Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu menyeru ahli PAS serta rakyat Malaysia menyertai himpunan aman dan serahan memorandum membantah kezaliman kerajaan Bangladesh di hadapan kedutaan tersebut, Jumaat, 27 Disember esok.
Katanya, umat Islam serta seluruh rakyat Malaysia mesti keluar membantah kezaliman yang dilakukan oleh kerajaan Bangladesh terhadap rakyat sendiri yang digantung dan dipenjara beramai-ramai.Beliau berkata, rakyat seluruh dunia dikejutkan dengan hukuman gantung sampai mati terhadap Penolong Setiausaha Agung Jamaat-e-Islami Bangladesh Abdul Quader Mullah.
Tindakan itu tegas beliau menunjukkan kerajaan Bangladesh tidak berperikemanusiaan terhadap rakyat khususnya pemimpin dan anggota Jamaat-e-Islami.
"Kita akan menghantar memorandum membantah tindakan kejam kerajaan Bangledesh di pejabat Kedutaannya di sini," katanya.
Beliau berkata, semua peserta himpunan membantah kezaliman itu berkumpul di masjid Tabung Haji dan selepas solat terus berarak ke kedutaan Bangladesh
Tiada ulasan:
Catat Ulasan