10 Julai 2009

Pau Ahmad dan Pau Al-Ain

Email Oleh : FARIZfauzi AMALINAghazali

Atas pencarian Ana.

Sijil halal yang dikeluarkan untuk beberapa produk telah tamat tempoh pada 31 march 2006.Taukehnya H.S Ding selaku Managing Director.


Regards
Haris

Agak-agaknya siapakah empunya sebenar syarikat ini?
On 1/13/06 , afna wrote:

Boleh sahkan ke berita ni? kalau betul, malangnya ummah spt kita ni ye, siang hari buta kena kelentong...

Mohd Hisham wrote:

A'kum Dato' dan semua sahabat, Ini berkenaan semalam, saya bersama Dato' minum pagi di sebuah gerai, semasa hendak membayar minuman tersebut saya terlihat ada dua gerai yang menjual pau, jika tidak silap satu pau tersebut di tulis au Al-Ain dan satu lagi Pau Ahmad. Secara spontan saya teringat, sewaktu pejabat saya di Bandar teknologi Kajang, Semenyih. Semasa itu saya dengan seorang lagi rakan perniagaan Ustaz Ridzuan cuba mencari rakan-rakan bagi membangunkan pasar malam IKS di sekitar bandar kajang, bangi dan semenyih.

Semasa sedang mencari-cari rakan-rakan untuk membekalkan produk- produk halal kepada usahawan pasar malam tersebut terlihat dek kami kilang membuat pau iaitu PAU AHMAD. Dengan selambalah saya dan Ustaz Ridzuan masuk kekilang untuk berkenalan dengan Ahmad tuan punya kilang. Bila masuk je yang menyambut kami adalah seorang perempuan Melayu yang bertudung labuh. alhamdulillah dapat lagi seorang usahawan melayu yang agak famous juga sebab dah beberapa kali bila berhenti di R&R saya makan pau AHMAD nih.

Perempuan Melayu nih bertanya kepada kami nak jumpa siapa? Dan kami maklumkan kepada beliau yang kami nak jumpa Boss, dia agak hairan maklumlah Ustaz Ridzuan nih pakai serban dan saya pula bertali leher. Perempuan Melayu nih jawab, Boss tak ada di pejabat dia dah keluar dan kami minta kebenaran masuk ke kilang nak tengok, tetiba keluar seorang perempuan cina yang kemudiannya kami tahu rupanya dia adalah pengurus kilang. Kami jadi was-was kenapa pula kilang macam nih ada pengurus cina dan kami di bawa masuk ke pejabat yang mana pandangan saya dan ustaz Ridzuan terpandang kepada Tok Kong yang ada dalam pejabat tersebut dan semua pekerjanya (ofis) adalah cina.

Kami kembali bertanya kepada pengurus cina tersebut, En. Ahmad pergi kemana? Dengan selamba dia maklumkan kepada kami bahawa en.Ahmad bawa Boss keluar. Kami lagi bertambah konfius, wah kalau Ahmad bawa Boss siapa pulak si Boss nih? Kami bertanya lagi itu Boss sapa nama? Alamak....

Boss Ah Chong rupanya... Istifar panjang Ustaz Ridzuan.

Rupa-rupanya Pau Ahmad diambil sempena nama Driver dia.

Aduh terkena lagi sebiji...

************ ********* ***********

PENDAPAT PERIBADI SAYA :

Assalamu'alaikum wbt ,

sebagai pengguna/ pengusaha makanan, saya (kita) telah lama ketahui bahawa banyak makanan yg berada dipasaran adalah dimiliki oleh pengusaha bukan Islam / muslim/ bumi. Ramai pengguna terkeliru kerana namanya seakan2 'pemilik atau tuan punya' nya, melayu/ islam akan tetapi, bila di kaji hingga ke akar umbinya didapati 100% tiada saham atau pegangan dari org melayu atau Bumi,.

antara jenama yg popular - TEH CAP MASJID... KICAP ELIZA... PAU AHMAD...( belum masuk jenama terkenal spt KG pastry, Silver Bird dll)...

justeru, adakah kita harus menyalahkan pengusaha2 bukan bumi ini 100%?

JAWAPAN SAYA : TIDAK... SALAH MASIH KEPADA ORG MELAYU ITU SENDIRI.

SEBAB NYA, KITA TAHU BAHAWA PELUANG PASARAN HALAL ITU SANGAT LUAS DAN PERMINTAANNYA, MENJANGKAU KELUAR SEMPADAN NEGARA.. KINI DITAHAP GLOBAL.

SO APA TINDAKKAN KITA?

HAMPIR TIADA...

BERUSAHALAH MENJADI PEMBUAT ATAU PENGHASIL MAKANAN ORANG ISLAM SUPAYA KITA TIDAK TERJEBAK KEPADA MAKANAN YG ADA UNSUR-UNSUR SHUBAHAT!!!!

Ini kita terbalik, bising-bising, sampai nak pecah anak tekak, konon marah, orang bukan islam penipu, kianat kita orang islam, letak benda haram, pakai nama melayu, TAPI KENAPA KITA SENDIRI TAK MAU MENGHASILKAN APA2, AGAR ORANG ISLAM TAK PERLU BERGANTUNG KEPADA BUKAN ISLAM NAK MAKAN?!

Tu baru PAU ... rasanya tak lah meluas sangat sebab rata2 org melayu jarang yg makan pau. Sebab bukan makanan rugi kita., sesekali ya, kita teringin, kita beli dan makan pau.. tapi yg hari2 kita makan tu.. sarapan pagi, makan tengahari, makan mlm, ni selalu, bukan sekali2...macam mee.., tauge, taufu, fish ball... cincau,

Siapa buat mee? Adalah 2-3 kerat lah ni anak melayu baru nak buat dan jual ALHAMDULILLAH! !! Tapi tu pun tak boleh pi jauh sangat lagi sebab baru nak buat, takat kawasan tertentu je boleh diedarkan produk hasilan org Islam ni. Tapi tu baru Mee...apa nak jadi dengan, tauhu? Tauge?fish ball, wadey pun saya tenguk ramai org kita suka makan, tapi mereka sanggup beli dari org yg pakai dot dekat dahi, tak rasa apa2 pun...

Banyaklah sebenarnya, kalau nak cakap pasal KEKELIRUAN JENAMA, HALAL atau HARAM atau SHUBAHATnya makanan kita ni. Tapi kita tak boleh nak salahkan bangsa asing tu, pasal bagi mereka SEMUA BOLEH MAKAN, bukan nak kira mana halal atau haram, apatah lagi mereka punya KIBLAT : KEUNTUNGAN, sedangkan sebagai org islam kita ber KIBLAT : KEREDHAAN ALLAH, KESELAMATAN DUNIA DAN AKHIRAT.

Saya haraplah, kalau kawan2 frd mail ni kepada kengkawan lain dan mereka mau baca artikel ini, pesan saya: KURANGKAN CAKAP, LEBIHKAN USAHA, KALAU BOLEH, AMBIL SATU JENIS PRODUK TIAP SEORG DARI KITA SEMUA DAN HASILKAN YG TERBAIK, kukuhkan ekonomi org islam baru kita boleh 'bersaing untuk rebut kemenangan dunia'. Kalau bab makanan pun kita tak mampu nak adakan yg terbaik , GERENTI YG LAIN BAKAL HANCUR.

Oh ye, tak lama dulu ada didlm Forum Perdana Ehwal Islam, kata pencaramah tu... " bila dibuat kajian , dihantar kesatu persidangan agama- agama besar didunia ni, untuk menilai tahap penguasaan ilmu, ternyata orang YAHUDI ditempat teratas dgn 98% menguasai bidang ilmu, Kristian 85% DAN YG PALING MEMALUKAn ORG2 ISLAM HANYA MENGGUASAI 15% ILMU!!!!

Nak marah? Tak payahlah... tak percaya??? Buktinya diri kita sendiri cukuplah... dlm ramai-ramai berchattingnya ada tak yg tau nak hasilkan cincau secara kormesial macamana? Nak buat fishball campur apa? Dimsum tu dari tepun apa? Ada tapi tak pasti, Tak ada?, jadi betullah kita tak mau nak kuasa ilmu.

eh ada yg marah tu, kata dia tak kena mengena bidang aku pun, apa nak amik tau ...oklah betul tu , tapi nak makan tak? Ada tak pernah minum? Masuk hotel masa dinner ada sebat tak makan tu semua? Tak kisahlah anda ingineer ke Doktor ke atau manager ke, anda kena ada kemahuan untuk belajar kurang-kurang 1 atau 2 benda yg tidak berkaitan lansung dgn dunia anda, baru minda tu terbuka, tambah kaya ilmu, tambah banyak pengetahuan, tak mudah kena tipu, terutama bab makanan ni.

Dah banyak kali diwar warkan dlm surat kabar, dlm bulletin, peluang pasaran makanan halal bernilai 9 billon setahun (dunia), tu dunia tau, tak dapat nak bayangkan kalu kita mampu 1% dari nya pun cukuplah, tau berapa tak? Nak tau kira sendiri lah. Tapi tak payah sampai tahap global sebab dlm Negara sendiri dah terbukti kita GAGAL!!! Harian Metro (tak ingatlah saya bulan bila, tapi dlm tahun ini juga) PERNIAGAAN MAKANAN HALAL NEGARA 95% DIPEGANG BANGSA ASING HANYA 5% HASILAN ORG ISLAM!!!

Nak marah ke? Marah kat sape agaknya ya ? saya tak mau banyak bunyi, tapi sendiri mau ingatlah, kita bising kata orang je salah, kita sendiri lagi banyak salah, walhal menyediakan makanan hahal itu termasuk wajib, fardu kifayah tu, walau dah ada yg buat tapi TAK CUKUP LANSUNG, sebab tu lah akhlak anak bangsa kita hancur, banyak yg diragui halal disuap ke mulut, masuk jadi darah daging kita. Cuba kita belajar, buat dan jual, tak kiralah anda doctor ke, tapi kalu kita ada pulak perniagaan makanan, apa salahnya, tak apa kalau anda GM sykt Besi , tapi kalu anda tau proses atau hasilkan Japanese Food , atau Chinese food sebab saya tenguk ramai sungguh org melayu, bertudung ( selalunya dah tentulah tu mereka islam) duduk makan, makanan Jepun/ Cina ni, kengkadang tu seronok tenguk anak beranak. Tapi sah ke HALAL semua tu??? Wallahu'alam. ..

Habis nak cakap apa lagi? Kalau tak kita buat , memang sampai bila pun bangsa asinglah yg suap mulut ktia, lepas tu bila dan kenyang makan dan bertahun atau puluh tahun makan, barulah tau tak halal, apa nak cakap? Satu lagi, bukan pasal hahal je, bersih dan suci,baru dapat berkat dlm hidup. ( halalan, toyyiban, mubarakan) tu kena kira gak tu, tapi tulah , saya malas nak panjang panjang mengomel, ada yg dah juih bibir tu, tak kisahlah, NAK MARAH KAT SAYA, MARAHLAH, INI YG SEBENARNYA BERLAKU. apa pun sendiri kena ingat, cakap cakap je tak ada tindakan, sama macam satu peribahasa tulah tu:

Anjing menyalak bukit...

Apa tak nya, bisinglah dia menyalak,. Bergema semesta alam, tapi bukit tak gak runtuh,, last anjing ni penat, dia tuju bukit tu , adalah satu gua, dia pun tergedik gedik ekornya, masuk gua, tido, esok bangun dan menyalak lagi.bertahun tahun

Ertinya, : walau kita semua bising bagai nak rak, tapi tak buat apa yg sewajarnya, tak guna gak, last kita makan gak produk yg ada kat pasaran sekarang, sebab tak ada alternative nak beli yg dihasilkan org islam.

P/s: nak boikot 100% pun tak leh gak.. kengkadang meke ni buka kilang, yg ramai2 keje tu pun org melayu gak.. taukey busat je org lain.. kira dia buat tu, memang 90% keuntungan ke kantung dia.. tapi kalau dia buka kilang dan yg ramai2 keje tu org melayu,.. paling tidak dapat gak bangsa kita punca rezeki, bagi makan anak isteri. Kalau kilang dan cara pembuatan dia tak shubahat halal haram, kita nak ketegori camne pulak? Kena ingat, memang taukey busat org lain , tapi yg berusaha tulang 4 kerat org melayu gak.. kalau kita nak pulau atau nak kempen hentikan beli/ membantu org2 bukan islam ni punya perniagaan, KITA BUKA KILANG DULU, BUAT PRODUK SAMA / LEBIH LAGI KUALITI DIA .. BARU KITA BOLEH BOIKOT.

Kalau tidak, org islam yg kehilangan kerja/ pendapatan tu.. siapa nak bertanggungjawab? Hehehe.... Cakap senang yek, memutuskan rezeki org... emmmm.... Sendiri mau ingatlah ye tak...

Wallahu'alam. .

29 ulasan:

Pak Oncu berkata...

Salam YB,,,,,,,, tolong siar kan dalam blog Yb ni produk produk yang mengguna kan nama islam tapi TIDAK islam,,,, PLEASE!!!!!!!!!!!!!

Tanpa Nama berkata...

Kita mesti bermula dengan DIRI kita sendiri...

Bila fardhu kifayah terabai, umat jadi hina...

puspawangi berkata...

sekarang ni ramai bereniaga harang2 kecantikan untu orang perempuan...dari yg di minum hingga yg disapu dan di urut selurh badan...semua mengesyorkan supaya perempuan jadi cantik, jelita dan muda...kalau dah umur 50 mesti kena nampak muda dan kulit cekang...putih dan gebu..apa ni??? cuba sisasat jugak benda-benda nih...sebab tiba2 je mana2 mak cik boleh jadi konsultan kecantikan...dan keluarkan produk berbagai2...

tak ada orang yg musykil ke??

david ahmad muniandy berkata...

old town white coffee menggunakan pekerja perempuan melayu islam nampak islamik sikit kopi dia memang halal tetapi makanan dia tak halal...kalau dah tak halal kopi pun tak halal lah...ada seorang melayu islam pun ada syer dalam syarikat itu hanya menggunakan orang melayu islam tu sebagai umpan...untuk menggaburi mata orang islam itu sahaja.

ya lagi satu kalau orang melayu islam telah maju dalam perniagaan amat merangsangkan dan ada syarikat sendiri dan mempunyai lesen halal lihatlah orang cina kayaraya akan beli syarikat anda sebab logo halal jer.

rayman berkata...

Assalamualaikum YB

Saya bukan pembuat tetapi pengedar produk makanan. Jangan ditanya samada hasil pembuatannya halal @ tidak, kerana sesetengah produk sahaja boleh dikuasai oleh Islam/Melayu/Bumi.

Bagi saya, masalahnya bukan terletak ditangan pembuat itu sendiri. Tetapi di tangan pembeli @ pengguna. Kerana apa saya berkata begitu:

1. Majoriti besar pengguna adalah Islam/Melayu/Bumi,
2. Majoriti besar kuasa membeli adalah Islam/Melayu/Bumi,
3. Masyarakat kita Islam/Melayu/Bumi masih lagi meminati pengusaha @ pembuat yang bukan Islam/Melayu/Bumi dari Islam/Melayu/Bumi,
4. Masyarakat kita Islam/Melayu/Bumi masih lagi mencari produk yang diketahui syubahatnya daripada mencari yang halal,
5. Masyarakat kita Islam/Melayu/Bumi masih lagi belum buka mata.

Itulah yang musykilnya dengan masyarakat kita yang digelar Islam/Melayu/Bumi di bumi tercinta Malaysia.

Anjang Aki berkata...

saya kenal pengusaha PAU AL-AIN, iaitu encik JAUDIN. Kilangnya di kaki gunung di Gunung Rapat, Ipoh. Telefon beliau 0195494549.

Cakcebor berkata...

Untuk makluman orang ramai Pau Ain diusahakan oleh Ustaz Jaidin; beliau bekas pengikut Arqam. 100% pekerjanya orang Islam. Pau Ain satu-satunya pau buatan orang Islam/Melayu yang pasarannnya begitu meluas. Kilang operasinya berhampiran dengan Taman Saikat Ipoh.

Cakcebor berkata...

Pau Al-Ain diusahakan oleh Ustaz Jaidin; bekas pengikut Arqam. Teman pernah melawat kilang pembuatan pau ini yang menitik beratkan aspek kebersihan dari segi syarak.

Tanpa Nama berkata...

itu x pa, pau bestmas dan dim sum bestmas lagi best. Tauke cina bestmas ada kilang pau cina(khinzir)juga.Boleh caya nak makan? Tengok orang islam dok tibai kerana kulitnya gebu dan dim sum menarik.Mmmmmm.. boikot pau dan dim sum bestmas lagi patut.

Unknown berkata...

Pau Ahmad memang cina punya dah keluar kat NTV7 (9.8.09/6.00pm) tauke dia cakap(Mr.Ding) dia pakai nama untuk marketkan pau tu kat orang melayu sebab kalau pakai nama cina orang melayu tak nak beli, bodoh betul orang melayu nie hidup2 kena tipu.

Tanpa Nama berkata...

bagi saya pau ahmad hanya gunakan 'brand' saja kerana memasuki halal food. Seperti pau saifu oleh today's bakeries. yang pentingnya, yang telah dapat halal semesti menghormati sijil jakim dan sensitiviti orang-orang islam. Ini adalah kerana, kilang-kilang pau adalah dikuasai oleh orang-orang cina kerana disitu terdapat permintaan. Yang sekarang dipersoalkan,ada yang mempunyai dua kilang(halal pau dan non-halal pau), yang tidak langsung menghormati orang-orang islam dengan menggunakan bahan-bahan dan peralatan dari kilang non-halalnya,kukus yang pernah digunakan oleh pau cina dll sambil melaungkan pau dan dim sumnya untuk orang-orang islam.Golongan kilang macamnie perlu kita ambil tindakan kerana memperlekehkan jakim serta umat islam seluruhnya.

Tanpa Nama berkata...

Peranan jakim dalam isu halal adalah dipersoalkan. Masih lagi terdapat orang tengah yang mempunyai kontek dgn orang-orang jakim yang mendapatkan sijil halal untuk syarikat-syarikat cina. Kenapa perkara nie berlaku? Kelemahan Jakim dalam hal nie dan lain-lain perkara adalah penyebab untuk orang-orang bukan islam memperlekehkan sijil halal dan menghina orang-orang islam.Disamping tu, kerajaan juga perlu dipertanggungjawabkan kerana dari HDC ke Jakim. Kalau orang-orang islam mempolitikkan halal dan haram yang binasa umat islam. Makanan dan minuman menjadi darah daging kita. Sebab tu gejala sosial berleluasan kerana kita orang-orang islam telah lalai.Jakim dipertanggungjawabkan dengan tugas yang amat berat dan mesti menjalankan tugas dengan lebih efektif dan amanah. Gaji kerajaan pun sudah ok!!!

Tanpa Nama berkata...

saya nak nasihatkan semua penganut agama islam supaya hati-hati bila nak makan makanan halal dari pengusaha bukan islam.Selalunya kilang ni ada pekerja bangsa asing bukan islam. majoriti pekerja asing bukan islam makan babi(kecuali yang vegetarian) direstoran cina dibelakang atau berdekatan kilang. kemudian bila kerja tak pakai glove buat production. Dok pegang makanan lalu bagi orang islam makan. Nasihat saya tanya kilang siapa taukehnya, adake pekerja bangsa asing atau cina/india dll yang bukan islam buat production dan kenalah tau latarbelakang taukehnya. Nanti kena kantoi, pengusaha bukan islam tapi ditipu islam punya dan pekerja semua islam. Disamping tu, janganlah percaya baruah-baruah bangsa melayu yang mengaku islam tapi pasal dapat upah/gaji lebeh gadai amanah Tuhan! Dosa sendiri tak larat ni dosa dengan orang Penjual juga kena pasti hal ni kerana bertanggongjawab kepada pelanggan yang tidak tahu menahu dalam hal ni. Jangan fikir je untung sahaja dan pakai ambil sahaja. Jakim pula cubalah berdikari tanpa gangguan dari orang-orang politik yang bantu kroni bukan islam dan keras dalam hal ni. Jangan fikir dok buat duit je. tugas untuk Jakim adalah memastikan makanan & minuman dll adalah bebas dari unsur keraguan.Kalau boleh setiap kilang makanan & minuman kena ada halal komitee yang bebas dari pengaruh majikan sepenuhnya. Ikut IMP lagi best. sistem dua pekerja islam diwajibkan tidak ada fungsi kerana jadi talibarut majikan(takut kena buang kerja). Perketatkan lagi peratuaran yang ada. Dengan cara ni semua orang akan puas hati dan sijil jakim akan dihormati.

Tanpa Nama berkata...

Majoriti bisnes makanan halal dikuasai oleh pengusaha bukan islam. Pengusaha islam sedikit sahaja yang mampu menandingi pengusaha bukan islam dari segi teknikal dan kewangan.Tetapi masalahnya timbul apabila pengusaha bukan islam mengambil pekerja asing bukan islam bekerja, disamping taukehnya yang bukan islam. Mereka akan makan khinzir dan pegang makanan lalu bikin produksi bagi orang islam makan. Tapi yang lagi hairan JAKIM boleh bagi sijil HALAL walaupun mengetahui hal ni. Glove pun tak guna kerana akan koyak dan dedah kulit. Itupun ustaz-ustaz (JAKIM) sana tak boleh fikir.

muhamadnor berkata...

Assalamu'alikum, saya ni nak kongsi maklumat dengan saudara-saudara islam sekalian. Kalau nak makan ke, nak jual ke pau, sila hubungi Kak Jah (019-2424200). Beliau pengusaha dan mempunyai kilang pau sendiri di Serendah (dekat Rawang). Ada 7 jenis inti disediakan, semuanya insyaAllah halal. Fax:0360812004

Tanpa Nama berkata...

utk pengetahuan umum, pau bestmas, pau saifu,pau ahmad,pau cahaya(company melayu tapi ambil dari pau bestmas) pau nusantara ? pau hilltown,pau sinar,pau oriental,pau gemie,pau kG pastry,dll adalah kepunyaan tauke cina.Pau al ain, pau nanis,pau kart(dulu cina)dll adalah kepunyaan orang-orang islam.Sebelum makan cek dulu taukehnya.Halal jakim tak guna kerana tidak ada susulan ketat dan taukeh cina yng jahil islam akan menghina orang-orang islam yang nak makan pau.

Tanpa Nama berkata...

kalau was-was jangan beli makanan bukan islam. Beli makanan buatan orang-orang islam. Tapi juga kena tenguk prosesnya betul ke tidak. Ada setengah pengusaha islam pun tak bersih, ada pula pengusaha bukan islam bersih dan hormati islam. Yang pentingnya, pengusaha mestilah bertanggungjawab. Janganlah utama keuntungan saja.

Tanpa Nama berkata...

Betulke taukeh pau Bestmas ada kilang pau babi? Saya nak tau kilang mana satu beroperasi dulu, kilang pau Bestmas ke atau Kilang non-halalnya. Setahu saya yang beroperasi dulu akan beri bantuan kewangan kepada yang kemudian sebelum boleh berdiri. Kalau pau bestmas, kilang terkemudian bermakna ia menerima hasil jualan duit pau babi untuk operasi? Kalau ini betul, bermakna orang-orang islam yang jual dan makan pau bestmas, makan hasil dari duit pau babi!!!

Tanpa Nama berkata...

salam,,,semua kalau was-was dengan pau lain,kami pengeluar pau melayu islam di kawasan puchong,adalah pengeluar pau 100% melayu.Jika ingin keterangan lanjut sila hubungi saya 012-6576790 atau www.paurohani.com/email:rohanisalim79@yahoo.com.

Shahadah berkata...

Ain's Treat Pau
100% Bumi, Islam, Melayu
Hubungi: 0122648271

azzain bangi berkata...

alhamdulillah kini telah terdapat banyak pengeluar makanan halal oleh kaum bumiputera, termasuklah barangan keperluan harian. Sebagai contoh kini telah banyak kedai halal mart yang memasarkan produk muslim. Seharusnya sebagai pengguna perlu bijak untuk buat keputusan membeli. Sebagai contoh kedai az-zain di taman kajang impian bangi telah ada makanan-makanan seperti pau serat yang dibuat oleh usahawan muslim.

Tanpa Nama berkata...

al-ain mlyu pnye,jaudin bin ahmad 0195494549

Tanpa Nama berkata...

Bestmas cina punye pau tp ada sijil halal...

Tanpa Nama berkata...

alahai ni sama la macam Lim Kit Siang dengan karpal singh bertanding guna logo PAS, nak tarik orang melayu hahaha. alasan mudah dicari, tujuan sebenar faham2 la sendiri.

Tanpa Nama berkata...

Terima kasih atas info ini. Sebagai seorang muslim, kita harus makan makanan yang suci yang dibuat oleh orang Islam, tidak kira dari keturunan apa pun (Melayu, Cina, India, Bumiputra2 di Sabah & Sarawak dll). Yang penting, oleh orang yang beragama Islam dan mengamal hukum2 syarak agama Islam. Kita sebagai pengguna dan begitu juga pengusaha2 restoran, sama-sama harus bertanggungjawab memastikan barang yang dibeli/dijual itu suci. Masyarakat kita ni, ramai yang bijak tetapi...alahai...kurang ilmu. Hukum2 syarak ni...harus diajar di peringkat sekolah lagi. Kenapa tidak? Kalau masyarakat Islam kita ini berilmu, masyallah, dah tentu kita ni dah berjaya. Toksak kutuk orang lain (tak kisah apa2 bangsa & agama pun) sebab tu lah cermin diri kita sebenarnya. Wallahualam

Tanpa Nama berkata...

Pau sinar pau cina

Unknown berkata...

Kepada semua penjual Dan peminat Pau beralihlah ke Pau an Nisa 100% halal keluaran melayu Islam lengkap sijil halal Dan sijil kesihatan mesti

The Arrival Infellible berkata...

Salam n slmt tghari semua..
Carilah yang bersih, suci n halal kerana ia akan menjadi darah n daging didlm badan kita..

myriang berkata...

Ya betul