilihat seakan menambah keahlian parti komponen mereka dengan penyertaan daripada kdn, pdrm, sprm, spr, media prima dan banyak lagi yang secara terbuka menghalalkan segala perbuatan jijik dan hina umno/bn ini.

Tajuk utama Berita Minggu hari ini yang membawa kenyataan Khairy Jamaludin, 'Tukar Speaker Perak' ternyata berbaur hasutan dan melanggar perundangan negeri Perak.

Orang ramai yang ditemui rata-rata bersetuju dengan perancangan umno/bn yang menggunakan segala jentera kerajaan dan media untuk menyelewengkan rakyat Perak. Ini kerana menurut mereka, lebih banyak kerja jijik dan hina yang mereka lakukan, lebih menyampah rakyat kepada mereka dan lebih cepat umno/bn dikuburkan di negeri Perak.http://ajijoi.blogspot.com/.

Tabik hormat iringi perpindahan MB Nizar sekeluarga

IPOH, 22 Feb. :- Hari ini secara rasminya MB Nizar dan keluarga berpindah meninggalkan kediaman rasmi Menteri Besar pagi tadi.

Sebaik selesai majlis meraikan petugas unit amal, bloggers dan pihak media di kediaman rasminya, MB Nizar sekeluarga berpindah ke rumah sewanya yang terletak di dalam bandar Ipoh juga. Lokasi kediaman barunya tidak di maklumkan di atas permintaan keluarga yang mahukan sedikit ruang peribadi sekeluarga tanpa gangguan mana-mana pihak.

MB Nizar memandu sendiri kereta kepunyaannya diiringi beberapa buah lagi kereta keluar daripada kediaman rasmi dengan perbarisan serta tabik hormat daripada petugas Unit Amal.

Suasana yang agak sayu bagi teman dan rakan seperjuangan sedikit pun tidak melemahkan semangat MB Nizar untuk kembali semula ke kediaman rasmi ini apabila keputusan mahkamah nanti berpihak kepada Pakatan Rakyat.

Sungguhpun panel peguam MB Nizar yang sejumlah 12 orang mengatakan bahawa MB Nizar masih boleh tinggal dikediaman rasmi tersebut selama mana proses mahkamah berjalan, MB Nizar yang ingin mematuhi surat arahan mengosongkan kediaman tersebut yang dikeluarkan oleh SUK dan 27/2/2009 adalah tarikh akhir yang diberikan. http://ajijoi.blogspot.com.









Lompat Parti…Rakan Pakatan perlu contohi PAS

"Kemelut lompat parti agak reda sedikit. Mengikut apa yang diperkatan oleh Ketua BBC Perak YB Khalil Idham Lim (Harakah Bil 1416) bahawa ketiga-tiga Adun lompat sekarang berada dalam keadaan tertekan. Walaupun mereka mendapat wang yang berjuta-juta. Tapi maruah mereka telah hilang di mata rakyat. Bahkan bagi Adun yang beragama Islam, mereka menanggung kemurkaan Allah SWT atas sebab mengkhianati amanah rakyat.

Ini semua kehinaan yang ditanggung atas dunia. Mungkin dengan sebab ini, Adun dan ahli Parlimen PR lebih rela letak jawatan dari lompat parti. itupun kalaulah Yang Berhormat daripada PR mendapat ugutan dari BN.

PAS sebagai sebuah gerakan Islam yang diasaskan semenjak tahun 1951 telah mempunyai pengalaman berdepan dengan Adun yang mengkhianati parti. Lompat parti inilah yang menyebabkan kerajaan PAS Terengganu dijatuhkan pada tahun 1961.

Ekoran daripada itu, PAS sentiasa meletakkan syarat yang ketat untuk menjadi calon. Antaranya seseorang calon itu hendaklah mempunyai akhlak Islam yang jitu, tidak melakukan dosa besar dan tidak berterusan dengan dosa kecil. Selepas lulus tapisan yang pertama ini di peringkat Majlis Syura Ulamak. Barulah seseorang calon itu ditapis mengikut kesesuaian politik di kawasan masing-masing.

Ini bermakna akhlak seorang calon di jadikan asas utama. Bukannya kehebatannya berpolitik semata-mata. Kalau seorang ahli politik yang handal tetapi korup akhlaknya akan menyebabkan berlakunya gejala yang tidak sihat seperti lompat parti dan seangkatan dengannya.

Menjadi calon Pembangkang besar cabaran dan dugaannya. Calon pembangkang bukan sekadar letih ketika pilihanraya semata-mata. Bukan sekadar peribadi diteropong ketika pilihanraya. Bahkan apabila seseorang calon menyatakan persetujuan untuk bertanding, ketika itulah, musuh-musuh datang mengintip segala tindak tanduk dan tingkah laku. Apatah lagi jika kawasan yang ditandingi itu menang.

Semenjak dulu lagi, Adun Pembangkang bukan sahaja dinafikan peruntukan tahunan Adun. Bahkan diperlakukan oleh kerajaan BN seperti bukan seorang Adun. Contohnya apa yang dilaporkan oleh Adun PAS di Pahang yang telah dinafikan hak untuk menghadiri program rasmi kerajaan di kawasan beliau sendiri.

Kini, apabila BN menghadapi zaman gelapnya. Tekanan semakin bertambah. BN telah menggunakan politik Gengster (menurut Mursyidul Am PAS) dengan menggunakan teknik ugut, culik dan beli.

Alhamdulillah dalam segala isu yang berlaku. Tidak kedengaran pula terdapat Adun dan Ahli Parlimen PAS lompat parti atau diugut. PAS pernah menempa sejarah gemilang apabila kesemua Adun PAS di Kelantan berjaya dalam mempertahankan prinsip perjuangan. Ketika itu (2004-2008), Kerajaan PAS hanya memerintah dengan majoriti 1 kerusi. Ketika itu, terdapat Adun-adun PAS cuba ditawarkan untuk khianat kepada PAS dengan harga RM 5 juta (5,000,000.00). alhamdulillah, hasil tarbiyyah dan keteguhan perjuangan. Tawaran tersebut ditolak mentah-mentah.

Inilah keberkesanan daripada prinsip perjuangan yang jelas dan kriteria calon yang ketat berdasarkan kepada pandangan Islam. Dalam isu ini, penulis tidak berniat untuk memperlekehkan rakan-rakan dalam PR. Cuma rakan Pakatan perlu mengambil contoh daripada keteguhan Yang berhormat dari galangan PAS. kemungkinan rakan Pakatan perlu mengambil contoh bagaimana cara PAS meluluskan seseorang calon untuk bertanding.

Apapun penulis turut bersimpati dengan apa yang berlaku kepada Adun Bukit Lanjan yang telah diaibkan dengan begitu rupa. Penulis cukup memuji tindakan beliau untuk meletak jawatan supaya parti dan PR tidak terjejas daripada isu ini. Letak jawatan lebih bermaruah daripada lompat parti.

www.attakiri.blogpot.com

Ulasan: Lebih menjijikkan lompatan mereka adalah hasil dari tawaran wang jutaan ringgit yang telah saya laporakan kepada SPRM. Mengikut laporan ada antara mereka yang sudah mendapat habuan sehingga RM 5 Juta dan diambil di Singapura.

Kebetulan perangai mereka macam singa dan berpura-pura.

Speaker pohon sidang DUN Perak April

Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V Sivakumar telah menghantar surat kepada Sultan memohon diadakan sidang dewan April depan.

Menteri Besar Pakatan Rakyat, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata tarikh berkenaan adalah mengikut jadual persidangan yang telah dirancang pada tahun ini.

Beliau memberitahu pemberita di majlis meraikan wartawan sempena perpindahan beliau secara rasmi dari rumah kediaman menteri besar di Ipoh hari ini.
Semalam, Menteri Besar baru, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir berkata tarikh persidangan DUN Perak, akan ditentukan oleh Sultan Perak, Sultan Azlan Shah.

"Kita ada tempoh enam bulan, terpulang kepada Tuanku Sultan Perak untuk menentukan masa yang sesuai,' katanya di Ipoh semalam.

Kali terakhir DUN bersidang pada November tahun lalu. Berdasarkan Undang-Undang Tubuh Negeri Perak, DUN perlu mengadakan sidang dalam tempoh enam bulan dari sidang terakhir.

Sebelum ini, Sivakumar mengambil tindakan mengejut menggantung dan melarang Dr Zambry serta enam exco kerajaan negeri daripada menghadiri sidang DUN.

Undi tak percaya

Sivakumar yang mengetuai Jawatankuasa Hak dan Kebebasan DUN, mengantung Dr Zambry selama 18 bulan manakala enam exco kerajaan negeri selama 12 bulan kerana didakwa menghina DUN.

Ekoran penggantungan mereka, kerusi BN di DUN Perak berkurangan dari 28 kepada 21 kerusi, manakala Pakatan Rakyat mempunyai 28 kerusi, dengan tiga kerusi Adun bebas.

Bagaimanapun, Dr Zambry berkata mereka akan tetap menghadiri sidang DUN.

Ditanya mengenai tindakan Speaker menggantung Zambry dan enam exconya tersebut, Bernama memetik Mohd Nizar berkata, keputusan speaker itu adalah mengikut peraturan dan kuasa beliau.

Menurutnya, wakil rakyat BN atau PR boleh mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap menteri besar dalam sidang tersebut.

Keadaan berkenaan, tambahnya, menyebabkan BN kini takut untuk mengadakan sidang dewan.malaysiakini.

Umno penakut, kata Mohd Nizar

Gabungan Pakatan Rakyat di Perak hanya menggunakan kuasa speaker Dewan Undangan Negeri untuk menggantung Menteri Besar baru, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir dan anggota exconya.

Menteri Besar Pakatan, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin menegaskan demikian dalam ucapan malam tadi di Felcra Serigala di Slim River yang dihadiri kira-kira 1,000 orang, dan berhujah bahawa Pakatan kini telah melumpuhkan BN kerana gabungan itu menguasai 28 kerusi, berbanding 21 kerusi BN selepas penggantungan tersebut.

"Ekoran itu, Pakatan adalah kerajaan untuk mentadbir Perak,katanya dalam laporan Harakahdaily hari ini.

"Hari ini, kalau kami nak gulingkan kerajaan baru pun sudah boleh...tetapi kita ini ikut undang-undang dan peraturan. Bukan macam mereka merampas dengan cara penuh jijik.

"Mereka lupa, kuasa besar dan tinggi yang BN pernah berikan kepada Speaker 50 tahun dahululah kita guna balik ikut peraturannya," kata Nizar.

Felcra Serigala terletak dalam dewan undangan negeri Behrang, yang diwakili Jamaluddin Mohd Radzi yang keluar PR dan menjadi Adun bebas yang menyokong BN.

Mohd Nizar menegaskan bahawa beliau masih menjadi menteri besar yang saj yang dilantik oleh sultan.

"Saya masih menyimpan Watikah yang sah, yang tidak pernah pun dibatalkan oleh sesiapa. Watikah itu di atas lantikan Sultan dan disaksikan sendiri oleh Hakim Mahkamah Tinggi," katanya yang merupakan Adun Pasir Panjang.

Mohd Nizar berkata jawatannya itu akan terbatal atau terlucut hanya melalui tiga cara iaitu, Perletakan jawatan secara sukarela, Pembubaran DUN dan Undi tidak percaya ke atas dirinya.

Beliau turut mencabar Umno untuk berhadapan dengan rakyat Perak melalui pilihan raya.

"Umno penakut. Takut kalah macam di Permatang Pauh dan Kuala Terengganu sebab itu mereka rampas kuasa.

"Kami anak jantan, sangup berdepan dengan mereka dengan apa jua keadaan pun!" tegasnya.

Keluar rumah rasmi
Sementara itu di Ipoh, Bernama melaporkan, Mohd Nizar secara rasmi berpindah dari kediaman rasmi menteri besar hari ini.

Katanya beliau berpindah sebagai menghormati peraturan dan arahan Setiausaha Kerajaan negeri Perak dan bukan bermakna menyerah kalah kerana proses mahkamah masih berjalan dalam menentukan
kedudukannya sebagai Menteri Besar yang sah.

Berucap di majlis meraikan wartawan sempena perpindahan beliau secara rasmi dari kediaman itu, Mohd Nizar berkata, Perak tidak lagi menjadi destinasi yang meyakinkan pelabur asing ekoran kemelut peralihan kuasa kerajaan negeri yang mencetuskan krisis perlembagaan.

Katanya, pelabur tidak yakin untuk datang ke Perak jika krisis perlembagaan yang berlaku itu dibiar berterusan.

Keadaan yang menjejaskan ekonomi dan pembangunan negeri itu tidak akan selesai selagi Dewan Undangan Negeri (DUN) tidak dibubar dan rakyat diberi hak untuk memilih kerajaan yang dikehendaki, katanya.malaysiakini.

Nizar : Rakyat tolak kerajaan haram.

IPOH, 22 Feb.:-Tindakan Barisan Nasional merampas Kerajaan Negeri Perak dari Pakatan Rakyat disifatkan seperti Yahudi yang merampas hak orang Islam di Gaza, "Inilah dua kerajaan haram di bumi ini yang rakyat tolak mereka " Kata YAB. Menteri Besar Perak Pakatan Rakyat, Ir. Muhammad Nizar Jamaluddin dalam majlis sempena meraikan para Petugas Unit Amal, Blogger dan wartawan di Kediaman Rasminya di sini.

Program yang diadakan itu adalah beberapa ketika beliau secara rasmi meninggalkan kediaman rasmi itu ke kediaman peribadi yang terletak tidak berapa jauh dari itu.

Hadir sama dalam majlis itu ialah ADUN Titi Serong, Drs, Khalil Idham Lim, ADUN Bercam, Sum Cheok Leng, Setiausah Akhbar, Hj. Anuar Hashim, Setiausaha Politik, Hj. Misbahul Munir dan Ketua Pemuda PAS Perak, Hj. Norazli Musa.

Pada kesempatan itu Ir. Nizar mengucapkan terima kasih kepada semua petugas Unit Amal yang mengadakan kawalan untuk nya, " Saya hargai pengorbanan tuan-tuan" Katanya.

"Terima kasih juga kepada para blogger yang berkampung di sini, melaporkan kepada dunia siber tentang kerakusan Barisan nasional merampas kuasa dari pakatan Rakyat" . Katanya.

Beliau juga menjelaskan UMNO yang mengapi-apikan semangat perkauman telah ditolak oleh rakyat dalam pilihanraya umum yang lepas. Pakatan Rakyat telah melahirkan rakyat yang saling menghormati antara satu sama lain, katanya.

Ir. Nizar mengimbau selama ini beliau tidak jemu membaca ayat-ayat Al Quran yang mengajak kita untuk melaksanakan pelbagai prinsip keadilan dan sebagainya.

Disamping itu beliau melahirkan kekesalan dan rasa sedih kerana kerajaan Pakatan Rakyat yang ingin membela mereka di tumbang dan dirampas.

"Saya yakin kita akan kembali" tegas Nizar.

Ir. Nizar menegaskan selagi DUN tidak dibubarkan, pelabur tidak akan percaya untuk melabur di Perak.

"Kita akan berhadapan dengan mereka, kita akan jumpa dengan mereka di Bukit Gantang, kita jadikan ini sebagai isu supaya sokongan bertambah bergantang-gantang kepada Pakatan Rakyat".

Mengulas antara kejayaan yang dicapai oleh Kerajaan pakatan Rakyat di Perak iaitu kutipan cukai tertinggi yang tidak dicapai sebelum ini sebanyak RM 263 Juta pada akhir Disember lepas. "Oleh kerana mereka tahu apa bila mereka membayar cukai dan dikembalikan kepada rakyat ". Katanya.

Jam 12.00 tengahhari : MB Nizar meninggalkan kediaman rasmi.

IPOH, 22 Feb,:- Selepas sekitar 10 bulan YAB. Menteri Besar Negeri Perak Pakatan Rakyat, Ir. Muhammad Nizar Jamaluddin mendiami Kediaman Rasmi Menteri Besar, beliau melangkah keluar dengan gagah dan suatu keyakinan serta janji untuk kembali ke rumah itu tidak berapa lama lagi.

Berita dan gambar akan menyusul....

Kenapa hanya Khalid ?

Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dilaporkan mendesak Peguam Negara membuat keputusan segera bagi mendakwa kes penyalahgunaan kuasa Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Presiden Pertubuhan Profesional Melayu dan Pewaris Bangsa (Prowaris), Feriz Omar berkata, kes penyalahgunaan kuasa Menteri Besar Selangor itu perlu didakwa dan dibicarakan segera.

Katanya, langkah segera wajar dilaksanakan memandangkan SPRM telah memiliki bukti kukuh dalam kes tersebut.

‘‘Pihak berkuasa perlu mengambil perhatian ke atas kes yang berprofil tinggi ini kerana ia melibatkan kepentingan umum.

Inilah perangai juru cakap agen UMNO dan BN yang cuma nampak kuman diseberang laut namun gajah didepan mata langsung tidak kelihatan.

Sebelum dari ini BPR yang sekitar 2 bulan baru berubah menjadi SPRM diajukan bukan ratusan malah ribuan laporan rasuah dan penyalahgunaan kuasa oleh pemimpim UMNO atasan dan bawahan.

Semuanya telah cukup dengan bukti dan siap dengan rakaman suara, gambar , surat dan sebagai. Namun kenapa senyap tanpa berita.

Kalau di Jepun seorang Menteri meletakkan jawatan kerana kelihatan seperti mabuk dalam satu sidang akhbar, di Malaysia cukup memalukan, lagi banyak kes dilaporkan rasuah, makin lamalah menteri itu berada dikerusinya.

Kalau hendak jagi pengampu, biarlah berpada-pada, dan jangan jadi macam "anjing" suruhan.

Nik Aziz: PAS cabar Ibrahim letak jawatan MP

KOTA BAHARU: Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, parti itu tidak bimbang jika Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali meletakkan jawatan, malah mencabarnya menguji kekuatan pengaruh politik dengan bertanding atas tiket Bebas dalam pilihan raya kecil.

Nik Aziz yakin Ibrahim tidak akan memperoleh kemenangan atau majoriti sebesar majoriti yang diperoleh dalam pilihan raya umum Mac tahun lalu jika tidak kerana sokongan daripada anggota PAS.

Pesuruhjaya PAS negeri itu berkata: "Keputusan PAS mencabar beliau (Ibrahim) supaya meletakkan jawatan kerana mengkritik PAS daripada belakang adalah keputusan PAS negeri yang dibuat dalam mesyuarat perhubungan negeri yang saya sendiri selaku Pengerusi (perhubungan)."

"PAS tidak bimbang jika Ibrahim letak jawatan dan bertanding semula atas tiket Bebas jika benar-benar ingin menguji kekuatan pengaruhnya dalam politik kerusi Parlimen itu jika ia mahu menyahut cabaran PAS supaya meletakkan jawatan," katanya kepada pemberita ketika ditemui di rumahnya di Pulau Melaka, di sini hari ini.

Pagi ini ketika ditemui pemberita selepas merasmikan kursus kakitangan awam kerajaan negeri, Nik Aziz enggan memberikan sebarang ulasan mengenai desakan PAS Kelantan yang mahukan Ibrahim meletak jawatan.

"Tok se, tok se (tak nak, tak nak)," kata Menteri Besar Kelantan itu.

Semalam, Setiausaha Badan Perhubungan PAS, Kelantan Datuk Takiyuddin Hassan berkata, PAS Kelantan meminta Ibrahim meletak jawatan sebagai wakil rakyat berikutan tindakannya yang kebelakangan ini sering mengkritik PAS.

Takiyuddin menyifatkan kelantangan Ibrahim itu sebagai tidak mengenang budi sedangkan anggota Parlimen Bebas itu diberi peluang bertanding atas tiket PAS pada pilihan raya umum 2008.

Dalam reaksi spontan semalam, Ibrahim berkata, beliau tidak akan meletakkan jawatan kecuali diminta berbuat demikian oleh pengundi di kawasannya.

Ibrahim, 57, digugurkan dari jawatan Ketua Umno Pasir Mas pada 22 November 2003 dan kemudian digantung keanggotaannya dalam Umno seumur hidup kerana bertanding sebagai calon bebas pada pilihan raya umum ke-11, Mei 2004.

Ibrahim bagaimanapun tewas kepada calon PAS, Ismail Noh.

Ibrahim turut hilang wang pertaruhan selepas mendapat 415 undi semasa pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri Pangkalan Pasir pada 2005 yang dimenangi oleh calon Barisan Nasional, Hanafi Mamat.

Ditanya mengapa PAS bertindak mencabar Anggota Parlimen itu meletakkan jawatan, Nik Aziz berkata, ini disebabkan Ibrahim mengkritik kepimpinan PAS dari belakang.

Nik Aziz berkata, walaupun Ibrahim calon Bebas, tetapi bukan bererti beliau boleh bebas tanpa sekatan.

"Kalau lembu pun kita kena ikat dengan tali, mana boleh manusia bebas tanpa sekatan.

"Sebagai pemimpin, Ibrahim tidak boleh mengkritik dan menyerang PAS dan pemimpinnya bukan-bukan.

"Ini bukan bererti PAS tidak boleh ditegur. Yang berhak mengkritik dan menegur (pemimpin dan parti) ialah rakyat," katanya.

Kepada soalan lain, jika Ibrahim enggan berundur dan meletakkan jawatan walaupun dicabar berbuat demikian oleh PAS, Nik Aziz berkata: "Memanglah, biasanya manusia tidak mudah mengaku kalah. Macamlah kita jadi menantu, kalau mentua bencipun kita tetap tinggal rumah itu kerana sayangkan anaknya..." mstar.

Semua mesti kerja keras beri penerangan.

TITI SERONG, 21 Feb. :- Semua pihak mesti berkerja keras untuk menerangkan kedudukan yang sebenar dan menangkis tohmahan, putar belit dan penipuan oleh BN dan UMNO dan pelbagai media cetak dan elektronik. Demikian antara ucapan ADUN Titi Serong, Drs. Khalil Idham Lim, semasa menyampaikan taklimat Krisis Perlembagaan di Pusat Tarbiyah PAS di sini.

Taklimat anjuran Dewan Pemuda Pas kawasan itu juga dihadiri oleh Ahli Parlimen Parit Buntar, Dr. Mujahid Yusof.

Khalil mengulangi kekesalan dengan tindakan terdesak BN yang mempergunakan pasukan keselamatan untuk menghalang ceramah PAS dengan larangan permit.

Beliau juga melahirkan keyakinan Pakatan Rakyat akan dapat mempertahankan DUN Titi Serong sekiranya diadakan pilihanraya sekali lagi.

Drs. Khalil : Pendidikan Islam kuatkan akidah.

PARIT, 21 Feb :- Pendidikan Islam akan melahirkan insan yang kuat pegangan akidahnya sehingga bila terlibat dalam perjuangan untuk menegakkan Islam seseorang itu tidak mudah melompat seperti yang dilakukan oleh ADUN Bota. Demikian antara ucapan ADUN Titi Serong, Drs. Khalil Idham Lim semasa merasmikan Sukan Tahunan Sekolah Rendah islam Nurul Ihsan di Stadium Mini Bakri Rais disini.

Kejohanan sukan tahunan itu dihadiri oleh semua pelajar sekolah berkenaan bersama ibu bapa masing-masing. Pelbagai acara dipertandingkan disamping diadakan cabutan bertuah.

Hadir sama ialah Penyelia DUN Belanja, Ust. Ismi Mohd Taib dan Penyelia DUN Bota, Kapten (B) Husaili Alias.

Beliau juga mengatakan sukan adalah satu sunnah yang dilakukan oleh Baginda Rasulullah. Nabi Muhammad mengadakan perlumbaan lari dengan isteri Baginda.Disamping itu kita diajar supaya mendidik anak kita bermain pedang, menunggang kuda dan berenang.

Perbarisan kontinjen pasukan yang bertanding.

"Kalau pendidikan Islam melahirkan insan yang kuat pegangan Islamnya, sukan adalah satu cara untuk melahirkan insan yang kuat jasmaninya" Katanya.

Drs. Khalil juga berharap acara tahunan itu dapat mengeratkan hubungan antara ibu bapa dengan guru.

Penyampaian hadiah kepada pemenang.