01 September 2009

Dari Masjidil Haram, saya mengucapkan Selamat Menyambut Hari Merdeka

Kami seluruh warga pejabat ADUN Titi Serong dan Blog Cina Islam dengan ini mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia, negara yang kita cintai.

Sambutan Hari Kemerdekaan bagi seorang penganut Islam dan perjuangan Islam ternyata lebih bermakna dan bererti apabila pada hari ini kita menilai segala amal masing-masing sejauh mana telah merdeka dari unsur syirik dan kufur kepada Allah SWT.

Tiada guna walau pun ribuan kali kita menyambut berbagai perayaan termasuk Hari Kemerdekaan Negara sedangkan sebahagian besar hidup kita masih dibelenggu oleh hawa nafsu dan syaitan yang menggoda.

Justeru itu saya berseru kepada diri ini dan semua supaya meningkatkan kefahaman yang jitu kepada Islam. Merdekakan diri dari pelbagai fahaman karut. Marilah kembali kepada rujukan sebenar iaitu Al-Quran dan Sunnah Rasul Mulia.

Semoga kedatangan Hari Besar begini membawa makna besar kepada kita. Khusus kepada rakyat Perak diharapkan sinar Kemerdekaan muncul dalam waktu yang dekat bila Dun Perak dibubarkan sebagai memenuhi hasrat yang selama ini kita sama-sama perjuangkan.


YB Drs. Khalil Idham Lim
Mekah

2 ulasan:

azizi berkata...

Ye, YB tak ingat saya ke? pelajar Junior di Aceh dulu tahun 1991-1996 Bimbingan dan Kaunseling. Azizi Jaafar, kalu nak tgk lebih lanjut, layari blog saya http://azizijaafar.blogspot.com/. oK terima kasih

Yus66 berkata...

Saya & warga Faber dari Madinat Zayed, Abu Dhabi, UAE juga nebgucapakan Selamat Hari KeMerdekaan & selamat harilahir ke 43 kepada saya sendiri.....Merdeka