Pemergian tokoh pidato tersohor yang berulangkali mengatakan dalam ceramahnya "aku hendak mati dengan ceramah" mencuit hati penulis untuk menulis mengenainya untuk kali ini. Mungkin ramai yang sudah lupa tentang sosok tubuh yang kita sering tunggu untuk naik ke pentas berceramah suatu masa dulu. "Pukulan maut" beliau dalam setiap kali ceramah menyebabkan kita bertambah yakin dengan perjuangan yang kita dokong sekarang.
Kaedah mantiq dan hujah-hujah bernas dari sumber Al Quran dan Hadits menyebabkan penceramah sepertinya amat sukar kita temui . Bukan sekadar di Kelantan namun di negeri lain ceramahnya amat diminati oleh semua golongan. Kupasan kepada isue-isue semasa menghidupkan suasana politik negara kapada kawan maupun lawan. Selama dia berada di atas pentas, pendengar tidak akan kering gusi dengan isi ceramahnya, ada sahaja cerita lucu yang dibawanya.
Beliau sejak muda belia telah aktif dalam Parti PAS. Seawalnya setelah menghabiskan pengajiannya di Indonesia. Pernah menjadi Ahli Parlimen Bachok dan Timbalan PesuruhJaya Pas Kelantan. Keluar masuk tahanan Kemunting beberapa kali. Kekuatan hafazannya terserlah setiap kali ceramah ada sahaja hujjah baru yang akan keluar. Selain itu dia tidak perlu catatan jadual ceramah seluruh Malaysia, semuanya dalam kepala boleh undur beberapa minggu ke belakang dan boleh ingat ceramah akan datang tanpa ada dairi. Sangat mudah minta jadual ceramah dengannya, sebut sahaja tarikh cadangan dia akan sebut sudah terisi atau belum.
Diakhir hayatnya di gemparkan dengan isue lembu korban dan paling hangat mengenai kononnya dia fitnah PM semasa itu. Ceramahnya pada 15 Mac 2002 di PUTIK telah mengheretnya kepada pembicaraan di makhamah . Pembicaraan pertama bermula pada 5 November 2002. Usianya pada masa tersebut ialah 52 tahun, belum habis pembicaraaan dia terlebih dulu di panggil oleh Sang Pencipta Allah SWT.
Isi ceramah dalam kenangan
Terdapat banyak cerita-cerita lucu untuk menyakinkan pendengar akan dibawa oleh beliau setiap kali ceramahnya . Antara yang penulis masih ingat:-
1. Cerita orang Kelantan bawah beruknya ke pantai barat untuk ambil upah ambil buah kelapa. Bila dipaksa macam mana pun beruk tak mahu naik atas pokok kelapa yang disuruh oleh tuannya. Pukul dan di buat macam-macam oleh tuan beruk tersebut tetapi beruk macam mengejek kata hummm....hum...Rupa-rupanya bila tuan beruk tu tengok ke pucuk kelapa terpacak bendera BN. Rupanya beruk juga tolak BN.
2. Cerita di Gua Musang. Musim tampal poster. Seorang budak yang diberikan poster BN untuk ditampal dirumah. Fikir punya fikir budak tersebut tidak berani hendak tanpal poster di rumahnya, cari pasal sebab bapanya orang kuat PAS. Lalu budak tersebut masuk ke kandang kambing dan tampal di dalamnya. Waktu petang bila bapa nya balik dari kebun hendak masukkan kambing ke dalam kandang. Kambing meloncat-loncat semuanya tidak mahu masuk kandang. Akhirnya jumpa punca. Kambing juga tolak BN.
3. Cerita orang luar pergi berkempen di Kelantan. Ada seorang mak cik dari luar yang naik sebuah rumah mak cik di Kelantan. Lalu mulalah berkempen dengan katanya bila sokong BN kita akan maju dan senang lenang. Sedangkan di badan dia ada sedikit barang hiasa emas. Dibadan mak cik Kelantan tu dia tidak perasan penuh dengan barang kemas emas. Lalu bermulalah mak cik kelantan tu buat gatal-gatal, singsing tangan baju nampak sekerat lengan dengan gelang emas, selak tudung penuh dengan kalung leher yang besar-besar. Tanpa tunggu lama maka cik UMNO tu cabut lari...
Terlepas kapal terbang di Bayan Lepas Penang.
Disebabkan tidak dapat menduga keadaan perjalanan yang sering sesak dengan kenderaan ke Pulau Pinang. Namun dia berkeadaan tenang sahaja dan tidak mengelabah walaupun sudah terlepas masa penerbangan . Lalu saya mengambil keputusan cepat menghantarnya terus ke Gunung rumah barunya.
Dalam perjalanan yang memakan masa sekitar 5 jam banyak ilmu yang dapat diambil dari beliau.
Petua kuatkan hafazan dan ingatan
Semasa kami sedang larut malam bersama dengan kawan lama beliau semasa di buang daerah selepas keluar tahanan ISA di Batu Gajah, iaitu Hj. Syaarie yang sekarang AJK PAS kawasan Parit Buntar. Kami berbual panjang setelah habis ceramah. Antara soalan yang sempat saya ajukan kepada beliau ialah rahsia dia kuat hafalan. Dia kata amalannya setiap malam sebelum tidur hingga lena ialah mengigat kembali apa yang kita buat dari awal bangun pagi tadi hinggalah kita tidur kembali. Tambahnya dengan itu otak kita lebih cergas.
Makan tidak pernah berpantang.
Ramai sahabat mengetahui dia mengidap penyakit dibetis sehingga kena injet insulin sebelum makan. Beliau pernah dimasukkan ke hospital dan jari kelingking kakinya kena potong. Semuanya dia makan tanpa berpantang. Pada suatu hari semasa datang ceramah di Parit Buntar , Ridzuan Kedai Emas adakan majlis kenduri aqiqah puteri barunya. Tentunya kambinglah hidangan utamanya. Dia makan macam biasa tanpa berpantang.
Semasa di hospital menziarahi nya dia kata jari kelingking kaki dah kena potong satu...tapi isteri masih dua...
Cerita "Hobi" pembesar suara
Soal pembesar suara sangat diambil tahu oleh beliau. Oleh itu beliau selalunya sampai awal sebelum ceramah. Tidak lain untuk memastikan pembesar suara bunyinya bagus dan jelas. Dia ahli sekali dalam soal meletakkan speaker dan membetulkan tinggi rendah suara.
Semasa saya mengambil Diploma Pendidikan di UIA saya pergi ke ceramah nya di Melawati. Penceramah utama adalah TG Nik Aziz sehinggakan lebih awal dewan telah dipenuhi pendengar setia. Ustaz Bunyamin sudah ada lebih awal. Apabila melihat petugas sedang bermasaalah untuk membetulkan pembesar suara yang ada, dengan cepat dia menghulurkan kunci keretanya untuk ambil pembesar suaranya di bonet belakang.
Rupanya dia sentiasa sediakan pembesar suara dalam keretanya, itulah kerjanya setiap kali ceramah untuk memastikan ceramah dapat di dengar dengan baik dan ada kesannya. Demikian katanya semasa saya tanya mengenai "hobi" nya itu.
Satu lagi ceramah politik di Lekir Lumut. Saya salah seorang dari penceramah jemputan. Bertolak dari Parit Buntar rasakan sudah awal. Sesampai ditapak ceramah sebelum Isya Lagi beliau sudah ada. Kami sama-sama dengan petugas memastikan pembesar suara berkeadaan baik. Dia kata kena datang awal untuk cuba dulu pembesar suara baru orang dapat dengar ceramah.
Doa
Terasa suatu kehilangan yang amat besar dengan pemergian beliau. Ustaz Bunyamin betul-betul membuktikan dia berceramah hingga akhir hayat. Dalam keadaan uzur yang amat sangat beliau masih muncul dalam satu ceramah di Ketereh. Isuenya mendedahkan dia lari dari tangkapan polis. Katanya mana dia lari, sedangkan semasa dia pergi ke hospital dia ada bertemu dan polis pun ada melihat dia.
Jasanya tetap kita kenang. Kegigihan, sikap istiqamahnya, keikhlasannya, keberaniannya dan keyakinannya bahawa perjuangan Islam pasti akan menang patut menjadi contoh kepada generasi penerus yang tertanggung dibahu kita semua.
Semuga Allah mencucuri rahmat dan ditempatkan rohnya di tempat yang terpuji bersama para nabi dan orang-orang soleh....Al Fatihah.