01 September 2009

Hadiah hari merdeka, harga minyak naik lagi?

KUALA LUMPUR, 31 Ogos: Rakyat mendapat hadiah istimewa sempena menyambut Hari Kemerdekaan tahun ini apabila harga petrol dipercayai akan mula naik mulai tengah malam ini.

Menurut sumber, Ron 95 akan naik dari RM1.75 ke RM1.80 malam ini manakala F1 akan naik dari RM1,80 ke RM2.05. Bagaimanapun sehingga kini tidak ada sebarang pengumuman rasmi mengenainya.

"Ketika ekonomi rakyat meleset dan bakal berhadapan dengan hari raya Aidil Fitri, inilah hadiah kerajaan BN kepada kita," kata Salahudin Ayub, Naib Presiden PAS.

PAS bersama dengan rakan-rakannya dalam Pakatan Rakyat serta NGO prihatin telah beberapa kali membantah kenaikan minyak sehingga ramai antara mereka terpaksa bermalam dalam lokap.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengadakan debat khas dengan Menteri Penerangan sebelum ini, Datuk Ahmad Shabery Cheek bagi membincangkan isu kenaikan harga minyak ini.

Dipercayai, kenaikan kali ini akan membuatkan kemarahan rakyat kembali semula dan bakal menjana protes sekali lagi.

Ini kerana, barangan keperluan harian sebagaimana biasa akan naik menjelang hari perayaan nanti.

"Kenaikan harga minyak akan menambahkan lagi beban rakyat," kata Salahudin.

HarakahDaily.Net-/

4 ulasan:

masuksuku berkata...

salam yb.bersyukurlah dengan kenaikan 25 sen..kalau orang gila daripada bn tu naikkan 1.25 sen pun..kita tak boleh buat apa..cuma ada segelintir rakyat yang terus bodoh yang menyokong lagi kerajaan NAJIS DAN SEPUPUNYA serta si pembaham duit terbesar iaitu anak haji tak sedar diri dpd tangkak tu..tu la..baru nak selamat sikit dpd kj..dapat lagi bapak hj(HARAM JADAH) 3/4 EKOR LAGI BUSUK..

MR.PH berkata...

kerajaan haprak 1 malaysia satu-satu naik harga minyak

Tanpa Nama berkata...

rakyat trus diperbodohkn..
dpt minyak low quality dgn harga yg semakin mahal..
mohaha

Tanpa Nama berkata...

Saya sokong pendapat YB salahuddin ayub, Naib Presiden pas. Kenaikan harga minyak di hari merdeka ke-52 adalah hadiah yang paling istimewa buat warga rakyat malaysia khasnya buat orang UMNO. Dimanakah yang dikatakan rakyat didahulukan???Pelik sungguh..falsafah Tuan kita.sekian..fikir-fikirkanlah wahai tuan-tuan yang dirahmati sekalian.