18 November 2011

Zul Noordin pula didakwa minta RM60,000

22 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

Veteran PKR Dr Syed Husin Ali mendakwa, beliau pernah diberitahu bahawa Naib Presiden kumpulan pendesak Melayu PERKASA Datuk Zulkifli Noordin pernah meminta RM60,000 untuk mengosongkan kerusinya bagi membolehkan Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding.

NONEDr Syed Husin berkata, ia berlaku apabila Anwar pada mulanya dirancangkan parti bertanding di kerusi Kulim-Bandar Baharu yang disandang Zulkilfi, ketika itu masih bersama PKR.

"Aku diberitahu mula-mula Zulkifli bersetuju berundur dengan syarat beliau dibayar oleh parti, khabarnya sebanyak RM60,000, walaupun aku tidak dapat memastikan jumlah sebenar," dedahnya dalam memoirnya yang baru dilancarkan.

Tempoh sekatan Anwar bertanding tamat pada 14 April 2008. Anwar kemudiannya bertanding di kerusi Permatang Pauh yang dikosongkan Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Ismail yang juga isterinya.

Buku Memoir Perjuangan Politik juga mendedahkan, selepas Umno menarik balik kes kegagalan menyerahkan laporan perbelanjaan dalam pilihan raya sebelumnya, Zulkifli kemudiannya menukar fikiran.

NONE"Tidak dapatlah Anwar bertanding di Bandar Baru Kulim," tulis bekas timbalan presiden PKR itu.

Zulkifli, kini anggota parlimen bebas, kemudian sering memburukkan parti dan Anwar dalam tulisan blog yang mendapat liputan meluas, yang kemudian mengheretnya ke jawatankuasa disiplin PKR, dakwa Dr Syed Husin.

"Akhirnya beliau disingkirkan daripada parti. Tohmahan dan fitnah beliau semakin meningkat," coret Dr Syed Husin.

"Terutama sekali selepas beliau dan seorang lagi yang keluar parti, Datuk Zahrin (Hashim), dibawa oleh PM Najib ke Amerika Syarikat. Mengikut Zulkifli mereka berbincang tiap-tiap tiap-tiap malam dengan PM."

Malaysiakini telah menghubungi Zulkifli dan masih menunggu komennya berhubung dakwaan itu.

malaysiakini/-

Audit: Parti dapat ‘kad merah’ wajar dibubar

22 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

KOTA BHARU, 18 Nov: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan tindak-tanduk pemimpin parti pemerintah negara atau negeri sangat mustahak dalam melaksanakan dasar partinya.

Parti yang menang dalam pilihan raya, maka parti itulah yang memerintah.

Justeru, beliau yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, parti pemerintah yang mendapat ‘kad kuning’ atau ‘kad merah’ daripada Ketua Audit Negara kerana melakukan penyelewengan atu salah laku urus tadbir dalam kementerian, jabatan dan pengurusan syarikat di bawahnya, maka parti berkenaan hendaklah dibubarkan.

“Ketua Audit, kalau dia tegur orang yang terbukti bersalah sama ada orang berkenaan kena letak jawatan atau pun partinya hendaklah dibubarkan semua sekali.

“Ini kerana yang memegang sesebuah negara atau negeri adalah parti. Parti mana yang menang dalam pilihan raya, maka parti itulah yang berkuasa memerintah negara atau negeri.

“Parti itu mustahak sekali termasuk dasar dan tindak-tanduk pemimpin parti kerajaan berkenaan,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan kuliah minggunnya di Medan Ilmu di sini, pagi tadi.

sebagai respons kepada Laporan Ketua Audit Negara 2010 yang membabitkan aktiviti kementerian, jabatan dan pengurusan syarikat Kerajaan Persekutuan.

Buku Laporan Ketua Audit Negara 2010 itu telah pun diedarkan pada persidangan Parlimen baru-baru ini.

Beliau bersetuju ‘ketirisan’ dan ‘penyelewengan’ yang mungkin telah dilakukan pihak tertentu seperti dalam Laporan Ketua Audit Negara itu diperjelaskan kepada rakyat umum dan dijadikan bahan kempen menjelang Pilihan Raya Umum ketiga belas (PRU-13) nanti oleh penceramah PAS dan Pakatan Rakyat.

“Saya bersetuju sangatlah. Ini kerana audit itu ibarat referee (pengadil). Kalau di padang bola, maka referee itu menjadi hakim.

“Apabila referee tegur satu orang, maka orang itu kenalah ambil perhatian berat, tidak kira sama ada pemain itu mendapat kad kuning atau kad merah.

“Boleh jadi yang memegang kad kuning dengan cara kad kuningnya, manakala pemegang kad merah pula dengan cara kad merahnya. Bahkan kalau tidak mendengar kata refree itu juga, maka ‘parti’ berkenaan itu kenalah dibubarkan,” ujarnya lagi.

Beliau menegaskan kalau pihak audit membut teguran terhadap orang yang terbukti bersalah, bahkan sering terbukti mengulangi kesalahan yang lalu, maka sama ada orang berkenaan kena meletak jawatan atau pun partinya dibubarkan semua sekali.

harakahdaily/-

Khalid kepada BN : Jangan Korbankan Rakyat untuk SYABAS

22 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

SHAH ALAM, 18 NOV : Kerajaan Negeri akan menggunakan semua kekuatannya untuk menentang sehabis mungkin usaha menyerahkan aset pengurusan air kepada syarikat yang membelakangkan kepentingan rakyat Selangor.

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata rancangan menyerahkan aset air Selangor kepada Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) menyerupai komplot golongan 'rentier' memperkayakan diri mereka.

Kerajaan Persekutuan harus sedar sekiranya aset air Selangor diserahkan kepada Syabas, setiap isi rumah dipaksa membayar 70 peratus caj air yang lebih mahal dari kadar sepatutnya.

Ini berbeza dengan kerajaan negeri yang menawarkan kenaikan hanya 12 peratus dan skim air percuma 20 meter padu, sekiranya aset air dikembalikan semula kepada Selangor dan diuruskan pentadbiran Pakatan Rakyat.

"Kalau diuruskan kerajaan negeri, caj air tidak akan dinaikkan melebihi 12%. Tetapi Kerajaan Persekutuan mahu serahkan kepada syarikat yang mahu naikkan caj air setinggi 70%," kata Abdul Khalid.

"Sekarang zaman putar-belit. Orang yang ada duit menggunakan duit itu untuk mempertahankan kepentingan mereka, bukan menolong rakyat Selangor," kata Abdul Khalid.

"Adakah rakyat akan rugi hasil dari kita tidak buat perkara ini? Ya rakyat rugi. Adakah kita takut kepada Kerajaan Persekutuan dan Syabas? Tidak! Rakyat mahu kerajaan yang berani pertahankan hak mereka," tambah beliau.

Khalid berkata demikian ketik ditemubual wartawan TVSelangor dalam rancangan Fokus Berita. Kerajaan Negeri kini menghadapi saman dari Syabas kerana menghalang komplot tersebut.

Di sesi temubual sama, Abdul Khalid membidas golongan rentier dan berikrar Kerajaan Selangor akan memerangi budaya "rentier" - atau amalan mengikis duit rakyat oleh orang-orang tengah.

Tegasnya amalan rentier ini dibudayakan Barisan Nasional sehingga menyebabkan Kerajaan Negeri dan anak-anak syarikatnya mengalami kerugian jutaan ringgit akibat ketirisan yang masuk ke poket-poket kroni.

"Reformasi ini akan mengubah cara tatakelola pentadbiran. Biasanya dahulu ada orang tengah dalam perjalanan perniagaan kerajaan.

"Ketua Pembangkang (Satim Diman) dahulunya dapat tanah pada harga yang murah dari syarikat kerajaan dan terus menjualnya kepada orang lain untuk mendapat keuntungan," kata Khalid.

"Kontrak-kontrak kerajaan persekutuan di selangor juga dibuat begini. budaya ini merosakkan rakyat. Laporan Audit menunjukkan kita kerugian ribu juta ringgit akibat penyakit ini," kata Khalid.

tv news/-

SPR pamer 42,051 pemilih meragukan

22 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), mempamerkan 42,051 nama pemilih berdaftar yang rekodnya meragukan mulai hari ini hingga 31 Disember ini.

Setiausahanya, Datuk Kamaruddin Mohamed Baria berkata, senarai nama itu dipamer melalui laman web SPR dan pejabat pilihan raya negeri di seluruh negara.

Beliau berkata, langkah itu bagi membolehkan pemilih atau waris kepada nama dipamer tampil, membuat pengesahan berhubung status rekod pemilih mereka.

“Jika nama pemilih itu ada dalam senarai, maka beliau perlu hadir ke Jabatan Pendaftaran Negara terlebih dahulu untuk mengenal pasti masalah berhubung rekod nombor kad pengenalannya, sebelum merujuk kepada SPR untuk urusan berkaitan dengan pendaftaran pemilihnya,” katanya.

Beliau berkata, laman web SPR ialah www.spr.gov.my dan pertanyaan boleh menghubungi Ibu Pejabat SPR di 03-8885 6565 atau faks 03-8888 9112 atau hubungi pejabat pilihan raya negeri.

sinar harian/-

Memoir Syed Husin: Ezam keluar parti kerana wang

22 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

Memetik perbualan sepanjang hasil kerjaya politiknya, timbalan presiden PKR menerusi bukunya - Memoir Perjuangan Politik - Syed Husin Ali menceritakan babak-babak yang menyaksikan bekas ketua pemuda parti itu, Ezam Mohd Noor berpaling tadah.

ezam mohd noor at mca functionDalam bab yang dinamakannya, ‘Alasan Ezam keluar parti’ - ahli politik veteran itu berkata, Ezam pernah memberitahunya sebulan sebelum meletakkan jawatan bahawa beliau kesempitan wang dan malu kerana terpaksa bergantung kepada pendapatan isterinya.

“Doktor, sekarang ini saya tiada pekerjaan dan tidak ada sumber pendapatan. Pendapatan saya sebanyak US$3,000 sebulan di Indonesia sebagai pengarah sudah terhenti sejak syarikat itu tutup.

“Sekarang saya terpaksa bergantung hanya kepada pendapatan isterti saja. Malulah, walaupun gajinya besar juga, kira-kira RM8,000. Saya kena cari peluang untuk mendapatkan satu dua jawatan pengarah. Ini boleh hanya jika ada bukti saya sudah meninggalkan parti,” tulisnya dalam buku itu.

Menurut Syed Husin pendedahan itu dibuat oleh Ezam selepas beliau meminta penjelasan berhubung khabar angin bahawa ketua pemuda PKR itu telah mengemukakan surat peletakan jawatan kepada setiausaha PKR Selangor.

NONE"Doktor. Saya berhenti. Sekarang ini musuh saya bukan lagi Azmin. Musuh saya ialah Anwar. Percayalah saya akan melakukan apa saja untuk memusnahkannya,” Ezam didakwa berkata.

Menceritakan reaksinya, Syed Husin berkata beliau tertanya-tanya jika Ezam yang sekarang ini telah dilantik sebagai senator oleh BN sudah berjaya "dibeli oleh pemimpin Umno".

"Aku teringatkan surat daripada Hishammuddin Rais semasa beliau dalam tahanan dulu.

“Aku terperanjat besar. Aku masih tidak faham mengapa Ezam begitu berterus terang sekali,” tulis Syed Husin lagi.

Bagi pemimpin veteran itu, tindakan Ezam cukup mengecewakannya.

“Aku beranggapan beliau mempunyai potensi untuk memainkan peranan penting dalam parti. Bahkanterlintas juga dalam dalam fikiranku bahawa mungkin beliau boleh dipromosikan untuk menjadi salah seorang calon timbalan presiden pada masa akan datang,” katanya.

malaysiakini/-

Pemuda maut langgar tiang elektrik

22 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

PEKAN - Seorang pemuda terbunuh apabila motosikal yang diboncengnya terbabas sebelum melanggar tiang elektrik di Km23 Jalan Pekan-Batu Balik, di sini awal hari ini.

Basir Ibrahim, 25, yang bekerja sendiri mati ketika dalam perjalanan ke Hospital Pekan akibat kecederaan parah di kepala dan badan.

Rakan mangsa yang menunggang motosikal itu, Ismayuddin Ismail, 19, juga bekerja sendiri, turut cedera dan patah tulang bahu, dan kini dirawat di Hospital Pekan. - Bernama

Tidak tepat: Tarik balik Laporan Ketua Audit

22 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 18 Nov: Kerajaan digesa bertindak supaya laporan Ketua Audit Negara ditarik balik kerana suami Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil menyatakan laporan itu kurang tepat.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar mengingatkan, laporan Ketua Audit Negara mestilah tepat kerana ia berkaitan dengan pengurusan kewangan negara dan jika laporan itu kurang tepat, ia tidak memberikan gambaran yang sebenarnya dan akan mengelirukan semua pihak.

"Jika laporan Ketua Audit Negara kurang tepat, ahli-ahli Parlimen bercakap berdasarkan fakta yang mengelirukan, rakyat mendapat maklumat mengelirukan dan kerajaan juga menjadi mangsa kerana dikritik berdasarkan maklumat mengelirukan," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.

Mahfuz berkata, dari segi pentadbiran kewangan, negara tidak boleh disogokkan dengan laporan yang kurang tepat berkaitan pengurusan kewangan negara dan oleh kerana suami seorang menteri kabinet sendiri yang menyatakan laporan Ketua Audit Negara kurang tepat, kerajaan mesti bertindak pantas untuk membolehkan Ketua Audit Negara menarik balik laporan itu dan membetulkannya untuk dibentangkan semula.

"Yang menyatakan laporan Ketua Audit Negara itu kurang tepat bukan taraf pemeriksa kira-kira Umno cawangan, tetapi suami kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat," katanya.

Menurut Mahfuz, tindakan pantas untuk membolehkan Ketua Audit Negara menarik balik laporannya itu amat tepat untuk dilakukan memandangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar memperlihatkan keyakinan yang luar biasa besar terhadap projek Perbadanan Fidlot Nasional (NFC) yang dikendalikan oleh suami Shahrizat itu.

Mahfuz juga meminta suami Shahrizat yang juga Pengerusi Eksekutif NFC mengambil tindakan undang-undang terhadap Ketua Audit Negara kerana menyifatkan projek yang dianugerahkan kepadanya itu 'kacau-bilau' dan juga gagal menjalankan program keusahawanan seperti yang dikehendaki oleh kerajaan.

"Sudah ada peguam yang ramai orang dakwa ada taktik boleh menang kes, takut apa nak ambil tindakan undang-undang terhadap Ketua Audit Negara?" kata beliau.

Dalam sidang akhbarnya semalam, Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail berkata Laporan Ketua Audit Negara yang menyebut bahawa projek penuh kontroversi itu hanya mencapai 41 peratus daripada jumlah daging yang disasarkan adalah kurang tepat.

Malah, suami Shahrizat itu juga mendakwa pelaburan kondominium di Bangsar bernilai RM6.9 juta seunit menggunakan wang pinjaman projek lembu itu adalah keputusan perniagaan bijak.

Dr Mohamad Salleh malah dilaporkan mendakwa pihaknya berjaya menyewakan kondominium di One Menerung, Bangsa itu dengan nilai RM70,000 sebulan.

Dakwaan itu bagaimanpun ditolak oleh pakar-pakar hartanah yang menyatakan nilai tertinggi yang boleh dijana dari sewaan kondominium itu hanya setakat RM24,000 sahaja sebulan.

Sidang akhbar suami Ketua Wanita Umno itu turut dihadiri Penasihat Undang-Undang NFC, Datuk Seri Dr. Muhammad Shafee Abdullah.

harakahdaily/-

Amuk di Dungun: 2 cedera, 6 kenderaan rosak

22 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

DUNGUN — Dua lelaki cedera manakala cermin enam buah kenderaan rosak dalam satu kejadian amuk melibatkan seorang lelaki bersenjatakan sebatang cangkul pendek berhampiran Kampung Balai Besar di sini semalam.

Dalam kejadian hampir pukul 11 pagi, cermin tingkap Surau Ustaz Daud Balai Besar turut pecah akibat dihentak dengan menggunakan cangkul oleh lelaki yang berusia 30-an itu.

Sebelum itu, lelaki terbabit difahamkan mengamuk dan merosakkan harta benda di rumahnya di Kampung Paya selain memecahkan cermin depan lori miliknya sebelum menaiki motosikal dan membawa sebatang cangkul pendek ke jalan Balai Besar.

Sampai di sana, lelaki terbabit yang hanya berseluar pendek tanpa memakai baju bertindak memecah cermin belakang sebuah kenderaan pacuan empat roda dan sebuah kereta Honda Civic yang ketika itu, pemiliknya sedang minum di sebuah warung berhampiran.

Suspek yang dipercayai mengalami tekanan akibat masalah kewangan dan rumahtangga kemudian memecahkan pula cermin depan dua buah lori milik Majlis Perbandaran Dungun yang ketika itu sedang menjalankan kerja membersih semak di tepi jalan terbabit.

Difahamkan selepas itu, lelaki yang sebelum ini bekerja sebagai pemandu jengkaut itu telah menghayunkan cangkul yang dipegangnya ke arah seorang penunggang motosikal menyebabkan mangsa terjatuh ketika cuba mengelak.

Mangsa Mohd Fairul Hizar Ruszelan, 23, yang bekerja sebagai tukang kebun di Sekolah Kebangsaan Sura, berkata dia sedang dalam perjalanan ke tempat kerjanya apabila secara tiba-tiba suspek muncul dan melibaskan cangkul ke arah mukanya.

"Saya sempat mengelak dengan menunduk kepala namun motosikal saya hilang kawalan menyebabkan saya terjatuh sebelum sebuah lagi motosikal melanggar dari arah belakang kerana tidak sempat mengelak,” katanya.

Dalam keadaan ketakutan dan panik itu, dia sempat melihat lelaki itu menerpa ke arahnya dan seorang lagi penunggang motosikal yang terjatuh.

Mohd Fairul berkata dalam keadaan kesakitan akibat kecederaan di sebelah kiri tangan dan kaki setelah terjatuh, dia segera mengangkat pemuda yang melanggar motosikalnya itu dan melarikan diri kerana bimbang dicederakan lelaki itu.

Suspek kemudiannya pergi ke Surau Ustaz Daud dan mandi di dalam kolah di surau berkenaan sebelum bertindak memecahkan tingkap surau terbabit dan cermin sebuah kereta Perodua Viva yang diletakkan di situ.

Drama amuk itu reda seketika apabila Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Paya, Zulkifli Yaman, 49, bertindak memujuk suspek yang disifatkan sebagai antara orang yang baik dan tidak pernah menimbulkan masalah sebelum ini.

Suasana itu menarik perhatian orang ramai yang melalui jalan itu menyebabkkan keadan agak sesak dengan kehadiran ramai orang ingin melihat lebih dekat kejadian itu sebelum polis tiba.

Setelah hampir setengah jam, suspek meminta agar isteri, anak dan ibunya dipanggil untuk diambil gambar oleh wartawan supaya masalah hidupnya dapat disiarkan.

Dia juga meminta agar dibelikan air sirap dan mengkehendaki isterinya sendiri menghantar air itu. - Bernama

22,234 Unit Rumah Kos Rendah Untuk Rakyat

22 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

SHAH ALAM, 17 NOV : Impian memiliki kediaman sendiri oleh golongan berpendapatan rendah di negeri Selangor adalah terjamin dengan usaha-usaha yang dilakukan kerajaan negeri bagi memenuhi kehendak rakyat yang berbeza kemampuan.

EXCO Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan, Iskandar Abdul Samad turut menjelaskan bahawa ketika ini, terdapat 3,317 unit rumah kos rendah sedang dalam pembinaan sementara 10,338 unit rumah kos rendah dalam proses pemulihan akibat terbengkalai sebelum ini.

Kerajaan juga meluluskan 8,579 unit rumah kos rendah untuk dibina menjadikan kesemua jumlah rumah kos rendah yang akan siap dibina adalah sebanyak 22,234 unit.

Secara terperincinya, sebanyak 980 unit PPR Kg. Baru HICOM di Seksyen 26, Shah Alam dan 396 adalah unit kosong, PPR Taman Tasik Teratai di Serendah dengan 300 unit dan 215 unit kosong, PPR KOta Damansara dengan 1,152 unit dan 293 unit kosong serta PPR Taman Putra Damai di Lembah Subang dengan 3,004 unit dan 488 unit kosong.

Selain itu, nilai sewa rumah bagi mereka yang berpendapatan RM1,500 sebulan atau yang mempunyai tanggungan ramai yang pernah dinaikkan oleh Kerajaan Barisan Nasional pada Jun 2007 juga telah diturunkan.

"Mereka yang berhak menyewa rumah PPR tidak perlu membayar deposit sekaligus dan bagi yang berpendapatan rendah, deposit boleh dibayar secara ansuran.

"Kerajaan Negeri juga di dalam peringkat akhir rundingan untuk menyediakan pinjaman perumahan di bawah skim pinjaman khas bagi mereka yang tidak mempunyai slip gaji contohnya mereka yang bekerja sendiri," Iskandar memberitahu sidang DUN.

Skim ini dinikmati oleh bekas peneroka bandar Kg. Rimba Jaya dahulu dan akan diperluaskan lagi selepas ini.

tv selangor/-

Audit: Parti dapat ‘kad merah’ wajar dibubar

22 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

KOTA BHARU, 18 Nov: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan tindak-tanduk pemimpin parti pemerintah negara atau negeri sangat mustahak dalam melaksanakan dasar partinya.

Parti yang menang dalam pilihan raya, maka parti itulah yang memerintah.

Justeru, beliau yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, parti pemerintah yang mendapat ‘kad kuning’ atau ‘kad merah’ daripada Ketua Audit Negara kerana melakukan penyelewengan atu salah laku urus tadbir dalam kementerian, jabatan dan pengurusan syarikat di bawahnya, maka parti berkenaan hendaklah dibubarkan.

“Ketua Audit, kalau dia tegur orang yang terbukti bersalah sama ada orang berkenaan kena letak jawatan atau pun partinya hendaklah dibubarkan semua sekali.

“Ini kerana yang memegang sesebuah negara atau negeri adalah parti. Parti mana yang menang dalam pilihan raya, maka parti itulah yang berkuasa memerintah negara atau negeri.

“Parti itu mustahak sekali termasuk dasar dan tindak-tanduk pemimpin parti kerajaan berkenaan,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan kuliah minggunnya di Medan Ilmu di sini, pagi tadi.

sebagai respons kepada Laporan Ketua Audit Negara 2010 yang membabitkan aktiviti kementerian, jabatan dan pengurusan syarikat Kerajaan Persekutuan dan negeri.

Buku Laporan Ketua Audit Negara 2010 itu telah pun diedarkan pada persidangan Parlimen baru-baru ini.

Beliau bersetuju ‘ketirisan’ dan ‘penyelewengan’ yang mungkin telah dilakukan pihak tertentu seperti dalam Laporan Ketua Audit Negara itu diperjelaskan kepada rakyat umum dan dijadikan bahan kempen menjelang Pilihan Raya Umum ketiga belas (PRU-13) nanti oleh penceramah PAS dan Pakatan Rakyat.

“Saya bersetuju sangatlah. Ini kerana audit itu ibarat refree (pengadil). Kalau di padang bola, maka refree itu menjadi hakim.

“Apabila refree tegur satu orang, maka orang itu kenalah ambil perhatian berat, tidak kira sama ada pemain itu mendapat kad kuning atau kad merah.

“Boleh jadi yang memegang kad kuning dengan cara kad kuningnya, manakala pemegang kad merah pula dengan cara kad merahnya. Bahkan kalau tidak mendengar kata refree itu juga, maka ‘parti’ berkenaan itu kenalah dibubarkan,” ujarnya lagi.

Beliau menegaskan kalau pihak audit membut teguran terhadap orang yang terbukti bersalah, bahkan sering terbukti mengulangi kesalahan yang lalu, maka sama ada orang berkenaan kena meletak jawatan atau pun partinya dibubarkan semua sekali.

harakahdaily/-

Suspek serangan Rumah Putih ditahan

22 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

WASHINGTON - Seorang suspek berumur 21 tahun ditahan polis, kelmarin selepas disyaki terlibat dengan cubaan menyerang kediaman Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama, pada minggu lalu.

Perkhidmatan Rahsia AS menyatakan Oscar Ortega-Hernandez ditahan pasukan tentera Pennsylvania di motel berhampiran Indiana, selepas mengesan jejak suspek melalui penemuan senapang AK47 di dalam sebuah kereta yang ditinggalkan olehnya di kawasan berhampiran Rumah Putih, sebelum bertindak melarikan diri.

Selasa lalu, polis turut menemui dua kelongsong peluru di tempat kejadian yang juga menjadi antara bukti utama penglibatan lelaki itu.

Jurucakap Perkhidmatan Rahsia AS, Edwin Donovan berkata, hasil siasatan mendapati dua das tembakan dilepaskan Ortega- Hernandez, gagal mengenai sasaran kerana tingkap rumah agam tersebut, sememangnya kalis peluru dan ia hanya meninggalkan kesan retak.

Siasatan awal polis ke atas Ortega-Hernandez juga mendedahkan suspek mempunyai perasaan terlalu benci terhadap Obama sehingga mendakwa dia mendapat ‘petunjuk’ dari tuhan untuk melancarkan misi serangan ke atas Rumah Putih.

Pihak berkuasa kini menjalankan ujian kesihatan ke atas mental suspek kerana sebelum serangan, Ortega-Hernandez dikatakan, sempat menghabiskan masa dengan menyertai protes diadakan penunjuk perasaan anti-Wall Street.

sinar harian/-

Orang Asli bantah tanah adat diceroboh

22 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

MARAN, 18 Nov: Kira-kira 50 penduduk dari kampung Orang Asli Paya Besar, Chenor dekat sini membuat laporan polis di Ibu Pejabat Daerah Polis Maran semalam kerana mendakwa berlaku pencerobohan terhadap Wilayah Tanah Adat mereka oleh kontraktor pembalakan.

Jurucakap penduduk, Kamar Hamzah, 42, berkata mereka menyedari pencerobohan itu sudah berlaku selama lebih daripada sebulan di mana pihak pembalak yang dipercayai didalangi pemimpin politik tempatan, telah menebang pokok dan menyodok tanah di kawasan wilayah adat mereka.

Beliau yang turut membuat laporan polis, berkata kegiatan menceroboh Wilayah Tanah Adat Orang Asli itu telah menyebabkan 79 keluarga yang mendiami kampung berkenaan mengalami kerugian dan dinafikan hak.

“Kawasan tersebut kami telah mohon hak milik melalui Jabatan Kebajikan Orang Asli (JAKOA) pada tahun 2003, bertujuan untuk tanaman komersial seluas 100 hektar. Namun sehingga kini tiada jawapan. Pelan topo juga masih ada dalam simpanan kami.

“Walaupun masih belum mendapat sebarang kelulusan tetapi kawasan itu adalah tanah adat kami sejak turun temurun yang diterokai nenek moyang kami sejak dulu lagi.

“Sebab itu kami membantah pencerobohan ini bagi mempertahankan tanah adat yang menjadi wilayah kami agar dapat dimanfaatkan oleh generasi akan datang. Laporan polis dibuat hari ini bagi memohon dibuat siasatan dan dihentikan segera pencerobohan ke atas wilayah tanah adat kami,” katanya di luar balai polis.

Menurut Kamar, penceroboh berkenaan bukan saja menebang balak sesuka hati tetapi lebih mencurigakan mereka meletakkan batu pancang beralih-alih tempat di kawasan yang didakwa wilayah adat itu sehingga menimbulkan keresahan kepada penduduk.

“Nampaknya penceroboh bukan saja mengeluarkan kayu balak tetapi juga mahu merampas tanah wilayah kami berdasarkan batu pancang yang beralih-alih kedudukan itu diletakkan secara tiba-tiba termasuk dalam kawasan kebun getah yang sedang diusahakan penduduk.

“Apa yang dikesalkan, mereka menceroboh sesuka hati termasuk memusnahkan kawasan yang kami anggap ‘tempat suci’ selama ini di mana di situlah tempat orang-orang tua kami ‘meminta’ sesuatu apabila berlaku sakit pening.

“Inilah yang menyebabkan orang-orang di kalangan kami sangat marah,” katanya.

Kamar turut meminta supaya pejabat tanah mewartakan segera kawasan wilayah tersebut sebagai tanah adat hak milik Orang Asli bagi mengelakkan pencerobohan juga sebagai memenuhi janji pemimpin politik setiap kali pilihan raya.

harakahdaily/-

Tandas, kereta kecil sertai perlumbaan

22 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

LONDON - Seorang pencipta Britain, Perry Atkins menyertai hari Guinness World Records kelmarin di sini dengan berlumba dengan kereta kecil ciptaannya.

Kereta yang dicipta Atkins itu berukuran 66.04 lebar dan 132.08 sentimeter panjang.

Para pemegang rekod Guinness itu akan menyertai pertandingan berlumba dengai menaiki ciptaan mereka seperti tandas yang paling laju bergerak.

PERRY ATKINS duduk di dalam kereta paling kecil di London semalam.

Edd China dari Britain merupakan pencipta tandas bergerak itu.



Seorang lagi pencipta dari Britain, Colin Furze juga menyertai perlumbaan itu dengan ciptaannya, skuter kecil paling laju di dunia. - Agensi

PAS Mahu SPRM Siasat Penyelewengan Giatmara

22 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub akan membuat aduan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan bahawa Giat Mara membeli beberapa peralatan tanpa prosedur yang betul.

Mendakwa ia satu penyelewengan, Salahuddin mahu SPRM menyiasat perkara itu kerana tidak berpuas hati dengan laporan yang diberikan pihak Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah selepas beliau membangkitkannya di Dewan Rakyat minggu lalu.

"Suatu siasatan mesti diadakan dan SPRM mesti bertangungjawab menyiasat dan saya sebagai salah seorang panel khas SPRM di bawah Parlimen akan serah laporan ini kepada SPRM Isnin depan," kata beliau pada sidang media di lobi Prlimen hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, selain tidak meminta sebut harga daripada pihak pembekal sebelum membuat tempahan, peralatan juga dibeli dengan harga yang jauh lebih tinggi daripada harga sebenar.

Laporan tersebut juga langsung tidak menafikan perkara itu.

Apa yang dikesalkan, selepas ditegur Ketua Audit Negara, pihak Giat Mara hanya bertindak menghantar surat kepada pihak pembekal meminta wang lebihan dikembalikan.

Antara peralatan yang dilaporkan dibeli dengan harga yang tinggi daripada harga pasaran ialah ketuhar berharga RM1,200 berbanding harga pasaran RM419 dan katil boleh lipat pula dibeli dengan harga RM500 berbanding harga pasaran RM100.

Dua dapur gas pembakar dibeli dengan harga RM200 setiap satu berbanding harga pasaran RM59.90, mesin gunting rambut yang dibekalkan dengan harga RM250 setiap satu, berbanding harga pasaran RM79 dan pengisar dibeli dengan harga RM140 berbanding harga pasaran RM60.

"Jawapan yang saya terima daripada pegawai kementerian, saya anggap tidak munasabah.
"Mereka sudah bayar duit kepada pembekal tapi bila audit tegur baru minta syarikat bayar balik harga lebihan.

"Betapa tidak telusnya dan tidak cermatnya agensi dalam membeli barang-barang sehingga ditegur audit," kata beliau yang juga Naib Presiden PAS. -HD

ISA: 'Flip flop' berulang, kata Pemuda PAS

22 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

Tindakan terkini kerajaan terus menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) walaupun perdana menteri telah mengumumkan pemansuhannya menunjukkan sikap flip flop atau berdolak dalik, kata Pemuda PAS.

NONEKetuanya Nasrudin Hassan berkata, tindakan itu sama seperti cara kerajaan menangani isu pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) dan reformasi sistem pilihan raya.

"Ia bukan sahaja satu bukti bahawa kerajaan Umno dan BN tidak serius dan jujur menghapuskan akta zalim itu tetapi juga terus mendera dan membuli rakyat sendiri.

"Selayaknya kerajaan tidak lagi menggunakan ISA setelah komitmen untuk memansuhkannya telah dipertegaskan oleh perdana menteri sendiri," katanya.

Polis semalam mengesahkan menangkap tujuh warganegara Malaysia dan enam warganegara asing di Sabah mengikut bawah ISA antara 14 hingga 16 November kerana didakwa cuba menghidupkan kembali gerakan militan.

Perdana menteri pada malam hari Malaysia mengumumkan akan memansuhkan ISA dan Akta Buang Negeri 1959 serta akan mengkaji semula undang-undang lain bagi memastikannya memenuhi kehendak semasa.

HARAKAHDAILY/-

Bekas Ketua Polis Daerah pula sertai PAS

22 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

TAIPING, 18 Nov: PAS Perak menerima keahlian baru daripada tokoh besar apabila Bekas Ketua Polis Daerah Slim River, Tn Hj Abdullah Omar bertindak menyertai pati itu.

Menurut beliau, penyertaan ke dalam PAS baru-baru ini dibuat atas dasar kesedaran dan tanggungjawab sebagai seorang hamba Allah.

Hj Abdullah berkata, beliau mahu berjuang bersama PAS untuk menentang penyelewangan, salah guna kuasa, rasuah dan sebagainya yang sudah menjadi barah dalam pentadbiran kerajaan.

“Saya tahu wajah BN sebenar, hanya bermuka-muka di depan rakyat sedangkan parti itu sungguh teruk dan busuk,” katanya ketika memberi ucapan di Liqa’ Fikri PAS Perak di Air Kuning, Taiping.

Turut serta pada program itu Pasuruhjaya PAS Perak Ustaz Abu Bakar Husin dan Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat Nik Abduh Nik Abdul Aziz.

“Saya berazam akan berjuang bersama PAS bagi memperjuangankan Islam hingga ke akhir hayat,” ujarnya lagi.

Kini beliau bersama-sama PAS Perak dalam Program ‘Jom Masuk PAS’ menjelajah seluruh negeri bagi menarik masyarakat khususnya bekas kakitangan kerajaan.

Sebelum ini, PAS Perak menerima ahli baru daripada dua tokoh yang dikenali iaitu bekas Pengarah Pendidikan negeri, Datuk Adnan Ibrahim dan bekas pegawai tinggi TLDM Laksamana Pertama (B) Mohamad Imran Abd Hamid.

HARAKAHDAILY/-

Parlimen Kuwait diserbu

22 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

SEBAHAGIAN daripada ribuan penduduk menyerbu bangunan Parlimen di Kuwait kelmarin.

KUWAIT - Beribu-ribu rakyat di sini menyerbu bangunan parlimen kelmarin selepas polis dan pasukan elit membelasah penunjuk perasaan yang berarak menuntut Perdana Menteri, Sheikh Nasser Mohammad al-Ahmad Al-Sabah meletakkan jawatan, kata seorang ahli parlimen pembangkang.

Penunjuk perasaan itu memecahkan pintu masuk bangunan parlimen dan memasuki ruang utama dan menyanyikan lagu negara mereka.

"Kini kami telah memasuki bangunan milik rakyat ini," kata Mussallam al-Barrak yang mengetuai tunjuk perasaan itu.

Bagaimanapun, kumpulan ini beredar selepas beberapa minit.

Terdahulu pihak polis telah menggunakan baton untuk menghalang kumpulan perusuh ini ketika sedang berarak.

Saksi-saksi menyatakan sekurang-kurangnya lima penunjuk perasaan cedera.

Beberapa aktivis berkata, mereka akan terus mengadakan tunjuk perasaan di luar parlimen sehingga perdana menteri itu dipecat.

Ia adalah keganasan politik yang pertama sejak Disember tahun lalu, apabila pasukan elit membelasah para penunjuk perasaan dan ahli parlimen pada perhimpunan awam.

Ketegangan telah bermula dalam tempoh tiga bulan yang lalu selepas kira-kira 16 orang ahli parlimen didakwa menerima rasuah kira-kira AS$350 juta (RM1105.79 juta).

Pada Rabu lalu, seramai 20 ahli parlimen pembangkang telah memboikot sesi parlimen sehari selepas pihak kerajaan dan para penyokongnya menolak kenyataan perdana menteri telah menerima rasuah.

Tiga anggota parlimen juga memfailkan permohonan supaya perdana menteri berusia 71 tahun itu disoal berhubung dakwaan rasuah melibatkan ahli-ahli parlimen dan pemindahan wang ke luar negara secara haram.

- AFP

MB: DUN Selangor tak akan dibubar hingga Jun 2012

22 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata beliau tidak akan membubarkan Dewan Undangan Negeri Selangor jika pilihan raya umum diadakan sebelum Jun 2012.

"Saya sebagai Menteri Besar hari ini menyatakan pendirian kerajaan negeri bahawa jika pilihanraya umum dilakukan kurang enam bulan maka kita tidak akan sertai tetapi jika sebaliknya negeri Selangor akan bersama dalam pilihan raya itu.

"Ini adalah ingin memastikan segala apa yang kita janjikan pada belanjawan kali ini dapat dipenuhi sepenuhnya serta rakyat dapat menikmati apa yang telah kita janjikan.

"Banyak yang kerajaan negeri telah janjikan dan kita mahu pastikan ia dapat dilaksanakan sepenuhnya," katanya selepas majlis penutup sidang Dewan Undangan Negeri Selangor hari ini.

Pada sidang akhbar itu, Abdul Khalid juga menolak dakwaan bahawa Pakatan Rakyat Selangor tidak yakin akan memenangi pilihan raya itu.

"Kita kena fikir positif dan apa yang dilakukan ini adalah untuk kebaikan, untuk apa kita berbahas tentang bajet dan sebagainya jika kita turut sama dalam pilihan raya sehinggakan apa yang dijanjikan pada belanjawan kali ini tidak dapat ditunaikan sepenuhnya," katanya.

Pada masa yang sama Abdul Khalid juga meminta setiap pihak menghormati intitusi di negeri ini terutamanya Institusi Raja, Dewan Negeri, Kerajaan Negeri dan rakyat.

"Sebagai menjadikan sebuah negeri yang harmoni setiap pihak perlu bekerjasama tanpa ada sebarang sikap prasangka dan yang perlu dilakukan oleh wakil-wakil yang dipilih oleh rakyat adalah melaksanakan apa yang telah diamanahkan," katanya.

malaysiakini/-

Angin kencang, laut gelora mulai Isnin ini

22 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

Beberapa kawasan perairan negara diramal dilanda angin kencang dan laut bergelora Isnin ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia berkata dalam satu kenyataan hari ini bahawa angin berkelajuan 40-50 km sejam dan ombak setinggi 3.5 meter dijangka berlaku sehingga 29 Nov.

Angin kencang itu dijangka berlaku di perairan Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor Timur, Sarawak, Wilayah Persekutuan Labuan, Sabah (pedalaman, Pantai Barat dan Kudat) dan Tioman.

Kawasan lain yang terlibat adalah perairan Samui (Kelantan dan Terengganu), Condore dan Reef North (sekitar kawasan perairan Laut China Selatan), Pulau Layang-layang, Bunguran (antara Semenanjung dan Kuching), Reef South (sepanjang perairan Sarawak) dan Palawan (utara Sabah).

Keadaan angin kecang dan laut bergelora itu adalah berbahaya kepada semua aktiviti pantai dan bot kecil, kata jabatan itu.

- Bernama

Waktu Solat Laporan Cuaca Berita Utama Dalam Negeri Wilayah Laporan Khas Parlimen Politik Luar Negara Sukan Bisnes Mahkamah Jenayah Aga

22 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

TOKYO 18 Nov. – Guinness World Records semalam mengiktiraf Tokyo Sky Tree setinggi 634 meter sebagai bangunan tertinggi di dunia.

Dalam majlis yang diadakan di bandar raya Tokyo, Pengarah Pengurusan Guinness, Alistair Richards menyampaikan pengiktirafan tersebut kepada Presiden Tobu Tower Sky Tree Co., Michiaki Suzuki.

Bangunan pencakar langit tersebut mengatasi Canton Tower di China yang memiliki ketinggian 600 meter. – dpa

NFC: SPRM serah aduan PKR ke Jenayah Komersial, bukannya IGP

22 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

Pengerusi NFC menyifatkan pembelian dua unit kondo mewah oleh NMLC sebagai keputusan melindungi dana yang berlebihan. — Foto fail
KUALA LUMPUR, 18 Nov — Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan pihaknya telah merujuk aduan PKR berkaitan dengan pembelian kondominium menggunakan dana Pusat Fidlot Kebangsaan, projek yang dikaitkan dengan keluarga Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil kepada kepada polis kelmarin.
Bagaimanapun menurut jurucakap SPRM, aduan tersebut dipanjangkan kepada Pengarah Jabatan Jenayah Komersial susulan kenyataan dikeluarkan oleh pihaknya Isnin lalu.

“SPRM mengesahkan laporan berkaitan dengan NFC telah dihantar kepada Pengarah Jenayah Komersial pada 16 November 2011,” kata jurucakap itu dalam satu kenyataan kepada The Malaysian Insider.

Katanya, laporan itu dirujuk kepada polis untuk tindakan susulan atas nasihat Bahagian Perundangan dan Pendakwaan SPRM bahawa kes berkenaan seharusnya disiasat di bawah Kanun Keseksaan, yang mana terletak di bawah bidang kuasa polis.

“Laporan itu tidak harus disiasat oleh SPRM di bawah Akta SPRM 2009 sebagaimana dinasihati. Laporan itu dipanjangkan kepada Pengarah Jenayah Komersial dan bukannya Ketua Polis Negara,” kata jurucakap itu.

Jurucakap itu mengulas laporan semalam memetik Ketua Polis Negara bahawa belum menerima sebarang laporan daripada SPRM berkaitan isu projek NFC, yang dikaitkan dengan keluarga Shahrizat, Ketua Wanita Umno dan anggota Kabinet.

“Setakat ini, saya belum menerima apa-apa lagi,” kata beliau yang awalnya dikatakan kelihatan terkejut apabila diminta mengulas isu itu sambil memberitahu perkara berkenaan merupakan kes SPRM.

Bagaimanapun apabila dikatakan bahawa SPRM sudah memindahkan isu berkenaan kepada polis, Ismail berkata beliau perlu meneliti perkara tersebut sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan.

Isnin lalu, SPRM berkata agensi itu tidak boleh menyiasat kes pembelian kondominium menggunakan dana projek NFC, sebaliknya menyerahkan polis.

Katanya aduan berkaitan hanya boleh disiasat di bawah Kanun Keseksaan.

Dalam satu kenyataan dikeluarkan, SPRM berkata setelah diteliti aduan diterima minggu lalu, Bahagian Perundangan dan Pendakwaan telah mengaklasifikasikan perkara tersebut di bawah kesalahan Kanun Keseksaan dan bukannya satu kesalahan di bawah bidang kuasa suruhanjaya sepertimana termaktub dalam Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

Minggu lalu, PKR mendakwa NFC telah membayar hampir RM10 juta bagi membeli kondominium milik National Meat and Livestocks Corporation Sdn Bhd (NMLC).

Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail berkata apartmen mewah di One Menerung, Bangsar itu direkodkan oleh NFC, projek ternakan lembu yang dikurniakan kepada keluarga Shahrizat, sebahagian daripada “pinjaman” RM83 juta disalurkan kepada NMLC.

“Mereka kata akaun pinjaman RM250 juta bagi projek ini diteliti dengan ketat. Adakah kondominium ini bagi lembu untuk tinggal,” katanya.

Saifuddin berkata sebanyak RM9,758,140 telah dipindahkan dari akaun NFC di CIMB cawangan di Taman Tun Dr Ismail di sini kepada Bandar Raya Developments Berhad pada 2 Disember 2009 sebagai bayaran penuh hartanah itu.

Pada hari yang sama, anggota Majlis Pimpinan Pusat PKR Fariz Musa juga membuat laporan mengenai pendedahan salah laku pecah amanah di NFC, di pejabat SPRM Shah Alam.

Dalam taklimat kepada beberapa media, Pengerusi Eksekutif NFC, Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail berkata NFC telah mereka strategi kewangannya sendiri yang termasuklah strategi pelaburan di bidang harta yang ia jangka dapat memberi pulangan tinggi dan stabil kepada syarikat.

Menjawab dakwaan PKR itu, katanya, pembelian dua unit kondominium One Menerung berharga RM6.9 juta tiap satu itu adalah satu keputusan komersial melindungi dana yang tidak digunakann untuk projek rumah sembelihan yang tergendala bukan kerana kesilapan NFC.

“Kami boleh memasukkannya ke dalam simpanan tetap namun menghadapi kerugian nilai kerana inflasi kami tinggi. Sementara menunggu projek itu dimulakan kami perlu mencari tempat meletakkan wang bagi satu tempoh supaya tidak mengalami kerosotan dan mendapat keuntungan hampir setiap tahun,” katanya.

Salleh, suami kepada Shahrizat berkata, yang terbaik sekali ialah membiarkan dana sebagai simpanan tetap yang akan kurang kontroversi tetapi tidak akan memberikan hasil yang dikehendaki syarikat daripada dana yang bersaiz sedemikian.

malaysian insider/-

Laut sebar sisa radioaktif Fukushima

22 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

BEG beras jenis Koshihikari diidapati turut dicemari radioaktif dan diharamkan pihak berkuasa Jepun.

TOKYO: Sebahagian besar sisa radioaktif akibat bencana di loji nuklear Fukushima jatuh ke lautan dan merebak ke seluruh planet selepas dibawa air laut, kata penyelidik Jepun di sini semalam.

Selain itu, pihak berkuasa mengharamkan beras dari sebuah kawasan berhampiran loji Fukushima yang membocorkan radiasi sejak musnah dalam gempa bumi dan tsunami, 11 Mac lalu.

Sehingga 80 peratus bahan radiasi caesium yang dibebaskan loji kuasa Fukushima Daiichi jatuh ke Pasifik dan menular ke laut lain di seluruh dunia, kata saintis di Institut Penyelidikan Meteorologi.

“Bakinya jatuh di atas tanah di sekitar Fukushima. Akibatnya lautan lebih tercemar berbanding darat walaupun data terkini menunjukkan pencemaran lautan disebabkan kemalangan itu di bawah paras yang menjejaskan manusia,” kata penyelidik di institut itu, Hiroshi Takahashi.

Penyelidik berkata, bahan radioaktif termasuk caesium-137, tersebar luas apabila memasuki lautan dan setiap partikel diukur tidak sampai satu mikrometer, satu pertujuh daripada saiz sel darah merah manusia.

Menggunakan simulasi komputer, mereka menetapkan bahan radioaktiif pertama tersebar ke timur laut melepasi timur Russia dan Alaska, sebelum masuk ke Lautan Pasifik dan sampai ke pantai barat Amerika sekitar 17 Mac lalu, kata Takahashi.

Bahan itu dipercayai menyempurnakan penyebaran seluruh dunia pada 24 Mac lalu, katanya, sambil menambah hasil kajian akan dibentangkan di pertemuan akademik di Nagoya, tengah Jepun.

Beberapa kajian terdahulu, termasuk satu yang dihasilkan di Perancis bulan lalu, merumuskan kejatuhan itu dicairkan oleh arus lautan dan kecuali bagi spesies berhampiran pantai, ia tidak memberi ancaman. – Reuters

Kedah pula bakal perkenal hukum hudud

22 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

Kerajaan Kedah akan menunggu Kelantan melaksanakan undang-undang hudud terlebih dahulu sebelum melaksanakannya, Persidangan Dewan Undangan Negeri Kedah diberitahu.

Pengerusi Jawatankuasa Agama, Pelajaran dan Koperasi Negeri Datuk Mohamed Taulan Rasul berkata mereka mahu melihat kejayaan pelaksanaan undang-undang itu di Kelantan yang telah diluluskan di negeri itu.

"Kelantan dah luluskan Enakmen Jenayah Syariah dan menunggu kebenaran kerajaan pusat. Kerajaan pusat masih belum memberi kebenaran," katanya ketika menggulung perbahasan usul menjunjung kasih atas titah ucapan Sultan Kedah ketika merasmikan persidangan Dewan Undangan Negeri Kedah dan Rang Undang-Undang Peruntukan 2012 oleh Kerajaan Negeri di Alor Setar, semalam.

Beliau berkata undang-undang Islam adalah satu kewajipan terhadap umatnya dan perkara itu tidak sepatutnya dipermainkan oleh mana-mana pihak.

"Apa yang berlaku di Kelantan adalah masalah pelaksanaan. Kalau Kelantan boleh melaksanakannya, ia boleh berjalan dengan baik," katanya.

- Bernama

Syabas, Khalid Ibrahim yang berani

22 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

Selangor memang diakui, oleh banyak pihak, sebagai negeri yang cukup penting dan kritikal, daripada segi ekonomi dan juga politik. Ia merupakan negeri termaju dan menjadi penyumbang utama kepada petunjuk ekonomi negara.

Meskipun BN tidak lagi membawa projek mega ke Selangor selepas kalah teruk pada 2008, di bawah Pakatan Rakyat, negeri ini masih mencatatkan jumlah pelaburan kedua tertinggi di negara, berjumlah RM10.6 bilion, dengan 183 projek pelaburan baru, menjadikannya negeri paling diminati pelabur asing dan pelabur tempatan.

Bukan saja menyumbangkan 22 kerusi Parlimen, malah senario politik sekitar Lembah Klang mampu mempengaruhi kecenderungan mengundi di seluruh negara memandangkan ramai penduduk Selangor masih balik ke kampung halaman masing-masing setiap kali pilihan raya umum.

Justeru, ada penganalisis berpendapat, perubahan politik di Semenanjung hanya berlaku jika Selangor memulakan gelombang itu. Tidak hairanlah, Presiden Umno, Najib Razak masih mengekalkan jawatan sebagai ketua perhubungan Umno Selangor, meskipun negeri-negeri kritikal lain seperti Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Terengganu telah dilepaskan kepada pimpinan tempatan.

Penulis buku politik, Shahbudin Husin, dalam Kesilapan-Kesilapan Najib, turut menekankan kepentingan BN merampas kembali Selangor dalam PRU13 (meskipun tidak berjaya meraih majoriti dua pertiga di Parlimen) bagi mengelak daripada Najib diasak meletakkan jawatan, untuk memberi laluan kepada Muhyiddin Yassin, sepertimana pengalaman pahit Abdullah Ahmad Badawi.

Semasa saya mewawancara Pengarah Pilihan Raya PAS Negeri Selangor, Cikgu Jaafar Samsudin, 2 Nov lalu, beliau juga banyak bercerita tentang pelbagai taktik licik dan konspirasi Umno untuk merebut Selangor terutama melalui senarai daftar pemilih yang terdedah dengan bermacam-macam manipulasi.

Difahamkan, dalam program-program tertutup, di depan penyokong dan jentera parti, pemimpin BN melahirkan keyakinan tinggi mereka untuk mengatasi Pakatan dalam PRU13 nanti. Tentunya ada faktor tertentu menyebabkan mereka begitu yakin ...

Meskipun diakui tidak mudah persaingan kali ini, kerajaan Pakatan Rakyat Selangor telah menampilkan prestasi terbaik, dengan melaksanakan pelbagai tawaran menarik buat rakyat dan melunasi janji program pembaharuan yang memikat. Malah, berbanding negeri-negeri Pakatan lain, Selangor dilihat lebih ke depan, baik dari segi reformasi ekonomi mahupun politik.

Sebagai orang media, yang sering tertekan dengan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan (AMCP) dan Akta Rahsia Rasmi (OSA), saya masih teruja dengan keberanian Selangor sebagai negeri pertama meluluskan Enakmen Kebebasan Maklumat (FOI) 2010, yang memberikan hak kepada rakyat untuk mengakses maklumat berkaitan pentadbiran negeri. NGO berkaitan media diundang khusus untuk memberikan maklum balas terhadap enakmen itu.

Begitu juga dengan inisiatif kerajaan negeri memperuntukkan RM600,000 untuk membina papan iklan (billboard) bagi menjayakan kempen memansuhkan ISA di semua 56 kawasan Dun. Juga geran peruntukan RM1 juta bagi membiayai usaha memfailkan bantahan terhadap daftar pengundi baru yang dikeluarkan SPR, terbuka untuk seluruh rakyat Selangor tanpa mengira kaum, bangsa, agama dan kecenderungan politik.

Walaupun Menteri Besar Abd Khalid Ibrahim dilihat tidak begitu menonjol "tindakan siasahnya" tetapi keberanian melakukan pembaharuan politik -- apatah lagi sejak awal mentadbir, terserlah kebijaksanaannya dalam program-program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) -- amat dipuji.

Dalam pembentangan Belanjawan Selangor 2012 pada 9 Nov lalu, di bawah tajuk kecil Program Pengukuhan Demokrasi, "peruntukan sebanyak RM5 juta akan disediakan bagi gerhad terhad dalam mengukuhkan proses pilihan raya yang adil dan bebas di Malaysia ... melibatkan aktiviti kesedaran dan latihan sukarelawan serta pemantau pilihan raya."

Kerajaan negeri turut memperkenal "program pembasmian rasuah dan penyelewengan" dengan peruntukan RM15 juta. Pelapor kes rasuah dan penyelewengan dalam agensi kerajaan Selangor yang berjaya dibuktikan akan diberi hadiah oleh kerajaan negeri.

Sebagai orang yang pernah naik turun ibu pejabat BPR (kini SPRM) di Putrajaya dan Shah Alam untuk mengadu kes rasuah dan salahguna kuasa bekas Menteri Besar Selangor, Dr Khir Toyo, saya menarik nafas lega membaca komitmen Khalid itu. Ramai MB Selangor sebelum ini (antaranya Muhammad Muhd Taib dan Abu Hassan Omar), sama ada diseret ke mahkamah atau tidak, yang pasti, mereka tidak pernah terlepas daripada palitan kotor dakwaan korupsi!

Wajar juga disebut beberapa kemudahan buat rakyat, antara lain, pemberian air percuma 20 meter padu, iaitu RM11.40 sebulan atau RM136.80 setahun, membabitkan lebih 1.2 juta isi rumah atau sekitar lima juta penduduk Selangor. Juga program pendidikan seperti Pusat Tuisyen Rakyat (RM2 juta), program SPIES (RM3 juta) dan Generasi Idaman Selangor (RM1 juta), dan Tabung Pendidikan Anak Pekerja Ladang (RM1 juta).

Sumbangan buat warga emas melalui Jom Shopping sebanyak RM10 juta sebelum ini yang disumbangkan Kumpulan Semesta dijangka akan bertambah selari dengan peningkatan royalti perlombongan pasir. Dalam bajet 2012 itu diumumkan peruntukan untuk program Tabung Warisan Anak Selangor (Tawas) sebanyak RM7.5 juta; Hadiah Anak Masuk Universiti, RM7.7 juta; Skim Mesra Usia Emas (SMUE), RM20.7 juta; Elaun Anak ke Nurseri, RM3 juta.

(Saya dimaklumkan bahawa masih ramai rakyat Selangor tidak menyedari pelaksanaan beberapa langkah pembaharuan ekonomi dan politik di bawah Pakatan. Tentulah lebih ramai penduduk di negeri-negeri lain tidak terkesan dengan usaha reformasi itu. Sedangkan ia harus disebarluaskan agar rakyat seluruh negara dapat membuat perbandingan secara adil terhadap pentadbiran BN dan Pakatan. Harakah turut dituntut lebih banyak menyiarkan "kisah kejayaan" pentadbiran negeri Pakatan dan jangan hanya tertumpu kepada "kisah kegagalan" BN).

Apa pun, yang lebih menarik perhatian umum ialah "Geran Selangorku", dengan peruntukan RM300 juta, sumbangan GLC Negeri dan Perbadanan Menteri Besar (MBI).

Tentulah program paling menonjol daripada 17 program Geran Selangorku ini ialah tawaran gaji minimum RM1,500 gaji kasar (gross income). Dimulai empat syarikat milik kerajaan negeri yang stabil prestasi kewangannya, seperti PKNS, Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS), Permodalan Negeri Selangor Bhd (PNSB) dan Worldwide.

Dana RM10 juta akan disediakan untuk menampung syarikat kerajaan negeri yang tidak berupaya untuk menampung kos untuk dasar ini. "Kerajaan negeri akan berusaha meningkatkan produktiviti negeri dan syarikat yang dimiliki supaya ia layak melaksanakan gaji minimum," tegas Menteri Besar.

Pada hemat saya, dua lagi program menarik ialah program jangkaan kehidupan bandar. Khalid menekankan: "Ia penting untuk kita menjangka kehidupan pada masa depan agar adaptasi dapat dilakukan dengan lebih baik dan tidak berlaku kejutan dalam rancangan pembangunan serta budaya; pada masa sama alternatif perkampungan bandar juga boleh diteroka sebagai pilihan."

Selangor juga menekankan program pengukuhan budaya. Sebanyak RM3 juta diberikan dalam bentuk geran terhad kepada para aktivis budaya untuk merancakkan aktiviti budaya. Kegiatan ilmu melalui Perpustakaan Awam Negeri Selangor (PPAS) yang baru dan ceria juga harus disokong, termasuk dengan pembinaan perpustakaan desa dan daerah, yang turut disokong GLC.

Penyediaan rumah mampu milik melalui PKNS, dengan keluasan 850 hingga 1,000 kaki persegi, dikhususkan kepada golongan berpendapatan antara RM2,500 hingga RM5,000 sebulan, berharga sekitar RM100,000 ke RM150,000, dengan anggaran pembinaan 11,00 unit setiap tahun adalah petanda kerajaan negeri serius menangani kemelut berlarutan yang ditinggalkan BN.

Harga rumah berkenaan jauh lebih murah berbanding dengan apa yang diperkenalkan kerajaan persekutuan, iaitu melebihi RM200,000. Cuma, mekanisme untuk menentukan siapa yang berjaya memilikinya nati harus dibuat secara telus agar elemen pilih kasih dapat dihindari.

Selain itu, saya kira usaha kerajaan negeri untuk menstrukturkan semula industri perkhidmatan air perlu diberi penjelasan lanjut. Tindakan ini, seperti ditegaskan Adun Bukit Antarabangsa, Azmin Ali dalam sidang Dun, 11 Nov, semakin mendesak kerana industri air di Negeri Selangor adalah fragmented atau bercelaru, tidak efisien dan tarif yang melampau ekoran persetujuan Kerajaan Pusat dengan kerjasama Kerajaan Negeri di bawah pentadbiran lama untuk menswastakan industri perkhidmatan air kepada 4 syarikat konsesi.

"Saya mendesak kerajaan negeri untuk tidak berganjak daripada usaha menamatkan perjanjian konsesi sedia ada bagi memastikan kos operasi dan keuntungan operator tidak melampau sehingga membebankan rakyat. Penyangak air di Selangor harus diperangi habis-habisan kerana menghisap darah rakyat dan mendapat kekebalan dari kerajaan pusat," tegasnya.

Jika dibenarkan kenaikan tarif air yang dicadangkan Syabas, setiap isi rumah di Selangor akan berdepan dengan kenaikan bil air sehingga 71 peratus. Selain itu, dakwaan bahwa kemungkinan Selangor menghadapi krisis air menjelang tahun 2014 hanya momokan. Data-data yang dikumpulkan oleh pelbagai pihak berhubung pengeluaran dan permintaan air di Negeri Selangor menunjukkan sebaliknya.

Penyelesaian kepada masalah ini, menurut Azmin, ialah bukan mendesak pembinaan loji rawatan air yang baru tetapi yang lebih mendesak ialah bagaimana keupayaan kita untuk mengurangkan NRW (peratusan Air Tanpa Berhasil - non revenue water). Data ini juga menunjukkan sekiranya kita mengurangkan 5% sahaja NRW, simpanan air di Negeri Selangor mempunyai lebihan sebanyak 230 jlh menjelang tahun 2014.

Berbicara soal industri air yang berkecamuk di Selangor, tentu ramai segera mengingati kos pengurusan tertinggi, terutama yang diperolehi Pengerusi Puncak Niaga Holdings Bhd, iaitu pemegang terbesar Syabas. Pada tahun 2008 beliau dibayar RM5.7 juta elaun dan gaji pengarah. Rozali dikatakan antara 10 pengarah yang mendapat bayaran tertinggi di Malaysia.

Kerajaan pusat nampaknya ghairah membela kroni perniagaan berbanding mengutamakan kepentingan rakyat Selangor. Seperti kata Tony Pua, AHli Parlimen Petaling Jaya Utara, sejak awal konsesi diberikan kepada syarikat swasta yang mempunyai kaitan politik yang baik meskipun tanpa kemahiran dan pengalaman dalam industri air, juga tidak memiliki dana ekuiti yang diperlukan untuk menjalankan perniagaan ini.

Saya harap dapat mengulas lanjut isu penswastaan air ini dalam tulisan akan datang, insya-Allah.

harakahdaily/-

Piranha gigit 15 perenang

22 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

Spesies maging mengganas di Brazil

SAO PAULO: Beri-ribu ikan piranha daripada spesies maging memenuhi pantai popular di barat Brazil dan menggigit sehingga putus ibu jari kaki sekurang-kurangnya 15 perenang.

Pihak berkuasa di bandar Caceres di Mato Grosso berkata ini adalah kali pertama mereka berdepan masalah piranha di pantai Daveron di sungai Paraguay, selepas ikan agresif itu berkumpul sejak dua minggu lalu.

“Penduduk perlu berhati-hati. Jika digigit, mereka perlu keluar segera dari air bagi mengelakkan darah tersebar,” kata anggota bomba Raul Castro de Oliveira, kepada laman web G1 Globo TV.

Antara mangsa yang digigit pada Ahad lalu ialah Elson de Campos Pinto, 22.

“Saya menyelam dalam sungai dan tiba-tiba saya merasa sakit pada kaki.
Saya berlari keluar dari sungai sebaik menyedari kehilangan hujung ibu jari kaki. Saya bimbang akan diserang lagi kerana kaki berdarah,” katanya.

Pihak berkuasa bandar berkata pantai itu akan dibuka kerana ia adalah tarikan penting pelancong di rantau Pantanal Brazil, terkenal kerana pelancongan ekologi.

Setiap September, Caceres menganjurkan pesta perikanan terbesar, acara seminggu yang menarik 200,000 pelancong untuk memancing dan menikmati konsert.

Pegawai keselamatan sudah memasang tanda amaran kepada orang ramai supaya berwaspada jika berenang. – AP/Agensi

Tubuh panas dengar azan

22 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

KESAL...Zaki kesal dengan perbuatannya.

KUALA LUMPUR: “Niat saya hanya untuk mendalami agama dan melakukan ibadat. Tidak sangka pula jalan yang saya ambil bukan cara yang sebenarnya, sebaliknya memesongkan akidah,” kata Zaki, 34, yang memakai ‘susuk kuat sembahyang’ kira-kira setahun lalu, diperoleh daripada seorang individu mendakwa sebagai ustaz di Kelantan.

Menurutnya, dia ditemukan dengan lelaki itu oleh seorang rakan selepas mendengar cadangan daripada sahabatnya itu yang didakwa turut menggunakan susuk berkenaan.

Tambahnya, ustaz itu memasukkan serbuk campuran tertentu pada tapak kakinya, di bahagian belakang badan dan tapak tangan menggunakan bacaan tertentu seperti mantera yang sukar difahami kononnya untuk merawat hatinya yang dipenuhi dosa.

Katanya, selepas ustaz itu memasukkan serbuk campuran berkenaan, dia merasakan kelainan pada tubuh badannya dan setiap kali ingin menunaikan ibadat, dia berasakan seperti ada suara ghaib membisikkan ke telinganya supaya melakukan ibadat.

Zaki berkata, susuk itu juga mempunyai larangan tertentu yang perlu dipatuhi sepanjang tiga bulan pertama pemakaiannya, termasuk tidak boleh menjejakkan kaki di tanah perkuburan dan sekiranya dia tidak mematuhi syarat itu, ustaz terbabit mendakwa dia akan menghidap penyakit misteri yang sukar diubati.

metro/-

3 maut, 8 cedera pusat jagaan terbakar di Sydney

22 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

SYDNEY: Sekurang-kurangnya tiga maut manakala lapan lagi kritikal dalam kebakaran membabitkan sebuah pusat penjagaan di Sydney, awal hari ini.

Ratusan anggota bomba, polis dan paramedik bergegas ke Pusat Jagaan Quakers Hill pada awal subuh selepas menerima panggilan kecemasan.

“Kami melihat tiga mangsa (yang meninggal dunia) dan kami sempat memberi rawatan yang sepatutnya," Superintendan Polis New South Wales, Robert Redfern.

Redfern memberi amaran mereka yang cedera terdiri daripada mangsa yang berusia sangat tua dan kemungkinan jumlah kematian akan meningkat.

“Apa yang kita dapat lakukan ialah mengenal pasti semua mangsa yang berada di dalam premis terbabit ketika berlaku kebakaran itu," katanya.

Polis percaya kebakaran itu bermula di salah satu bilik tidur penghuni terbabit.

Komisioner Bomba dan Penyelamat New South Wales, Greg Mullins pula menyifatkan kebakaran itu sebagai satu pengalaman yang amat menakutkan.

"Apa tidaknya, bagi kami ia satu mimpi ngeri. Bayangkan pusat penjagaan ini terdiri daripada orang tua yang tidak mampu melangkah keluar kecuali terpaksa dipapah," katanya. - AFP

Tabung Serambi Mekah terima derma RM5 juta

22 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

KOTA BHARU,: Tabung Amanah Serambi Mekah mencipta sejarah baru sejak penubuhannya hampir 21 tahun lalu apabila menerima sumbangan derma peribadi sebanyak RM5 juta.

Dengan sumbangan tersebut, tabung berkenaan berjaya mengutip sebanyak RM6 juta bermula Januari tahun ini.

Bagaimanapun seorang penderma luar Kelantan itu tidak ingin dikenali identitinya disebut ‘hamba Allah’ pada majlis kutipan derma akaun Amanah Kebajikan (Tabung Serambi Mekah) ke-21 di sini tengah hari tadi.

Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Aziz ketika ditemui tidak menafikan ianya sejarah tersendiri bagi Tabung Serambi Mekah dengan sumbangan derma peribadi yang tertinggi sejak ianya ditubuhkan 21 tahun lalu.

“Perkembangan ini berlaku kerana kesedaran ajaran Islam yang murni menerapkan rasa tanggungjawab dan keinsafan terhadap penderma.

“Hasil didikan golongan alim ulama dan sebagainya berhubung tanggungjawab sebagai umat Islam, mereka akan menunaikan tanggungjawab itu,” ujarnya.

Sehubungan itu, beliau mengucapkan terima kasih kepada dermawan tersebut serta penderma lain termasuk agensi-agensi kerajaan, swasta dan sebagainya kerana sudi menderma.

Katanya, dengan sumbangan tersebut ianya dapat membantu mangsa-mangsa ribut, kebakaran, banjir dan bencana alam lain.

Beliau berharap ianya menjadi suntikan motivasi kepada masyarakat untuk turut menunaikan tanggungjawab itu.

Antara agensi kerajaan negeri yang menderma, Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) sejumlah RM405,000, PMBK (RM100,000) dan lain-lain.

Turut menyumbang syarikat-syarikat swasta, pejabat tanah jajahan dan majlis daerah seluruh Kelantan di samping sumbangan individu.

Turut berucap pada majlis itu anggota Exco kerajaan negeri yang mewakili Timbalan Menteri Besar, Dr Muhammad Fadzli Hassan.

harakahdaily/-

RM250 juta boleh bantu 62,500 keluarga Umno

22 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 18 Nov: Kes National Feedlot Corporation (NFC) satu lagi bukti kerajaan BN telah gagal menjadikan ‘Pertanian Satu Perniagaan’, jauh sekali untuk menjadikan ia sebagai food security.

“Ini adalah lambang kebobrokan dasar BN selama ini dalam semua perkara daripada hilang enjin kapal terbang, kapal selam yang tidak boleh menyelam, RM32 juta wang PPRT lesap, stadium runtuh, perhentian bas Kuala Berang runtuh dan banyak lagi jikalau hendak disenaraikan,” kata AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad.

Menurutnya, sememangnya kerajaan BN gagal menjaga keselamatan makanan untuk rakyat sehingga terpaksa bergantung kepada negara luar.

Tambahnya, pada 1990 negara mengimport makanan sebanyak RM4.6 bilion dan mendadak meningkat kepada RM26.7 bilion pada tahun 2010.

Katanya, sedangkan Malaysia tanahnya luas tetapi semua makanan seperti beras, bawang, cili, sayuran terpaksa bergantung kepada negara lain.

“Negara Indonesia, Thailand, Kemboja walaupun iklim negara sama dengan negara kita tetapi mampu menampung keperluan makanan di negara mereka malahan boleh dieksport ke negara Malaysia. Harga cili naik sehingga RM20 sekilo kerana Thailand banjir, ini hanya satu contoh.

“Apa pemimpin negara buat untuk merancang keperluan permakanan negara kita? Menteri Pertanian buat apa?” ujarnya kepada Harakahdaily.

Katanya lagi, rakyat tentu tidak lupa bagaimana cerdiknya pemimpin BN yang pernah menjual saham Bernas kepada syarikat Wan Tan di Hong Kong.

Beliau menambah, jika sektor strategik pun kerajaan BN pernah jual kepada negara asing, ini semua bahana kerana penyakit ‘kroni diutamakan, kepentingan rakyat dikemudiankan.

Buktinya, kata beliau projek NFC, anak syarikat Agroscience Industries Sdn Bhd di Gemas Negeri Sembilan diberi kepada bukan ahlinya, maka itulah akibatnya.

Katanya, peruntukan wang sebanyak RM250 juta ketika Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi Menteri Pertanian dengan target pengeluaran lembu pada tahun 2010 sebanyak 60,000 tetapi hanya mampu sebanyak 8,000 ekor.

“Kesannya wang rakyat mengalir begitu banyak kerana negara terpaksa mengimport lembu daripada negara luar kerana kegagalan projek ini.

“Kita tidak kisah jika lembu ini diberi kepada penyokong Umno tegar di kampung-kampung yang berada di bawah paras miskin, kerana mereka ada kebolehan untuk membela lembu, sekurang-kurangnya dapat meningkat taraf hidup mereka,” ujarnya.

Sebaliknya, kata beliau diberikan kepada syarikat kroni yang tidak mempunyai kemahiran dalam bidang pertanian.

Menurutnya lagi, berapa banyak wang negara mengalir keluar akibat dasar bebal pemimpin negara kita yang gagal menjaga keselamatan makanan.

“Apa akan terjadi kepada rakyat jika terjadi sesuatu kepada negara ini atau negara yang mengeksport makanan seperti bencana alam?” soalnya.

Tambah beliau, pemimpin BN tidak bimbang kerana boleh membeli beras atau makanan yang berkualiti tinggi.

Sepatutnya, kata beliau lagi masalah kekurangan daging lembu akan dapat diatasi jika diberi kepada ahlinya, bukan diberi kepada keluarga Datuk Sharizat Jalil.

Menurutnya, wang sebanyak itu boleh membeli 125,000 ekor lembu yang berharga RM2,000 seekor.

“Cuba bayangkan 125,000 ekor boleh diagihkan kepada 62,500 ahli Umno yang miskin, jika dua ekor sekeluarga, sekurang-kurangnya 62,500 keluarga Umno yang miskin dapat dikurangkan,” ujarnya.

Tetapi, katanya apa boleh buat pemimpin negara bukan sahaja tidak menjaga kebajikan rakyat malahan ahlinya juga terbiar.

harakahdaily/-

Kakitangan awam tidak serik dicekup

22 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

BESUT – Walaupun pernah ditahan polis, seorang kakitangan awam di daerah ini tidak pernah serik apabila ditahan lagi buat kali kedua setelah didapati positif dadah dalam Operasi Tapis Bersepadu di sekitar daerah ini yang dijalankan semalam.

Penjawat awam yang bekerja sebagai juruteknik berusia 31 tahun itu, ditahan di rumahnya di kawasan Kampung Raja sebulan lalu, ditahan lagi kerana disyaki melakukan kesalahan sama.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Kamaruddin Mohd Zakaria berkata, seorang lagi rakan sekerjanya berusia 25 tahun turut ditahan atas kesalahan sama dalam operasi yang diadakan bermula jam 12 malam hingga 9 pagi semalam.

Menurutnya, kedua-dua mereka telah berkeluarga dan ditahan di rumah masing-masing termasuk di Kampung Tok Dor, Setiu.

Katanya, operasi itu membabitkan seramai 11 pegawai dan 60 anggota dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen dan Ibu Pejabat Daerah Besut.

“Dua kakitangan awam itu adalah daripada 42 orang yang ditahan dalam operasi tersebut di sekitar daerah dan semua suspek yang ditahan berusia 15 hingga 49 tahun.

“Seorang anggota sukarela Askar Wataniah dan remaja bawah umur (15 tahun) turut ditahan kerana positif dadah,” katanya.

Polis turut merampas sebanyak 88 biji pil dipercayai methamphentamine (pil kuda) bernilai RM2,640 dari dua pemuda berusia 20 dan 21 tahun.

Menurutnya, semua suspek ditahan reman untuk membantu siasatan dan daripada keseluruhan tangkapan 40 orang disiasat di bawah Seksyen 15(1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan dua disiasat di bawah Seksyen 39A (1) akta sama.

sinar harian/-

Perluas perkhidmatan kesihatan percuma

22 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 18 Nov: Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) mengalu-alukan pengumuman kerajaan untuk memberikan pengecualian terhadap pesakit miskin yang tidak mampu untuk membayar caj perubatan yang diterima di hospital-hospital kerajaan daripada membayarnya.

“DPPWP menganggap usaha ini merupakan sesuatu yang positif bagi membantu golongan miskin untuk terus mendapatkan perkhidmatan rawatan secara percuma,” kata timbalan ketuanya, Mohamad Suhaimi Abdul Aziz.

Kenyataannya, kata beliau perkhidmatan kesihatan merupakan suatu yang asas dalam sesebuah negara.

Menurutnya, selain pendidikan, kesihatan merupakan keperluan asas yang tidak boleh dielakkan bagi setiap rakyat.

Tambahnya, tiada sesiapa memilih untuk sakit dan berpenyakit, tetapi ia adalah suatu hakikat yang perlu dihadapi oleh segelintir rakyat.

Namun demikian, ujarnya dalam keadaan kemelut hidup yang semakin menghimpit, golongan miskin sudah pasti tidak akan mampu mendapatkan rawatan kesihatan di hospital-hospital kerajaan atau swasta jika mereka sakit.

“Selalunya golongan miskin terpaksa memilih pilihan lain untuk mendapatkan rawatan kesihatan lanjut seperti rawatan tradisional yang sudah tentu tidak sebaik rawatan biasa di hospital,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Oleh itu, ujarnya tawaran kesihatan percuma untuk golongan miskin pasti akan membantu mereka ‘menyambung nyawa’ dan mengurangkan risiko penyakit.

Menurutnya, DPPWP berpendapat, kerajaan perlu meluaskan perkhidmatan kesihatan percuma untuk semua rakyat di hospital-hospital kerajaan tanpa mengira latar belakang mereka.

Beliau berkata, ramai lagi rakyat yang menderita penyakit tetapi tidak mampu untuk menjalani rawatan bukan kerana kemiskinan, tetapi kerana kos rawatan yang terlalu mahal untuk ditanggung.

Katanya, bagi golongan yang berkemampuan pula mereka boleh memilih untuk ke hospital swasta untuk mendapatkan rawatan lebih selesa dan kondusif.

“DPPWP mengharapkan, rawatan kesihatan percuma dipermudahkan urusannya agar perkhidmatan ini mampu dinikmati oleh setiap lapisan rakyat

“DPPWP percaya perkhidmatan kesihatan percuma adalah suatu bentuk kebajikan yang boleh membantu rakyat dalam menjalani kehidupan seharian.

Ini juga, kata beliau menepati hasrat kerajaan untuk menjadikan rakyat di negara ini hidup dalam keadaan sihat serta menjadi negara yang memberikan khidmat kesihatan antara terbaik di dunia.

harakahdaily/-