10 Julai 2009

Husam: KJ cuba elak isu royalti

Ketua Pemuda Umno cuba mengalihkan isu royalti minyak Kelantan dengan menuduh Exco negeri Kelantan, Datuk Husam Musa cuba menghalang Timbalan Presiden PAS berkempen di Manek Urai.

Menafikan tuduhan Khairy Jamaluddin Abu Bakar semalam, Husam berkata beliau sekadar ahli jawatankuasa pusat PAS dan tiada kuasa menghalang Nasharuddin Mat Isa berceramah pada pilihanraya kecil DUN tersebut yang sedang berlangsung hingga Selasa depan, seperti yang dilapor oleh Malaysiakini.

"Saya ingat dia (Khairy) nak larikan perhatian daripada isu royalti minyak. Royalti minyak yang dia kena jawab. Ini Umno yang buat.

"Kita tak ada sekat sesiapa. Mungkin dia (Nasharuddin) ada kerja lain, (jadi) dia tak datang lagi. Di Parlimen pun dia tak pergi," katanya apabila diminta mengulas isu ketidakhadiran pemimpin kanan PAS itu yang dijadikan modal kempen Umno di Manek Urai.

"Takkan di Parlimen pun saya yang larang. Mungkin sehari dua lagi (dia datang)," kata Husam lagi"

Sementara itu mstar online melaporkan sebentar tadi mengenai Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa akan berkempen untuk calon parti itu Sabtu ini.

Menurut laporan itu beliau akan ke Kelantan malam esok dan seterusnya membantu calon PAS, Mohd. Fauzi Abdullah keesokan hari.

Hari ini beliau menjalani pembedahan kecil di bahagian usus di Hospital Serdang, Serdang.

Beliau menjalani pembedahan kecil itu bermula 9 pagi tadi. Ia dijangka berlarutan kira-kira sejam.

Laporan itu menyiarkan kenyataan Ahli Parlimen Bachok itu tidak ke Manek Urai kerana masalah kesihatan. Dan, hari ini beliau dirawat di Hospital Serdang dan kemungkinan akan berada di Manek Urai Sabtu ini.

2 ulasan:

LanaBulu berkata...

Sudahlah KJ..Kat N9 boleh lah buat onaq..Ni kat Kelantan ..payah lah kamu..sekadar menyalak tanpa taburkan duit memang tak jalan..Duit diberi depa ambik..sbb bukan nya depa mintak ..dah nak beri ambil lah. tapi undi tu tetap pada BULAN.

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum
Sedikit saya ingin memberi cadangan kepada saudara.Saya ingin tahu bagaimana perjalanan dan agihan wang kutipan cukai atau zakat yang diperolehi oleh kerajaan PR.Saya terigin mengkaji atau melihat wng ini dibelanjkan adakah ia sampai kepada semua lapisan rakyat.Dan mengenai isu ini.Biarkan UMNO dengan suara sumbangnya.Kita tak payah layan sangat cakap-cakap mereka.Kita semua telah lama faham tektik dan politik mereka.Mereka suka buat janji.Sekarang ni mereka kurang majoriti sebab tu mereka janji lagi.Kalau menang balik, perangai lama mereka pun kembali juga.Kita sudah tidak percaya janji mereka.Saya harap saudara akan menguatkan semangat untuk terus berjuang dan diberi kekuatan agar perjuangan kita tidak sia-sia.
Wassalam