10 Julai 2009

Drs. Khalil lawat warga Cina meninggal


Titi Serong : Dalam kesibukan ADUN Titi Serong menghabiskan jadual harian bermula di pejabat dan diwaktu maghrib bersembahyang maghrib dan isya' berjemaah di dalam DUN, namun beliau malam tadi sempat melawat jenazah warga cina yang meninggal di Kuala Bagan Tiang.

DRs. Khalil ditemani oleh 3 orang pegawai dari pejabatnya mendapat layanan yang baik oleh keluarga yang meninggal dan warga setempat.

Dengan berjubah hitam seorang warga cina sempat memuji pakaian yang dikenakan oleh ADUN yang lebih dikenali dengan YB. Lim oleh masyarakat tionghua dalam DUN Titi Serong.

Pada kesempatan yang sama beliau sempat mendengar rungutan mengenai masalah nelayan yang dihadapi oleh kerana gangguan dari pencerobohan oleh bot besar di kawasan perairan -yang dilarang kepada bot jenis itu.

Beliau berjanji untuk melakukan tindakan yang wajar dalam tempoh yang terdekat bagi mengatasi masalah itu.

4 ulasan:

muryadi berkata...

tahniah yb..

Hj Mat berkata...

Tahniah YB, kalau di Selangor warga emas meninggal dunia warisnya dah pasti mendapat sagu hati dari kerajaan PR RM 2500.00 itulah baiknya kerajaan PR di Perak bagaimana? mamak zamri pegang sekarang? semasa DS Nizar dulu saya dengar dah nak buat macam Selangor,itulah BN

david ahmad muniandy berkata...

syabas YB ustaz Khalil Idham Lim
hanya itu sahaja ucapan yang saya boleh ucap.

hamid,klang berkata...

terima kasih kerana yb telah membuktikan slogan pas for all bukan omong kosong
yb bukan yb utk org pas tapi yb utk semua bangsa dan agama...wang soal kedua,yg penting kesudian menziarahi cukup memberi kesan kpd keluarga simati