01 September 2009

Perhimpunan Kepala Lembu

Oleh : Zamri keciks

salam,

Perhimpunan aman terbaru berlaku pada jumaat 27 ogos 2009 apabila kira kira 50 org pen-demo membawa kepala lembu kerana membantah pembinaan kuil di sek23 shah alam. (kata utusan malaysia, yg juga merupakan batu api pemecah belah antara kaum dalam negara ini, ianya dihadiri oleh 200 org)

Hak mereka utk berdemo adalah dihormati tetapi perbuatan mereka membawa lembu dan menijak lembu adalah memalukan. Bayangkan apabila ada kumpulan kecil hindu pula yg memijak quran pada hari akan datang. Mungkin kumpulan itu terlebih semangat melayunya dan berketuanan melayunya sehingga lupa akan adab seorang islam.

Tetapi yang menariknya ketua polis selangor terlepas pandang mengenai perhimpunan ini. Mungkin SB SB polis termengantuk pada bulan puasa ini sehingga terlupa mengawal keadaan dan memerhatikan keadaan. Mereka hanya membuka mata kalau demo itu dibuat oleh gerakan mansuhkan ISA atau aktivis PR. Maka terlupalah ketua polis selangor kerana SBnya tertidur atau terlelap mata atau buat buat mata kelabu. Maka untuk menutup kesilapan itu maka mulalah berkokok menteri dalam negeri.

Tapi, apa yg penting ialah perhimpunan sesuatu itu akan aman. Aman tanpa air pedih dan gas yang memedihkan mata. Perhimpunan itu ternyata aman apabila pihak polis tidak mengganas menggila dlam perhimpunan tersebut. Terbukti lagi, yg ganas ialah polis dan FRU yg seronok membaham dan menembak gas dan air pedih kepada mereka yang berhimpun secara aman.

Perhimpuan aman kepala lembu membuktikan lagi bahawa polislah yang menjadikan sesuatu perhimpunan itu haru biru, hiruk pikuk dan segala benda lagi. Mudah mudahan masa akan datang dalam perhimpunan aman masa depan, ketua ketua polis, SB SB, FRU, PGA semuanya mengantuk dan kelabu mata supaya perhimpunan dapat dilakukan dengan baik dan benar benar aman.


Salam Perjuangan

Hadiah hari merdeka, harga minyak naik lagi?

KUALA LUMPUR, 31 Ogos: Rakyat mendapat hadiah istimewa sempena menyambut Hari Kemerdekaan tahun ini apabila harga petrol dipercayai akan mula naik mulai tengah malam ini.

Menurut sumber, Ron 95 akan naik dari RM1.75 ke RM1.80 malam ini manakala F1 akan naik dari RM1,80 ke RM2.05. Bagaimanapun sehingga kini tidak ada sebarang pengumuman rasmi mengenainya.

"Ketika ekonomi rakyat meleset dan bakal berhadapan dengan hari raya Aidil Fitri, inilah hadiah kerajaan BN kepada kita," kata Salahudin Ayub, Naib Presiden PAS.

PAS bersama dengan rakan-rakannya dalam Pakatan Rakyat serta NGO prihatin telah beberapa kali membantah kenaikan minyak sehingga ramai antara mereka terpaksa bermalam dalam lokap.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengadakan debat khas dengan Menteri Penerangan sebelum ini, Datuk Ahmad Shabery Cheek bagi membincangkan isu kenaikan harga minyak ini.

Dipercayai, kenaikan kali ini akan membuatkan kemarahan rakyat kembali semula dan bakal menjana protes sekali lagi.

Ini kerana, barangan keperluan harian sebagaimana biasa akan naik menjelang hari perayaan nanti.

"Kenaikan harga minyak akan menambahkan lagi beban rakyat," kata Salahudin.

HarakahDaily.Net-/

Subahannallah cantik nya Masjid Shiekh Zayed

Oleh : khair jalal
































Memperingati Masjid Al-Aqsa dibakar

Oleh : mohd naim mohd zain

TANGGAL 21 Ogos merupakan tarikh yang amat penting dalam lipatan sejarah umat Islam. Apa tidaknya, Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) lahir kerana insiden 21 Ogos. Apakah yang berlaku sehingga persidangan ini tercetus?

Pada 21 Ogos 1969, seorang lelaki berbangsa Australia bernama Dennis Michael Rohan telah membakar Masjid Al-Aqsa. Api menyala besar dan membakar tembok serta mimbarnya yang besar (mimbar Solahuddin).

Api marak dengan dahsyat sekali seolah-olah seluruh Masjid Al-Aqsa akan musnah ketika itu. Sehinggakan pihak bomba juga tidak hadir menghulur bantuan.

Namun, Allah SWT telah menyelamatkan Masjid Al-Aqsa dan melindunginya. . Akhirnya api dapat dipadamkan.

Setelah itu orang-orang Yahudi membuat pengadilan pura-pura terhadap Rohan. Lucunya, Rohan mendakwa bahawa dia diutus oleh Allah untuk melakukan pembakaran itu, bersesuaian dengan berita dari Kitab Zakaria.

Apa yang menyedihkan kemudiannya ialah Yahudi membebaskannya dengan mengatakan Rohan 'gila', dengan kata lain, tidak waras.

Maka, atas sebab itu, Rohan tidak dapat dipertanggungjawabk an atas kejadian tersebut. Bertitik-tolak insiden menghinakan itu, negara-negara Islam di seluruh dunia bangkit mempertahankan tempat suci mereka dan mengecam perbuatan keji terhadap Al-Aqsa.

Maka sejak itu, 21 Ogos tanpa gagal diangkat sebagai Hari Al-Quds sedunia. Ia disambut sebagai tanda memperingati tragedi pembakaran masjid Al-Aqsa.

Tragedi tersebut merupakan catatan sejarah yang paling menyedihkan dalam sejarah umat Islam. Masjid Al-Aqsa yang begitu suci itu dihina sedemikian rupa.

Tidak menghairankan apabila semua umat Islam seluruh dunia 'terbakar' hati dan perasaan mereka kerana tindakan Rohan, 38 tahun lalu.

Begitulah nasib tanah suci umat Islam yang ketiga setelah dihuni oleh rejim Zionis..

Berkait isu Palestin

Perlu diingatkan, isu Masjid Al-Aqsa ini ada hubung kait dengan hal-hal Palestin. Maka selayaknya, isu Palestin ini merupakan isu yang dipertanggungjawabk an bagi sekalian umat Islam.

Sebab utamanya, kedudukan Masjid al-Aqsa sebagai Tanah Suci ketiga dalam Islam. Selebihnya ia merupakan kiblat pertama umat Islam selain menjadi bumi didiami para Nabi serta pusat pemerintahan dunia Islam seperti yang dirakamkan dalam hadis Rasulullah.

Bagi masyarakat bukan Islam, isu Palestin menggambarkan ketidakadilan dan kezaliman rejim terhadap bangsa Palestin yang perlu sama-sama dibela dan diperjuangkan.

Hari ini Palestin berada dalam tangan rejim Zionis yang telah merampasnya daripada tangan umat Islam.

Akibatnya, umat Palestin telah dihalau keluar, dizalimi, ditindas, dikambinghitamkan, dipenjarakan dan dibunuh. Nasib yang melanda umat Islam Palestin memerlukan pembelaan dari seluruh umat Islam.

Sebagai usaha pembelaan dan kepedulian, maka Hari Memperingati Al-Quds atau Remembrance of Al-Quds (ROQ) merupakan sebuah gagasan yang menjadi simbol solidariti umat Islam di Malaysia terhadap umat Palestin.

Pelbagai kegiatan boleh dijalankan untuk menghebahkan tentang isu Palestin dan kedudukan Palestin dalam hati umat Islam serta soal penindasan di Masjid Al-Aqsa.

Adalah diharap program ini akan menggerakkan masyarakat supaya sedar lalu terpanggil untuk menghulurkan sumbangan dan mempersiapkan diri mereka dengan segala pertahanan dan kecemerlangan sebagai umat yang terbaik.

Episod duka Palestin ini, ditambah dengan penindasan dan kezaliman yang tidak henti hingga ke saat ini hakikatnya menuntut sokongan dan bantuan semua, seluruh lapisan masyarakat dunia.

Malah, 21 Ogos hadir setiap tahun mengingatkan kita bahawa sekiranya kita tidak mempertahankan tanah suci Palestin dan Masjid Al-Aqsa, kelak, kita bukan sahaja tidak dapat mempertahankannya daripada sekadar dibakar, malah keseluruhannya cenderung untuk dirampas secara terus lagi haram oleh rejim Zionis.

Justeru, bersempena Sambutan Memperingati Hari Al-Quds Sedunia tahun ini, adalah amat wajar untuk kita sama-sama mengajak masyarakat sekeliling memperingatinya, apatah lagi merencana langkah strategik, efektif dan praktikal lagi kreatif demi menyumbang ke arah pembebasan Palestin.

Sementara itu, antara aktiviti untuk menyemarakkan sambutan ini ialah ceramah umum, seminar, demonstrasi damai, penerbitan filem, buletin, cakera padat video (VCD), persembahan seni seperti teater, nasyid, dan festival seni dan pameran kesedaran di tempat awam yang strategik di masjid-masjid, sekolah-sekolah termasuk gedung membeli-belah dan sebagainya.

A(H1N1): Tiada kematian baru hari ini

KUALA LUMPUR: Sebanyak 99 pesakit baru dengan gejala penyakit seakan-akan influenza (ILI) dilaporkan hari ini dengan jumlah kematian akibat Influenza A(H1N1) kekal pada 72 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Ismail Merican berkata, setakat ini seramai 1,374 pesakit yang mempunyai gejala ILI sedang dirawat di 98 buah hospital di seluruh negara, dengan 286 pesakit disahkan positif H1N1.

Tiada kematian baru dilaporkan hari ini.Daripada 286 kes itu, 46 kes berada di ICU, 32 merupakan pesakit daripada kumpulan berisiko, yang mana sembilan mempunyai penyakit kronik, sembilan lagi obesiti manakala kanak-kanak dan bayi seramai enam orang, katanya dalam satu kenyataan hari ini

Tiga kes daripada mereka alalah pesakit selepas bersalin, dua kes mempunyai penyakit jantung, satu kes asma dan dua mempunyai imuniti rendah.

Dr. Ismail turut menasihatkan ibu bapa supaya mengambil langkah berjagajaga dan cuma menghantar anak mereka yang sihat ke sekolah memandangkan sesi persekolahan akan bermula esok.

Katanya. pelajar yang mengalami gejala demam atau batuk mesti terus berehat di rumah sehingga mereka bebas daripada gejala itu dan tiada menunjukkan sebarang simptom.

"Ini kerana mereka yang masih ada gejala walaupun ringan masih boleh menularkan virus tersebut kepada orang lain. Adalah dikhuatiri jika mereka menularkan virus ini kepada mereka yang berisiko, komplikasi yang serius termasuk kematian boleh berlaku," katanya.

Beliau juga menyeru supaya pihak sekolah turut memantau keadaan dan memastikan hanya murid yang sihat dibenarkan menghadiri kelas.

"Pelajar-pelajar yang didapati tidak sihat perlu dihantar pulang atau ke klinik untuk rawatan, maka guru tidak perlu menutup kelas," katanya. BERNAMA

mStarOnline/-

75 bayi merdeka di Selangor, Wilayah dan Terengganu

KUALA LUMPUR: Seramai 67 bayi merdeka, 37 daripadanya lelaki dan 30 lagi perempuan dilahirkan di 11 hospital kerajaan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Selangor dari 12.01 tengah malam tadi sehingga 12 tengah hari tadi.

Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang mencatatkan jumlah kelahiran tertinggi dengan 13 bayi diikuti Hospital Selayang (12), Hospital Kuala Lumpur (11), Hospital Sungai Buloh (8), Hospital Ampang (6), Hospital Serdang (6), Hospital Banting (4) Hospital Tengku Ampuan Jemaah, Sabak Bernam (3) Hospital Kajang (3) dan seorang di Hospital Kuala Kubu Bharu.

Daripada jumlah itu empat kelahiran dicatatkan melalui pembedahan cesarean masing-masing satu di Hospital Kuala Lumpur, Hospital Sungai Buloh, Hospital Serdang dan Hospital Tengku Ampuan Jemaah.

Hospital Ampang juga turut mencatat kelahiran seorang bayi lelaki membabitkan warga Myanmar.

Bayi pertama Selangor dilahirkan dengan berat 3.1 kg pada pukul 12.10 minit pagi di Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang.

Hospital Kuala Lumpur pula menyambut kelahiran bayi pertama mereka Muhammad Adam Iskandar Abdul Aziz seberat 2.46 kg pada 12.17 pagi bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Tiada kes kematian sama ada ibu mahupun bayi dilaporkan sehingga ini di semua 11 hospital kerajaan berkenaan.

Di KUALA TERENGGANU lapan bayi merdeka dilahirkan di Hospital Sultanah Nur Zahirah di sini bermula dari pukul 12.41 hingga 6 pagi ini.

Bayi pertama dilahirkan lelaki pukul 12.41 seberat 2.29 kilogram oleh seorang guru yang mengajar di Sabah, Nafisah Ismail, 32, secara normal.

"Kami gembira dengan kelahiran bayi kami yang pertama ini dengan nama Fawwaz Hasbullah," kata suami wanita berkenaan Hasbullah Abu Bakar, 34, ketika ditemui di wad bersalin hospital itu.

Beliau yang tinggal di Kampung Tebakang, Manir dekat sini berharap apabila besar nanti anaknya menjadi seorang hafiz al-Quran dan yang mentaati ajaran agama.

Sementara itu jurucakap wad bersalin hospital itu berkata, selain lapan bayi yang dilahirkan itu sehingga jam 6 pagi, lebih ramai bayi merdeka dijangka akan dilahirkan hari ini. BERNAMA

mStarOnline/-

Mendekati rahmat Allah untuk jaminan ke syurga

Email Oleh : mohd naim mohd zain
Oleh MOHD. ALI MUHAMAD DON


KETENTUAN sama ada menjadi ahli syurga atau neraka adalah hak mutlak Allah SWT. Tiada makhluk yang boleh menjangkaui bidang kuasa tersebut.

Hanya Nabi Muhammad SAW yang pernah dimaklumkan mengenai 10 sahabatnya yang bakal mengecapi kemuliaan itu. Hanya mereka diberi jaminan syurga sedangkan orang lain perlu bergantung kepada rahmat-Nya.

Bagaimanapun al-Quran sebagai kitab pedoman sepanjang zaman telah menjelaskan dengan terperinci golongan yang bakal mendapat rahmat-Nya dan dipilih ke syurga.

Pertama, mereka yang memelihara dan khusyuk dalam sembahyang. Ini adalah tugas berat yang memerlukan akidah dan keimanan untuk melaksanakannya. Seseorang itu perlu mengosongkan jiwa daripada perkara selain di samping berusaha meletakkan diri dalam situasi benar-benar sedang menghadap Allah SWT untuk mendapat khusyuk.

Imam al-Ghazali dalam Ihya Ulumuddin mencadangkan supaya bersolat dengan memejamkan mata, menundukkan wajah ke tempat sujud, sembahyang di ruangan yang gelap dan berhampiran dengan dinding agar terhad pandangan. Elakkan daripada solat di jalanan atau kawasan tumpuan ramai untuk memudahkan khusyuk semasa solat.

Kedua, menjauhkan diri daripada perkara sia-sia. Menurut Imam Ibnu Kathir dalam tafsirnya, perkara itu meliputi perbuatan syirik dan maksiat kepada Allah SWT. Sehubungan itu, individu Muslim yang mendambakan syurga mesti berusaha menjauhi perbuatan syirik dan khurafat.

Lebih membimbangkan, pada zaman ini terdapat segelintir umat Islam yang tidak kekok melakukan dosa malah berbangga kerana melakukannya.

Ketiga, kita perlu membersihkan harta dengan menunaikan zakat. Kewajipan ini disyariatkan untuk membantu golongan yang memerlukan. Ia juga berupaya mengurangkan jurang perbezaan miskin dan kaya.

Amalan ini ada ketikanya sukar ditunaikan memandangkan naluri manusia yang cinta kepada harta. Oleh itu, nikmat syurga adalah balasan setimpal bagi yang sedia berkorban mengenepikan hartanya ke jalan Allah SWT.

Perkara keempat ialah menjaga kehormatan diri. Ini termasuk berusaha agar tidak melakukan maksiat terutama menghampiri zina. Jika amalan ini dibiarkan berleluasa, ia akan memberi kesan negatif kepada individu, masyarakat dan negara. Lihat sahaja isu buang bayi yang tiada penghujungnya.

Ia masalah kritikal umat Islam khususnya di negara kita yang memerlukan penyelesaian segera berpandukan ajaran agama.

Kelima, golongan yang sentiasa menunaikan janji dan menjaga amanah. Ini adalah akhlak mulia yang perlu dimiliki oleh setiap individu Muslim. Malah Nabi Muhammad SAW sendiri pernah melabelkan golongan yang tidak punya sifat ini sebagai munafik. Ini berdasarkan sabda Baginda: "Tanda munafik itu ada tiga; apabila bercakap dusta, apabila berjanji dimungkiri dan apabila dipertanggungjawabk an dengan amanah dikhianati."

Kegagalan umat Islam menghiasi diri dengan akhlak ini juga mengundang gejala rasuah yang jijik dan merosakkan negara secara umumnya.

Sebagai kesimpulan untuk masuk syurga setiap individu muslim selayaknya mempereratkan hubungan dengan Allah SWT melalui ibadah yang berkualiti, hubungan dengan sesama manusia melalui konsep amal ijtimai' dan memelihara kehormatan diri dengan mengelak melakukan hubungan terlarang yang menjatuhkan maruah

Sandaran kepada pernyataan ini adalah firman Allah: "Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman. Iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyang. Dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia. Dan mereka yang berusaha membersihkan hartanya (dengan menunaikan zakat harta itu). Dan mereka yang menjaga kehormatannya. Kecuali kepada isterinya atau hambanya maka sesungguhnya mereka tidak tercela.

Kemudian, sesiapa yang mengingini selain dari yang demikian, maka merekalah orang yang melampaui batas. Kemudian, sesiapa yang mengingini selain daripada itu, maka merekalah orang-orang yang melampaui batas. Dan mereka yang menjaga amanah dan janjinya. Dan mereka yang tetap memelihara sembahyang. Mereka itulah orang-orang yang berhak mewarisi. Yang akan mewarisi Syurga Firdaus; mereka kekal di dalamnya". (Surah al-Mukminun ayat 1-11).

Semua umat Islam diseru mengharap nikmat syurga dan terhindar daripada api neraka dengan berdoa memohon kepada Allah.

Insya-Allah dengan mendekati Allah menerusi garis panduan yang ditetapkan di dalam al-Quran dan hadis, maka kita akan beroleh rahmat-Nya. Allah menjanjikan syurga kepada mereka yang mendapat rahmat-Nya tetapi untuk mendapatkan rahmat itu, kita juga perlu mendekati dan mematuhi perintah-Nya.

PENULIS ialah Pensyarah Pusat Pemikiran dan Kefahaman Islam (CITU), UiTM Johor Bahru

Sheikh Muhammad Qutb: Salah Faham Terhadap Undang-undang Jenayah Islam

Oleh : hasrul mohd

Kes Kartika memang menguji Undang-undang Syariah di Malaysia. Pelbagai pihak memberi komentar dalam hal tersebut, hingga terdapat pendapat-pendapat mereka yang ganjil berhubung penyelesaian yg dicadangkan. Penulis mengira, pendapat-pendapat ganjil tersebut berpunca tidak lain kecuali mereka tidak faham terhadap keadilan Hukum Jenayah dalam Islam.

Namun, sebelum itu, perlu difahami bahawa, hukuman yg dijatuhkan di Pahang itu memang bukan berdasarkan Hukum Islam. Ia disebabkan pelbagai faktor, antaranya Malaysia belum bersedia ke arah perlaksanaannya, sikap sebahagian pemimpin yg curiga dan memandang rendah kepada Hukum Islam dan salah faham terhadapnya hingga menganggapnya kolot.

Sheikh Muhammad Qutb telah menjelaskan salah faham seperti ini di dalam kitabnya. Beliau juga menjelaskan tentang sistem Islam yg sebenar. Menurutnya, sikap Islam di dalam hukuman-hukuman terhadap kesalahan-kesalahan ialah:

1)Melindungi syara’ dan segala perkara yg mendorong ke arah perlakuan jenayah.

2)Menggantungkan perlaksanaan hukum apabila terdapat keraguan demi langkah waspada.

Jadi, manakah satu sistem yang paling adil jika dibandingkan dgn sistem Islam ini?

Oleh kerana orang-orang Eropah tidak mempelajari hakikat-hakikat konsep jenayah dan
hukuman di dalam Islam, maka mereka menganggap hukuman-hukuman yang ditetapkan oleh Islam itu sebagai kejam dan menjatuhkan status manusia. Mereka tersalah anggap bahawa hukuman Islam itu sama seperti hukuman sivil mereka yang akan dijalani setiap hari.

Akibatnya mereka melihat masyarakat Islam sebagai sebuah gelanggang pembunuhan dan
penyeksaan yang kejam, di mana setiap hari di sana sini dilaksanakan hukuman-hukuman
sebat, potong tangan dan rejam, sedangkan yang sebenarnya hukuman hukuman ini jarang sekali dilaksanakan di dalam masyarakat Islam. Umpamanya hukuman potong tangan hanya dilaksanakan sebanyak enam kali saja dalam masa empat ratus tahun.

(cuba bandingkan dengan kenyataan salah faham seorang pemimpin negara dulu tentang sup tangan kalau buat hudud)...Na'uzubiLllah

Ini adalah satu bukti yang cukup untuk menyedarkan kita bahawa tujuan hukuman-hukuman itu asalnya ialah untuk menakutkan dan mencegah perlakuan jenayah saja. Begitu juga cara Islam bertindak melindungi masyarakat dan pengaruh yang boleh membawa kepada perlakuan jenayah itu memberi keyakinan penuh kepada kita bahawa perlaksanaan hukuman berat yang jarang dilaksanakan itu adalah dilakukan dengan penuh keadilan.

Tidak ada sebab yang wajar mengapa setengah orang Eropah dan sebagainya (terdapat juga di kalangan umat Islam sendiri) yg rasa khuatir terhadap perlaksanaan hukuman-hukuman Islam itu. Mungkin ada orang berfikir bahawa hukuman-hukuman yang ditetapkan
oleh Islam itu tidak realistik.

Anggapan itu tidak benar kerana hukuman-hukuman itu memang berupaya menakutkan sesetengah orang yang ingin melakukan jenayah tanpa sebab-sebab yang wajar. Biarpun bagaimana kuatnya keinginan mereka untuk melakukan jenayah, namun mereka harus berfikir berkali-kali sebelum melakukan jenayah itu kerana takutkan hukuman yang berat.

Berhubung pentarbiahan, Islam tidak pula akan berpeluk tubuh, sebaliknya akan bertindak sewajarnya untuk mengubati mereka yang cenderung melakukan jenayah tanpa sebab-sebab yang wajar, malah Islam tidak akan membiarkan mereka begitu saja menjadi korban penyelewengan-penyelewengan seperti seks (dan lain-lain).

Inilah konsep hukuman Islam yang sebenar, tetapi malangnya sesetengah intelek dan ahli-ahli perundangan memandang jelek kepada hukuman-hukuman itu kerana semata-mata takut dicop sebagai undang-undang kolot oleh orang orang Barat. Alangkah baiknya jika ada orang-orang yang dapat mengajar mereka secara mendalam segala hikmat-hikmat yang terkandung dalam hukuman yang telah ditetapkan oleh Islam itu.

Kesimpulan (penulis):
1) Keadilan Islam di dalam Undang-undang difahami secara jelas.
2) Undang-undang Islam di Malaysia terutamanya jenayah perlu direformasikan.
3) Perlu diketahui punca-punca salah faham terhadap Islam khususnya dalam aspek perundangan.

Rujukan:
Sheikh Muhammad Qutb dalam bukunya yang bertajuk Salah Faham Terhadap Islam
http://al-qedahi.blogspot.com/

Eggy Eggs

Oleh : Zamri Keciks






















700 year old village

Oleh : Girl Forever