Perhimpunan Kepala Lembu



Oleh : Zamri keciks

salam,

Perhimpunan aman terbaru berlaku pada jumaat 27 ogos 2009 apabila kira kira 50 org pen-demo membawa kepala lembu kerana membantah pembinaan kuil di sek23 shah alam. (kata utusan malaysia, yg juga merupakan batu api pemecah belah antara kaum dalam negara ini, ianya dihadiri oleh 200 org)

Hak mereka utk berdemo adalah dihormati tetapi perbuatan mereka membawa lembu dan menijak lembu adalah memalukan. Bayangkan apabila ada kumpulan kecil hindu pula yg memijak quran pada hari akan datang. Mungkin kumpulan itu terlebih semangat melayunya dan berketuanan melayunya sehingga lupa akan adab seorang islam.

Tetapi yang menariknya ketua polis selangor terlepas pandang mengenai perhimpunan ini. Mungkin SB SB polis termengantuk pada bulan puasa ini sehingga terlupa mengawal keadaan dan memerhatikan keadaan. Mereka hanya membuka mata kalau demo itu dibuat oleh gerakan mansuhkan ISA atau aktivis PR. Maka terlupalah ketua polis selangor kerana SBnya tertidur atau terlelap mata atau buat buat mata kelabu. Maka untuk menutup kesilapan itu maka mulalah berkokok menteri dalam negeri.

Tapi, apa yg penting ialah perhimpunan sesuatu itu akan aman. Aman tanpa air pedih dan gas yang memedihkan mata. Perhimpunan itu ternyata aman apabila pihak polis tidak mengganas menggila dlam perhimpunan tersebut. Terbukti lagi, yg ganas ialah polis dan FRU yg seronok membaham dan menembak gas dan air pedih kepada mereka yang berhimpun secara aman.

Perhimpuan aman kepala lembu membuktikan lagi bahawa polislah yang menjadikan sesuatu perhimpunan itu haru biru, hiruk pikuk dan segala benda lagi. Mudah mudahan masa akan datang dalam perhimpunan aman masa depan, ketua ketua polis, SB SB, FRU, PGA semuanya mengantuk dan kelabu mata supaya perhimpunan dapat dilakukan dengan baik dan benar benar aman.


Salam Perjuangan


Responses

2 Respones to "Perhimpunan Kepala Lembu"

aziz berkata...

kenapa lembu disama kan dengan quran?


9/04/2009 8:19 PM
Tanpa Nama berkata...

aziz xtau ke, lembu tu binatang kehormat dalam masyarakat india? smpai mahatma ghandi cakap, lembu lebih banyak kelebihan berbanding ibu? (dalam kepercayaan die la) hujahnye, susu lembu leh diperah n leh diminum oleh hampir keseluruhan orang. daging lembu leh dijual n dimakan. najis lembu... n macam2 lagi bahagian2 badan. memuliakan lembu ni, smpai ade sebahagian dari orang hindu xmakan daging lembu kan...


9/05/2009 3:34 PM

Catat Ulasan

 

cina islam 2011

Foto Saya
PARIT BUNTAR, PERAK, AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI TITI SERONG, PERAK., Malaysia
Memuatkan ...
Return to top of page Copyright © 2010 | Platinum Theme Converted into Blogger Template by HackTutors