01 September 2009

Sheikh Muhammad Qutb: Salah Faham Terhadap Undang-undang Jenayah Islam

Oleh : hasrul mohd

Kes Kartika memang menguji Undang-undang Syariah di Malaysia. Pelbagai pihak memberi komentar dalam hal tersebut, hingga terdapat pendapat-pendapat mereka yang ganjil berhubung penyelesaian yg dicadangkan. Penulis mengira, pendapat-pendapat ganjil tersebut berpunca tidak lain kecuali mereka tidak faham terhadap keadilan Hukum Jenayah dalam Islam.

Namun, sebelum itu, perlu difahami bahawa, hukuman yg dijatuhkan di Pahang itu memang bukan berdasarkan Hukum Islam. Ia disebabkan pelbagai faktor, antaranya Malaysia belum bersedia ke arah perlaksanaannya, sikap sebahagian pemimpin yg curiga dan memandang rendah kepada Hukum Islam dan salah faham terhadapnya hingga menganggapnya kolot.

Sheikh Muhammad Qutb telah menjelaskan salah faham seperti ini di dalam kitabnya. Beliau juga menjelaskan tentang sistem Islam yg sebenar. Menurutnya, sikap Islam di dalam hukuman-hukuman terhadap kesalahan-kesalahan ialah:

1)Melindungi syara’ dan segala perkara yg mendorong ke arah perlakuan jenayah.

2)Menggantungkan perlaksanaan hukum apabila terdapat keraguan demi langkah waspada.

Jadi, manakah satu sistem yang paling adil jika dibandingkan dgn sistem Islam ini?

Oleh kerana orang-orang Eropah tidak mempelajari hakikat-hakikat konsep jenayah dan
hukuman di dalam Islam, maka mereka menganggap hukuman-hukuman yang ditetapkan oleh Islam itu sebagai kejam dan menjatuhkan status manusia. Mereka tersalah anggap bahawa hukuman Islam itu sama seperti hukuman sivil mereka yang akan dijalani setiap hari.

Akibatnya mereka melihat masyarakat Islam sebagai sebuah gelanggang pembunuhan dan
penyeksaan yang kejam, di mana setiap hari di sana sini dilaksanakan hukuman-hukuman
sebat, potong tangan dan rejam, sedangkan yang sebenarnya hukuman hukuman ini jarang sekali dilaksanakan di dalam masyarakat Islam. Umpamanya hukuman potong tangan hanya dilaksanakan sebanyak enam kali saja dalam masa empat ratus tahun.

(cuba bandingkan dengan kenyataan salah faham seorang pemimpin negara dulu tentang sup tangan kalau buat hudud)...Na'uzubiLllah

Ini adalah satu bukti yang cukup untuk menyedarkan kita bahawa tujuan hukuman-hukuman itu asalnya ialah untuk menakutkan dan mencegah perlakuan jenayah saja. Begitu juga cara Islam bertindak melindungi masyarakat dan pengaruh yang boleh membawa kepada perlakuan jenayah itu memberi keyakinan penuh kepada kita bahawa perlaksanaan hukuman berat yang jarang dilaksanakan itu adalah dilakukan dengan penuh keadilan.

Tidak ada sebab yang wajar mengapa setengah orang Eropah dan sebagainya (terdapat juga di kalangan umat Islam sendiri) yg rasa khuatir terhadap perlaksanaan hukuman-hukuman Islam itu. Mungkin ada orang berfikir bahawa hukuman-hukuman yang ditetapkan
oleh Islam itu tidak realistik.

Anggapan itu tidak benar kerana hukuman-hukuman itu memang berupaya menakutkan sesetengah orang yang ingin melakukan jenayah tanpa sebab-sebab yang wajar. Biarpun bagaimana kuatnya keinginan mereka untuk melakukan jenayah, namun mereka harus berfikir berkali-kali sebelum melakukan jenayah itu kerana takutkan hukuman yang berat.

Berhubung pentarbiahan, Islam tidak pula akan berpeluk tubuh, sebaliknya akan bertindak sewajarnya untuk mengubati mereka yang cenderung melakukan jenayah tanpa sebab-sebab yang wajar, malah Islam tidak akan membiarkan mereka begitu saja menjadi korban penyelewengan-penyelewengan seperti seks (dan lain-lain).

Inilah konsep hukuman Islam yang sebenar, tetapi malangnya sesetengah intelek dan ahli-ahli perundangan memandang jelek kepada hukuman-hukuman itu kerana semata-mata takut dicop sebagai undang-undang kolot oleh orang orang Barat. Alangkah baiknya jika ada orang-orang yang dapat mengajar mereka secara mendalam segala hikmat-hikmat yang terkandung dalam hukuman yang telah ditetapkan oleh Islam itu.

Kesimpulan (penulis):
1) Keadilan Islam di dalam Undang-undang difahami secara jelas.
2) Undang-undang Islam di Malaysia terutamanya jenayah perlu direformasikan.
3) Perlu diketahui punca-punca salah faham terhadap Islam khususnya dalam aspek perundangan.

Rujukan:
Sheikh Muhammad Qutb dalam bukunya yang bertajuk Salah Faham Terhadap Islam
http://al-qedahi.blogspot.com/

2 ulasan:

Abdullah Ngah berkata...

Tidak dinafikan memang ada yang salah faham dengan Islam, terutama sekali para alim ulamak. Orang kafir tidak boleh dikira salah salah faham terhadap Islam, kerana mereka adalah musuh Allah SWT.

Sebut sahaja musuh Allah, mereka secara tidak langsung adalah musuh Islam, kerana Islam diwahyukan kepada Nabi Mohammad SAW.

Mereka tidak menerima kenabian dan Kerasulan Mohammad.

Tetapi orang Islam mengaku beragama Islam juga ada yang menjadi musuh Allah SWT, kerana menolak hukum Islam.

Tidak patut seorang perempuan dan seorang lelaki mengambil hukum lain selain daripada hukum yang diturunkan oleh Allah.

Tidak timbul Tun Dr Mahathir salah faham terhadap Islam, kerana dia mesti patuh dengan kehendak Islam.

Setiap pemimpin sebuah negara umat Islam yang mengaku beragama Islam tidak patut bantah atai tentang mengenai hukum Allah.

Mereka juga tidak boleh dinamakan salah faham terhadap Islam sepertimana yang disebut Muhamad Qutb dalam bukunya itu.

Mereka sebenar adalah musuh Allah SWT, kerana tergamak mempersenda persendakan hukum Allah.

Adalah mereka ini salah faham terhadap Islam.Bagi saya mereka adalah musuh Allah, kerana cuba berdalih dalam perkara yang diharamkan oleh Allah.

Misalnya, mengenai riba. Mereka kata ia bukan riba. Mengenai rasuah, ia bukan rasuah,tetapi derma dan sedekah.

Adakah mereka salah faham mengenai hukum sebat dalam Islam. Kalau dia salah faham mengapa dia tidak setuju kesalahan meminum arak disebat, sedangkan sebat yang akan dilaksanakan itu bukan hukum Islam.

Mengapa kesalahan lain mereka tidak tentang dikenakan sebatan.ini menunjukkan mereka musuh islam dan musuh Allah yang terang dan nyata dan pernah diwahyukan ayat ayat berkenaan kepada nabi Mohammad SAW.

MR.PH berkata...

patut depa tu yang kene sebat kerana takut xleh minum arak lagi.....