26 Disember 2013

PKR: Dedahkan jumlah dana k'jaan pada PERKASA

22 Safar 1435H. [MOD] -

  • PKR mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengisytiharkan jumlah sepenuhnya dana awam yang diberikan untuk menyokong kumpulan pendesak Melayu PERKASA.

  • Ia ekoran pengakuan PERKASA semalam bahawa mereka menerima dana daripada Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), Majlis Keselamatan Negara dan Biro Tana Negara (BTN).

Pemandu parah, 5 penumpang cedera bas ekspres rempuh lori

22 Safar 1435H. [MOD] -

Batu Pahat: Pemandu bas cedera parah, manakala lima penumpang cedera apabila bas ekspres dinaiki mereka merempuh bahagian belakang lori yang sedang bergerak di Kilometer 109.5 Lebuhraya Utara-Selatan, jam 5.20 pagi tadi.

Erdogan buat rombakan kabinet Turki

22 Safar 1435H.


ANKARA: Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan menemui Presiden, Abdullah Gul lewat malam tadi bagi membincangkan rombakan kabinet berikutan peletakan jawatan tiga menterinya berikutan skandal rasuah.

Demo bantah kezaliman regim Bangladesh esok

22 Safar 1435H. [MOD] -

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu menyeru ahli PAS  serta rakyat Malaysia menyertai himpunan aman dan serahan memorandum membantah kezaliman kerajaan Bangladesh di hadapan kedutaan tersebut, Jumaat, 27 Disember esok. 
Katanya, umat Islam serta seluruh rakyat Malaysia mesti keluar membantah kezaliman yang dilakukan oleh kerajaan Bangladesh terhadap rakyat sendiri yang digantung dan dipenjara beramai-ramai.

Beliau berkata, rakyat seluruh dunia dikejutkan dengan hukuman gantung sampai mati terhadap Penolong Setiausaha Agung Jamaat-e-Islami Bangladesh Abdul Quader Mullah.

Kesulitan Mendapat Tandatangan Pegawai Atasan Menyusahkan Pelanggan

22 Safar 1435H. [MOD] -

Perkhidmatan awam di jabatan agensi kerajaan masih tidak memuaskan dan cekap dalam mengendali masalah pelanggan terutama sekali dalam urusan yang melibatkan tandatangan segera pegawai atasan yang bertanggungjawab dalam urusan dengan orang ramai.

Siti Zailah arah Muslimat seluruh negara turun demo

22 Safar 1435H. [MOD] -
Harakahdaily.

KUALA LUMPUR: Ketua Dewan Muslimat PAS, Siti Zailah Mohd Yusof menyeru Muslimat seluruh negara turun ke himpunan aman dan penyerahan memorandum kepada kedutaan Bangladesh, Jumaat, 27 Disember ini.

Menurut beliau, penyertaan ahli dan pimpinan Muslimat di semua peringkat amat penting sebagai tanda bantahan terhadap keganasan dan kezaliman yang dilakukan oleh kerajaan Bangladesh terhadap umat Islam di negara tersebut. 

Menyerupai Suatu Kaum

22 Safar 1435H. [MOD] -
Oleh Jarjani Usman
“Siapa saja yang menyerupai suatu kaum, maka dia termasuk kaum itu” (HR. Abu Daud).
Menjelang pergantian tahun Masehi, banyak anak-anak muda Muslim ikut larut dalam pesta semalam suntuk yang lazimnya dirayakan oleh orang-orang non-Muslim. Hal ini bukan hanya terjadi di negara-negara yang muslimnya minoritas, tetapi juga di Negara-negara yang Muslimnya mayoritas.  Kenyataan ini membenarkan sabda Nabi SAW, “Sungguh di antara kalian (umatku) akan mengikuti apa-apa yang dilakukan bangsa-bangsa terdahulu, selangkah demi selangkah, sehasta demi sehasta; walau pun mereka masuk lubang biawak, kamu akan mengikutinya.”

Menjelang Tahun Melawat Malaysia, syarikat bas pelancong bimbang kekurangan diesel

22 Safar 1435H. [MOD] -

Pengendali bas pelancong mendakwa subsidi 20 juta liter diesel tidak mencukupi dan meluahkan kebimbangan kekurangan bahan bakar itu memberi kesan kepada industri pelancongan menjelang Tahun Melawat Malaysia yang bermula Januari ini.
“Semasa waktu cuti sekolah, banyak warga tempatan bercuti di dalam negara dan menggunakan perkhidmatan bas, maka jika isu itu tidak ditangani, pendapatan mereka yang terlibat dalam industri pelancongan akan mencatatkan penurunan,” kata presiden Persatuan Pengusaha Bas, Datuk Mohamad Ashfar Ali.

Mesir isytihar Ikwanul Muslimin pertubuhan pengganas

22 Safar 1435H. [MOD] -

KAHERAH: Pemerintah tentera Mesir hari ini mengisytiharkan kumpulan Islam, Ikhwanul Muslimin yang setia kepada presiden yang digulingkan, Mohamed Morsi sebagai pertubuhan 'pengganas'. 

Ketua Ikhwanul Muslimin dipersalahkan kerana secara berterusan meminta anggota pergerakan itu mengadakan tunjuk perasaan di seluruh Mesir. 

Kerajaan Thai wujudkan majlis reformasi

22 Safar 1435H. [MOD] -

BANGKOK 25 Dis. - Perdana Menteri Thailand, Yingluck Shinawatra hari ini memperkenalkan pelan untuk mewujudkan satu majlis reformasi bebas sebagai cubaan meredakan kemarahan penunjuk perasaan antikerajaan yang mahukan beliau meletak jawatan.

Menerusi rancangannya itu, Yingluck mahukan sebuah majlis terdiri daripada 499 orang terkemuka Thailand yang dipilih menerusi satu kumpulan besar terdiri daripada 2,000 orang untuk memantau pembaharuan sistem politik negara ini.

Rasuah, 3 menteri Turki letak jawatan

22 Safar 1435H. [MOD] -

ANKARA 25 Dis. - Tiga menteri Kabinet Turki meletak jawatan hari ini berikutan siasatan kes rasuah yang diadakan baru-baru ini, sekali gus memberi tamparan baharu terhadap Perdana Menteri, Recep Tayyip Erdogan dalam tempoh 11 tahun kepemimpinannya.

Menteri Ekonomi, Zafer Caglayan; Menteri Dalam Negeri, Muammer Guler; serta Menteri Alam Sekitar dan Urbanisasi, Erdogan Bayraktar mengumumkan peletakan jawatan mereka beberapa jam selepas Erdogan pulang dari lawatan rasmi ke Pakistan dan dijangka merombak barisan Kabinetnya.